Saturday 31 December 2016

Changing Years

Di pengakhiran tahun 2016, aku berada dalam satu fasa di mana aku rasa nak mengalah dalam semua benda. Aku jadi lemah, dan aku rasa tak larat dah nak berjalan, apatah lagi nak berlari atau pun mengejar. Tak kisah la pasal kerja, makan atau minum, nak pergi tandas pun aku rasa penat. Tak penat ke rasa nak berak hari-hari? Lagi la kalau kita bukak soal bercinta. Setahun. Aku rasa nak lari dan terjun dalam lubang sedalam enam kaki sambil bawak selimut dan bantal. 

Aku hanya nak rest in peace. Serious.


Jadi kononnya aku pun berkata dengan megah, mungkin aku tak perlu keluar dan meraikan tahun baru kali ini. Tak, meraikan dalam konteks ini bukan lah pergi party ke apa, cuma tahun sebelumnya aku suka keluar dan travel ke satu tempat di mana aku boleh duduk dan fikir balik apa yang aku buat dalam satu tahun. Itu definisi meraikan bagi aku. Muhasabah, dan lihat kembali kesemua benda yang aku capai. Aku dah siap berbungkus dengan dua selimut, minum secawan kopi pak belalang dan bersiap-siap untuk tidur.

Entah macam mana, Tuhan takdirkan datangkan satu ilham dengan satu azam yang tiba muncul. Aku buka kedua-dua mata dengan perasaan yang panik. Aku tiba-tiba jadi takut. Aku mula terasa yang tahun 2016 makin menghilang, dan aku fikir, what's the point of sleeping? What's the point of giving up? Sudah hampir genap 26 tahun aku cuba nak hidup walaupun kena berebut sedut oksigen dengan berbilion lagi manusia dalam dunia. Kenapa aku kena mengalah sekarang?

Dengan pantas aku bayangkan dalam kepala, macam mana kalau hidup ni ibarat satu lagu yang panjangnya hanya 365 hari, dan hari ini adalah yang terakhir. Kalau dulu, mungkin tujuan aku keluar adalah untuk have fun, untuk kenal rakan-rakan baru, untuk make new relationships. Tapi kali ini, aku hanya mahu menghabiskan 24 jam yang terakhir tahun ini dengan orang yang aku anggap meaningful. 

Mungkin orang yang lebih tua akan cakap, ah engkau ni muda lagi, baru je 26 tahun. Rileks dan masih perlu enjoy, jumpa orang-orang baru and make connections. Bagi aku ini ridiculous. Mungkin nasib kau baik, masih lagi boleh hidup sampai umur kau yang sekarang, tapi tak semestinya aku pun akan dapat umur yang panjang macam kau. Aku mungkin ada dua tiga tahun je lagi untuk hidup, dan sebenarnya dalam konteks tersebut, aku sudah dikira tua. Sudah di penghujung usia.


Sebab tu aku berterima kasih dengan Tuhan kerana menghadirkan aku dengan ilham ini, 31 Disember 2016. Kerana masa tu, sebaik sahaja detik 12, aku dah tahu dengan siapa aku nak jumpa. Dengan siapa aku nak beri hadiah masa terakhir aku tahun ini. Mungkin jika keputusan aku berbeza pada masa itu, aku akan kenal ramai orang, mungkin aku akan ada lagi ramai followers baru di fb dan senarai nombor telefon yang lebih panjang. But who needs it when you already know the worth of certain people that you already have in your life?

Dalam banyak banyak benda yang aku belajar tahun lepas, yang paling penting aku rasa adalah masa dan prioriti. Banyak hubungan yang gagal mungkin kerana mereka lihat ah, masih lagi panjang perjalanan yang mereka harus tempuhi, lantas rasa penat dan rasa lelah mula datang. Mereka lupa why they started the journey at the first place. Ramai yang lupa, we have to appreciate what we have now rather than seeking and chasing something that is uncertain.

Mungkin boyfriend kau yang sekarang ni takde lah handsome mana, mungkin dia tak adalah kaya mana. Jadi kau lepas kan dia, sebab kau fikir untuk cari yang lebih baik, yang lebih handsome dan mampu untuk belanja kau makan kat Tony Roma's. Mungkin kau pun sudah penat mahu berusaha untuk memenangi hati orang yang kau sayang, sebab dia asyik berdolak-dalik dan nampak macam tak sayang kau pun. Jadi kau mahu berhenti berusaha.

But really, who the hell cares about them? Biarlah dia tak handsome, tak kaya, tapi kalau dia sayang kau, dia layan kau dengan baik, then what's wrong with that? Kalau kau cantik, nanti kahwin pun mungkin genetik kau lebih kuat maka anak anak korang pun akan jadi comel. Kalau kau hodoh, haa itu memang aku rasa nak hempas je cermin kat muka kau, dah sedar hodoh pastu nak buang boyfriend sebab hodoh. Adui fikirla sendiri malas nak kecam

Biarlah orang yang kau sayang tu tak sayang kau balik pun, just be there for him. Ramai jatuh cinta dengan expectation kalau kita suka orang tu, dia kena suka kita balik. Wajib kena suka kita balik! Gila ke apa kau ni. Kalau betul kau sayang, biarlah dia kalau nak jadi kawan je sekalipun. Hormat perasaan dia, dan dia pun akan hormat perasaan kita. Dunia akan jadi satu tempat yang lebih baik kalau semua hidup dengan adab dan jangan biadap, jangan nak pentingkan diri sendiri. Kalau rasa tak tahan nak hadap dan be professional, dah #silameninggal. Tapi untuk yamg bercinta pastu kau nak turningpoint kita kawan then okay. Possiblenye sangat lah rendah untuk jumpa yang spesis macam tu. Even boleh kata okay pun ambil masa bertahun-tahun itu pun belum tentu. Dia akan ingat sampai bila-bila pun kau dah remuk-remukkan hati dia. Tak mudah sebenarnya. Kecuali org tu mmg takde perasaan. 

Sebenarnya, tepat pukul 12 malam, 1 Januari 2017, bertemankan bunga api yang tak berapa nak cantik di langit gelap, aku berdiri seorang di jendela Dan aku tahu apa yang aku perlu untuk terus hidup adalah diri aku sendiri. Untuk pengakhiran dan awal tahun.. Betapa aku belajar untuk jadi orang yang sentiasa menerima. Belajar untuk jadi orang yang sabar harungi dugaan. Belajar jadi orang yang keras hati biarpun terpalit luka ngeri. Belajar jadi orang yang mendahului orang lain dari diri sendiri.

I just want to live the moment and cherish everything, before it's too late.
With my own favourite people and priorities

Kekniss eberdeen.

Sunday 18 December 2016

Confession

A week..then today was the end of this vacation.. end of this year..Thanks a lot always be with me. Even though I got trauma while your driving..hahaha lepas ni Ai bawak kereta ai je..I sanggup jd pilot you ever..hahah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. But seriously thanks a lot sepanjang seminggu ni layan ai punye angin..dengar ai cerita maybe mesti you dah jemu..tapi ai tak kire you kena dengar jugak...haha



Bila ai tanya solan yang sama, "kalau awak jadi saya,apa yang akan awak buat" tak pernah tak jawab..hhaha too much too thinking.. you know how our telepathy work aiite..πŸ˜‚πŸ˜‚

A years will be end soon... tak ada banyak yang berubah.. cuma terima kasih saya rasa kalau awak takde maybe saya pun hilang macam tu je.. a day by day.. saya rasa strangers jauh..awkward.. bila awak cakap runaway is not benda yang betul..I think again.. betul but I still think others sebab tak nak being hipokrit.. baik kita jujur dari berpura-pura.. kalau I face it with my true colour it wil become more worst.. then i dont. ai pun kena jaga hati sendiri jgk dalam masa yang sama ai jaga hati org lain jgk.. cuma kadang org tak pandang pun ape sebenar kita rasa..kadang kite nak org faham.. tp benda tu bukan senang.

Betul la cakap you.. kesilapan ai satu masa tu.. sampai hari ni ai rasa bodoh.. ai rasa buat benda yang sangat bodoh.. mana mungkin la hati tak terasa hati bila satu meja.. bila berdepan depan org duk sayang menyayang.. stupid ever ai ada depan tu. Sebab tu Ai said tak nak jumpe even bump sekali pun ai tanak..And you said he look like feel nothing macam tak ada apa.. like i said, "orang kalau dah bahagia, mungkin dia terlupa org depan dia tu org yang banyak lukanya or maybe he think I am okay.. eventhough a years belum tentu kau boleh completely heal. Kalau heal skali pun antara dua.. you will hate him or you will besomeone else. To get along like before as mula2 kenal I think there so susah dan sangat susah sebenarnya. A years cuba sebaik turn upside down buang semua. But ai cuma manusia biasa dont have power or magic untuk hilang ingatan..sometime i pray to cabut semuanya..hilang ingatan ke.. tapi tak baik la pulak tak bersyukur sebenarnye tu.

Kadang terfikir jugak nak go away jauh dr tanah melayu.. what can I do. But maybe one day mane tahu..adakalanya tak fikir untuk balik jejak tanah jajahan tu. Walaupun terselit kenangan yang boleh senyum, tapi disebabkan tu terus hati tu rasa mati. Tapi ai tanak jd org buta yang pandang pd satu keburukan sedangkan seribu kebaikan pernah dia buat. Lagi worst kalau ai said enough.. I will cut all off connection among the people and go away macm tu je..So ai make decision sokay biar ai yang pergi. Sekurang ai tak nampak tak perlu rasa macam bunuh diri πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

So next year ai nak plan untuk travel solo.. thats challenging..mana tahu jumpa jodoh terpijak..πŸ˜‚πŸ˜‚.. but Ai really takut to start over again get in to somebody life. πŸ˜…πŸ˜…after this azam tahun depan.. ai nak jadi org baru. Cherish every single moment. Sbb tahu apa yang ai lalu sekarang Dia akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik.. takkan ada pelangi kalau tak ada hujan "sheesh..ai sebak buat karangan ni hahah

Nasihat ai pada you..hargai org yang sentiasa bekorban untuk you.. Jangan jadi macam ai.. hope you cepat-cepat la I know abg nas baik πŸ˜‚πŸ˜‚

So next year hope kite jumpa lagi umur panjang Insyaallah. Kite create history lagi jenayah lagi 😘😘😘 Doakan ai terus kuat walau ai tahu ai tak kuat..haha

Regard with love
Kekniss eberdeen,
12.05,tbs

Thursday 1 December 2016

BLACK SWAN




" Oh no lah. We're just friends. " I have to gather all my strength to force this sentence out of my mouth. I can hear a soft cracking sound inside of me.

These unsaid words that I choose to keep, might be the reason why things between us were left hanging, unanswered. But I can't help it, because I'm losing hope. How can I have the thoughts of competing against her? I'm not her. I can never be her. I can see the way you smile and the way your eyes twinkling whenever you talk about her. The soft, smooth sway of your voice when you mentioned her name. I can never beat that.

For a while, I am convinced that maybe, things like this happens daily. People fall in love, and people fall out of love. We just need time and luck to be on our side. These wounds will heal, and memories will fade. I will be okay, eventually. It has been quite some time now. I've met new people but still, none of them have that electrifying shock, the one that you own. That special touch and lovely crinkles. And they say if you want to know where your heart is, look where your mind goes when it wanders. 

It's you. .

Even it has been a year, but the wound is still there. hurting me all time. but....

I told myself that I'm okay with this, whatever this situation we put ourselves in, and put a strong face as I live up my days. Yet, why these tears keep on streaming down my face when I see your picture with her? Can you explain all of those sickening thoughts of what-ifs and make-believe that exist in my head?

 Is this the way we're supposed to be? You're be with her, and I'm all alone. Are you happy now? I'm hoping that you are. I guess we are moving on. I guess this is life, and we're supposed to leave things behind. But I cannot lie. What had happened between us, it haunts me. And all those sleepless night where I caught myself thinking that perhaps, in some other alternate universe, things might be different.

Or maybe not.

Because I knew it, deep down in my heart, that even if everything in this world conspire together to make things happen between us, it wouldn't work. Who would love to fall in love with such an ugly duckling? A duck that can't even quack. For I am a creep. I am a black swan, and I guess a weird potato like me will never win your human heart.

If I were you, I wouldn't fall for me too. 


[Kekniss,2016112]

Thursday 17 November 2016

Kolonial Mimpi

Pada pengawalnya.. Aku berada didalam sebuah rumah yang sangat asing. keberadaan disitu seolah perang sedang melanda..berpakaian hitam berlilit kepala merah. anak panah dipinggang basur dibahu.. yang ada didalam rumah itu cukup aku kenal... ibu ayah kakak dan dua org yang cukup-cukup aku kenal..ya keluarga mereka.. kenapa?. Aku melangkah..sepi melihat keadaan sekeliling..dan terasa bungkam sendirian..seolah aku hilang sesuatu..aku melangkah keruang tamu..keterlihatan kakak dan ipar mereka bersama anak kecil. aku hanya membisu dan tersenyum..aku bangun dan melangkah..ke bilik.. sebuah katil besar..maka tekaan aku mungkin ini bilik meraka.. aku berjalan ke jendela.. bandaraya dilimpahi kepulan asap.. secara tiba-tiba siren merah berbunyi..aku terus berlari keluar.. keduanya mendapatkan aku..masih bisu tanpa suara...tersedar.


Aku berdiri diatas kapal terbang bantuan..disebelah aku wanita itu..aku lihat dia menangis sambil menghulurkan bungkusan yang rntah aku sendiri tak pasti apa bendanya..detuman demi detuman kedengar dari jauh.. dan dari jauh terlihat barisan berbaju hitam berlari kearah aku..dan terus menaiki tangga..dan terlihat salah seorangnya adalah dia... dgn serta merta aku dan wanita itu berdiri tegak berserta juraian airmata.. mengangkat tabik hormat..dan aku berpaling pada wanita itu..begitu juga dia. tersedar.

Pagi yang aku rasa damai..tiada lagi baju hitam..tiada lagi busur dan panah.. aku berdiri diatas jendela..hanya berpakaian kain kuning berbaju putih melihat bandar..tiada la bunyi detuman tiada lagi bunyi jeritan..tiada lagi gegaran...damai.. mungkinkah perang berakhir? dan seseorg mendatangi dari arah belakangku.. dia. dan kemudian wanita itu.. aku senyum..begitu juga mereka..

mungkinkah ini dikatakan kolonial mimpi? Apakah yang dimaksud dgn mimpi..atau cuma sekadar mainan? Alam punya banyak perkara yang tersembunyi. yang kita tidak tahu rahsia dibaliknya.

*Bangun kerja tak?
hah..7 pagi..mampos lambat..

Hujan Malam

Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini. 

Kecewa?
Istilah itu tidak akan dapat lari dari diri.
Cuma, berapa lama akan membiarkan diri terpuruk dalam kesedihan yang ternyata bukan buatan?
Itu satu persoalan yang berlegar dalam hati.
Diam, biarkan suasana sepi.


Manusia macam  ada satu kelemahan yang sangat menyakitkan. Paling takut kalau dia membuatkan orang disekeliling rasa marah dan terasa hati. Sungguh, memang takut bila dial terjebak dalam satu keadaan atau situasi di mana dia tidak boleh menang langsung demi menjaga manusia lain di tepinya. Kelakar bukan?

Tapi, itu dia,
Semalam, perberbualan panjang dengan seseorang tentang bagaimana untuk mengubah tabiat ini.  Seseorang itu dengan senang hati menyatakan itu sesungguhnya suatu ciri yang baik, tetapi Dia, disebalik menggembirakan hati orang lain, sakit sendirian dan menjadi benci dengan keadaan sekeliling yang pastinya membuatkan dia tersenyum lebih banyak daripada biasa.

K : Kau ambil keputusan lari lagi?
A : Ini yang terbaik.
K : Mana kau tahu?
A : Aku dapat merasakan ini yang terbaik.
K : Atas dasar apa? Kau sayangkan perhubungan kau, dan kau korbankan perhubungan tu demi orang lain gembira?
A : Dan aku katakan yang biarlah orang lain gembira.
K : Itu baik, tapi kau tahu kan apa kau buat?
A : Biarlah orang lain bina kebahagiaan dari duka aku.
K : Kau sakit sendirian.
A : Supaya aku boleh tersenyum satu hari nanti.
K : Kau dah cukup lama keseorangan, jangan jadi lebih sengsara menanggung sakit.
A : Manusia macam aku beku. Tidak terangsang dengan unsur luar buat masa ini.
K : Kau tahu yang dia akan kecewa?
A : Percayalah cakap aku, dia akan lebih gembira tanpa aku.
K : Bukan kau tahu hati dia.
A : Memang aku tak kenal hati dia, sebab aku tak pernah Ada di situ.
K: Lain macam bunyi?
A : *ketawa* Lumrah dunia yang aku sudah belajar dengan menahan air mata.
K : Jangan jadi gila.
A : Tak ada air mata, kau jangan risau.
K : Kau dan dia yang sama-sama terkorban.
A : Kaki aku di kapal lain, kaki dia di kapal lain, itu kau perlu faham.
K : Yang selamat hanya yang menumpang.
A : Bahkan, aku belayar seorang, dia punya penumpang.
K : Dan kau takkan jerit kalau kau tenggelam?
A : Tak, sebab tak ada jalan untuk berpatah balik.
K : Manusia sepi.
A : Dalam sepi, aku masih senyum.
K : Jangan tipu diri sendiri.
A : Tak. Kau pun tahu aku suka senyum.

 
 



Satu proses pelarian?
Bukan.
Ini satu proses kehidupan.
Memilih untuk terus hidup, bukan atas dasar kasihan.
Bertanggungjawab dalam apa sahaja yang dilakukan.
Berikan yang terbaik sementara masih punya kesempatan.
Ukir senyuman.
Lepaskan nafas perlahan.
Tiada lagi sebarang jawapan.

Wednesday 2 November 2016

Thousand years

Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Kebahagiaan dalam erti kata mereka gembira dengan apa yang mereka mahu lakukan dalam hidup. Menikmati segala apa yang diperlukan dalam dunia dengan kemahuan sendiri. Buka menurut apa yang orang lain mahukan serta tentukan.




"Aku takkan tanya selagi kau tak buka cerita sendiri"

"Entahlah..."
"Its has been a year dah.."
"Tapi aku rasa macam semalam ak rasa macam baru bangun dari tidur and semua tu mimpi"
"Tapi kau tak mimpi kan"

Dia bukan tak cuba untuk tinggalkan semuanya. Setiap hari dia mencuba untuk hari yang baru. Dan kadangkala rebah tersungkur.T ak pernah ada yang tahu. Pada mereka dia kental sehari dua sebulan hilanglah. Itu mata kasar mereka. Hakikatnya.. berlabuhlah bertahun entah bila akan hilang.


Dia cuma mahu satu.
Bahagia.

Kekniss: rasakan lagu katty pery thousand years tu membohong je.h ahahahaha

Sunday 23 October 2016

Nota

Hujan turun lebat.

Helaian buku diselak.



"Dia bukan seperti dulu. Jiwanya kental. Mudah memaafkan. Sentiasa memudahkan yang lainnya.

Kini.

Hatinya mudah tersentuh
Hatinya mudah terluka
Hatinya mudah terguris
Hatinya mudah menangis..

Kerana
Dia berperang dengan dirinya
Dia berhadapan dengan peragut-peragut jiwa dan
Jiwanya sentiasa dihakis
Oleh luka-luka masa lalu."

Helaian terakhir.

"Dia masih tersenyum. Dan terus tersenyum
Dalam menyimpan 1001 cerita. 1001 airmata. Yang takkan ada yang melihatnya."

Belajarlah memaafkan orang yang mengkhianati kita. Mereka mengajar kita apa itu nilai dalam kehidupan dan kepercayaan sebenarnya. Sebab tu. percaya Aku tu mahal.[Kekniss,2016]

Kekniss: Zine tengah hujan buat mata jadi berat.


Tuesday 18 October 2016

Masih Punya


Kau masih punya Tuhan.
Kau masih punya keluarga yang memerlukan.
Kau masih punya kawan-kawan.
Kau masih punya pendirian.
Kau masih punya harapan.
Kau masih punya kehidupan.
Kau masih punya tenaga tersimpan.

Itu yang kita biasa sebagai jawapan.
Itu yang kita biasa terima bagi menjawab persoalan.
Itu yang kita biasa dengar bila hambur tangisan.
Itu yang kita biasa hadam sebagai bahan pujukan.
Itu yang kita biasa telan.

Kadangkala kita menangis bukan kita mahu penyelesaian.
Kadangkala kita meluahkan bukan kita mahu jawapan.
Kadangkala kita berkongsi bukan kita mahu tunjuk kelemahan.
Kadangkala kita mencari bukan sebab kita kesepiaan.
Kadangkala kita bising bukan sebab kita kesunyian.
Kadangkala kita diam bukan kerana dihimpit kesusahan.







Kita mungkin perlukan sedikit perhatian.
Untuk manusia berikan sedikit masa melayan.
Kesakitan yang kita sembunyikan.
Kehampaan yang kita cuba padamkan.
Hanya untuk manusia dengar dan perhatikan.
Dalam diam, tenggelam dalam renungan.
Berkongsi rasa, meluah perasaan.
Mengelakkan diri dari tertekan.
Dan berhenti fikirkan kesedihan.

Mungkin sebab itu kita tegar sendirian.
Melayari kehidupan.
Bukan sebab kita tidak memerlukan teman.
Cuma kita terlampau sakit untuk mulakan hubungan.
Yang setiap kali akan menyakitkan.
Itu hanya kemungkinan.


"Kadangkala merindui seseorang dalam hati itu adalah tanda kita masih mengingati mereka. Sama ada baik atau buruk, kita sahaja yang tahu rahsianya"[kekniss,2016]

Kekniss :Kau tidak akan menyedari betapa kuatnya kau sehinggalah menjadi kuat itulah satu-satunya perkara yang kau boleh lakukan untuk meneruskan kehidupan

Monday 17 October 2016

Kekuatan


"Semuanya baik?"
"Semuanya baik je"

"Kau dengan aku nak tipu?"
"Mana ada aku tipu?"

"Kau tengah sedih."
"Mungkin aku sedih, tapi semuanya baik je"

"Cuba kau tengok mereka"
"Kenapa?"

"Bahagia"
"Aku mimpikan seperti itu. Disayangi. Dijagai."

"Jadi?"
"Itu semua sekadar mimipi. Dan terus menjadi mimpi"

"Kau menangis?"
"Tak"

"Tipu. Kau menangis punya"
"Buat apa aku tipu. Kau lebih kenal aku"

"Ye ke kau ni?"
"Aku berani sumpahlah"

"Baik, aku percaya cakap kau"
"Tapi jangan kau buat aku menangis"


Dalam hidup, apa sahaja yang berlaku pastinya ada sesuatu yang tersembunyi cerita yang kita sendiri tidak pasti bagaimana pengakhirannya. Benda yang kita pertahankan, sembunyikan mampu terkeluar segala cerita tanpa kita sedari apabila langkah kita menjadi pincang. Kadangkala dalam hidup, ada satu ketika kita terpaksa mendengar kata hati dan menutup perasaan yang selama ini kita pupuk, kita semai disebabkan apa yang berlaku tiada penawar kesakitannya.

Ada yang menganggap benda sedemikian adalah bodoh. Bodoh dalam erti kata mengikut kata hati, percayakan hati berbanding dengan rasional akal, perkara yang sudah terhidang di hadapan mata. Tetapi, sesiapa yang mengalami perkara begitu sebenarnya tersepit dalam suatu keadaan berbeza dengan semua orang. Setiap daripada kita tidak serupa. Mungkin dengan mengikut hati, kita akan menemui kebahagiaan dan menolak rasional mampu mengundang kecelakaan. Ya, setiap daripada kita ada alasan berbeza bagi setiap perbuatan yang kita lakukan. Itu sesuatu yang tidak dapat disangkal.





Setiap orang adalah pelakon di atas dunia ini. Sama ada mereka pelakon yang baik ataupun tidak, ia mungkin bergantung kepada watak apa yang mereka sedang lakonkan. Watak yang mungkin mereka sukai ataupun mereka pilih sendiri atau yang mereka terpaksa lakonkan atas desakan peribadi. Tapi, dalam hal ini, setiap manusia itu mampu memilih untuk bersikap telus dalam lakonan mereka. Telus dalam erti kata, jika ia sebuah lakonan semata-mata, mereka mampu untuk beritahu sama ada itu adalah sekadar mainan ataupun perkara rahsia. Seperti yang kita tahu, semua manusia itu tidak sama walaupun mereka berkongsi banyak benda bersama.

Seperti hukum Newton, setiap benda ada lawan masing-masing.
Jika hari ini kita menangis, siapa tahu suatu hari nanti kita akan ketawa?
Jika hari ini kita kesepian, siapa tahu suatu hari nanti hidup kita akan terisi?
Jika hari ini kita penuh dengan kemarahan, siapa tahu nanti hati kita akan sejuk sendiri?
Jika hari ini kita diuji tanpa henti, siapa tahu suatu hari nanti kita nampak hikmah tersembunyi?

Kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi pada saat berikutnya. Dan aku percaya, setiap daripada kita kalau boleh, tidak mahu tahu apa yang akan terjadi pada saat berikutnya. Mungkin ada yang mahu, tetapi pada aku, biarlah aku lalui segalanya tanpa perlu mengetahui apa akan terjadi pada masa seterusnya. Supaya apa yang aku sedang lakukan, dapat dibuat sebaik mungkin tanpa aku perlu ragui apa yang aku sudah buat. Bunyinya kedengaran agak bodoh, tetapi aku mungkin manusia yang tidak perlukan mesin masa ke hadapan. Masa hadapan adalah sesuatu yang aku tidak mahu lihat. 



Kesakitan hari ini untuk pengajaran pada masa akan datang.
Kesakitan lalu adalah pengubat untuk kesakitan pada waktu sekarang.
Detik waktu penyembuhan di antara dua sela masa adalah sesuatu yang tiada galang.

Ujian memang sentiasa akan datang.
Tetapi bagaimana kita hadapinya, adalah benda yang kita terpaksa rancang.

Ia bukan perkara yang senang.
Ia bukan perkara yang boleh dipandang.
Ia bukan perkara yang dianggap senang lenang.
Ia bukan perkara yang diuruskan sewenang.
Ia bukan perkara yang kau dapat tidur di awangan.

Ujian memang sentiasa ada.
Adakah kau mampu tempuhi segala?
Pekakkan telinga?
Tutupkan mata?
Diamkan mulut dari bicara?
Tahan air masin mengalir dari tubir mata?

Itu adalah satu kekuatan rahsia.
Itu adalah satu kekuatan yang mungkin kau tidak pernah sedar bagaimana.
Tapi itulah yang membentuk kau sebagai manusia.

Kekniss : Dalam hidup, kita perlu kadangkala menjaga hati sendiri dan dalam masa yang sama menjaga yang lainnya juga


Sunday 18 September 2016

Manusia Beku

malam yang kian pekat hitam menerjah..
Aku hanya penulis yang tidak memiliki tujuan.,
tapi, aku penulis yang memiliki perasaan dalam menulis.,
tulisan aku tidak di bentuk dengan kiasan indah,
tapi tulisan aku di bentuk dengan perasaan manusia.,
aku menulis berdasarkan perasaan manusia,
aku tahu betul bagaimana perasaan manusia di bentuk.
Perasaan manusia seperti sungai yang mengalir deras, banyak perasaan yang mengalir dengan naluri nya.
Perasaan manusia seperti api yang panas, banyak perasaan yang memiliki emosi jiwa yang merasuki raga.Perasaan manusia seperti angin yang kencang, banyak perasaan yang pergi lalu kembali seperti kasih sayang dan cinta.



But I know you'll be all right
It tears me apart that you never know 
But I have to le it goTell me I'm frozen but what can I do?
Can't tell the reasons I did it for you
When lies turn into truth I sacrificed for you
You say that I'm frozen but what can I do?


Aku adalah perasaan.,
Aku mudah sakit ketika dilukai,
Aku mudah terharu ketika dihargai.,
Aku mudah tersanjung ketika dipuji
Tapi., itu hanya sekilas dari bayangan ku kini.,
aku adalah perasaan yang memiliki hati beku.,
sekarang atau detik ini.
Bayangan aku tak sebenarnya.,
aku hanya bayangan kecil yang mampu menyembuyikan perasaan aku.,
aku cuma bayangan sekilas tanpa makna.,
” Aku hanya menulis sesuai apa yang aku lihat,aku dengar dan aku rasakan.,
ini hanya tulisan perasaan manusia.,tak ada kiasan indah yang menghiasi tulisan aku,
tulisan aku di bentuk dengan persaan manusia aku dan lagu yang aku dengar.,”
Sepertimana aku manusia beku itu.

Kekniss:Dia senyum headphone disambung..lagu bergema. Manusia pelik.

Tuesday 13 September 2016

Qyiam

Linangan
airmata di pipiku
hadir menyerbu di sanubari
Linangan
airmata cintaku
terbit dari dalam jiwa

Kisah yang dulu
takkan ku ulanginya
biar ia berlalu
jadi sejarah

Syukur kepada nya
kerana menyedarkan
dari terlupa diri
melalui kisah pahit… pedih


Tiada lagi pujuk rayu ku
padamu
takkan tergoyah
qyiamku pada nya

Tiada lagi
badai menjelma
qyiamku tetap pada nya kasih

Sembuh hati
siram budi
suburlah suci
menghadapi nya

Derita diri ini telah terbalas
disana cinta disini rindu
tak daya ku lalui
qyiamku tetap pada nya
kekasih

Kadang kala Allah hantar seseorang untuk bersembang tentang sesuatu perkara yang membuatkan kita terasa sayu dan rindu.

Mungkin Dia nampak diri ini semakin jauh denganNya.

Kekniss : Hidup aku bukan berpaksi pada cerita cinta semata, tapi aku lebih suka pada cerita bagaimana manusia belajar untuk jadi dewasa.


Saturday 10 September 2016

Sebabkan Lagu


"But I’ll try to smile as I watch you happy
Cause I didn’t have the ability to hold onto you"
 
Dah dapat lagu sejalan dengan irama rasa hati dan kotak fikiran. err., kenapa macam hiperbola sangat ayat gua?

Kisah itu sudah berlalu tapi bagi dia seperti baru semalam semuanya terjadi. masih segar dalam ingatan segala bait bait kata selamat tinggalnya.

"Kita kawan"

"Semua salah saya, Maafkan saya"


Kalaulah hati dia sekeras besi, pasti amat susah untuk air mata ni untuk terus terusan mengalir bila membaca ayat tersebut tapi hati dia rapuh. serapuh daun yang sudah tidak boleh membuat proses fotosintesis. Ermm frasa ape neh. Heh

This is going to repeat because it always rains. And I will stop when the rain stops

Nak bina balik kekuatan hati ni tak pernah semudah yang disangka. sehari dua memang takkan dapat. sebulan dua pun belum tentu. Mungkin setahun dua? Entah parah bila melibatkan hati ni.

Kadang kadang penat jugak nak memujuk hati. berminggu minggu berendam air mata. harapan menggunung untuk kembali lagi. macam bodoh pun ada tapi benda itu yang  dirasa.

Dia: Mcm pelik je rase.. aku boleh gelak boleh senyum depan dua org neh.
Kawan: That mean you ar so strong..
Kawan kawan dia kata dia kuat sebab dia masih boleh menonton cerita cinta bahagia mereka dan dia hanya senyum. Kawan kawan dia juga kata dia kuat sebab adia masih boleh bertegur sapa dengan kau sambil memberikan senyuman yang cukup manis.

Tapi hanya dia yang rasa bila penatnya menangis dalam hati. penatnya sedih hingga dalam tidur pun boleh menangis. penatnya bercerita tentang kau yang sepatutnya dah patut jadi sejarah.

Dan lagi bertambahnya luka di hati ni bila kau menganggap dia kuat, tahukah kau untuk jadi seperti yang sekarang ini amat perit laluannya. Adakalanya dia merayu semahunya agar Tuhan hilangkan rasa itu. Namun Tuhan masih memengangnya. Selama mana dia sendiri tidak tahu. 

"Dan awak cuma perlu kuat. Sekuat batu kerikil. Berhenti tanya apa salah awak. Dan alihkan jari awak dari terus menuding pada dia.

"Dan mungkin dalam fasa penyembuhan ini, dia akan cuba dan cuba untuk memaafkan, dia juga mohon agar kau doakan dia untuk terus memaafkan tanpa rasa dendam"
  
"On rainy days, your thoughts come visit me and torture me all night
And as the rain stops, your thoughts fade away as well"~[on the rainy day]

Kekniss: Aku dengar ada orang nak buat confession. Semoga Berjaya Sahabat