Friday 1 December 2017

Bayang

Diam.
Dia sendiri tidak mengerti apa yang dia sedang pendam.
Dia sendiri tidak memahami apa perasaan yang cuba dipadam.
Dia sendiri tidak merasai apa yang harus dirasai
Dia hanya mahu segalanya tenggelam.

Perasaan itu kosong dan sepi.
Sepi bila dia sendiri tidak dapat melunaskan kehendak hati.
Pergerakan minda tidak seiring dengan kemahuan diri.
Dan dia hanya mahu berhenti.
Merenung infiniti.
Lalu menutupnya kembali




Ada sesuatu yang menyebabkan dia berpaling kembali.
Meletakkan segalanya ke tempat azali.
Memulakan sesuatu yang dia sendiri tidak begitu pasti.
Bukan kerana mahu mencabar diri.
Tetapi lebih kepada cuba memahami hati sendiri.
Apakah dia sudah tidak dapat merasai sesuatu yang sangat halus dan seni?
Tidak dia hanya mahu ia hilang
Bukan untuk selamanya
Hanya seketika. 

Dia nampak suatu kekuatan yang buatkan dia senyum setiap hari.
Dan izinkan dia berlalu pergi.
Hilang sekali lagi.

Kekniss:
Every single story in tulisan jalan, doesn't mean saya masih bersedih hati Hanya pernah melalui, Ditikam dikhianati oleh mereka yang dipercayai  kalau saya mampu mengubah hati 360 puluh darjah upside down mana mungkin kalau hanya secebis perasaan keraguan yang mampu melukakan lagi itu tak mampu saya lempar sejauh mungkin?

Jadi tahu ramai lagi di luar sana yang perlukan sesuatu yang luar biasa.

Kekuatan,
Dan tangan untuk heret mereka tatih kedepan. Ya kadang kala kehilang segala-gala itu sangat pedih. Tinggalkan apa yg kita suka itu sangat parah. Bersabar sehingga satu masa tepat untuk kembali.