Saturday 30 April 2016

Pujuk




Semua orang cakap tak reti pujuk dengan perkataan, kalau sentuhan bolehlah, tapi dengan sentuhan pun tak terpujuk jugak. Macamana?

Bukan masalah pujukan dengan perkataan atau perbuatan pun sebenarnya, tapi masalah apa kau buat tu tak kena gaya dengan dia.


Untuk memujuk seseorang, kau perlu cari kelemahan dia (apa dia suka). Contohnya kelemahan dia; tak boleh terus merajuk jika dibawa ke zoo. So pandai-pandailah kau bawak dia pergi zoo.



Orang selalu fikir nak pujuk orang ni kena guna wang ringgit baru boleh terpujuk. Tak pun sebenarnya. Yang penting tahu apa dia suka.





Aku adalah seorang kaki rajuk dan mudah dipujuk. Dan aku paling tak suka dipujuk guna wang. Makin kau guna duit untuk pujuk, makin merajuk. Tapi kalau Mocha mungkin aku tak menolak eh.


So, yeah. Different people different cara pujuk. Jangan ingat cara pujuk semua orang adalah sama.

"Macamana entah kau nak hidup dengan aku selamanya kalau baru merajuk sekali dah give up taknak pujuk? Padan muka kena tinggal dengan aku sebab kau tak reti memujuk dan aku pun tak hadap nak tengok kau comel sebab tak reti pujuk."

Logiknya macam tu la. So, kalau ada orang dalam hidup kau merajuk, if kau rasa dia penting, pujuklah sebelum rajuk lebih lama.


Kerana manusia yang tak terpujuk, akan terbiak dalam hatinya rasa tersisih. Walaupun kau tak sisih dia pun sebenarnya. Rasa tetap wujud.


So, kalau dia penting dalam hidup kau, belajarlah fahami dia. Cari apa dia suka, gunakan perkara tu untuk memujuknya.


Kalau betul kau dah takda idea nak pujuk dia, cakaplah yang kau dah cuba, cerita habis apa kau usaha untuk dia, then you give em time.


Dan sentiasalah ingat untuk tanya orang tu apa nak buat kalau dia merajuk, sebelum dia merajuk. It won't hurt you.


Dan kalau tak sempat tanya dia dah merajuk tu, tanya jugaklah. Cakap pada dia, "This is my first time seeing you merajuk. How to pujuk?"


If orang tu taknak beritahu cara pujuk, biasanya orang tu akan bagi hint-hint cara dipujuk.


So sentiasa aware dengan apa dia cakap, apa dia buat untuk tahu apa yang boleh kau buat untuk memujuk.

Tips paling penting: Sentiasa bersabar.


And apa aku cakap ni bukan semestinya untuk orang bercinta pun. Ada orang, mak dia merajuk. Ada orang, kawan dia merajuk.


So, pujuklah.




Sekian maceh.




Saturday 9 April 2016

Outloud

Aku: Benda macam ni kadang tak duga. Orang bersalah pun boleh jadi mangsa
Kawan: maksud kau?
Aku : takde la.. Dia tak bersalah pun sebenarnya dalam hal ni. Dia tak pernah tahu pun kewujudan siapa aku. Tapi entah setiap kali aku jumpa pandang dia. Setiap kali org tu bawak dia jumpa aku..atau terjumpa. Aku rasa rabak. Aku rasa lain. Aku rasa nak marah. macam macam perasaan
Kawan : aku faham.
Aku: kalau boleh aku tak nak jumpa dia. Aku hipokrit aku senyum tapi hati aku.. Dan lepas tu aku akan rasa bersalah entah. Aku tak nak jumpa dia. Itu je.
Kawan: Lepaskan lah.
Aku : aku tengah usaha la ni. gimme time..gimme space. Kay
Kawan : your caffaine?
Aku : senyum. Thanks.



Bukan semua orang berani untuk cakap;
"Aku sayang kau."

Bukan semua orang ada kekuatan untuk beritahu;
"Kau dah guris hati aku tadi. Kau sedar tak?"

dan bukan semua orang boleh tolak ego dia ke bawah dan kate;
"Aku salah tadi. Aku minta maaf"

Hidup dengan menyimpan perasaan sendiri adalah tidak kena bagi aku. Kita suka, tapi kita tak berani untuk cakap. Kita takut berdepan dengan penolakan. Rela lah disimpan perasaan sendiri, membuang masa menanti yang tak pasti. 

Hidup dengan menelan perasaan sendiri adalah menyakitkan untuk aku. Disakiti lagi dan lagi. Kadang kadang, orang tak sedar bahawa dia telah menyakitkan hati kita. Kadang kadang orang ingat perbuatan dia biasa saja, tidak akan memberi kesan. Itu apa yang orang ingat, bukan apa yang kita rasa. Kalau kita tak beritahu pada orang apa yang kita rasa, macam mana orang nak tahu? Kau ingat semua orang ada kuasa telepati? Boleh baca isi hati dengan mudah mudah? Kalau sakit hati, kau cakap ! Moga moga di hari yang akan datang tidak diulang. 

Hidup dalam rasa bersalah adalah terpaling tak best serasa aku. Kita tahu kita bersalah, kemudian kita buat tak peduli dengan salah kita. Tidak ambil pusing akan sakit hati dia. Manusia, kalau berulang ulang merasa luka di tempat yang serupa, terpaksa memujuk hati sendiri pula, lama lama dia akan penat. Bila dia penat, dia akan pergi.

Jadi..

Belajarlah dari kesilapan.
Kutip pengalaman dari sebuah kehilangan.

Orang lain mungkin tak sama dengan aku. Aku berbicara dari perspektif aku, seorang manusia, seorang kekasih, juga seorang sahabat. Barangkali berguna untuk kalian.

Kekniss :Hidup kita macam roda. Sekejap di jalan rata, sekejap di atas kerikil. No matter what, we have to move on. Kalau pun lecak, kau langgar saja. Nanti akan terjumpa juga air di depan buat mencuci kotor. 


Sunday 3 April 2016

4415_ Time to remember

Kawan : Sibuk?
Aku : Tak.nak pejam mata esok kerja
Kawan : Nak pinjam masa kau boleh?
Aku : Pinjam kena pulangkan balik.
Kawan : Dengan aku berkira ke?
Aku : (ketawa) Sebab kau kata pinjam. Pinjam kena pulang. Kalau nak aku luangkan masa, langsung tak ade bayaran.
Kawan : Ya, luangkan masa boleh?
Aku : Boleh. Nak cakap ape?
Kawan : Aku langsung tidak boleh bergerak dan tinggalkan kisah lama.
Aku : Maksudnya?
Kawan : Sejarah silam terlampau menghantui aku. Mengekori aku dan aku tak boleh lepaskan bayang-bayang kewujudan dia dari dalam diri.
Aku : Kan dah lama? Masa untuk kau bergerak ke hadapan dan tinggalkan semua benda yang menyakitkan.
Aku : Kalau ada jodoh kau lagi dengan dia?
Kawan : Malangnya kelihatan mustahil. Dia dah ada yang lain. Aku dah bukan sesiapa lagi?
Aku : Kau ada lagi perasaan pada dia?
Kawan : Tipulah kalau aku kata takde. Dia hidup dalam aku, bahkan dia dah lama bersama aku sebelum ini.
Aku : Kau kena bergerak. Ni kau tetap di tempat yang sama, mengabadikan rasa yang kau ada pada dia, padahal dia bukan bersama kau lagi. Janganlah buang masa, banyak lagi benda yang boleh kau kejar.
Kawan : Aku tahu, cuma aku tak boleh buang dia dari hati aku. Dia sentiasa muncul kalau aku perlukan dia.
Aku : Dia muncul bila kau perlukan dia?
Kawan : (diam)
Aku : Kenapa diam?
Kawan : Aku faham kalau dia tak muncul bila aku perlukan dia sebab dia bukan hak aku lagi.
Aku : Kau baik sangat.
Kawan : Bukan baik. Aku pun tak nak terseksa begini cuma aku langsung tak mampu bergerak. Mengingati dia sudah jadi rutin yang aku tak mampu untuk lepaskan.
Aku : Kau boleh. Berusaha lagi.
Kawan : Aku dah mencuba berjuta kali.
Aku : Mungkin perlu mencuba lagi.
Kawan : Kau cuba dua kali pun mahu berhenti kalau kali ketiga tidak berhasil.
Aku : (ketawa) Sebab situasi lain. Itu aku cuma mahu menghubungi kawan aku.
Kawan : Ye ke?
Aku : Yee

Kadangkala ada yang bertanya, bagaimana manusia boleh menerima semua perkara dengan mudah dan menanganinya. Jawapannya, sebenarnya tidak. Mereka punya topeng yang cukup utuh untuk menyembunyikannya. Apakah kalian dan aku salah seorang daripada manusia tersebut?

"I also falling in love with you"


Benar.
Mungkin frasa itu hanya satu ungkapan. Ungkapan yang sesetengah orang rasakan tidak bermakna. Ada pula yang menyatakan itulah satu daripada butir bicara yang paling menyenangkan mereka mahu dengarkan daripada seseorang yang mereka dambakan kasih sayang dan sebagainya. Itu, berbalik sebenarnya kepada manusia itu sendiri.


"And I want u to know it that I will always with u even though u hate me or not.please and please take care about yourself first during ur trip" 
[4415:2.22_KLIA2_OD1002BkI] 

Its has been a years dude....
Its been a years....

 

Kekniss:Aahhh rindukan padang teletubis tu barangkali. 4415_memoir kundasang



Ada hari indah untuk diingati
Ada hari pedih untuk diingati

We are same boat but different cabin.

Friday 1 April 2016

Tulisan tepi tepi

Sengaja. Itu sahaja, tidak ada benda lain dan mingkin aku adalah manusia yang mempersetankan segala tohmahan dan kejian orang lain disebabkan akhirnya, aku mampu berdiri seorang diri tanpa penyangga yang selama ini membantu aku. Teruja?
Sudah tentu.

[Gambar : Bila nak dapat paha kecil macam ni agaknya? Eh. Ketawa]

Bajingan yang menyatakan kalau sedih kita harus menangis.
Kalau begitu, dunia sudah dipenuhi dengan lambakan air masin yang bercampur dengan sumber air tidak dikenali. Apa harus kalau sedih mesti menangis, perempuan menangis.
Skeptikal.

Ada benda yang buat aku kadangkala takut.
Takut dengan manusia yang sungguh pandai merasa siapa aku.
Dengan manusia begini, aku sumpah jadi telus.
Satu demi satu helaian aku biarkan mereka baca dengan sendiri tanpa perlu aku bercerita.

Emosi kau macam mana?
Stabil?
Berapa lama kau sakit?
Berapa lama kau jatuh?
Apa pengajaran yang kau dapat?

Sebahagian dari diri aku hilang lagi. Itu yang sahabat baik aku nyatakan semalam. Mungkin benar apa yang dia beritahu, kalau itu yang dia nampak dalam diri aku. Sebahagian daripada diri aku yang bangkit semula selepas peristiwa dulu, meneruskan pelajaran, kehidupan dan kerjaya direnggut pergi dengan satu ucapan yang menikam ke dalam. Benda yang bila kita terlampau bersedia dan musnah begitu sahaja, ada sesiapa yang tidak tahu terluka?

Walaupun sekadar lima minit cuma.
Itu tetap masa jatuh dan kecewa.
Sakit dan sengsara.
Kau buka dan pejam mata, buka semula.
Ketawa.
Nah, hilang sudah duka.

Mungkin benar.
Tapi kehilangan bukan semuanya benda yang berbentuk negatif. Ada benda baik yang tersirat dan berbentuk positif serta mematangkan diri. Tidak semestinya sakit untuk sekian kali bermakna kesakitan hingga patut terbaring dan langsung tidak mampu bernyawa.


Bila kau puji aku kuat, itu bukan bermakna aku mendabik dada dan ketawa.
Tidak.
Sebab aku tahu, aku hidup untuk kekal bernyawa.
Sebak.
Kewujudan aku hanya aku sendiri yang sedar dan hargai sepenuh jiwa.
Sepak.
Ketawa penuh gembira.

Jadi, buat yang membuat panggilan telefon sewaktu aku sedang memecut di selekoh pagi tadi, aku cuma mahu beritahu sekali lagi (bahkan dan beberapa kali), hidup kita, kita yang tentukan. Kalau kau letak sepenuh kepercayaan kepada orang yang mungkin salah, itu bukan bermakna kau bodoh dan perlu mati sendirian, kau cuma perlu berubah. Itu sahaja sebenarnya.

Kawan : Aku kecewa gila.
Aku : Apa benda yang kau kecewa?
Kawan : Aku tak dapat balik diri aku yang asal. Aku terbayang-bayang kewujudan dia lagi.
Aku : Kau nak balik pada dia semula?
Kawan : Itu mustahil.
Aku : Jadi?
Kawan : Aku nak lupakan dia.
Aku : (ketawa) Kau tidak akan berjaya lupakan dia.
Kawan : Kenapa kau cakap begitu?
Aku : Sebab manusia yang pernah ada nilai dalam hidup kita, mustahil untuk kita lupakan.
Kawan : Tapi dia buat aku kecewa.
Aku : Kecewa itu satu bentuk nilai. Kalau dia pergi dan kau tak rasa apa-apa, maksudnya dia bukan sesiapa.
Kawan : Macam mana kau boleh ketawa riang walaupun kau kecewa?
Aku : (ketawa) Ini bukan kecewa, ini satu benda yang nyata.
Kawan : Maksud kau?
Aku : Menghadapi kenyataan dan tidak melarikan diri supaya kau tak mati sendiri. Itu yang aku pegang dari kisah hidup aku sebelum ini.
Kawan : Kau boleh hidup macam biasa?
Aku : Kenapa tak boleh?
Kawan : Macam mana kau boleh?
Aku : Masa aku jatuh, aku beritahu diri aku sendiri yang aku keseorangan. Tiada siapa yang boleh aku minta tolong. Tiada siapa. Jadi, aku beritahu diri sendiri yang aku kena kuat, maka, aku bangun.
Kawan : Benda lama, kau tak ingat?
Aku : Ada guna aku ingat balik? Ada kebaikan untuk aku? Itu soalan yang aku tanya diri aku sendiri. Kau patut tanya diri kau benda yang sama.
Kawan : Kau baik sahaja kan?
Aku : (ketawa) Selagi aku dapat menyibukkan diri dengan kerja aku, dengan hidup aku dan jadikan ego aku lebih tinggi dari kedudukan hati aku, aku percaya aku boleh selamat dan hidup macam biasa.
Kawan : Kau gila.
Aku : Ya, aku tahu aku gila.
Kawan : Kau gila sebab kau boleh tabah.
Aku : (ketawa) Kerja aku adalah pengubat aku.
Kawan : Taknada masa untuk duduk sendirian?
Aku : Tak ada

[Gambar : Kalau kau masih bangun malam dan mencari dia dalam mimpi dan realiti, aku tidak mampu kurangkan hati kau yang bergelumang konspirasi]

Aku mungkin tidak dapat tenangkan kau.
Maaf, aku bukan pemujuk yang baik.
Kau yang perlu buka mata kau sendiri dan hadam realiti.
Walaupun pahit dan membuatkan kerongkong kau terasa pedih, itu tanda kau masih manusia.
Percayalah.

Celaka.
Dunia memang penuh dengan suka dan duka.
Tapi kalau kau tak pernah teruja untuk gembira, kau patut duduk dan senyap je.
Bukan untuk ukir sakit dan merana.
Untuk kau belajar senyum dan hadapi dunia.
Dengan diri kau yang penuh semangat waja.
Bukan kesateria yang hilang pawana.
Sudah.

Kegembiraan yang datang secara tiba-tiba, akan pergi secara tiba-tiba juga. Kebahagiaan yang dibajai dengan perlahan, menempuhi segala kepayahan, insyaALLAH akan berkekalan. Ah, tidak mustahil juga kegembiraan yang dibajai lama akan musnah begitu sahaja. Segala yang berlaku dan akan berlaku adalah urusan Maha Pencipta. Kita sebagai manusia biasa, hanya mampu berusaha dan berdoa bukan?
Senyum.

Sekejap.
Tulisan ini mungkin agak celaru.
Tapi aku tak nak kau pramg keliru.
Kalau tersilap tafsir, jangan malu.
Aku tidak akan buat tuduhan melulu.
Ah, lidah kelu.

Kekniss : Antara maaf dan melupakan adalah dua perkata yang amat berbeza.