Monday 18 August 2014

Hari Ini Esok dan Seterusnya

Hidup ni kan berputar. Sama macam bumi yang tak pernah berhenti berputar satu arah pada paksinya. Hidup ni tak nampak bentuk bulat nya, tapi cara bergerak tu tak ubah macam roda. Cuma kelajuan putaran untuk setiap orang itu mungkin berbeza. Tapi masa tu tetap akan tiba. Harini kau di atas dilambung setinggi langit, ditatang penuh kasih, ditimang penuh sayang. Esok lusa dihayun ke bawah, dicampak ke tepi, di tolak sampai terduduk dekat ceruk.

Hari-hari nak bahagia pun tak boleh jugak ye dak. Cuba kalau panas semedang, katanya cuaca ni elok buat sidai kain, cepat keringnya. Tapi entah kenapa tiba-tiba rasa nak merungut sebab dah lama tak hujan. Air tadahan dah makin kurang. Semua nak kena jimat cermat guna air. Menyusahkan pulak rasa. Tuhan itu sifatnya Maha Mengetahui, diturunkan hujan seeloknya buat kita. Ingat diturunkan secukupnya, rupanya berlebihan yang membawa ke musibah. Berdoa pulak ingin hari yang sedang sedang sahaja cuacanya. Tidak panas dan tidak lah terlalu sejuk. Ah, hari yang macam ni memang boleh bikin kita malas. Satu keje pun tak jalan kang. Tak boleh.

Manusia, mana pernah bersyukur. Puas apatah lagi.

Kekadang bila kita terlalu yakin dengan apa yang kita ada selaras dengan apa yang kita mahu hari ini buat kita lupa, dekat atas sana punya Satu yang sedang memerhati. Dilihat dalam diam. Dikira dalam senyap. Yakinnya kita sehingga lupa yang kita patut yakin dengan Dia melebihi yakinnya kita dengan apa yang kita punya. Sebab yang kita ada pun datangnya dari Dia. Hanyut dalam leka dia dah tetapkan setiap satu daripadanya.

Sebab tu hari ini kau jumpa satu orang, esok kau mungkin hilang satu orang.
Harini kau ketawa, esok kau menangis.
Harini kau sayang, esok kau benci.
Harini kau kat atas, esok kau kat bawah.
Normal nya kitaran hidup manusia aturan Tuhan.

Tak ada yang kekal atas muka bumi ini. Sama ada sesuatu yang nampak secara fizikal, mahupun tak dilihat tapi dapat dirasa.

Bila sesuatu yang kau tahu tapi tak pernah berharap untuk jadi tapi dah pun terjadi, jangan berharap pada hukum karma sangat. Sama macam apa yang dah berlaku, karma ni jugak tak datang dalam bentuk dan ketika yang kau mahu. Tak semua yang baik tu dibayar secara terang, dan tak semua yang jahat itu dibayar dengan tunai. Kadang kita yang melihat tak tahu, tapi yang melalui tu yang tahu.

Cukup kau percaya Tuhan tu ada. Dia tahu apa dia buat. Dia dah atur jalan untuk setiap ciptaan Dia. Tak perlu bersusah payah tambah dosa untuk berharap orang lain ditimpa musibah, berdoalah agar kau dilimpah rahmat. Bawak bawak sedekah Al-fatihah ke diri sendiri semoga terus bahagia hidup aman sejahtera. Nak berdoa untuk diri sendiri pun kekadang terlupa, ini kan pulak nak berdoa untuk orang lain. Kita ni pun belum tentu boleh sayang orang sampai kita mati. Jadi tak perlu untuk kita benci orang sampai dia mati.

Kalau sesuatu terjadi, sama ada baik atau buruk, anggap apa kita buat dah terbayar. Tak perlu rasa yang orang lain itu perlu jugak dibayar. Tuhan tahu keje dia. Kalau kita tak boleh nak doakan kebahagiaan orang, jangan pulak kita doakan kesengsaraan dia. Sebab bukan ke doa untuk kebahagiaan diri sendiri jauh lebih baik dari doa untuk sengsara orang lain?

Keep calm. Meet your fate. Entertain your faith. Find your will to carry on because whatever it is, the show must go on. Let’s rock the world!

Friday 1 August 2014

Hadap

Saban hari asal masuk sosial network pasti aku jumpa status rabak. banyak sangat pun trust me..ada manusia yang tak tahan dan menganggap ianya annoying. sikit-sikit sudah. ada bagus carila seseorang ke, lebih afdal orang kata takpe kalau hati kau tu bekecai. cantum dengan gam gajah bawak la pada pencipta hati tu sendiri.. Insyallah baik lah nanti

Tapi kalau kau rasa dengan dapat lupakan orang dengan cara larikan diri dari orang yang buat kau sakit tu satu kejayaan, kau silap. Sebab berjaya berhadapan dengan orang yang buat kau rabak tu jauh lagi besar tahap menang dia.

Kau ingat senang nak hadap muka yang buat reaksi macam takde apa-apa sedangkan dia buat kau sakit hati tu tak tahu nak cakap macam mana. Nak nak yang jenis kejam serupa nazi. Semalam baru lepas buat kau rabak harini dia datang dekat kau sengih sengih macam baru jumpa harta karun. Rasa macam nak terajang muka dia pun ada time tu. Kalau kau tak betul betul kuat, mau meleleh dah kau kat depan dia. Tapi sebab kau kena berlagak steady dan cool, so kau pun buat macam takde apa.

Sebenarnya tu lagi baik dari kau lari tak nak jumpa dia. Tak nak cakap dengan dia. Tak nak contact dengan dia. Atas alasan kau tak boleh tengok muka dia. Kalau dengan cara tu kau cakap kau dah berjaya bangkit dari kekalahan, kau silap. Terang terang kau masih tertakluk bawah bayang bayang dia.


Eh, ye lah. Kalau kau betul betul dah move on, jadah apa kau still tak boleh tengok muka dia? Nampak sangat kau tergugat takut jatuh hati balik. Pesen senang kalah. Haritu sikit punya meroyan, tapi still tak boleh jumpa dia, sakit hati tak hilang lagi katanya. Sakit hati ke sebab kau ada hati lagi kat dia. Mulut cakap dah move on, tapi hati duk terkenang kisah silam. Sudah lah. Dia elok tegak depan kau buat muka bahagia, kau tak habis dengan muka taik. Tak rasa malu ke bila tunjuk sisi lemah kau ke dia.


Memang tak mudah nak berhadapan dengan dia. Nak nak baru lagi kan. Kalau hati tu boleh nampak, luka pun tak kering lagi. Tak payah tengok muka, dengar suara pun dah sakit hati. Marah tapi nak nangis. Kan? Macam bodoh.  Tapi sampai bila pun kau nak macam tu. Kau pernah dengar ayat,



Lagi jauh aku lari, lagi cuba aku lupakan dia, lagi dekat dia datang, lagi asyik aku teringat dekat dia. 


Aku bukan angkuh, tapi aku tak pernah larikan diri dari orang yang buat aku rabak. Bukan lah tak pernah langsung. Maksud aku paling teruk pun aku berselisih bahu dan aku tunduk. Kalau dia tegur, aku balas, kalau dia lalu buat bodoh, aku pun jalan buat bodoh. Settle. Tapi aku rasa tu tahap boleh dibanggakan lah sebab ada sesetengah orang langsung tak boleh. Dengar bunyi tapak kaki, bau dia sekali lalu pun boleh boleh mengundang air mata. Parah.

                                                 baju dia lawa boleh tukar kaler lagi....


Bagi aku bila kau face up dengan manusia yang buat kau melalui fasa sakit dalaman ni menunjukkan kau memang super power. Of course lah sebab tak semua orang boleh  buat kot. Kau tak rasa ke macam best bila dia buat atau cakap sesuatu yang menyakitkan hati kau semalam. harini kau jumpa dia kau boleh senyum dan gelak ketawa dengan orang lain serupa takde apa. Bravo. Silap haribulan, dia balik yang rasa tergugat sebab tengok kau tak terjejas dek angkara dia.


Jangan tunjuk yang kau lemah depan dia. Macam mana sakit pun kau hadam sengsorang. Kalau perlu, cerita dengan someone, go ahead. Cerita. Tapi bila sampai depan dia, hadap. Control diri kau sebaik mungkin. Selagi kau boleh sorok rabak kau tu, kau sorok. Kalau nak melalak pun tunggu sampai rumah, masuk bilik, cari bantal, tekup muka. Jangan meroyan campak campak barang pulak. Mengamuk pulak mak kau nanti.


Cara ni bagi aku one of the best cure lah. Harini kau tengok muka dia sakit level sembilan puluh lima. Esok tengok muka dia sakit tu dah turun level tujuk puluh. Lusa turun lagi level lima puluh lima. Everyday kau akan get used and slowly kau jadi okay. Bukan lah aku pergi suruh kau jumpa dia hari hari. Itu contoh. Jangan jadi bebal kau pergi cari dia tak tentu pasal. In case kalau terjumpa atau memang kau perlu deal dengan dia hari-hari. Tak perlu nak larikan diri kalau terserempak. Kalau kena kat aku tu memang aku gelak je. Perangai serupa budak kecik 5 tahun


Kau boleh meroyan, lepastu cari jalan. Kau boleh sepuas hati menjerit, tapi terus bangkit. Kau boleh sakit hati, cuma mohon cepat berhenti. Apa kau perlu buat, tarik nafas, dan dia kau lepas.

Kekadang, kita memang kena telan dan hadap benda yang buat kita sakit. Bukan sebab takde pilihan, tapi sebab dari pahit tu lah kita akan lepas dari perit dan kuat untuk bangkit. Orang kata, alah bisa tegal biasa.


Jadila perempuan macho.Jadilah lelaki kacak Baru la cool. :) 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...:)