Friday 25 December 2015

Tahun Baru Sayang

Di pengakhiran tahun 2015,

Aku hanya nak rest in peace. Serious.

Jujur aku cakap, rasa macam baru semalam baru nak masuk tahun 2015. Hari ni dah menghitung hari nak meninggalkan bulan Disember. Banyak juga yang dirasa, lelah jugak berlari pecut dengan hati yang diragut, itu belum campur dengan luka pedih dahulu yang belum sembuh. Susah rupanya hidup ni. Susah rupanya jadi manusia yang ada hati.

Tapi tahun ini berbeza sedikit. Tahun ini rasa rabak dia lain macam. Kalau dulu bila rabak, rasa sedih. Kalau dulu rasa rabak, mesti rasa nak meroyan, rasa macam luka kena hiris berkali-kali dengan pisau dan dilumur dengan garam. Tapi itu dulu. Dulu tak sama dengan sekarang.

Jadi kononnya aku pun berkata dengan megah, mungkin aku tak perlu keluar dan meraikan tahun baru kali ini. Tak, meraikan dalam konteks ini bukan lah pergi party ke apa, cuma tahun sebelumnya aku suka keluar dan travel ke satu tempat di mana aku boleh duduk dan fikir balik apa yang aku buat dalam satu tahun. Itu definisi meraikan bagi aku. Muhasabah, dan lihat kembali kesemua benda yang aku capai. 

Entah macam mana, Aku tiba-tiba jadi takut. Aku mula terasa yang tahun 2015 makin menghilang, dan aku fikir, what's the point of sleeping? What's the point of giving up? Sudah hampir genap 25 tahun aku cuba nak hidup walaupun kena berebut sedut oksigen dengan berbilion lagi manusia dalam dunia. Kenapa aku kena mengalah sekarang?

Dengan pantas aku terdetik. Aku bayangkan dalam kepala, macam mana kalau hidup ni ibarat satu lagu yang panjangnya hanya 365 hari, dan hari ini adalah yang terakhir. Kalau dulu, mungkin tujuan aku keluar adalah untuk have fun, untuk kenal rakan-rakan baru, untuk make new relationships. Tapi kali ini, aku hanya mahu menghabiskan 24 jam yang terakhir tahun ini dengan orang yang aku anggap meaningful. 

Mungkin orang yang lebih tua akan cakap, ah engkau ni muda lagi, baru je 25 tahun. Rileks dan masih perlu enjoy, jumpa orang-orang baru and make connections. Bagi aku ini ridiculous. Mungkin nasib kau baik, masih lagi boleh hidup sampai umur kau yang sekarang, tapi tak semestinya aku pun akan dapat umur yang panjang macam kau. Aku mungkin ada dua tiga tahun je lagi untuk hidup, dan sebenarnya dalam konteks tersebut, aku sudah dikira tua. Sudah di penghujung usia. Bahagia.. Cuma itu yang ada dalam kepala bagi tahun depan.


Pernah kau berhenti sekejap dan berfikir, segala hati yang baik dan lembut itu kadang kadang adalah yang paling keras, paling tabah dan paling kuat kerana bisa lagi menghadap dan tidak memaling pergi dari apa yang membuatkan ia berdarah?

Pernah kau berhenti dan berfikir, dalam setiap pengorbanan, ikhlas adalah suatu yang perit dan kadang kadang diam itu menjadi tanda bahawa terpaksa adalah sebab kenapa diri rela menikam hati sendiri dari hati yang lain?

Pernah kau berhenti dan berfikir, dalam setiap kata dan senyum yang aku luahkan, penuh dengan pengharapan moga moga kau nampak betapa aku sakit untuk mengukir ketawa agar hati kau tidak gundah gulana?

Pernah kau berhenti dan berfikir , dalam diam aku juga berbicara dengan lantang, berteriak dengan kuat, bahawa aku tidak kuat. Bukan kau sahaja yang lemah, aku juga lemah , tapi harus diam kerana lemahnya aku harus tidak ditunjukkan agar kau senantiasa kuat.

Pernah kau berhenti dan berfikir, yang terbaik itu sentiasa ada, tapi bukankah yang membahagiakan juga adalah yang terbaik? Bahawa pilihan itu adalah satu kompetisi yang begitu kejam?

Tapi kata hati , semua soalan jawapannya ada pada hati . Benda yang benar itu senantiasa ada, senantiasa wujud di depan mata. Sanggup atau tidak sanggup sahaja yang membezakan. Seribu tahun itu sekejap, mungkin pada hati yang bersambut , tapi bagi hati yang menunggu? 

.................................

Sayang,

Amboi, pelik sungguh rasanya bila dah berani nak memanggil sayang. Tapi mungkin tidak mengapa, sayang saya hanya di sini. Bila berjumpa, saya macho macam biasa. Seratus kali ucapan maaf saya ucapkan jika selama ini mungkin kelihatan saya ini ego orangnya, keras hatinya, tapi betul ni sayang, itu bukan tanda saya tak sayang.

Sayang,

Jarang sekali kita berbicara tentang apa yang terjadi, apatah lagi mahu berbicara mengenai apa yang kita rasa dalam hati. Mula-mula kawan, lepas tu saya pun dah keliru apa dah jadi. Tapi seperti biasa, awak cakap biarlah Tuhan yang menjadi saksi, dan masa sebagai bukti. 

Tapi kadang-kadang, dunia seolah-olah membuat satu konspirasi. Bila sudah acap kali mulut membuat sumpah tidak mahu berjanji, di pengakhirannya kita masih di sini. Masih lagi berjumpa, masih lagi dalam persimpangan dilemma, masih lagi di takuk yang sama, mungkin masih lagi tak tahu apa yang menanti di kemudian hari, saya pun mula makan hati.

Sayang,

Mohon jangan salah faham, you're one of the best things that had happened to me. Saya juga sudah maklum, jodoh itu semua ketentuan Tuhan. Dan salah saya juga,Entah bagaimana semua ni terjadi. Maafkan saya.

Jadi, bila saya fikir tentang apa yang akan terjadi nanti, seolah-olahnya saya rasa dunia saya menjadi keras seperti batu. "you have no choice sis, be strong" Saya diam. Saya pendamkan kesemua. Saya senyum melihat fon. Saya biarkan sepi. Saya dengarkan saja, Saya perhati kan aja kesemuanya. Sebab seperti biasa, saya harus menjadi macho. 

Sayang,

Ini semua bukan perlian, tapi sebagai ucapan terima kasih. Terima dan kasih untuk semuanya. Yang manis itu harapnya akan kekal manis, dan yang pahit itu mohon agar diletak tepi dihujung kaki. Terima dan kasih juga kerana bersabar, kadang-kadang perempuan yang macho ini juga adalah perempuan paling manja di dunia. Tapi tak mengapa, manja saya, awak seorang aja yang rasa, lelaki yang lain saya hulurkan bisa. 

Dan Disember ini memang bulan pengakhiran, saya harap apa yang terjadi antara kita, dilipat kemas jadikan bekalan. Kalau rindu, boleh la sekali-sekala diselak dengan senyuman. Kita bermula dengan kawan, diharap walau apa pun yang terjadi esok, masih boleh kekal seperti ini

Okay sayang?

Selamat Tahun Baru.
dan mungkin Tahun itu boleh digantikan dengan sesuatu yang lain. Ya. Terkelu lidah nak tuturkan. tak mengapalah saya ucap dalam hati saja. Tuhan dengar jangan risau itu juga doa saya.

Kekniss: Saya okay. Awak Okay. Kita Okay


Tuesday 22 December 2015

PEREMPUAN MACHO 3

Setiap orang  pasti akan lalui hari-hari yang sukar tak terkecuali aku juga. Itu dikatakan norma kehidupan. Penghujung 2015 Yang sangat rabak koyak dan permulaan 2016 yang sangat menguji kekuatan luar dan dalaman. Mencabar hidup ni sebenarnya. Penuh dengan drama air mata tawa dan derita.

Pernah je aku hampir hilang pedoman. Hidup tak selalunya lawa tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada kadang bilamana malapetaka tu datang terasa macam kene gelek kebumi dengan ahli sumo, rasa macam tak mampu nak bangkit sampai tak mampu menghela nafas. Tapi setiap rintihan ditujukan dilontarkan entah kemana dah akhirnya memilih sang pencipta. Kau cakap saja apa kau mahu lontar dia tak pernah menolak apatah lagi menidakkan. Dan setiap persoalan itu dijawab satu persatu..Terasa seakan berdialog dengan Dia.Sungguh aku tak tipu



Pernah aku mempersoalkan mengapa setiap ujian yang perih itu ditujukan kepada aku lantas dijawab dengan kata-kata

“Allah faham hati kamu lebih dari diri kamu sendiri, Dia tahu kita mampu atau tak atas semua ujian yang Dia beri.Bersabar”

Dan pernah aku mengeluh menangis “Ya tuhan aku dah putus asa, aku dah hamper putus asa”, dan dijawabnya dengan lapang hati

“Boleh jadi saat kau nak berputus asa tapi bila kau tadah tangan doa pada dia, Dia kabulkan doa kau, Dia tahu masa sempurna”

Diam.Kembali dongak ke atas bersama-sama harapan yang bersisa

Pernah juga aku mengeluh Penat, penat yang amat sangat bila nak harung jalan-jalan yang penuh dengan jerat mati.

Dengan lembut dia memberi jawapan

“Allah tahu kamu letih, Allah tahu kamu susah, Tapi Allah tak akan menguji kamu dengan sesuatu di luar kemampuan… Sabar”

Allah sebak. Apabila setiap persoalan deep dalam hati kau dijawab satu persatu.. Ya terasa sesuatu seolah kau diberi oxygen tank untuk bernafas balik

Dan bila bersorangan automatic tangki air bocor dan pada masa tu didetikkan hati

“Bila kau sedih sorang-sorang siapa datang? Kau sendiri tahu kan. So kuatkan hati kuatkan diri, terus berdiri, jangan mengalah. Nak rehat? Rehat dekat syurga nanti bukan bumi”

*tarik nafas hembus

Mungkin ambil masa bertahun.. Mungkin berbulan tapi apa pun yang kau kejarkan satu hari kau akan capai. Kau hanya perlu terukan apa yang kau buat untuk dapat apa yang kau nak. Setiap impian akan tercapai. Bersabar. Dia tak tengok hasil tapi dia tengok natijahnya. Believe me..

Kekuatan itu lahir dengan pinjaman dari Dia. Rabak bagaimana pun terus berdiri lagi. Lagi dan lagi. Sehinggakan kau mampu tersenyum ketawa dibalik rabak koyak merata.Kau boleh senyum lagi bergurau dengan orang yang buat kau rabak, manusia spesis apa kau nih? Katang namanya. Jadi perempuan macho ni biasa. Tapi istilah perempuan itu tetap perempuan tak pernah terpisah dengan air mata. Sebanyak mana air mata yang mengalir sebanyak itu kekuatan itu hadir. Tapi kalau menangis dah tak keluar air mata macama mana?

Aku harap moga-moga permulaan tahun 2016 lebih mengajar aku jadi perempuan yang lebih macho lagi. Berhadapan dengan sesuatu yang kau rasa perasaan yang paling celaka itu bukan mudah. Mental kau tak kuat kau rebah tersungkur tak mampu nak hela nafas panjang. Tahniah untuk aku yang hampir melepasi level rasa neraka. Walaupun masih bersisa walau pun hari-hari kena pujuk jiwa sendiri. Yakin kan diri. Hahaha..

“Aku dah tempah baju, import dari serawak” gelak
“Nak datang” angguk
“ kalau aku memang tak la… buat lara ja”
“tabik lu sis? Hati kau kental” senyum kau tak tahu apa aku rasa

Jangan persoalan kenapa. Aku nak kau tahu. Perempuan macho macam aku 1 dalam sejuta. Kalau rasa tak mampu jangan gatal-gatal terjebak macam aku.

Satu je pesan aku,

Bila kau tak faham apa yang berlaku dalam hidup kau, tutuplah mata, tarik nafas dalam-dalam bersuaralah “Ya Allah aku tahu ini semua perancangan engkau, Bantulah aku untuk melaluinya.”


Kekniss: Pernah tak kita banyak terkecil hati terguris rasa terluka jiwa untuk banyak perkara, tapi kita pilih untuk tak ambil kisah, kita tak pilih untuk benci dan berdendam, walau banyak kali ia terjadi. Ketahuilah, Hati kau cukup kuat untuk sabar dan sabar. Bukan untuk hari ini saja tapi untuk hari-hari yang mendatang. Aku masih terus mencuba.Live hell or live well you choose.

Monday 14 December 2015

Cinta Dalam Doa

‘Saya bahagia kalau awak bahagia walau bukan bersama saya’

Bullshit.

Awak, saya nak tanya awak. Macam mana awak kata awak bahagia kalau ‘kebahagiaan’ awak tu tak bersama awak?

Kau sayang dia setengah mati. Bila orang tanya tahap berapa sayang tu pun kau tak boleh nak letak. Aku tak pelik sebab aku pun kadang-kadang macam tu. Tak reti nak gambarkan macam mana. Secara logiknya, perasaan tu memang satu elemen yang tak boleh nak define dengan mudah. Menggunakan angka sebagai ukuran bukan satu benda yang relevan.

Tapi cara yang mudah untuk bagi gambaran mana tingginya sayang kau dekat dia tu melalui perbuatan atau tingkah laku. Orang kata bila dah sayang, kita sanggup buat apa saja. Korban selagi ada, bagi selagi boleh, ikut selagi mahu, tolong selagi daya. Takde sebab lain. Satu-satunya kau buat atas tiket sayang. Walau kau penat lelah, tapi semua tak penting. Keutamaan kau bukan lagi diri kau sendiri. Tapi dia. Perkara lain jatuh selepas dia dalam senarai kepentingan yang kau cipta. Asal dia senyum, kau dah cukup gembira. Walau kau perlu lap keringat belakang dia. Walau kau perlu tahan air mata selepas tu.

Takpe. Sayang punya pasal.

Aku faham bila semua yang kau buat tu atas dasar sayang. Cuma aku tak boleh terima konsep konon kau bahagia walau dia tengah bahagia dengan orang lain.

*Mengeluh*

Kalau kau kata kau masih mampu senyum tu bahagia, meh sini aku tapak dahi kau. Itu bukan bahagia. Itu pura-pura bahagia. Hakikatnya kau masih menangis dan derita dekat belakang. Hanya kerana kau tak nak dia tahu letak duduknya keadaan kau, kau terpaksa nampak kuat.

Kau mungkin keliru dengan kata-kata kau bahagia kalau dia bahagia. Bahagia yang macam mana. Bila kau dah buat segalanya untuk dia, tolong dia itu ini, serah apa saje selagi tak menyerahkan yang tak sepatutnya sebelum sampai masa untuk dia happy, yes, kau pun boleh happy. Tapi bukan sampai ke tahap dia bersama dan berkasih sayang orang lain. No. Oh, come on. Macam mana kau boleh okay dan cool tengok dia berpimpin tangan orang lain sedangkan jiwa kau ada pada dia.

"Sacrifice is one of the purest and most selfless ways to love someone

‘Aku ikhlas cintakan dia. Kalau bahagia dia bukan bersama aku, aku rela.’

Kau mungkin tak sedar yang kau hanya betul-betul bahagia kalau dia bahagia walau tak bersama kau saat kau dah mula lepaskan dan sayang kau terhadap dia mula terhakis. Jangan tipu diri sendiri. Mustahil selama perasaan sayang tu masih ada, kau tak berharap untuk dia terus bersama kau. Kalau perlu dia lepaskan orang lain, kau seolah akan berdoa dia buta pada sekeliling.

Jangan kata rela kalau hati merana, sayang.

Kawan aku pernah kata,

Kau bahagia bila kau rasa bahagia. Bukan dengan tengok dia bahagia. Dalam soal cinta, kau buat baik tapi taknak dia tahu tu tak wujud. Tanya diri sendiri kenapa kau buat baik dengan dia.

*Tarik nafas, hembus*

Ada benarnya dalam cakap dia.

Kadang-kadang, dalam cinta, satu sisi yang ramai orang tak sedar, yang kau tahu dan mahu lakukan cuma memberi, bukan lagi menerima. Mungkin kau rasa menerima bukan lagi satu benda yang kau perlu. Atau kau penat menunggu sehingga tak lalu. Cukuplah.

Kau bahagia bila kau rasa bahagia. Mungkin ini buat aku bahagia walau sekejap cuma, dan dia akan terus bahagia. 

Kau bersama dia
Aku bersama Doa.


Somehow

Pernah tak sampai satu point kau diam dan terfikir, kenapa agaknya kau kena jumpa sesetengah orang dalam hidup kau? Dan apa agaknya jadi kalau kau tak pernah kenal dengan diorang?

Kadang bila sampai satu tika, kau reached limit diri yang memang dah sedia nipis, kau akan rasa 'kenapa lah aku kena jumpa manusia ni atas dunia'. Kau pun imagine yang mungkin hidup kau tak miserable macam ni. Less drama, less problem. Everything will run smoothly and nicely.

Salah. Kalau kau tak jumpa orang ni, kau akan jumpa orang lain. Masalah tetap akan datang bersilih ganti dalam bentuk yang berbeza. Sebab kadang bukan dia, tapi kita sendiri pun akan cetuskan masalah. So, apa beza? Jangan nak berangan kat syurga sangat ye dak.

Cuma aku selalu cakap, jangan pernah menyesal dengan apa yang jadi dalam hidup. Setiap orang yang kau kenal akan ada sesuatu yang Tuhan tu aturkan untuk kau. Sama ada baik atau buruk, itu pilihan kau untuk ciptakan penguhujung dia. Kalau baik, ada sesuatu yang dia tinggalkan. Kalau buruk, ada sesuatu yang dia ajarkan. Yang mana hujungnya masih akan jadi baik sebab kau belajar dari apa yang dia ajarkan hasil dari keburukan tu.

Ah, husnuzon je selalu ye dak.

Benda yang sama jugak kawan yang serupa kakak aku pernah kata,



'Anggaplah jatuh bangun kau ni lumrah hidup. Inilah warna warni kehidupan. Sepanjang perjalanan kau untuk semakin dewasa, kau jugak akan belajar banyak benda. Belajar tu tak sekadar yang baik, buruk tu akan datang sama'

*Gigit bibir*

Kalau ditanya, sepanjang hidup aku, menyesal atas sesetengah yang jadi tu mungkin, tapi menyesal kenal dengan orang tu tak pernah. Entah. Kalau aku tak kenal sesetengah orang ni, aku mungkin tak nampak sisi dunia yang lain. Sebab dunia ni memang satu, tapi punya banyak dimensi. Aku hidup dalam bulatan yang ini, orang itu punya bulatan yang lain, dan orang yang sana jugak punya bulatan yang berbeza. Dan kalau aku tak kenal dengan orang yang bikin sesak kepala pun mungkin graf hidup aku akan mendatar. Takde turun naiknya. Aku pun tak tahu kemampuan aku sejauh mana.

Menariknya dunia yang punya banyak jalan untuk kau rentas satu demi satu. Dalam melayari hidup, tak selamanya kau akan kekal bergerak ke depan. Kadang kau terjatuh atau lebih teruk tersungkur, Berdarah dahi, tak pun walau kau ada self defense sekali pun satu dua pukulan pun boleh miss jugak, kadang kau berhenti dan berfikir untuk kembali pada awal dulu dimana kau berdiri, kadang kau seperti ingin terus mati. Tak mudah rupanya dunia ni.

Monday 7 December 2015

7th Dreams



Mungkin Totem tu masih terus berputar. Dan mimpi itu masih juga sama. Dan hari ini hari ke tujuh. Perjalanan mimpi mengenai Dia. Aku . dan orang-orang itu. dari pintu gerigi besi. Kunci. Hutan . Busur panah dan terang mentari. Kali ini ade yang berbeza tidak sama seperti yang 6 hari sebelum-sebelum ini.

"Dah nak balik, Nanti kunci letak dekat grill besi tuh."
"Jauh"
"Tak apalah"
"Hati-hati"
"Baik"

Berlari keluar seolah dikejar sesuatu yang tidak nampak. Gadis itu. Aku atau seseorang yang aku ikut. Atau aku sekadar jadi observer Berlari ditangan hanya ada busur dan 1 anak panah. Entah tak pasti Pelik. Hanya pandangan dari belakang.

Hutan kelam. Masih terus berlari menyelamatkan diri dan akhirnya sampai di tempat lapang yang sangat terang. Macam aku kenal tempat tuh. Tapi tak pasti. Pusing belakang.

Tersedar..

[11.40 pm]


1 massege received

"tak balik"
"Okay"

Kenapa macam susah nak tidur. Rasa lain

"Akak tidur ke tak"?
"Terjaga"

Aku ubah posisi tdur 180 darjah. Pejam mata. totem kembali berputar.

Ada buah. bungkusan. ulat

Mungkin ada yang elok. Aku tak pasti buah apa dan dari mana datangnya. Aku asingkan yang elok. Dibuka satu persatu ternyata semua masih lagi elok. makan. dan diberi kepada......


[6.50 am]

Dah pagi.



Cerita dari hari pertama sehingga hari ke 7. Kau pasti tidak percaya bahawa 7 hari totem masih terus menerus berputar menghambur cerita. Mungkinkah hanya mimpi biasa atau sebaliknya. Entah

Kekniss: Ya mimpi ada yang indah bahagia. Ya mimpi ada yang celaka durjana. Ya mimpi ada yang tinggalkan tanda tanya.



Sunday 6 December 2015

Kita Semua Rasa

Losing =  emptiness

Apabila kau hilang someone yang kau sayang, mesti akan ada sekelompok manusia yang hidup sekeliling kau berteriak umpama mereka faham apa yang kau rasa. Time tu juga tiba-tiba muncul manusia yang  berteriak lantang seolah-olah mereka tahu kau ni jenis orang yang macam mana, dan tahu strategi yang kau akan guna untuk settlesemuanya.

Tetapi, dalam kelantangan mereka berkata umpama mereka peduli tentang semua benda. Tak ada seorang pun yang jujur dengan kau, bukan tipu, cuma tak jujur. Percayalah, dan aku rasa kau sendiri pun tahu. Tak ada seorang manusia pun yang betul-betul faham perasaan kau, yang tahu keadaan kau bila kau melepet kesepian dekat rumah sensorang, yang peduli bila kau terlentang atas katil meratap langit yang terbentang, tak ada siapa tahu macam mana duka lara kau rasa bila kau menangis menjerit sensorang.

Kau ingat mereka peduli?

Tak ada siapa peduli.

Aku pasti.

Mati hati ni sebenarnya lebih kurang je dengan mati jiwa. Cuma bila mati hati, kau masih diberi peluang untuk teruskan hidup dan bina segalanya semula, itu bezanya.

Bila kehilangan, mesti akan ada proses pembentukan semula. Mencari semangat untuk bangun dengan gagah memapah segala kudrat dan kehendak yang ada untuk mengutip sisa-sisa cebisan yang berderai. Memang makan masa, ada yang mengambil masa dua tiga minggu, ada juga yang berbulan-bulan dan bertahun lamanya. Bila dah lepas stage meratap, bila kekuatan dah ada dan segala kudrat dah dihimpun bersama. Kau sendiri akan bangun tersenyum dan merasa sebenarnya dunia ni tak ada lah sekejam mana yang kau, aku, dan kita semua sangka. Tetapi, nanti, akan ada benda yang mendorong kau mengenang kenangan lama.

Aku pasti, pasti ada.

Kau fikir kau dah terima rasa kehilangan tu, tapi satu benda jadi.

Puff!

Umpama magis, sekelip mata sahaja.
Buat kau rasa kau kehilangan benda yang sama. Sama macam dulu yang kau rasa.

Ramai orang percaya bilamana kita dah berjaya lompat keluar dari satu dimensi yang penuh kesedihan kita dah berjaya lari dari luka lama. Sebab apa? Sebab orang kata,

“Kenapa nak ingat luka lama, bila yang suka dah ada depan mata?”.

Tetapi kita lupa, tiap yang terbuka tu perlu ditutup semula. Kau takkan mampu baiki semua luka dalam satu masa. Macam mana kau belajar menjadi manusia dari sekecil bayi sampai sebesar hari ini, macam itu juga lah kau perlu bangun dan belajar memperbaiki hati. Langkah demi langkah. Kau takkan berjaya tutup semua luka bila dah ada suka depan mata, tapi kau akan kutip satu persatu cebisan jiwa yang kau hilang dan cantumkan semula bila tiba masa.

Kau akan rasa mati hati berkali-kali, tapi sakit tu kau akan rasa berkurang sedikit demi sedikit saban hari.


Suka dan duka tu sebenarnya satu benda yang saling berkait, kau takkan dapat salah satu tapi kau akan rasa dua-duanya sekali. Kau nak suka? Kau kenalah rasa dukanya. Tapi ingatlah, bilamana kau cuba tempuh saat kehilangan jangan cuba berlagak seperti kau dah cukup kuat untuk hadap semua sakit tetapi cuba belajar untuk kuatkan hati.Set kan minda kau sendiri yang mana bila orang yang kau sayang mati dalam jiwa, tak semua benda dalam dunia ni mati bersama dia. 

Menangislah semahunya, meratap lah bagai gila dan ambil masa seberapa lama mana pun yang kau ada. Fikirlah, dalam kau menangis cuba berusaha membaik pulihkan jiwa dan keadaan, akan ada manusia lain dalam masa yang sama yang sedang tersungkur terjelepuk jatuh dan menahan kesakitan sebab kehilangan.

Dalam menempuh hari yang mendatang, pasti akan ada hari kau hilang orang yang kau sayang, kau patah hati. Kau kena tahu yang kau takkan mampu lenyapkan semua luka dalam kotak masa yang kau ada sebab kau cuma manusia biasa. Kau bukan adiwira. Kau tak ada superpower.

Semua yang jadi, bersebab. Kau takkan dapat jawapan terus menerus kepada setiap persoalan. Cuma simpan rasa percaya, dan jaya tu akan datang sendirinya. Dunia takkan bentangkan semua dan suap kau dengan jawapan kepada soalan yang kau hamburkan, tetapi dunia akan mengajar kau cara untuk mencari tiap langkah kepada jawapan.

Dunia tak kejam macam yang kita sangka. 

Mungkin dalam tiap kemanisan, pasti ada kelukaan.


Tetapi jangan lupa, dalam luka tak mustahil ada manisnya.

Kekniss : mengidam char kuew tiau sungguh-sungguh nih..adeyh

Wednesday 2 December 2015

Impian Dia






"Akak tau tak walau kita cakap kita dah taknak letak harapan lagi, 
tapi sebenarnya harapan tu ada..dia beeeesarrr sangat"

Aku senyum~



Dalam diam sebenarnya dia memendam rasa.
Awak menoleh ke belakang dan dia sentiasa ada.
Awak mengiring ke tepi dan dia masih mengikuti dengan bersahaja.
Awak berkalih tempat dia masih sempat ketawa.
Awak tertanya-tanya.
Kenapa dia masih tetap terus mengekori setia?

Awak mungkin tidak mengerti bahawa pada dia, awaklah dunia.
Awak mungkin tidak mengerti bahawa pada dia, awaklah teman mencipta bahagia.
Awak mungkin tidak mengerti bahawa pada dia, awaklah pasangan yang dia damba.
Awak mungkin tidak mengerti bahawa pada dia, awaklah sebahagian cita-cita.
Awak mungkin tidak mengerti apa-apa.

Awak adalah impian dia.
Yang dia akan kejar sampai bila-bila.
Dan tidak akan dilepaskan begitu sahaja.



Notes: Awak tak rasa ke dia sedang menunggu awak lagi?

Kekniss: Satu benda yang aku sedari sejak kebelakangan ini adalah senyuman boleh direnggut bila-bila masa oleh orang yang sama walaupun aku cuba nafikan yang itu adalah dari kelemahan manusia. Anehnya, aku masih paksa diri untuk sama-sama ketawa bagai semuanya baik sahaja.

Tuesday 1 December 2015

Cinta Penderhaka




Kami saling mengasihani. Memang kami tidak lagi berniat melindungi menyembunyi apa,
Dah kami berhajat menghadap baginda sutlan untuk merestui.
Untuk patik dan kanda Jebat sahaja
Dan apa tindakan sekalipun patik hadapi~Wangi




"Wangi Kulihat sebagai Suri"~Jebat





kekniss : Bos takde kerja settle~ acah-acah aku rasa macho gambar diatas hahaha~~