Friday, 14 July 2017

Anamnesis


Image result for move on
Ketahuilah dugaan itu tak pernah hilang,
tapi jangan risau ia satu kekuatan tanda dia sayang


Satu hari 
Kau akan puji Tuhan
Kerana hilangkan 
Orang yang kau mahu simpan

Hari itu akan hadir
Bila kau dah tak hodoh
Mengharap yang jauh
Kembali duduk tersimpuh

Tuhan tu sayang 
Sebab tu Dia buang
Barah yang mahu kau sayang
Kerana ia mungkin mematikan

Kau tak tahu
Kerana barah itu tersorok
Jadi Tuhan mahu tunjuk
Hanya bila kau dah tak bodoh 
memujuk.






"Sedia menghadapi yang akan tiba
takkan berundur walau seketika
aku terus berjalan
mencari sinar baru."


Kekniss: Bila sesuatu lagu menyentak kau. Lalu kenangan lalu menerjah tanpa sengaja.


KE.1507

Monday, 22 May 2017

Appreciate Hargai

I'm She & I'm in love.

Tapi cinta ni tajuk yang sangat besar. Cinta pada siapa? Mak, kawan, makanan, kucing, agama, and the list goes on.

Bagi aku, cinta perlu dihargai. Untuk semua yang ada dalam hati kau, kau kena appreciate dan cinta seikhlas hati. Bila dah ada dalam hati, maksudnya dah jadi sebahagian dari diri kau. Appreciate, sebab bila cinta hati kau tu hilang, sakit dekat dada kau tu takkan ada ubatnya. Haa. Aku tau sebab aku pernah rasa. Rasa rindu, rasa jiwa kosong, rasa mcm dah mati.





Cinta kena ikhlas. Buat kopi setiap pagi untuk suami, jgn merungut. Cium mak setiap hari, jgn segan. Bersih sangkar kucing, jgn membebel. Call girlfriend bila jauh, jgn berkira. Sebab bila mak dah takde, baru kau menyesal nak rindu. Bila ukulele patah, baru nak nangis. Bila boyfriend pergi holiday jauh-jauh, baru rasa nak berkepit. Appreciate masa ada sebab nanti bila dah hilang takkan ada yg boleh ganti. TAKKAN.


Macam tu jugak dengan mereka rapat macam adik beradik sendiri rasa hargai tu kental dia macam cuit sikit pun terasa. Maka hargai. Bergaduh macam mana pun jangan pernah terputus. Sebab itu harta yang tak ternilai selain dari family. Ye family first tapi aku tanya engkau orang semua ade ke engkau orang cerita luar dalam isi hati engkau orang pada family macam mana korang bercerita dang kawan? thats why la wujud 

'There're times when strengers are like family, and family are like strangers"

Satu benda yang kita sering terlupa. Kita sebenarnya lebih kuat, lebih bijak, lebih tabah dan lebih segalanya apabila kita pernah melalui banyak benda dalam hidup. Kita mungkin disakiti, dikhianati, dibenci, dibohongi, tetapi kita masih hidup bukan?

Kenapa kita masih hidup?
Sebab kita kuat untuk hadapi segalanya.

Dan mengapa hanya memikirkan suatu pengakhiran?
Bukankah di setiap pengakhiran, pastinya akan ada satu lagi permulaan?
Mulakan hidup yang baru.
Yang lebih baik dan penuh impian.


Aku tulis based on pengalaman dan untuk peringatan dekat diri sendiri jugak. Aku, bukan perempuan yang tipikal.


Kepala aku masih terngiang soalan kau semalam.

"kenapa lari jauh-jauh?" berkali-kali

"Kan sakit", mungkin kau tak faham makna di sebalik sakit itu yang sememangnya susah aku nak terangkan. sakit yang kau nampak itu cuma sebahagian yang kau nampak dengan mata kasar. Kau lupa cerita yang segumpal darah yang namanya hati tu pernah disakiti. Amat. sehingga aku terasa teramat sakit. kau ape tahu..haahaha

Aku tinggalkan kesemuanya. dan cari jalan "pulang" ternyata Dia masih sayangkan aku. Dia kirim seseorang perantara yang menghilangkan kesemuanya. Sehingga aku mampu memaafkan seikhlas hati. Bagaimana insan ini membuka mata hati aku. Kuasa yang kat atas tu..

Pelik ye aku pun pelik bagaimana magis ini terjadi sedangkan ade insan yang datang sebelum ni cuba juga namun tak pernah terobos tembok ego ini. Kental weh.

mohon didoakan yang-baik-baik

Kekniss : Tidak kira betapa sukarnya sesuatu benda itu, pastinya akan ada sesuatu yang baik pada penghujungnya. Sekurang-kurangnya aku fikir begitu

Sunday, 16 April 2017

TERGANTUNG SEPI


Cukup Disini perjalanan kita
Menghukum Diri mendera hati ini
Terhimpit Dengan suasana


Berat Rasanya sukar diluahkan
Bernafas Ragu menghembus pilu
Perasaan Ini tergantung sepi


Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun Terputus jua


Disiksa Hati yang menagih
Harapan Kasih yang menjauh
Terpisah Dalam kekalutan
Jiwa Yang.... digantung sepi



Hidup.
Bila kita pertaruhkan hidup kita yang kita sayang pada tempat yang salah, kesakitan yang kita terima sungguhlah memeritkan. Hidup hanya sekali, itu yang selalu kita bisikkan pada diri sendiri. Apakah meletakkannya di tempat yang salah, melakukan kesilapan dan kita tidak mahu kembali bangkit dan bernyawa?

Kadangkala, kita buka hati kita pada orang yang salah. Kita berikan yang terbaik pada manusia yang kita sangka ditakdirkan untuk kita walaupun akhirnya benda yang diharapkan langsung tidak terjadi. Tetapi, itu bukan satu masalah sebenarnya. Bila kita yang bertanggungjawab untuk membuka hati kita, maka, kita harus mengambil usaha untuk menutupnya kembali. Kuasa di tangan kita.
Benar bukan?

 Kenapa sepasang kasut kadangkala mempunyai ciri-ciri berlainan daripada sepasang kasut yang sama? Sudah semestinya pemakainya adalah orang yang berbeza.



Manusia memang tamak. 
Itu kenyataan kejam yang kita harus akui bersama. Setiap daripada kita adalah tamak dan tidak pernah puas dengan apa yang kita miliki. Katakanlah perempuan yang sudah sedia ada cantik, kurus, langsing, kadangkala akibat tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki, dia akan pergi membuat pembedahan plastik untuk lebih cantik dari orang lain. Lelaki yang sudah memiliki segalanya, mungkin akan menggunakan kelebihannya untuk mendapat cinta yang lebih dari sepatutnya, walaupun sudah ada permaisuri yang menunggunya pulang ke rumah. Mungkin. Itu sebahagian daripada fragmen hidup yang nyata.

Kawan : Aku geram betul.
Aku : Kenapa?
Kawan : Bila aku buka balik hati aku untuk bercinta, orang yang aku nak, langsung tak pernah pandang aku. Tapi orang yang aku tak minat pula asyik mengekori.
Aku : Jadi?
Kawan : Adakah ini balasannya sebab selama ini aku menolak cinta yang hadir?
Aku : Jadi kau nak kata yang kau patut terima cinta orang yang mengekori kau?
Kawan : Bukanlah. Aku memang minat pada seseorang tu, cuma, dia langsung tak pernah endahkan aku.
Aku : Bukankah itu ironik?
Kawan : Maksudnya?
Aku : Manusia memang begitu.
Kawan : Terangkan.
Aku : Manusia selalunya akan tidak menghiraukan orang yang perlukan mereka, tetapi mengejar orang yang mereka suka. Manusia tolak orang yang cintakan mereka, tetapi mengejar orang yang tidak ada langsung perasaan pada mereka.
Kawan : Jadi, benda ni normal?
Aku : Normal terjadi pada manusia biasa.

Terima baik dan buruk.
Pernahkah sebelum kita membuka hati dan menyerahkannya kepada seseorang demi memulakan hubungan, kita telah mengkaji kesan baik dan buruknya yang datang secara pakej apabila kita menerimanya dalam hidup kita? Selalunya manusia akan terlepas pandang perkara sebegini dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat apabila benda yang istimewa telah bertukar menjadi duka.

Cinta.
Satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya.
Dalam kuantiti yang kecil, ia tidak memberikan sebarang erti.
Dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan, ia memberikan kebaikan dan kesenangan seperti mana ubat.
Tetapi, bila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan, ia bakal memudaratkan.
Itu yang aku rasa, pandangan peribadi aku sendiri.
Ketagihan?
Itu pasti.

Dalam mimpi, impian dan cinta - tiada sebarang istilah mustahil yang neuron kita akan cipta. Semuanya boleh sahaja dan bakal sempurna. Tetapi, benarkah?

Banyak hubungan berakhir walaupun sebenarnya, itu tidak perlu berlaku.
Manusia memang suka membiarkan emosi dan sifat ego menguasai sehingga hilang pertimbangan. Dalam satu ketika, nafsu marah memuncak, ego mencanak, emosi merajai hingga sendiri akan lupa diri. Natijahnya? Bila tersedar dan tersentak, baru akan menyesal sendiri. Kenapa membiarkan sesuatu yang indah itu hilang begitu sahaja akibat kelalaian sendiri.

Ironinya nama Manusia.

Monday, 3 April 2017

Fated

"Kunfayakun"

Dulu aku naif, jahil. Bagi aku, qada' dan qadar Allah dah tak boleh ubah. Buat lah macam mana pun. Totally fixed. Jadi nak usaha bila nakkan sesuatu tu jadi malas. Sebab Allah dah tetapkan, kan? Paksa diri untuk redha, konon.



Iya, memang "Jadi maka jadilah".

Tapi ada benda, Allah jadikan ia berlaku sebab Allah memang nakkan ia berlaku.
Ada benda, Allah jadikan ia berlaku sebab kifarah atas kelalaian kita.
Ada benda, Allah jadikan ia berlaku sebab kita sangat nakkan ia berlaku.

Mustahil ke Allah boleh ubah qada'dan qadar kita? Takkan? Allah Maha Berkuasa. Qada' dan qadar juga kuasa Dia.

Jadi aku belajar, terutama lepas perkara besar yang berlaku dalam hidup aku. Aku belajar, kalau nakkan sesuatu, usaha. Sungguh-sungguh.

Aku, awalnya aku paksa diri untuk move on. Sebab aku takut if still hoping, bila tak dapat apa yang aku nak tu, aku akan frust. Jadi aku paksa diri redha dan move on. Tapi tak boleh. Susah sangat. Aku tak redha, pun.

Jadi aku usaha lagi; still hoping, still doa. Sebab aku sedar, aku masih ada tanggungjawab. Tapi tak berjaya. Tak.

Dan, magisnya kuasa usaha. It took a years bagi aku. Agak lama tempoh tuh. Tapi waupun aku tak dapat apa yang aku nak, tapi aku happy sangat. Sebab takde regret dah. Sebab aku yakin dalam tempoh tuh aku dah usaha dari semua bucu. Semua. Jadi mudah untuk aku redha dan move on. Terasa mudah akhirnya. Especially. Terima kasih kepada seseorang. Ye dia tak buat apa-apa pun cuma muncul secara tiba-tiba. Tapi dalam secara tiba-tiba tu la Allah gerakkan hati aku ke arah sesuatu yang aku terlupa. Sesuatu yang aku rasa. Ini lah dia yang Maha berkuasa. Mungkin muncul dia sebagai perantara. Hanya dia yang maha mengetahui. Mohon didoakan yang baik-baik.

Jadi, kalau betul kita nakkan sesuatu, go for it and keep on doing good. Sehingga suatu limit, walau tak dapat apa yang kita nak, tapi kita akan senang redha. Iya penat. Tapi sabar sikit. Sampai masa, Allah akan hadirkan redha tanpa dipaksa. Dan ia pasti lebih mudah.

Jadi, "Jadi, maka jadilah" yang mana Dia terjadikan pada kita? Tak penting untuk tahu. Sebab kita tiada kuasa untuk lawan Kuasa Dia. Tapi kita berkuasa untuk untuk berusaha, untuk berdoa. Sungguh-sungguh. Yakin. Lalu Dia pasti bagi yang terbaik. Sebab DIA tak Zalim. DIA takkan pernah Zalim. Takkan.

Monday, 13 March 2017

KESAN


Adat dalam kehidupan, Kubur juga bernisan, dan kubur juga dilawati. Kesan tinggalan perpisahan dilawati kembali. Melihat dan mencari kembali apakah mungkin ada yang perlu dipelajari agar kehidupan mendatangkan akan lebih baik. Mungkin menabur bunga tidak akan menyuburkan kubur tersebut, tetapi sedikit perasaan menyenangkan mungkin terselit. Aneh-aneh dengan perasaan sendiri dan berjalan pergi meninggalkan nisan yang pasti terukir namanya. Janji dengan diri sendiri tidak akan berpatah balik...

Kembali lagi..
Bukankah ia umpama kubur?
Bertanda
akan dilawati
Kalau tidak sekerap pasti setahun sekali...

Image result for GRASS


"kalau kau nak cabut, cabut dengan akar-akar sekali. kalau kau sekadar tebas akar masih ada..sia-sia"

Dia senyum tanpa berkata-apa.

Semua orang menghadapi kesukaran cabaran dalam hidup. Terpulang pada kita sebenarnya untuk mengatasi dan menjadikan ia sebagai satu kelebihan dalam menjalani kehidupan lebih bermakna. Lagipun mana ada sesiapa yang sempurna bukan? Ada orang menyatakan kita harus melupakan kisah silam,Tetapi pada aku secara peribadi, kita tidak perlu melupakan kisah silam, tetapi melupakan manusia di dalamnya bukan pengajaran yang terselindung disebalik semua kejadian yang menimpa.

Kerana itu dia meninggalkan semua yang ada. Mengorbankan kesemua yang dia punya. Pergi sejauh mungkin. Bisu tanpa kata. Agar penanda itu hilang. dan hilang bersama bayang dia,

Jangan pernah mengubah apa yang kita rasa berdasarkan apa yang orang lain rasakan terhadap kita. Kita adalah tuan punya diri dan memaafkan manusia lain adalah sangat bermakna apabila mereka sebenarnya mengajarkan kita tentang kehidupan.

Kerana itu, kenangan sentiasa mengekori walaupun sepahit manapun ia.


kekniss~~

Monday, 30 January 2017

Cuma Mimpi

Bila kau bangun, terjaga dari mimpi yang indah.
Kau mungkin akan senyum tak sudah.
Tolak ketepi semua benda susah.
Kau hargai nikmat mimpi meriah.
Yang bikin kau bahagia dalam resah.
Dan hidup tidak bemakna pasrah.

Kau tidur lagi.
Terjaga dengan mimpi buruk bagaikan mati.
Kau tersentak dan enggan tidur lagi.
Otak mengganas memikir mimpi.
Apakah itu petanda hubungan ini.
Apakah itu satu petunjuk tentang duniawi?
Atau hanya mainan durjana penghuni neraka abadi?

Kau sayang dia.
Dia umpama satu kurnia.
Dia kau ibaratkan bagaikan mimpi ceria.
Dan engkau enggan terjaga.
Dan biarkan segalanya hilang begitu sahaja.
Bagi kau dia adalah syurga dunia.

Tapi bila dia menyeleweng, kau marah gila.
Mulalah kau kata celakanya kau sebab percaya.
Pada sumpah dia.
Pada janji dia.
Pada manusia lain yang konon kawan semata.
Walaupun nikmat tertipu itu hanya kau yang rasa.
Dia mula jadi neraka.

Ya, mimpi ada indah bahagia.
Ya, mimpi ada celaka durjana.


Masa tu, aku rasa macam spin totem macam Cobb ada dalam Inception. Nak tengok totem terus berputar atau terhenti sebab dalam Inception kalau totem tu terus berputar maknanya aku sedang bermimpi.

Aku harap totem aku berhenti dari berputar.


Kekniss : "I want you to know it that i always with you even though you hate or not" - Benda begini kau tak boleh bawa main. Hati manusia bukan bahan mainan yang kau boleh campak sesuka hati 

Monday, 16 January 2017

Terbunuh

~Dia masih di meja. terus melabuhkan tiap gerak pena. Mata masih tertumpu pada gambar itu. papan kekunci terus berbunyi

"Aku memilih....

Benci
Menjauh
Melupakan
Menghilang

Yang sepatutnya aku buat dari dulu..



"Kau takkan dapat rasa sakitnya kau buat aku. Kau pujuk aku dengan kata-kata kau. Aku terperdaya lagi.. waktu tu kau jaga hati aku lagi. Tapi bila terputus semuanya kau henyak hati aku seolah kau tak peduli dengan apa yang aku lalui. Pernah kau tahu macam mana aku menangis sakit? Pernah kau peduli macam mana aku menjerit perih? Setelah semuanya kau gengam kau senyum puas. dan menang. Aku yang bodoh. Hati aku kau permainkan percuma. bertahun-tahun aku setia. tapi pisau belati yang kau hulur. membenarkan aku membenam ke hati sendiri sedalamnya.. Salah aku. Salah aku.

Maaf. Berkata maaf mudah. Sangat mudah..mudah juga beri maaf. Tapi memadam setiap titik hitam itu sangat sukar. Bahagiakah kau dengan seksanya hidup aku. Tahniah. Itu yang mampu aku ucapkan.

Jangan sesekali pertikaikan why im bringing back. Thats my right.

Segala rasa yang kau beri pada aku masih tak mampu ubati perasaan aku yang kau dah rentap semahunya.

Dan aku takkan sesekali lupa tarikh saat waktu aku terbunuh oleh kau"

dan aku akan terus mencari jawapan.

                               ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~pangggg.... Cawan di siku tertolak cawan kaca  jatuh lalu pecah.

160107.

Bersambung.......