Monday 21 March 2016

Hujan



Seringkali aku menduga seringkali ini terjadi segala rahsia sudah ku tahu rupanya aku tak dicintai

Pernah kau duduk menghadap makanan sendirian?
Orang akan perhatikan kau macam kau manusia asing.
Mulut berbisik-bisik bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.
Padahal, itu waktu kau untuk diri sendiri.
Manusia kan suka meneka sesuka hati.
Senyum lagi.

Untuk apa kau buat ku begini segala apa yang telah ku lakukan Airmataku mengalir dipipi segala yang ku korbankan tuk dirimu

Kau duduk, diam.
Kau termangu sendirian.
Jeling dinding biru, kau tengok waktu yang berdetik laju.
Masa bergerak pantas dan kau mula berlengas.
Ah, hati diusik tetapi kau cuba sibukkan diri bagaikan semuanya dalam kawalan diri.

Senyum.

Senyum lagi.

Sinis.


Minda : Masih keluar seorang diri setiap kali?
Tubuh : Ah, itu kepuasan peribadi.
Minda : Masih terima kasih dan peluk diri setiap pagi?
Tubuh : Itu tanda penghargaan, suatu bentuk apresiasi.
Minda : Makan sendirian, duduk sendirian berikan kepuasan lagi?
Tubuh : Tidak pernah berubah perkara demikian.
Minda : Sudah dicerna nampaknya kesunyian dan keseorangan.
Tubuh : Selagi minda kuat menerima, tubuh akan sama-sama ikut pikul amanah.

Sunyi.
Sepi.
Ada manusia ketawa geli hati.
Beku dan senyum nampak gigi.
Tapi, adakah hati semakin mati?
Jiwa penuh benci?
Entah, jiwa kurang pasti.
Sangsi.

Mengapa masih lagiku berdiriku menunggu cintamu mengapa masih adamu menyakiti di siang malamku aku terima cintaku dipersiakan


Mana makanan jiwa?
Mana peluk rasa?
Mana kasih sayang tebal penuh cinta?
Mana pergi ketawa?

Sayang... aku kau lupa aku kau luka tanpa kau sedar


Diam dalam terpaksa.
Sakit, jangan kau asak dada.
Ini bukan masa mengeluh, payah susah hidup macam neraka/
Waktu ini untuk gembira.
Saat untuk gunakan semua tenaga.
Agar kekuatan tidak dipersia.
Tarik nafas dan hembus ke semesta.
Ketawa.




Sayang...
Selamat tinggalAku kan pergi
Buat selamaya
Aku doa kau bahagia tanpaku
Selamanya...


Kekniss: Hidup bukan mencari noktah tetapi di mana kita meletakkan tanda aras berhenti pada diri.

Sunday 20 March 2016

Berjalan

Kau masih punya Tuhan.
Kau masih punya keluarga yang memerlukan.
Kau masih punya kawan-kawan.
Kau masih punya pendirian.
Kau masih punya harapan.
Kau masih punya kehidupan.
Kau masih punya tenaga tersimpan.

Itu yang kita biasa sebagai jawapan.
Itu yang kita biasa terima bagi menjawab persoalan.
Itu yang kita biasa dengar bila hambur tangisan.
Itu yang kita biasa hadam sebagai bahan pujukan.
Itu yang kita biasa telan.

Kadangkala kita menangis bukan kita mahu penyelesaian.
Kadangkala kita meluahkan bukan kita mahu jawapan.
Kadangkala kita berkongsi bukan kita mahu tunjuk kelemahan.
Kadangkala kita mencari bukan sebab kita kesepiaan.
Kadangkala kita bising bukan sebab kita kesunyian.
Kadangkala kita diam bukan kerana dihimpit kesusahan.

Kita mungkin perlukan sedikit perhatian.
Untuk manusia berikan sedikit masa melayan.
Kesakitan yang kita sembunyikan.
Kehampaan yang kita cuba padamkan.
Hanya untuk manusia dengar dan perhatikan.
Dalam diam, tenggelam dalam renungan.
Berkongsi rasa, meluah perasaan.
Mengelakkan diri dari tertekan.
Dan berhenti fikirkan kesedihan.

Mungkin sebab itu kita tegar sendirian.
Melayari kehidupan.
Bukan sebab kita tidak memerlukan teman.
Cuma kita terlampau sakit untuk mulakan hubungan.
Yang setiap kali akan menyakitkan.
Itu hanya kemungkinan.


"Kadangkala merindui seseorang dalam hati itu adalah tanda kita masih mengingati mereka. Sama ada baik atau buruk, kita sahaja yang tahu rahsianya"



Kekniss :Kadangkala kita sepatutnya meletakkan perasaan kita di tempat pertama, agar kita tidak dilukai dengan teruk sehingga cedera.

Monday 14 March 2016

Mirror



Again today, in an empty room
I hear the lonely clock hands
Another meaningless day is passing
Even smiling feels awkward now
Everything in vain
What do I do? What do I do?
My heart trusted you so much 
my heart sunk Its still in pain
Because I trusted you more than anyone else
Thats must be why the scars are even bigger
In front of the mirror, do you see yourself?
You might pretend everything is alright,But I'll remember
I cared for you more than anyone else
It hurts so much, what do I do? no
I must seem alright without you
I’m doing well, as if I’m happy
People around me ask about you
I don’t know but I’m sure you’re doing well too
I took off all the dirty clothes
Finally I know what’s me
I’m finally starting a bright tomorrow

I guess that’s how distant we were
Now I feel your heart
You and I resembled each other more than anyone
That’s why the scars are bigger
I laugh like a crazy person
Then I pretend like everything alright again
Another day passes like that
People say I look sad
Even when I pretend that everything alright
But I guess I can’t hide my heart because of my sad eyes
I’ll forget little by little with each day
But my heart still hurts, what do I do?
I'm alright without you....

Melalui fasa kehidupan sekarang ini membuatkan aku teringat apa yang dikatakan oleh kawan. Tengok dua tahun lepas, dan tengok mana kita sekarang. Tengok banyak mana kita berubah dan tengok macam mana kehidupan kita. Ya betul kawan. Aku akui itu

kekniss: Senyuman dibalik cermin tu pelik.



p/s: sheeeshhh..tisuu. mbaq punye lagu kali ni macam choi. This is song not telling us bout a girl semata. But about somebody we really care.maybe kawan baik. Kekasih atau siapa sahaja..untuk mereka yang faham erti kehilangan..untuk mereka yang faham erti kesakitan menahan.untuk mereka yang faham bagaimana terpaksa walking through the door without them.

Saturday 12 March 2016

Pintu dan Kunci

Sambungan.... KUNCI 070316

#sedang mendengarkan : Indah- Disebalik Takdir 


Kadangkala kita perlukan seseorang itu sebab dia sebahagian daripada kita, tapi kita selalu terlupa, adakah disebabkan kita sayang dia, maka kita perlukan dia, ataupun kita perlukan dia disebabkan kita sayang dia? [Lepas ditegur, aku baru perasan yang ayat aku salah. Maka yang betul adalah ini Adakah disebabkan kita sayang dia, maka kita perlukan dia, ataupun kita sayang dia disebabkan kita perlu dia?] Itu membawa kepada dua pengertian berbeza yang pastinya.

Orang yang kurang matang akan menyatakan saya cintakan awak kerana saya perlukan awak, tetapi orang yang matang akan menyatakan saya perlukan awak kerana saya cintakan awak. Jadi mana satu antara kita?

Kelemahan manusia adalah terlalu bergantung kepada manusia lain sehingga tanpa disedari mengakibatkan lebih banyak kesakitan dalam usaha memperbaiki sesuatu yang pincang. Peliknya, kita kurang menyedari kepedihan yang dialami bila melalui kepayahan begitu.

Kawan : Kau pernah rasa rindukan seseorang?
Aku : (ketawa) Soalan ape ni?
Kawan : Jawab je la.
Aku : Pernah.
Kawan : Susahkan bila kita rindu orang ni?
Aku : Susah ke? Kalau orang itu hidup lagi, banyak je cara nak hubungi dia. Gunakan je dan lepaskan rasa rindu tu.
Kawan : Tapi kalau orang yang kita rindu itu tak rindukan kita?
Aku : (ketawa) Ni kelakar.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kau tak tahu hati orang. Mana kau tahu dia tak rindu kat kau?
Kawan : Sebab bila aku kata aku rindu, dia senyap je.
Aku : Mungkin dia segan? Ataupun aku rasa benda macam ni tak perlu kot sentiasa  nak diluahkan guna kata-kata kan?
Kawan : Rasa macam bodoh pulak bila aku rindu orang begini. Aku je yang sayang dan perlukan dia agaknya.
Aku : Kau sayang dia sebab perlukan dia atau kau perlukan dia sebab kau sayang dia?
Kawan : Ada beza ke?
Aku : Ada.
Kawan : Aku perlukan dia sebab aku sayang dia. Kalau aku tak sayang dia, buat apa aku perlukan dia?
Aku : Jawapan orang matang.
Kawan : Eh, kalau orang minta gambar kau, apa kau buat?
Aku : Bergantung siapa orang tu.
Kawan : Katakanlah kalau orang tu minat kau, apa kau akan buat?
Aku : Senang je. Aku akan jawab begini,"Google je gambar saya". (ketawa)
Kawan : Keji gila perangai.
Aku : (ketawa) Sebab kita tak tahu adakah orang yang minat kita itu, kita minat atau tak. Tapi selalunya, orang yang minat kita adalah orang yang kita kurang minat dan orang yang kita minat adalah orang yang langsung tak pandang kita.
Kawan : Macam menyindir.
Aku : Choi! Mana ada. Itu benda ironi yang manusia selalu buat.


 Kadangkala ada orang yang singgah di hati kita dan meninggalkan jejak yang dalam tetapi malangnya, mereka hanya tinggalkan kesan tapak kaki yang tidak dapat ditanggalkan apabila mereka berlalu pergi.

Kadangkala kita merenung sebuah hati yang kosong tanpa isi serta membuat kita tertanya-tanya, apakah ada peluang kita menyelinap masuk dan tinggal di dalam tu. Seperti juga kau duduk termenung di luar pintu sebuah rumah, tangan teragak-agak nak menekan loceng atau mengetuk pintu rumah tu. Adakah ada ruang yang istimewa untuk kita?

Masa mereka mula-mula kenal, Dia cuma nampak permukaan jiwa kau. 
Masa mula-mula mereka kawan, dia cuma nampak luaran hati kau.
Tapi kau terima dan kau mula tamak.

kau berdiri di luar hati dia.
 
kau ketuk perlahan-lahan.
kau datang setiap masa, setiap hari.
kau tanya, bila agaknya kau dapat masuk ke pintunya.

kau datang setiap hari sehingga dia kehilangan diri.
 
kau marah dia- kau kata dia menyelinap masuk ke dalam hati kau tanpa perlu usaha.
dia termangu - dia dalam hati kau, jiwa kau?
kau nak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar kau boleh masuk ke dalam.

Dia berikan kau kata laluan.
 
kau buka dengan perlahan.
kau mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
kau baca setiap helaian manuskrip dalam hati dia.
Lembaran demi lembaran kau baca.

bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, kau berdiam diri?
 
kenapa kau tak mahu lebih mengerti?
Mengapa kau tak mahu bertanya kepada dia, tuan punya diri?

 hati yang kau masuki adalah hati dia.
 
Kamus yang kau perlukan adalah dia.
adakah kau masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

Dan akhirnya......

Pincang?
Ya, tulisan hari ini ada pincangnya untuk manusia yang memahami.Kadangkala dalam hidup ni kau perlu kekalkan sikap sinikal dan sarkastik dimana kau cuba untuk ditikam lagi dan lagi. Dan kadang kala berdiam diri adalah jalan terbaik untuk pulih buat sekian kali. 


kekniss:Finally...hah..kadang benci jugak tulis entry yang macam ni..urgghhh 

Monday 7 March 2016

Kunci

Diam...focus benar drive.
"Kau fikir apa?"
"Hmm kenapa?"
"Aku perati dah lama"

"Kau percaya aku bencikan lelaki"?
Hahaha
" tak kau tak benci lelaki. Tapi kau benci perangai jahat mereka"

"kau terlalu banyak memendam kawan. Lepaskanlah."

"Aku nak tanya kau satu soalan. Kenapa tuhan tak tarik balik rasa yang dia bagi,sedang kan rasa tu semakin menyakitkan?

" istifar banyak-banyak kawan. Bersyukur la kau masih ada peluang nak rasa. Itu hak Dia nak beri atau tidak. Kau tak ada hak nak pertikaikan.mungkin ada benda yang Dia nak kau belajar. Betul semua sudah tertulis..tapi pilihan ada dalam tangan kita"

Ada bening cepat diseka. Aku faham kau rasa walau aku sendiri tak pernah alami. Kau sembunyi 1001 cerita yang kau seorang saja yang tahu. Hati kau mungkin tak.ada yang nampak tapi mata kau tak pandai nak menipu.

Bila kau tersungkur buat kesekian kali..kau rasa penatnya bagaimana. Dulu masa kau rabak dia datang ubat hati kau. Tapi the end dia juga yang koyakkan hati kau separahnya. Kau patut berterima kasih kalau tak kerana dia.kau tak setabah sekarang. Kalau tak kerana dia kau takkab dpat belajar banyak benda tentang kehidupan

"Aku cuma harap aku boleh lupakan semuanya. Walau pun secebis harapan dan kenangan."

Putus asa? Tak..kau tak putus asa cuma kau penat. Ye penat dengan semuanya. Dan kau rasa nak tutup semua pintu-pintu yang ada sekemasnya kunci dan campak kunci tu jauh-jauh biar tak ada siapa dapat buka lagi. Ada beza redha dengan pasrah..ada beza..Ada.

Kereta meluncur laju membelah malam yang hening.tiada lagi perbualan. Hanya radio memutarkan lagu.






Tuhan tunjukkanlah agar ku mengerti

Hikmahnya di sebalik takdir


Kekniss: At the end. Nobody cares.... Nobody.

Bersambungggg......

Wednesday 2 March 2016

Pemilik

sekuatkah manakah iman, 
sekuat manakah redha, 
sekuat manakah kita memaafkan.

Entah termangu sebentar mungkin hati terjentik sedikit. "aku maafkan" ungkapan tu macam senang je kau ucapkan, tapi sejauh mana kau ikhlas terhadap ikhlas tu sendiri. Kalau kau ikhlas dengan memaafakan itu sendiri pasti tidak akan ada rasa rapuh remuk itu. tapi sebaliknya. Kau masih berteleku disitu sujud bersama air mata. rayu agar jiwa sembuh baik semula. ironinya manusia.





 "God does not burden any human being with more than he is well able to bear" [2:286]


kenapa susah untuk mendidik hati redha atas apa yang berlaku.seringkali kau persoalkan "mengapa aku?"

Ya Tuhan jangan dibiarkan ia terus begitu. Jangan dibiarkan ia terus membelengu. Hadirkanlah rasa redha dalam hatinya. Dia rapuh segalanya. Setiap kali kau cuba lupakan semuanya setiap kali itulah sakitnya tak terkata adakah itu kifarah yang harus dibayar buat satu kebahagiaan?

"take your time sebanyak mana pun. But don't give up. Aku tahu kau kuat, Sangat kuat. Aku pun tak tahu mampu buat atau tidak semua tu."

Persoalan yang sering kau ajukan. Hati kau penat. Penat menerima sakit yang terpaksa kau tahan.Penat dengan pura-pura kau tak rasa apa. Sedangkan sebenarnya kau sedang bersalam dengan hiba. ego yang kau tanam. Berdendamkah kau dengan rasa itu?

Jangan pernah mengubah apa yang kita rasa berdasarkan dengan apa yang orang lain rasa terhadap kita. Kita adalah tuan empunya diri dan memaafkan orang lain adalah sangat bermakna apabila mereka  sebenarnya mengajar kita banyak tentang erti kehidupan 


Berperang dengan perasaan dan jiwa sendiri itu bukan mudah ketika perang itu terjadi. Dan akan hadir satu perasaan emosi dan pengakhirannya hanya air mata yang akan jadi peneman sesak didada..Tak akan ada sesiapa yang akan bertanggungjawab dengan apa yang kau rasa.diam.tunduk.teruslah memujuk sang hati itu. Ingat Dia atas sana.

"hasbunallahu wa ni'mal-wakil"
"cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"


Aku bukan hipnotis bukan juga isis
Jauh sekali ekstrimis, aku hanya optimis
Hidup sarat protwist, sama macam sarkis
Dengan Tuhanmu jangan pernah prejudis 


Mulut boleh bertutur, boleh berkata-kata. Hati boleh merasa, mengatur pergolakan jiwa. Kalau pesan dari mulut boleh didengar, kenapa tidak pesan dari pemilik hati?

kekniss