Wednesday 16 September 2015

Tak Dijangka

Langit tengah menangis dekat luar sana. Apa lah yang duka sangat agaknya. Mata aku dah kering air mata. Hati pun dah penat meronta. Yang tinggal cuma sisa duka. Tapi sampai bila.

Teringat perbualan whatsapp antara aku dengan kawan aku yang tak berapa nak serupa perempuan. Tapi dia punya cakap bikin hati perempuan aku sayu. Tersentuh. Sebak datang tanpa diundang. Bayangkan mata melilau dengan kaki berjalan nak cari barang, nafsu terhadap barang obsesi hilang sebentar, nafas aku tahan, phone aku genggam, air mata yang bergenang aku buat tak perasan.

Kawan : Kawan baik kau lelaki?
Aku : Lelaki ada perempuan ada.
Kawan : Oh.
Aku : Kenapa?
Kawan : Sebab lelaki dengan perempuan kan tak boleh berkawan baik. Salah seorang kecundang.
Aku : Tapi kalau dua dua kecundang?

Soalan tiba-tiba, dengan cara tak sengaja, pada masa tak diduga tu membawa ke satu perbualan lain. Perbualan berkisar tentang sisi aku yang lain. Yang jarang aku tunjukkan di hadapan orang. Benci betul aku ke minah ni bila dia berjaya bukak sisi aku yang aku simpan kemas tu.
Ada benar apa yang dia cakap, tapi aku masih mempersoalkan kebenaran tu. Sebab aku jugak benar. Keadaan yang salah.

Aku rasa nak celaka kan apa yang dia cakap, persetankan semua tu. Tapi satu saat aku sedar, apa yang dia bagitahu tu betul. Aku kena rasional. 

Bak kata kawan, 

"Kau percaya jodoh kan? One fine day, kau akan jumpa jodoh kau."


Ayat yang tak pernah seorang pun cakap ke aku selama ni. Dan aku tak pernah terfikir ada orang akan cakap ke aku serupa tu.

Dan aku pulak nak cakap ke kawan aku tu,

Terima kasih sebab tanya. Tapi aku benci kau sebab buat aku hampir menangis. Kau faham tak?

Betul orang kata, nak jumpa kawan yang boleh nampak kita punya duka masa kita tengah ketawa bukan senang. 

Belum pun reda rasa lega, tiba-tiba ada satu notification Whatsapp masuk.

Aku renung whatapps tu. Tak tahu nak rasa teruja atau rasa celaka.

#Confession1

Bertenang. Dan terus bertenang. 

Bila bercakap itu orang kata akan cipta banyak masalah. Aku lupa, diam pun akan wujudkan masalah. Masalah yang entah datang dari kau, atau orang luar.


'Kau ni pesen orang tanya baru nak cakap. Itu pun kalau nak cakap lah. Kalau tak selagi tu kau diam, simpan. Aku perati je. Seronok makan hati?'

Kalau dah semua orang bercakap, siapa yang nak dengar. Makin lama, makin tak tahu macam mana nak bercakap bila selalu sangat jadi yang mendengar. Kemampuan bercakap dengan kata-kata secara tajam tu bukan dah tumpul, tapi dah lama tak diasah. Mulut dibiar sepi tanpa bicara. Entah apa yang merasuk. Yang menjadi mangsa adalah hati. Berbunyi dalam sunyi. Berdetak dalam sesak. Makin sebu hilang rasa. Menangis tak berbunyi. Yang sudahnya lebih memilih untuk diam dan mengalah. 

Mengalah. Kadang-kadang aku sendiri tak pasti apa definisi mengalah dalam hidup aku ni. Terutama dalam soal macam ni. Ada yang klasifikasi mengalah aku sebagai selfish. Ada yang kata mengalah aku sebab ego. Atau boleh jadi sebab takde effort. Nak teruk sikit membawa kepada bodoh.

Untuk semua pertuduhan, terima kasih. Tapi kau, kau, dan jugak kau. Salah.

Sedar tak mengalah ni bukan satu benda yang mudah? Dalam mengalah nak kena sabar. Dalam sabar nak kena tahan sakit. Dalam sakit nak kena kuat. Tapi dalam kuat kadang-kadang kau kalah. Tewas dengan mainan perasaan sendiri. Hendak bertahan tapi hati tak cukup tahan. Emosi tak cukup kuat. Setiap benda yang kau hadap kau akan cuma mampu senyum dan kata 'biarlah. Aku okay'.  

Tipu lagi. Mohon Tuhan ampunkan aku untuk kesilapan berturut aku yang satu ini. 


'Dari dulu kau asyik nak mengalah. Dari satu orang ke satu orang. Bila orang nak mengalah dengan kau pulak? Asyik kau bagi pinjam bahagia kau ke orang. Kau bila nak dapat bahagia kau?'

'Aku tak suka nak paksa orang benda benda macam ni'

'Ini bukan paksa. Fight for your right'

'Hak apa yang aku ada? Hak apa yang aku punya? Hak apa yang kau cuba cakap ni. Tell me.'

'Hak atas diri kau'

People will get what they deserve in life. Remember? Jadi Tuhan mungkin rasa aku belum layak untuk rasa bahagia. Kalau satu saat nanti bahagia tu datang mungkin akulah orang yang paling berbahagia.Simple. 

Orang ada sepuluh sebab untuk tuduh aku bila aku diam. Bayangkan kalau aku bersuara untuk apa yang aku mahu. Mungkin berpuluh lagi sebab sedang menunggu. Bukan aku tak sayang, bukan aku takde usaha. Biarlah  dia tenang fikir apa yang dia mahu, apa yang dia perlu. Kalau dia rasa dia lebih deserve perempuan yang akan fight untuk dia tanpa henti, perlukan dia setengah mati, biarlah aku undur diri.


'Macam mana dengan kau? Yang kau jugak tahu apa kau mahu. Sibuk nak satisfied orang, sendiri punya hati?'

Dalam keadaan sukar, aku sentiasa cuba untuk jadi orang yang mudah. Tolerate dengan semua benda selagi boleh untuk biar orang terus rasa mudah. Tak tersepit, tak rasa bersalah. Selagi boleh jugak aku taknak orang kesiankan aku. Benda yang sangat aku elakkan. 

I'll stay if someone want me to stay and I'll leave if they want me to leave. Macam mana aku mampu bertahan dalam diam, macam tu jugak aku mampu pergi dengan diam. Sakit tak sakit usah dikira. Macam aku selalu cakap dulu, aku bahagia kalau orang yang aku sayang bahagia walau bahagia dia bukan bersama aku. Sebab bahagia aku adalah dia sendiri.


'Sampai bila kau nak terus sacrifice kebahagiaan yang kau patut dapat macam ni? Berapa banyak kali lagi kau nak biar orang bersilih ganti lukakan kau?'

Maaf. Aku tak punya jawapan. 

Monday 7 September 2015

Jatuh Sayang

Salam.

Mungkin terlalu lama aku tinggalkan ruangan ini sehingga ia menjadi medan yang sunyi sepi. Diam seribu bahasa. Kini aku kembali, memerlukan khidmat ruangan ini untuk mendengar suara hati. Yang tak pernah dan tak mungkin bisa dilepaskan. Cukup sekadar ia membaca apa yang aku coretkan. Cukup sekadar mendengar.

Bilamana berhadapan dengan keadaan sebegini buat aku tertanya, apa yang sedang berlaku nanti? Lebih tepat apa yang sedang berlaku antara kita? Atau mungkin hanya terhadap aku. Entah. Aku sendiri tak mengerti. Aku tak punya jawapan untuk semua soalan itu. Mungkin aku sendiri tak cukup pasti tentang soalan yang timbul. Soalan yang masih kabur.


Adakala keterasaan hati itu datang. hanya perlu pendam dan diam. Bilamana rasa cemburu. Pada aku ianya perlu kerana aku punya hati yang memandang. berkali aku diingatkan. Belajar menerima yang dia juga Belajar bertahan. Dan sejauh mana aku hanya berserah kepada pencatur hidup aku. 

Dia miliki sedikit sebanyak ciri yang aku ingini. DIa tak pernah sembunyi siapa dirinya sama ada status mahupun kerjaya. Itu paling penting. Dan kejujuran itu yang membawa aku terfaktab hingga ke tahap ini.Dan rasa itu bukan hanya kerana ada rasa sayang dan cinta semata tapi ada sesuatu yang aku inginkan. Legasi darah ini.Legasi penyambung jiwa serikandi dan juga panglima.

Terlalu banyak untuk aku ceritakan. Cukup sekadar itu aku kongsikan. Biar cerita itu menjadi milik aku, rahsia aku. 

Aku tak tahu mana khilafnya. Sama ada mengenali engkau itu adalah satu kesilapan. Atau yang berlaku sekarang ini yang satu kesalahan. 

Hampir setiap hari aku tanya diri aku sendiri, apa ini yang aku mahu? Bodoh. Tidak ada siapa didunia yang mahu ada perasaan sebegini. Tidak. Aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa? Terlalu banyak perasaan. Terlalu sukar untuk aku rungkaikan.

Setelah sekian lama, saat ini aku tertanya. Mana letaknya diri aku pada dia? Soalan yang tak mungkin pernah dan bisa aku tanyakan kepada dia 

Pernah dia bertanya mengapa aku terlalu mempercayai dia. Dan aku hanya tahu ia sesuatu yang sangat susah untuk diterjemahkan. 

Pernah aku cuba lari dari dia, dari situasi. Tapi jauh mana aku lari, akhirnya tetap dengan dia. Hingga saat ini, aku masih menanti pengakhirannya bagaiamana. .

Yang nyata, aku jatuh sayang pada orang yang betul tapi pada masa yang salah. Itu benar.

Kekniss : bila nak kurusnnih...hahahah