Friday 30 May 2014

Galau

Ikut hati mati
Ikut rasa binasa

Tapi aku tak ikut hati, tapi aku dah pun mati. Aku tak ikut rasa, tapi tetap jugak binasa.

Orang kata jangan mudah percaya dan beri sayang tu sewenangnya. Jangan terlalu murah dengan sayang sebab kelak makan diri. Habis kau fikir aku tabur sayang aku mengikut angin lalu? Biar terbang rawak. Bertebaran lah sejauh mana dia mampu. Rebahlah pada yang dia mahu. Sayang itu aku jaga, aku bendung biar tak pergi ke orang yang tak selayaknya. Aku tahu. Tapi mungkin aku silap sebab aku tak jaga hati aku sebetulnya. Hati yang timbulkan rasa sayang. Sayang aku ikat tahan, tapi hati aku lepas bebas.

Jangan bagi ruang untuk hati disakiti. Tapi mana kau tahu hati kau akan sakit kalau kau sedang kecap bahagia. Sayang baru berputik, semua nampak indah. Yang buruk pun dikata elok. Kau kata itu buta tuli, pergi mati sana sebab kau mungkin tak pernah rasa nikmat cinta sampai kau jadi bodoh. Akal boleh realistik tapi hati tak kan pernah boleh waras. Dalam berjaga kau tergelincir. Tenggelam dalam nikmat perasaan sampai lupa kemungkinan yang menanti dihadapan.

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Sakit. Memang sakit. Sakit yang tak boleh nak diungkap.

Menangis selagi kau boleh. Benam hati kau sedalam yang kau mahu. Layan remuk redam selagi kau mampu

Aku mahu kau tahu, ini bukan salah kau sayang. Kau tak bodoh. Menyerahkan hati pada yang dia yang masih kelabu tu bukan satu kesalahan. Lumrah manusia. Tapi dia. Dia tak pandai menghargai kau. Penglihatannya masih liar. Hati nya masih besar. Nafsunya masih kasar. Otaknya masih dumpu. Dia juga seperti kau. Insan biasa yang buta bila dihidangkan dengan rahmat kasih. Biarkan. Beri dia peluang. Lepaskan dia melangkah sejauh mana dia mahu. Tengok destinasi mana mahu dia berhenti. Sebab kau perlu tahu mana letak duduknya kau dan dia.

Dan kau cuma perlu kuat. Sekuat batu kerikil. Berhenti tanya apa salah kau. Dan alihkan jari kau dari terus menuding pada dia. Tak perlu terlalu mencari di mana silap. Abaikan mahkluk keliling dan pelbagai cakap kerana mereka tak tahu apa sebenarnya yang wujud antara kau dan dia. Dan rahsia itu biar terus kekal disitu. Simpan. Kerana banyak mana pun yang kau ungkap, setulus mana kau luah, ia masih tak sama apa yang di dalam.

Saat dia terjatuh sebagaimana dia lakukan pada engkau, baru dia tahu apa itu dunia. Dia akan sedar, hati tu bukan sekadar untuk bahagia. Derita sentiasa menanti untuk mengambil tempat. Ada sisi lain selain putih. 

Sudah, kesat air mata. Lalui hari kau seperti masih punya pelangi. Bertenang. Teruskan hidup dan bersedia. Lihat ke mana takdir akan membawa kau.

Thursday 8 May 2014

Robin? Ted?

Kau build up perasaan kau sikit, sikit, sikit macam menabung sepuluh sen sehari sampai satu hari tabung kau dah ada RM100. Bayangkan, kau perlukan 1000 hari nak dapat RM100 tu tapi tak sampai sehari dah lesap dah RM100 tu sebab kau dah spend  macam tu je. Samalah dengan perasaan yang serupa bodoh ni, penat je kau kumpul perasaan kau bertahun-tahun tapi kelakarnya tiba-tiba je perasaan tu dah lesap.

Tapi, kau keras kepala. Deep deep inside kau tahu, kau dah tak rasa apa untuk dia tapi kau taknak let go jugak perasaan kau tu. Kenapa? Kenapa?! Sebab yang kau taknak let go tu sebenarnya usaha kau menabung perasaan kau tu. Sikit-sikit sampai dah jadi bukit tapi hilang macam tu je. Sedih tapi kau tak boleh nak let go, kau still cling on dengan harapan duit/perasaan kau tu akan muncul balik sebab sumpah penat gila nak kumpul takkanlah hilang macam tu je?

Fikir balik apa benda yang kau taknak let go tu. Betul ke kau still ada simpanan perasaan atau pun kau cuma berpegang kepada usaha menyimpan perasaan kau tu? Tapi tulah aku faham sebab line yang divide, yang ada border tu nipis sangat kadang-kadang kau sendiri tak sedar apa sebenarnya yang kau taknak let go tu. Macam Ted dengan Robin, sampai 13 jam before Robin nak kahwin pun Ted kalau boleh taknak let go.

Aku rasa semua orang mesti pernah ada 'Robin' diorang sendiri, someone yang habis mati pun kau taknak let go sebab kau sumpah rasa yang Robin kau tu the one dan tak mungkin, tak boleh, tak akan ada yang lain. Tapi hakikatnya bukan Robin yang end up dengan Ted walaupun Ted dah spend 8 tahun hung up dengan Robin. Jadi, bagi aku, let golah Robin kau tu supaya kau boleh jumpa the one yang sebenar-benarnya dan bukan the one yang kau sangka. 

cerita..kahkahkahkah...

Sejarah

Ada ketika bila kita terlalu gembira, kita lupa pada apa yang pernah terjadi. Sibuk kita mengukir hari bahagia sehingga kita hampir mengulang semula sejarah yang lama. Kita hampir terjerumus kembali ke lembah gelap yang pernah difobiakan. Kita hampir membunuh hati sendiri, sekali lagi. Jadi, pentingkah sejarah di situ? Jika dikenang agak sukar untuk move on. Bila diabaikan, nah--- Sejarah Mungkin Berulang.

Air shower yang memancut deras sederas air yang berbutir keluar dari hujung mata. Tekak didehem beberapa kali sebelum melontarkan suara yang bakal memecah sesaat dua lagi.

Andaiku turut rasa hatiiiiiii…..
Telah jauh ku bawa diriii..
Tapi kemaafan.. ku lahir dari hati… mengatasiiiiii

Sejarah mungkin berulanggg…. anggggg 
(sambil henjut badan gaya Misha Omar)
Walau engkauku maafkannn…
Ohhhh kekasih..
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimuuuuuuu…..uuuu 
(tune dah mula main lari-lari)

Krekkkkkkkk…. Bunyi pintu bilik tu taknak scary lagi pulak kan. Ala, Dakni dah balik pulak.

“Weyh, baru balik ke?” pekik dari bilik air.

“Lama dah. Sempatlah jugak aku dengar show kau yang tak seberapa tu. Kakakakaka.”

Cilake. Main kasar pulak budak ni. Tapi lagi cilake orang yang main kasar dengan hati dia. kesian Eii, kalau ikutkan hati, aku pijak lumat muka kau.sepak sekali. Biar sedar dengan siapa kau bermain hati. kasar gurau macam tu..macam mana kalau aku cadangkan dia pulak yang bergurau sebegitu apa kau rasa? tapi aku tahu dia tak lah busuk macam tuh. hidup ada karma.. kau bagi cara baik kau dapat cara baik. kau lempar cara keji nanti kau tahu la pulang macamana. facepalm. Mujur la dia ni jenis bukan bagi senang 100% cintakuuuuu, Bila orang melabelkan dia baik. Senyum megawatt. Belum cukup kau kenal dia. kisah dia. siapa dia. Belajarlah dari sejarah lepas maka episod rabak itu tak setragis drama-drama kat tv.Berbalik pada sejarah

Sejarah perit untuk dikenang tapi sejarah sebenarnya wujud untuk dikaji. Bukan hanya dijadi sebagai tugu peringatan. Diletak di suatu sudut hati, membiar menjadi daging busuk yang tanpa sedar mungkin membawa sakit pada diri sendiri dan mungkin yang berada di sekeliling. Kau tengok kota A Famosa. Salah satu kota bersejarah yang tertinggal di Melaka. Berapa ramai yang rasa seronok bergambar sakan sambil perhati matahari turun dari situ? Berapa ramai yang dah jadikan A Famosa sebagai port untuk merakam segala keindahan Melaka dari ketinggian yang entah aku tak tahu berapa sebab dah puas google tapi tak jumpa-jumpa. :(

Tahu sendiri kan sejarah bagaimana Kota A Famosa dibina? Banyak perit jerih, banyak nyawa terkorban. Mungkin ada yang membina dengan marah-marah. Mungkin juga ada yang menyumpah. Bila semuanya telah berlalu, tahun makan tahun, tanah air berjaya merdeka. Semuanya jadi normal seperti biasa. Tidak pula kota itu diroboh demi meluah rasa benci. Ditinggalkan kota A Famosa untuk dijadi sejarah peringatan untuk anak cucu masa depan. Tapi anak cucu masa depan hanya tahu kota A Famosa port dating paling low bajet, boleh bawak makwe tanpa keluar banyak duit. Haishhh, korang ni…
Sejarah untuk dikaji, bukan untuk dihafal dan lepastu kau boleh lulus periksa. Sejarah untuk diingati bukan untuk dikenang dan buat kau tak mampu untuk berjalan. Sejarah untuk dijadikan pedoman bukan buat kau terusan meroyan. Sejarah untuk kau sedar kebodohan di masa silam dan mengelakkan kau untuk terus tenggelam. Faham sejarah dan kau akan faham erti kehidupan yang sebenar.

“Orang yang hebat adalah orang yang berani melipat sejarah menjadi kapal terbang kertas dan melempar semula ke muka kenangan.”

Perempuan macho

Beberapa hari yang lepas, hati perempuan macho macam aku baru dipatah-patahkan, macam aku la tapi bukan aku.fasa aku dah lepas. Mungkin ada segelintir manusia di atas bumi yang menyangka kalau mematahkan hati perempuan yang macho, it's okay. Takpe, dia kan kuat. Dia boleh get through this. Perempuan tu nanti lambat laun boleh bangkit berdiri semula, no problem. Kalau ada yang kedua, yang lebih manja dan tak macho sangat, itu tak boleh ditinggalkan, nanti meroyan sampai mampus, susah. Jadi lebih baik perempaun yang macho itu ditinggalkan. Sebab dia mungkin dah biasa, hati dia dah kental.

Shit.

Mungkin segelintir manusia itu terlupa bahawa perempuan macho itu adalah perempuan juga, dan kondisi hati itu tetap sama, tak kira dia macho atau tidak. Hati mentah berdarah kalau dipatah-patahkan, buat cicah sambal kicap dan dimakan dengan nasi, pasti rasanya kurang enak sekali. Rasa sakit yang terasa tetap sama. Tetap bisa.

Mungkin kalau perempuan yang biasa, jika hati dia berdarah dan patah, masih boleh menangis dan meraung. Tapi kau tunggu la nanti empat lima bulan lepas tu, mungkin dia sudah move on. Mungkin setengah tahun selepas itu, dia dah boleh tersenyum. Tapi hati perempuan macho ini kebanyakannya sudah sedia keras, sudah pernah dipatah-patahkan oleh bajingan bajingan terdahulu. Jadi bila dah keras, bila jatuh terhempas, kepingan yang patah bukan setakat dua, mungkin tiga puluh tiga.

Kami mungkin sedikit aggressive, mungkin sedikit angkuh, dan ada ego yang sangat tinggi. But we know what we want, and we pursue it, fast and furious. Because our eyes are selective and picky, and we do not let wild hearts come into our territory. We see those who we want, only those who we want, because we want them. We put efforts, we go beyond the distance, kami berikan masa dan ruang, walau tiada komitmen ataupun declaration. Kenapa? Sebab kami percaya akan konsep memberi tanpa  menerima. 

And the least you could do is to not break our hearts. Or atleast break it nicely.

Perempuan yang hatinya  macho tidak menangis dalam diam. Bahkan, kami tidak akan menangis langsung. Bukannya sebab tak sedih, tapi sebab kami faham yang bila kalau perasaan sudah tidak mutual, buat apa dipaksa lagi? Buat apa mengharap? Ya, deep down in ourselves, mungkin kami agak pesimis. But you wouldn't blame us for that, would you? Ada banyak lagi perkara yang memerlukan tangisan kami. Bila tengok mak bapak takde duit, misalnya, dan kami perlu keluar bekerja sambil belajar to put food on the table, to fend for ourselves. Nak meroyan pasal hati yang patah? Mahu, tapi tiada masa.

And this actually apply to everybody, bukan setakat perempuan macho je. If you think that you can hurt someone and treat them like a complete jerk just because they seems to be strong enough to handle it, no, you are wrong. Because a person that truly love you for who you are will embrace your bullshits, treat you nicely even when you stabbed them in the face, and will always be stupid enough to crawl back to you.

And maybe when it's gone, you finally realize that their feelings are real, and you've lost the love.

Sunday 4 May 2014

Yang Silam

Celik mata....

seperti biasa...
Termenung sekejap..lepas tu terfikir.Entah macam mana aku terasa mahu menulis lagi, hah cerita manusia cintanya rabak lagi. Seperti biasa juga aku semak dengan cerita sebegini, tapi entah mungkin sebab resam alam dan dah menjadi sesuatu yang biasa mungkin

Dan kali ini, aku nak cakap tentang kisah silam. Siapa yang sanggup untuk ungkit kisam silam, apatah lagi kisah tu mungkin jadi luka bergaris yang tak pernah baik. Setiap orang pasti ada kisah silam, dan termasuk juga aku

Aku terasa pelik bila mana putusnya satu percintaan puncanya sebab kau tak boleh nak terima kisah silam kau. dan apa kena mengena dengan dia? sebab kau takut kisah silam kau buat kau jadi macam dulu,kau rasa tangan kau dah kotor dengan lumpur dunia dan kau rasa kau tak layak untuk dia?apa kau fikir dia layak untuk kau?masa kau suka dia dulu,pernah fikir tentang ini? Aku tahu kau cuba dan mencuba tapi bila kau gagal kau lempar semua..kau tutup semua benda yang kau rasa nampak cela..kau henyak buang dia macam kau dah cukup bagus tentang hidup.

hello abg long kak long, pernah kau fikir apa yang dia fikir sebelum kau buang dia? aku tanya ni? pernah?

Itu tandanya kau belum cukup kenal diri dia mahupun diri kau sendiri. setiap cela dia,setiap roboh nista luka parut hodoh semua belum kau kenal tahu, tapi kau dah takut berhadapan dengan diri kau yang kau kata cela .kau tak sedar kau masih benarkan diri kau untuk duduk dalam kisah silam hitam tanpa menginjak sedikit pun sambil mendongak langit kau salahkan takdir kau salahkan yang dikeliling. yang paling sadis kau terus salahkan diri sendiri Pernah kau fikir kenapa kau jumpa dia? dan kenapa tuhan hadirkan satu detik rasa untuk dia?

tak ada orang baik yang tak ada masa lampau
tak ada orang jahat yang tak ada masa depan

Aku nak kau berfikir sesaat dua...

Tolak tepi duh

" We accept the love we think we deserve. "

petang yang mendung, hujang...member kat depat tengah study untuk paper esok, aku masih mengelamun depan laptop..paper lusa, malam karang aku pulun, lagu ajai mencuit telinga

walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu
namun harus ku cuba tuk melupakan dia
tangani semua ini dengan akal fikiranku
biar engkau kan tahu ku tak cintamu

Selama ni aku tak pernah nampak erti bila orang cakap  " If you love someone, set them free. " Aku tak pernah mengaku kalah. Kalau aku nak, aku akan usaha sampai aku dapat. Sama dengan perhubungan, aku jenis direct, kalau suka akan terus confess. " Kau confident, boleh la. " cakap kawan aku,. Tapi petang ni baru aku sedar berat beban bila kita suka kat orang.

Kau ingat kau seorang aja yang sakit? Habis tu dia? Tangan yang merelakan juga terluka. Dia terima kau tolak tepi ada sebab, bukan sengaja. Bukan sebab dia tak suka, bukan sebab perasaan sayang tak ada. Tapi nak buat macam mana. Hidup masih panjang, dan hidup juga bukan pasal cinta aja. Kerjaya, pelajaran, mak bapak, itu semua kena fikir. Dia sendiri mengaku bila dia nampak kau, hati rasa gentar. Hati rasa takut nak berjuang. Rasa takut buat dia lemah.

Dan dia rasa dia kena kekal kuat, dia kena kekal realistik. Kalau setakat cinta, takkan boleh bayar makan minum, tak boleh nak tanggung hidup. Kalau asyik bergelumang dengan emosi cinta tak stabil, macam mana nak berjaya? Macam mana nak kekal sober? Macam mana nak jadi waras sentiasa? Orang bercinta ni kalau tak reply text pun boleh bawak berperang. Itu cinta apa? Cinta manis remaja? Cinta budak-budak? Maaf ya, katanya bukan itu yang dia cari dalam hidup.

Kau perlukan orang yang manja, yang boleh bergelak-ketawa, yang boleh berjumpa saban hari tanpa jemu. orang yang cantik, kulit lebih mulus, hati lebih tulus. orang yang boleh Whatsapp kau setiap saat, bertanya makan minum pakai kau, yang boleh beri senyuman manis bila kau sakit. natijahnya bukan dia, kau tak perlukan dia. dia yang sibuk ke sana ke mari dengan urusan dunia dan bergelumang dengan lumpur realiti dan perasaan sendiri. Nak senyum pun payah,kata dia, hati dia biar simpan jauh biar dingin, biar beku. Sebab dia yang rasa sakit perit nak terus bernafas dalam kalangan mereka yang kejam. yang nampak dunia ni satu tempat layar yang tak indah.

Cinta itu suci? Cinta tak boleh bawak mati.

Jadi jangan kau sedap mulut kata dia manusia tak berperasaan. dia pun rasa apa yang kau rasa. Kau anggap benda ni mudah macam buang ludah. Aku pun fikir juga , kalau kau punya mata yang boleh nampak segala buruk cela hodoh nista dia, apa akan jadi? Sepuluh tahun akan datang, apa akan jadi? Kau ingat cinta kekal abadi?

Aku tanya kau ni, apa akan jadi?

Saturday 3 May 2014

Had Cinta

“Aku tak boleh hidup tanpa dia”

Belum kemana dah tahu tak boleh.

Nak lupakan orang yang pernah kau sayang tu memang tak mudah. Susah. Tapi kalau tak cuba mana kau nak tahu.

Macam mana untuk kau jatuh sayang kat seseorang tu perlukan masa, macamtu jugak untuk lupakan dia, jugak perlukan masa. Bagi diri kau masa dan ruang.

Aku dulu pernah jugak ada dalam fasa macam nyawa tu kena tarik sama bila orang yang aku sayang pergi. Kalau saat tu kau tanya aku, Ya Tuhan, level jasad tanpa jiwa. Kosong. Setiap hari meratap pilu. Tak reti jemu. Macam mana seronoknya terbang tinggi masa bercinta sakan, macam tu jugak lah dia punya sakit terduduk kat tanah bila hilang orang yang kau sayang. Nak ubat hati tu dah macam takde penawar. Macam penghabis hayat dah. Esok nak mati.

Tapi aku lupa, masih ada remedi untuk sakit yang satu ni. Masa. Ruang.

Kalau harini kau kata kau tak kan penat merindu, tunggu lama sikit. Kalau harini kau tak kan berhenti mencinta dia, tunggu nanti. Kalau harini kau kata sayang kau pada dia tak kan pernah mati, tunggu kemudian hari.

Rindu tu akan pergi.
Cinta tu akan mati.
Sayang tu akan hilang.
Dengan izin Tuhan.

Kalau tak seminggu, mungkin sebulan, atau setahun, boleh jadi lagi lama. Takpe. Bagi masa kat diri sendiri. Masa kita untuk pulih mungkin berbeza. Sebab tahap perasaan kita pun tak sama. Tuhan tu pun tak kejam nak bagi kau rasa macam gampang untuk selamanya. Melainkan kau sendiri yang tak membenarkan dan terus membiarkan kau hidup dalam kancah penuh kesialan. Kalau harini sakit, esok akan pulih. Sabar.

Kau takkan tahu yang kau boleh hidup tanpa dia sampai lah kau duduk dalam situasi tu. Sama ada secara paksa atau rela. Semua berkaitan masa dan usaha. Ada seorang tua pernah cakap,



Jaga cinta dan sayang tu. Letak keutamaan cinta tu pada kedudukan yang sepatutnya. Mana yang dulu, mana yang kemudian. Jangan terlalu kejar yang atas tanah sampai lupa apa yang ada dekat atas sana. 

Sentap.

Manusia memang mudah lupa. Terutama soal cinta. Bahagia tu sangat melekakan. Sedih tu jugak melalaikan. Baik bahagia mahupun sedih, dua-dua boleh buat manusia hanyut dalam mainan perasaan. Bahagia sampai nampak syurga semata. Sedih sampai nak campak diri dalam neraka.

Meletakkan dia pada satu kedudukan istimewa tu mungkin betul, tapi meletakkan dia teratas seolah mengagungkan tu salah. Dia mungkin sebahagian dari kau, tapi dia bukan pemegang nafas, bukan pengalir darah, bukan penggerak jantung. Kau masih boleh hidup tanpa dia. Berhentilah rasa yang dia segalanya. Dia manusia, kau juga manusia. Dia masih punya keluarga, kau jugak punya keluarga yang mana itu sebenarnya jauh lebih penting untuk buat kau berdiri tegak atas muka bumi.

Jangan terlalu cintakan dia sehingga kau lupa untuk cintakan insan yang bawak kau ke atas dunia sampai kau mampu merasa cinta.
Jangan terlalu cintakan hamba-Nya sehingga kau lupa pada pencipta manusia yang kau sedang cinta.

Melepaskan cinta sesama tu takkan buat kau mati. Buktinya, berapa ramai manusia yang masih bernafas atas kurniaan oksigen dari Tuhan selepas hilang cinta yang dulunya dikata sebahagian dari nyawa. Salah seorangnya, aku.

Pasrah Parah

Bila difikirkan semula, segala sakit, segala derita, itu semua bukan salah cinta. Kesian, sebab salah manusia yang memutarbelitkan perhubungan. Bila kata tak seiring dengan rasa, bila tindakan diselit dengan ragu, dan bila akhirnya kita terluka, senang saja kesemua hati yang parah mendongak ke langit dan menyalahkan cinta.

Aku rasa manusia masa kini perlu belajar untuk merasa manis dalam setiap yang mendatang, kedua-duanya yang baik atau buruk. Kerana masalahnya begini, kita sentiasa membina satu jangkaan, satu expectation yang tinggi. Contohnya bila kita menyukai seseorang, kita marah bila kita bertepuk rasa sendiri. Rasa malu, rasa bodoh, rasa hati kena carik. Rasa setiap sudut perasaan ditarik.


Itulah kau.

Fokus kau hanya pada yang indah.

Kau pun tahu, dalam sepanjang hidup kau yang tak berapa nak panjang ni, kau akan jumpa seribu satu orang, kekal atau tidak itu lain cerita. Dan kau tahu cinta yang abadi itu hanya untuk yang di atas, kekal untuk disanjung, kekal untuk dijunjung. Aku tak nafikan, perasaan bila bercinta itu manisnya bagaikan di syurga. Bila dua manusia berlainan jantina bersatu, halal atau haram, kau akan rasa nikmat yang tak terungkap dengan kata. Blissful, ecstatic, in seventh heaven


Tapi kelakar sebenarnya, kelakar bila kita sebagai manusia masih boleh mendabik dada dengan bangga dan mencanang cinta terhadap benda / kejadian pinjaman dunia semata, yang mungkin esok atau lusa bakal dibunuh mati. Kelakar juga bila perasaan boleh berubah-ubah, bila senang mengaku rindu hari ini dan beralih rasa di kemudian hari. 


Contohnya, ingat tak pasal ex kau tiga tahun dulu yang kau sibuk meroyan saban hari, menangis bagai meratap orang yang dah mati? Eh tapi sekarang, kau dah bahagia pun kan dengan yang lain, dengan yang baru? Gitu.


Ini bukan setakat peringatan untuk kau, tapi untuk aku juga dan yang seangkatan dengannya. Sebab aku takut, bila dah rasa suka, bila dah terasa jatuh dalam dakapan manis cinta, selalunya aku akan lalai. Selalunya aku akan lupa.Aku alpa, manusia itu hatinya dipegang Tuhan, dan jika aku gandakan seribu satu kali kudrat dan tenaga sekalipun, jika si dia bukan jodoh aku, maka bukan lah. 


Dan selalu nya jika kau sudah merasa suka, seringkali kau membuat persediaaan fizikal dan mental untuk ke tahap seterusnya. Di mana hendak berjumpa, topup secukupnya, dan bekerja siang malam. Tapi kenapa kau (dan aku juga) lupa hendak membuat persediaan, jika si dia itu bukan kita yang punya? Pernah kau buat preparasi jiwa agar kental dan tabah jika perhubungan terputus di tengah jalan?


" Yakin kan aku Tuhan, dia bukan milikkuuu.

Biarkan waktuu, waktuuu, hapus aku. "

Memang tak pasal je lah menangis bila terfikirkan probabiliti yang mungkin terjadi sambil dengar playlist lagu Nidji. Mungkin engkorang semua cakap aku ni fobia ataupun anxious melebih, mungkin juga separa gila dan terlampauoverthinking.


Tapi serious lah ni, aku tanya ni.

Pernah tak terfikir, mungkin dia tu bukan kau punya?

Dah bersedia?





Hitam

Dipesan diingat
Pada yang dikeliling..
Jangan terus diletakkan

bahawasa pemilik nama ni punya sifat
norma akan jauh dari watak antoganis

Kerana takut satu hari
Andai kata kebinatangan dalam diri terlepas dari rantai
Takut bisanya bakal mencerna menghitamkan yang putih

Cukup sekadar kenali penama ni
Kenali sedikit hitamnya juga moga satu hari kau faham
Mengapa dan kenapa.

Gapai tangannya
Andai satu hari dirinnya tersasar
Ingatkan dia bahawasanya...putih itu lebih baik
Jangan ditiru hitamnya yang ada
itu tandanya kau sama macam dia.

Lepaskan yang sudah
Lupakan yang sudah.


Thursday 1 May 2014

SEDIH

Lelaki. Mana pandai tunjuk sedih. Entah bagaimana mereka control hati, mereka jarang luahkan rasa sedih. Tak macho konon-kononnya. Putus cinta, lelaki akan tumbuk dinding dua tiga kali, menjerit dan pergi main snuker dengan member. Itu je.

Perempuan. Memang pandai tunjuk sedih. Entah bagaimana hati mereka, luahkan sedih dah jadi tabiat. Tak gadis la kalau tak beremosi. Putus cinta, meraung dua tiga jam, tumbuk tumbuk bantal, pergi makan, masuk bilik sambung menangis, pergi mandi, menangis bawah shower, jumpa kawan-kawan, cerita sambil menangis, balik, menangis lagi. Itu je.

"Jangan cengeng sangat, itu pun nak menangis," kata lelaki pada perempuan.

"Jangan ego sangat, lega kalau menangis," balas perempuan pada lelaki.

Tapi tunjukkan atau tak, pendamkan atau tak, rasanya tetap sama. Rasa yang buat kau sesak nafas, rasa yang membunuh segala logik, rasa yang akan menghilangkan segala rasa. Rasa macam celaka.

Lelaki atau perempuan, bila tiba masanya akan diberi banyak pilihan dan pilihan itu samada membahagiakan atau merosakkan. Kadang-kadang, kau hanya ada satu pilihan. Satu. Nak taknak, kau kena lakukan jugak. Walau dengan mengetap bibir atau dengan air mata yang berlinang.

Sebenarnya gua tulis entri ni tanpa berfikir panjang atau tanpa berfikir langsung. Kalau kau dapat apa yang bagus dalam entri ni, baguslah. Kalau tak dapat, kau anggaplah entri ni entri selingan macam iklan.

Dan pada akhirnya nanti, kalau kau sedih, ada 3 benda je yang mampu buat kau rasa lega sikit. Mak, coklat(untuk perempuan) dan rokok(untuk lelaki, tapi kalau perempuan nak buat jugak pada gua..sedikit tidak sopan rasanya..tapi terpulanglah...)

Tapi semua tu mampu melegakan je. Sekejap je. Temporary. Yang mampu menghilangkan terus kesedihan kau itu ialah diri kau sendiri.ya DIRI KAU SENDIRI.

Tapi gua tak sedih. Gua tak pernah sedih. Gua terer. Kah kah kah!




Lidah besi

Memaksa untuk bersuara
Terkadang takut mungkin untuk menjaga hati
hah manusia

Kalau aku berlidah besi
mahu kau tahan tadah telinga?
Sendiri takut..bajingan dalam diri sendiri

Bukan kecewa kerana dihenyak ditinggalkan hati
Tapi kecewa dengan diri sendiri..
Sendiri merobohkan dinding yang selama ni pejal
walau dijentik dirempuh sekalipun

memandang sinis..
bergelak jahat.....
Takut tiap pendam..
Akan jadi dendam...
kelam bayang itu adakala mahu menginjak keluar..
Tapi ditahan...agar jangan dihunus..jangan dikejut sekalipun...
Cukup sekadar ia memerhati...memandang tiap gerinya..


throw out dan spill saja..itu lebih ikhlas rasanya