Sunday 18 September 2016

Manusia Beku

malam yang kian pekat hitam menerjah..
Aku hanya penulis yang tidak memiliki tujuan.,
tapi, aku penulis yang memiliki perasaan dalam menulis.,
tulisan aku tidak di bentuk dengan kiasan indah,
tapi tulisan aku di bentuk dengan perasaan manusia.,
aku menulis berdasarkan perasaan manusia,
aku tahu betul bagaimana perasaan manusia di bentuk.
Perasaan manusia seperti sungai yang mengalir deras, banyak perasaan yang mengalir dengan naluri nya.
Perasaan manusia seperti api yang panas, banyak perasaan yang memiliki emosi jiwa yang merasuki raga.Perasaan manusia seperti angin yang kencang, banyak perasaan yang pergi lalu kembali seperti kasih sayang dan cinta.



But I know you'll be all right
It tears me apart that you never know 
But I have to le it goTell me I'm frozen but what can I do?
Can't tell the reasons I did it for you
When lies turn into truth I sacrificed for you
You say that I'm frozen but what can I do?


Aku adalah perasaan.,
Aku mudah sakit ketika dilukai,
Aku mudah terharu ketika dihargai.,
Aku mudah tersanjung ketika dipuji
Tapi., itu hanya sekilas dari bayangan ku kini.,
aku adalah perasaan yang memiliki hati beku.,
sekarang atau detik ini.
Bayangan aku tak sebenarnya.,
aku hanya bayangan kecil yang mampu menyembuyikan perasaan aku.,
aku cuma bayangan sekilas tanpa makna.,
” Aku hanya menulis sesuai apa yang aku lihat,aku dengar dan aku rasakan.,
ini hanya tulisan perasaan manusia.,tak ada kiasan indah yang menghiasi tulisan aku,
tulisan aku di bentuk dengan persaan manusia aku dan lagu yang aku dengar.,”
Sepertimana aku manusia beku itu.

Kekniss:Dia senyum headphone disambung..lagu bergema. Manusia pelik.

Tuesday 13 September 2016

Qyiam

Linangan
airmata di pipiku
hadir menyerbu di sanubari
Linangan
airmata cintaku
terbit dari dalam jiwa

Kisah yang dulu
takkan ku ulanginya
biar ia berlalu
jadi sejarah

Syukur kepada nya
kerana menyedarkan
dari terlupa diri
melalui kisah pahit… pedih


Tiada lagi pujuk rayu ku
padamu
takkan tergoyah
qyiamku pada nya

Tiada lagi
badai menjelma
qyiamku tetap pada nya kasih

Sembuh hati
siram budi
suburlah suci
menghadapi nya

Derita diri ini telah terbalas
disana cinta disini rindu
tak daya ku lalui
qyiamku tetap pada nya
kekasih

Kadang kala Allah hantar seseorang untuk bersembang tentang sesuatu perkara yang membuatkan kita terasa sayu dan rindu.

Mungkin Dia nampak diri ini semakin jauh denganNya.

Kekniss : Hidup aku bukan berpaksi pada cerita cinta semata, tapi aku lebih suka pada cerita bagaimana manusia belajar untuk jadi dewasa.


Saturday 10 September 2016

Sebabkan Lagu


"But I’ll try to smile as I watch you happy
Cause I didn’t have the ability to hold onto you"
 
Dah dapat lagu sejalan dengan irama rasa hati dan kotak fikiran. err., kenapa macam hiperbola sangat ayat gua?

Kisah itu sudah berlalu tapi bagi dia seperti baru semalam semuanya terjadi. masih segar dalam ingatan segala bait bait kata selamat tinggalnya.

"Kita kawan"

"Semua salah saya, Maafkan saya"


Kalaulah hati dia sekeras besi, pasti amat susah untuk air mata ni untuk terus terusan mengalir bila membaca ayat tersebut tapi hati dia rapuh. serapuh daun yang sudah tidak boleh membuat proses fotosintesis. Ermm frasa ape neh. Heh

This is going to repeat because it always rains. And I will stop when the rain stops

Nak bina balik kekuatan hati ni tak pernah semudah yang disangka. sehari dua memang takkan dapat. sebulan dua pun belum tentu. Mungkin setahun dua? Entah parah bila melibatkan hati ni.

Kadang kadang penat jugak nak memujuk hati. berminggu minggu berendam air mata. harapan menggunung untuk kembali lagi. macam bodoh pun ada tapi benda itu yang  dirasa.

Dia: Mcm pelik je rase.. aku boleh gelak boleh senyum depan dua org neh.
Kawan: That mean you ar so strong..
Kawan kawan dia kata dia kuat sebab dia masih boleh menonton cerita cinta bahagia mereka dan dia hanya senyum. Kawan kawan dia juga kata dia kuat sebab adia masih boleh bertegur sapa dengan kau sambil memberikan senyuman yang cukup manis.

Tapi hanya dia yang rasa bila penatnya menangis dalam hati. penatnya sedih hingga dalam tidur pun boleh menangis. penatnya bercerita tentang kau yang sepatutnya dah patut jadi sejarah.

Dan lagi bertambahnya luka di hati ni bila kau menganggap dia kuat, tahukah kau untuk jadi seperti yang sekarang ini amat perit laluannya. Adakalanya dia merayu semahunya agar Tuhan hilangkan rasa itu. Namun Tuhan masih memengangnya. Selama mana dia sendiri tidak tahu. 

"Dan awak cuma perlu kuat. Sekuat batu kerikil. Berhenti tanya apa salah awak. Dan alihkan jari awak dari terus menuding pada dia.

"Dan mungkin dalam fasa penyembuhan ini, dia akan cuba dan cuba untuk memaafkan, dia juga mohon agar kau doakan dia untuk terus memaafkan tanpa rasa dendam"
  
"On rainy days, your thoughts come visit me and torture me all night
And as the rain stops, your thoughts fade away as well"~[on the rainy day]

Kekniss: Aku dengar ada orang nak buat confession. Semoga Berjaya Sahabat

Monday 5 September 2016

Senyum







Ada org bertanya.
Kenapa dia seperti mewujudkan dinding antara diri dia dengan manusia lain. Dia mudah terhibur, senang didekati tetapi sukar untuk difahami. Bila orang menyatakan sedemikian, dia menyedari sesuatu. Orang berkenaan berkemungkinan dapat melihat jauh ke dalam diri dia yang berusaha keras mengasingkan diri daripada sakit lagi.
Dia mungkin manusia yang sentiasa telus dan berusaha membuatkan orang lain gembira walaupun hakikatnya dia sendiri yang cedera. Disebabkan pernah tercedera dengan teruk suatu ketika dahulu, dia mengubah diri dia menjadi lebih meredhai apa yang dia lalui. Walau sakit sekalipun, asalkan orang disekeliling dia tersenyum gembira,dia akan teruskan juga. Ah, bukankah dia perlu senyum supaya semuanya sentiasa baik? Mungkinkah ini yang dikatakan pengorbanan?

Orang : Kenapa awak bina dinding antara awak dengan orang lain?
Dia: Dinding?
Orang : Ya, awak bina dinding dari didekati orang lain. Sebab pernah terluka dahulu?
Dia: Mungkin. Entah. Hati saya macam kaca.
Orang: Maksudnya?
Dia: Hati saya macam kaca. Penuh calar balar, penuh parut hodoh menahan sakit dan sengsara. Saya bertahan dan saya takut, kalau satu hari nanti kaca ini pecah, saya akan lukakan diri sendiri dan orang sekeliling saya. Kalau saya sendiri tidak mengapa, tapi bagaimana dengan orang lain?
Orang : Faham.

Disebabkan itu juga, bila dia didekati dengan baik oleh sesiapa sahaja, dia membuka ruang sedikit demi sedikit agar dia juga boleh menjalani hidup seperti manusia biasa. Jika orang hulurkan persahabatan, dia menerima dengan hati terbuka, dan dia akan menggila bila dia dikhianati semula.

Dan kau perlu tahu sesuatu.
Tidaklah penting mungkin bagi kamu.
Tapi penting untuk dia.

Dia tidak pernah kata dia baik.
Dia tidak pernah mendabik dada kononnya dia telah berjaya.
Bahkan dia bukan apa-apa.
Tapi salahkah dia mahu sedikit bahagia?

Berhadapan dengan insan insan dalam satu masa yang same, insan yang pernah meninggalkan parut satu masa ketika. Betapa hebatnya diri dia rasakan. Bukan kerana apa. Kerana ketika itu dia mampu berdiri tegak mendongak senyum dan tertawa pada dunia.

"Saya tahu awak kuat"

Kau tahu kan?
Dia senyum bukan kerana semuanya baik.
Tapi dia percaya semuanya akan baik kalau dia senyum.
Cukuplah.
Dia sudah lali namanya jarum halus penuh sakit dan benci.

Picisan:
Menjalani hidup dengan baik, itulah sebab kenapa semua orang patut teruskan kehidupan dengan hati yang gembira. Senyum. Tabah dan kita boleh hadapi apa sahaja.

~Ada 2 perkara yang boleh buat ardenalin aku bergerak laju untuk throw out and split.

1.Tidor
2. Lagu

Friday 2 September 2016

Fiction and Fact


I’m the writer who lost her purpose..
The end of this novel, how am I supposed to write it..
My own Fiction and I keep writing these 3 words 
Everything is Fiction. Setting the warn out pen on the old paper stained in tears.

If I cant' empty you, I will try to fill up again. i rewrite the story again

This story can’t be happy or sad


Right now I’m writing such a happy story
But it is all just a wish..... still

This is fact.