Thursday 17 November 2016

Kolonial Mimpi

Pada pengawalnya.. Aku berada didalam sebuah rumah yang sangat asing. keberadaan disitu seolah perang sedang melanda..berpakaian hitam berlilit kepala merah. anak panah dipinggang basur dibahu.. yang ada didalam rumah itu cukup aku kenal... ibu ayah kakak dan dua org yang cukup-cukup aku kenal..ya keluarga mereka.. kenapa?. Aku melangkah..sepi melihat keadaan sekeliling..dan terasa bungkam sendirian..seolah aku hilang sesuatu..aku melangkah keruang tamu..keterlihatan kakak dan ipar mereka bersama anak kecil. aku hanya membisu dan tersenyum..aku bangun dan melangkah..ke bilik.. sebuah katil besar..maka tekaan aku mungkin ini bilik meraka.. aku berjalan ke jendela.. bandaraya dilimpahi kepulan asap.. secara tiba-tiba siren merah berbunyi..aku terus berlari keluar.. keduanya mendapatkan aku..masih bisu tanpa suara...tersedar.


Aku berdiri diatas kapal terbang bantuan..disebelah aku wanita itu..aku lihat dia menangis sambil menghulurkan bungkusan yang rntah aku sendiri tak pasti apa bendanya..detuman demi detuman kedengar dari jauh.. dan dari jauh terlihat barisan berbaju hitam berlari kearah aku..dan terus menaiki tangga..dan terlihat salah seorangnya adalah dia... dgn serta merta aku dan wanita itu berdiri tegak berserta juraian airmata.. mengangkat tabik hormat..dan aku berpaling pada wanita itu..begitu juga dia. tersedar.

Pagi yang aku rasa damai..tiada lagi baju hitam..tiada lagi busur dan panah.. aku berdiri diatas jendela..hanya berpakaian kain kuning berbaju putih melihat bandar..tiada la bunyi detuman tiada lagi bunyi jeritan..tiada lagi gegaran...damai.. mungkinkah perang berakhir? dan seseorg mendatangi dari arah belakangku.. dia. dan kemudian wanita itu.. aku senyum..begitu juga mereka..

mungkinkah ini dikatakan kolonial mimpi? Apakah yang dimaksud dgn mimpi..atau cuma sekadar mainan? Alam punya banyak perkara yang tersembunyi. yang kita tidak tahu rahsia dibaliknya.

*Bangun kerja tak?
hah..7 pagi..mampos lambat..

Hujan Malam

Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini. 

Kecewa?
Istilah itu tidak akan dapat lari dari diri.
Cuma, berapa lama akan membiarkan diri terpuruk dalam kesedihan yang ternyata bukan buatan?
Itu satu persoalan yang berlegar dalam hati.
Diam, biarkan suasana sepi.


Manusia macam  ada satu kelemahan yang sangat menyakitkan. Paling takut kalau dia membuatkan orang disekeliling rasa marah dan terasa hati. Sungguh, memang takut bila dial terjebak dalam satu keadaan atau situasi di mana dia tidak boleh menang langsung demi menjaga manusia lain di tepinya. Kelakar bukan?

Tapi, itu dia,
Semalam, perberbualan panjang dengan seseorang tentang bagaimana untuk mengubah tabiat ini.  Seseorang itu dengan senang hati menyatakan itu sesungguhnya suatu ciri yang baik, tetapi Dia, disebalik menggembirakan hati orang lain, sakit sendirian dan menjadi benci dengan keadaan sekeliling yang pastinya membuatkan dia tersenyum lebih banyak daripada biasa.

K : Kau ambil keputusan lari lagi?
A : Ini yang terbaik.
K : Mana kau tahu?
A : Aku dapat merasakan ini yang terbaik.
K : Atas dasar apa? Kau sayangkan perhubungan kau, dan kau korbankan perhubungan tu demi orang lain gembira?
A : Dan aku katakan yang biarlah orang lain gembira.
K : Itu baik, tapi kau tahu kan apa kau buat?
A : Biarlah orang lain bina kebahagiaan dari duka aku.
K : Kau sakit sendirian.
A : Supaya aku boleh tersenyum satu hari nanti.
K : Kau dah cukup lama keseorangan, jangan jadi lebih sengsara menanggung sakit.
A : Manusia macam aku beku. Tidak terangsang dengan unsur luar buat masa ini.
K : Kau tahu yang dia akan kecewa?
A : Percayalah cakap aku, dia akan lebih gembira tanpa aku.
K : Bukan kau tahu hati dia.
A : Memang aku tak kenal hati dia, sebab aku tak pernah Ada di situ.
K: Lain macam bunyi?
A : *ketawa* Lumrah dunia yang aku sudah belajar dengan menahan air mata.
K : Jangan jadi gila.
A : Tak ada air mata, kau jangan risau.
K : Kau dan dia yang sama-sama terkorban.
A : Kaki aku di kapal lain, kaki dia di kapal lain, itu kau perlu faham.
K : Yang selamat hanya yang menumpang.
A : Bahkan, aku belayar seorang, dia punya penumpang.
K : Dan kau takkan jerit kalau kau tenggelam?
A : Tak, sebab tak ada jalan untuk berpatah balik.
K : Manusia sepi.
A : Dalam sepi, aku masih senyum.
K : Jangan tipu diri sendiri.
A : Tak. Kau pun tahu aku suka senyum.

 
 



Satu proses pelarian?
Bukan.
Ini satu proses kehidupan.
Memilih untuk terus hidup, bukan atas dasar kasihan.
Bertanggungjawab dalam apa sahaja yang dilakukan.
Berikan yang terbaik sementara masih punya kesempatan.
Ukir senyuman.
Lepaskan nafas perlahan.
Tiada lagi sebarang jawapan.

Wednesday 2 November 2016

Thousand years

Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Kebahagiaan dalam erti kata mereka gembira dengan apa yang mereka mahu lakukan dalam hidup. Menikmati segala apa yang diperlukan dalam dunia dengan kemahuan sendiri. Buka menurut apa yang orang lain mahukan serta tentukan.




"Aku takkan tanya selagi kau tak buka cerita sendiri"

"Entahlah..."
"Its has been a year dah.."
"Tapi aku rasa macam semalam ak rasa macam baru bangun dari tidur and semua tu mimpi"
"Tapi kau tak mimpi kan"

Dia bukan tak cuba untuk tinggalkan semuanya. Setiap hari dia mencuba untuk hari yang baru. Dan kadangkala rebah tersungkur.T ak pernah ada yang tahu. Pada mereka dia kental sehari dua sebulan hilanglah. Itu mata kasar mereka. Hakikatnya.. berlabuhlah bertahun entah bila akan hilang.


Dia cuma mahu satu.
Bahagia.

Kekniss: rasakan lagu katty pery thousand years tu membohong je.h ahahahaha