Sunday 23 October 2016

Nota

Hujan turun lebat.

Helaian buku diselak.



"Dia bukan seperti dulu. Jiwanya kental. Mudah memaafkan. Sentiasa memudahkan yang lainnya.

Kini.

Hatinya mudah tersentuh
Hatinya mudah terluka
Hatinya mudah terguris
Hatinya mudah menangis..

Kerana
Dia berperang dengan dirinya
Dia berhadapan dengan peragut-peragut jiwa dan
Jiwanya sentiasa dihakis
Oleh luka-luka masa lalu."

Helaian terakhir.

"Dia masih tersenyum. Dan terus tersenyum
Dalam menyimpan 1001 cerita. 1001 airmata. Yang takkan ada yang melihatnya."

Belajarlah memaafkan orang yang mengkhianati kita. Mereka mengajar kita apa itu nilai dalam kehidupan dan kepercayaan sebenarnya. Sebab tu. percaya Aku tu mahal.[Kekniss,2016]

Kekniss: Zine tengah hujan buat mata jadi berat.


Tuesday 18 October 2016

Masih Punya


Kau masih punya Tuhan.
Kau masih punya keluarga yang memerlukan.
Kau masih punya kawan-kawan.
Kau masih punya pendirian.
Kau masih punya harapan.
Kau masih punya kehidupan.
Kau masih punya tenaga tersimpan.

Itu yang kita biasa sebagai jawapan.
Itu yang kita biasa terima bagi menjawab persoalan.
Itu yang kita biasa dengar bila hambur tangisan.
Itu yang kita biasa hadam sebagai bahan pujukan.
Itu yang kita biasa telan.

Kadangkala kita menangis bukan kita mahu penyelesaian.
Kadangkala kita meluahkan bukan kita mahu jawapan.
Kadangkala kita berkongsi bukan kita mahu tunjuk kelemahan.
Kadangkala kita mencari bukan sebab kita kesepiaan.
Kadangkala kita bising bukan sebab kita kesunyian.
Kadangkala kita diam bukan kerana dihimpit kesusahan.







Kita mungkin perlukan sedikit perhatian.
Untuk manusia berikan sedikit masa melayan.
Kesakitan yang kita sembunyikan.
Kehampaan yang kita cuba padamkan.
Hanya untuk manusia dengar dan perhatikan.
Dalam diam, tenggelam dalam renungan.
Berkongsi rasa, meluah perasaan.
Mengelakkan diri dari tertekan.
Dan berhenti fikirkan kesedihan.

Mungkin sebab itu kita tegar sendirian.
Melayari kehidupan.
Bukan sebab kita tidak memerlukan teman.
Cuma kita terlampau sakit untuk mulakan hubungan.
Yang setiap kali akan menyakitkan.
Itu hanya kemungkinan.


"Kadangkala merindui seseorang dalam hati itu adalah tanda kita masih mengingati mereka. Sama ada baik atau buruk, kita sahaja yang tahu rahsianya"[kekniss,2016]

Kekniss :Kau tidak akan menyedari betapa kuatnya kau sehinggalah menjadi kuat itulah satu-satunya perkara yang kau boleh lakukan untuk meneruskan kehidupan

Monday 17 October 2016

Kekuatan


"Semuanya baik?"
"Semuanya baik je"

"Kau dengan aku nak tipu?"
"Mana ada aku tipu?"

"Kau tengah sedih."
"Mungkin aku sedih, tapi semuanya baik je"

"Cuba kau tengok mereka"
"Kenapa?"

"Bahagia"
"Aku mimpikan seperti itu. Disayangi. Dijagai."

"Jadi?"
"Itu semua sekadar mimipi. Dan terus menjadi mimpi"

"Kau menangis?"
"Tak"

"Tipu. Kau menangis punya"
"Buat apa aku tipu. Kau lebih kenal aku"

"Ye ke kau ni?"
"Aku berani sumpahlah"

"Baik, aku percaya cakap kau"
"Tapi jangan kau buat aku menangis"


Dalam hidup, apa sahaja yang berlaku pastinya ada sesuatu yang tersembunyi cerita yang kita sendiri tidak pasti bagaimana pengakhirannya. Benda yang kita pertahankan, sembunyikan mampu terkeluar segala cerita tanpa kita sedari apabila langkah kita menjadi pincang. Kadangkala dalam hidup, ada satu ketika kita terpaksa mendengar kata hati dan menutup perasaan yang selama ini kita pupuk, kita semai disebabkan apa yang berlaku tiada penawar kesakitannya.

Ada yang menganggap benda sedemikian adalah bodoh. Bodoh dalam erti kata mengikut kata hati, percayakan hati berbanding dengan rasional akal, perkara yang sudah terhidang di hadapan mata. Tetapi, sesiapa yang mengalami perkara begitu sebenarnya tersepit dalam suatu keadaan berbeza dengan semua orang. Setiap daripada kita tidak serupa. Mungkin dengan mengikut hati, kita akan menemui kebahagiaan dan menolak rasional mampu mengundang kecelakaan. Ya, setiap daripada kita ada alasan berbeza bagi setiap perbuatan yang kita lakukan. Itu sesuatu yang tidak dapat disangkal.





Setiap orang adalah pelakon di atas dunia ini. Sama ada mereka pelakon yang baik ataupun tidak, ia mungkin bergantung kepada watak apa yang mereka sedang lakonkan. Watak yang mungkin mereka sukai ataupun mereka pilih sendiri atau yang mereka terpaksa lakonkan atas desakan peribadi. Tapi, dalam hal ini, setiap manusia itu mampu memilih untuk bersikap telus dalam lakonan mereka. Telus dalam erti kata, jika ia sebuah lakonan semata-mata, mereka mampu untuk beritahu sama ada itu adalah sekadar mainan ataupun perkara rahsia. Seperti yang kita tahu, semua manusia itu tidak sama walaupun mereka berkongsi banyak benda bersama.

Seperti hukum Newton, setiap benda ada lawan masing-masing.
Jika hari ini kita menangis, siapa tahu suatu hari nanti kita akan ketawa?
Jika hari ini kita kesepian, siapa tahu suatu hari nanti hidup kita akan terisi?
Jika hari ini kita penuh dengan kemarahan, siapa tahu nanti hati kita akan sejuk sendiri?
Jika hari ini kita diuji tanpa henti, siapa tahu suatu hari nanti kita nampak hikmah tersembunyi?

Kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi pada saat berikutnya. Dan aku percaya, setiap daripada kita kalau boleh, tidak mahu tahu apa yang akan terjadi pada saat berikutnya. Mungkin ada yang mahu, tetapi pada aku, biarlah aku lalui segalanya tanpa perlu mengetahui apa akan terjadi pada masa seterusnya. Supaya apa yang aku sedang lakukan, dapat dibuat sebaik mungkin tanpa aku perlu ragui apa yang aku sudah buat. Bunyinya kedengaran agak bodoh, tetapi aku mungkin manusia yang tidak perlukan mesin masa ke hadapan. Masa hadapan adalah sesuatu yang aku tidak mahu lihat. 



Kesakitan hari ini untuk pengajaran pada masa akan datang.
Kesakitan lalu adalah pengubat untuk kesakitan pada waktu sekarang.
Detik waktu penyembuhan di antara dua sela masa adalah sesuatu yang tiada galang.

Ujian memang sentiasa akan datang.
Tetapi bagaimana kita hadapinya, adalah benda yang kita terpaksa rancang.

Ia bukan perkara yang senang.
Ia bukan perkara yang boleh dipandang.
Ia bukan perkara yang dianggap senang lenang.
Ia bukan perkara yang diuruskan sewenang.
Ia bukan perkara yang kau dapat tidur di awangan.

Ujian memang sentiasa ada.
Adakah kau mampu tempuhi segala?
Pekakkan telinga?
Tutupkan mata?
Diamkan mulut dari bicara?
Tahan air masin mengalir dari tubir mata?

Itu adalah satu kekuatan rahsia.
Itu adalah satu kekuatan yang mungkin kau tidak pernah sedar bagaimana.
Tapi itulah yang membentuk kau sebagai manusia.

Kekniss : Dalam hidup, kita perlu kadangkala menjaga hati sendiri dan dalam masa yang sama menjaga yang lainnya juga