Sunday 21 June 2015

KOPI

Kalau ada kopi, ada awak, yang mana satu saya perlu pilih ya?"

Pilihlah yang menenangkan mungkin, 

"Saya pilih kopi" :)

tunggu sebelah. Lepas minum, saya datang pada awak.

"Eh, mungkin saya datang dulu. Sebab kopi merangsang adrenalin"

Tak. Kopi buatkan tenang. Saya yang buatkan adrenalin awak bergerak laju kan?



Ada yang menyatakan bahawa mereka pasti akan menangis kalau kopi menang berbanding mereka. Kopi menjadi pilihan hati berbanding mereka yang merupakan seorang manusia. Tapi, tahukah anda bahawa kopi tidak akan tersedia sendiri? Mungkinkah anda yang akan diminta untuk menyediakannya? Secara tidak langsung, anda sebenarnya yang dipilih. Kiasan dalam kehidupan kadangkala aneh untuk difahami. 

kekniss Eberdeen : Terima kasih jadi manusia paling sabar bila melayan kepala yang cepat rajuk hati sejak kebelakang ini. Ya, kadangkala saya suka meletakkan perasaan yang pertama berbanding rasional diri. Terima kasih sekali lagi.