Tuesday, 21 May 2019

Kau dan Alter Ego



Lagi aku cerita pasal ego.

Kalau dulu  selalu meletakkan perspektif bahawasanya bila kau breakoff then move on je la. Kalau ada yang ikhlas suka pada kau terima jela. Itu.. itu dulu sebelum episode kau mati sekejap tu.

Tapi bila sendiri yang rasa, yang lalu semua tu, baru aku faham betapa susahnya nak buka hati semula setelah sekian lama tertutup. Katalah sebaik mana seikhlas mana orang tu yang cuba nak menang hati kau. Kau tetap macam tu. Jadi manusia yang ego, yang pentingkan diri. Kau tak peduli pun perasaan orang effort orang tu.

Tak bukan kau tak kisah atau kau tak peduli. Kau Cuma hanya mahu melindungi. Sebab apa, sebab kau pernah berada di satu tempat yang mana kau tak nak lagi dah jejak tempat tu. Sebab tu kau jadi selfish.

Related image


“miss you”

Kau pandang pesanan tu macam tak da perasaan. Walau kau tahu dia tetap tak putus asa nak menang hati kau. Kau hanya mampu mengeluh. Hati perasaan tak boleh dipaksa. Hakikatnya bukan kau tak cuba untuk jatuh hati semula. Kau dah cuba tapi Alter Ego kau menang segala dan memandang rasa cinta tu sekadar picisan yang tak mampu memberi apa hanya sekadar palitan rasa kecewa sudahnya.

Episod hitam tu yang dah ubah siapa kau sekarang.

“awak ego”

Pada pandangan kau dia tak ada kurang apa. Tapi kau tu yang keras kepala.
Bukan kau tak pernah bergaduh dengan dia

“Kau benci sangat block je la”

Bukan mudah untuk membuka semula tembok hati Sebenarnya.

Ather ego said: Girls, they build a wall not to let anyone in because they are afraid of uncertainly, When you manage to destroy the wall, you know you are one special guy

Monday, 17 December 2018

Nilai Harga ego

Setiap manusia ada sifat ego.
Ego mungkin boleh dikatakan sebagai satu naluri manusia yang terselit keangkuhan dalam sesuatu perkara. Angkuh dan ego setiap manusia tak sama, tak serupa dan mungkin berbeza tahapnya. Manusia kan pelbagai, unik sementelahan dengan harga diri masing-masing berbeza. Perbezaan yang ketara membawa kepada keangkuhan yang berbeza tentunya.

Ada yang menyatakan manusia ego bila tiba soal hati dan perasaan
Suka pada seseorang, pendam perasaan disebabkan perasaan ego.
Jatuh hati dengan seseorang, enggan membuat pengakuan kerana ego.
Perempuan suka pada lelaki, kunci mulut, diamkan diri bersandarkan ego.
Lelaki suka pada perempuan, tidak mahu mengaku berpunca dari sifat ego.
Dan macam - macam lagi yang menjadikan sifat itu sebagai suatu punca dan alasan - Ego.



Tapi, adakah semua itu boleh dikatakan sebagai ego, angkuh itu sebagai punca?
Tiada keberanian, maka gunakan alasan itu sebagai satu cara.
Sengaja mahu pendam, agar tiada siapa yang terluka - maka perkataan itu dijadikan alasan semata.
Bermain dengan perkataan tersebut kerana takut kehilangan bahagia.
Tak ada lagi rasa gembira.
Hilang segala suka.
Yang tinggal hanya duka.
Begitukah apa yang kau rasa?

Lelaki dan perempuan masing-masing ada perasaan begini.
Ya, benda tu memang ada sejak azali.
Cuma masing-masing mungkin tidak mengerti.

Kadangkala sifat itu boleh dikatakan sebagai menjaga harga diri.
Sebagai benteng pertahanan sejati.
Mengawal segala serangan berani mati.

Tetapi, selalu la juga benda ni dikaitkan dengan sifat yang dibenci.
Sikap aneh yang boleh bawa diri dikeji.
Manusia jelak dan memaki.

Sebab itu apabila ada yang melaungkan nak mengatasi sesuatu yang dipanggil keegoan manusia atau kelompok lain, apa benar dan pasti bahawa kumpulan tu ada punya sifat keji ini? Aneh. Pelik. Manusia memang suka buat tafsiran sendiri. Entah-entah yang nak dihentam adalah manusia yang sedang diuji. Manusia yang dizalimi.

Tapi, ada manusia yang takut dengan puak dengan puak macam ni?
Ada yang nak ambil tindakan  hapuskan suara haluan kiri?
Tikam dari tepi.
Baling barang tepat di dahi.
Tak sama sekali.

Harga ego mungkin sama dengan harga telur kat pasar
Kadang kala murah sampai rasa nak curi dari reban.
Kadangkala mahal sampai timbul rasa baran.
Apa yang penting, nilai kesabaran.


KE171218

Sunday, 16 December 2018

Langkah

Dulu...
Kau selalu dulukan perasaan orang lain dari diri sendiri. Peluang dan ruang yang sepatutnya kau ambil kau biarkan demi hati mereka. Sehingga kau cetus sejarah luka.

Adakala kau lah orang yang rela hati hulurkan tangan tanpa berfikir.

"tak best la kalau kau tak ada"
"ala sedih la gini"

Dan kerana itu kau stay.
Bila kau terpaksa tinggalkan
Kau tetap cari jalan untuk pulang.

Namun....

Kini.
Kau sedar
Kau kena realistik
Orang datang dan pergi.

Dimana mereka saat kau rasa diri di hujung nyawa.
Dimana meraka saat aku perlukan seseorang
Dimana mereka saat aku jatuh tak tersambutkan.
Dimana?

Dah Akhirnya
Siapa yang sambut kau?
Siapa yang bantu ubat hati kau?
Hanya kau yang tahu siapa.

Maka kau kene sedar.
Dihujung cerita kau adalah kau
Mereka adalah mereka.

Sedarlah yang kau tak penting pun pada mereka.
Sebagaimana mereka penting pada kau.

Dan disaat ini juga.
Bila musibah datang menerpa bertimpa.
Hati kau hanya mahu disokong. Segaris
Tapi hakikatnya.
Tiada sesiapa.
Cuma kau dan diri kau
Dan tulang belakang kau.

Benarlah
Jalan cerita tak sama.
Maka noktahlah hujungnya
Bergaris lapan.

Kali ni. Takkan lagi kembali.
Cerita kau disini ditamatkan
Buat sekian kali.

Melangkahlah tanpa menoleh lagi.
Dan jangan pulang lagi.



K.E : Kadangkala keputusan yang sukar itu dipermudahkan dengan realiti yang boleh kita hadam didepan mata sendiri.

K.E161218


Wednesday, 21 November 2018

Bulan dan Matahari


"Ada dua sebab mengapa manusia berubah. Satu, disebabkan mereka telah belajar terlampau banyak. Kedua, mereka telah dikecewakan berkali-kali. "


ini saat untuk berubah.
Ini saat untuk bangkit dan tidak lemah.
Ini waktunya untuk jadi gagah.
Ya, awak perlu tabah.

Hentikan perasaan yang membuak.
Sudahlah merasakan diri tidak layak.
Akhirnya akan muak.

Dia.
Lepaskan dia dari hati ya?
Sejauh mana awak suka dia, dia langsung tidak menoleh ke arah sama.
Sudahlah menunggu dia.
Seolah seperti matahari yang hadir dipagi
Hilang kala senja berganti
Seperti bulan yang hidup pada malam
Tapi pudar bila fajar menjengah tiba

Hanya menanti janji semalam
Yang entah pasti dikota tidak.

Maka hentikan dan berhenti

Awak manusia.
Dia manusia.
Dan ketahuilah setiap manusia itu istimewa.
Setiap daripada kita tidak sama.
Awak dan dia juga berbeza.
Keinginan dan perasaan yang aneh dan tidak sekata.

Inilah dunia.
Kebahagiaan itu mungkin sementara.
Ya, sekejap sebelum kita berhijrah ke alam sana.

Tetapi, awak masih layak untuk gembira.
Untuk rasa suka.
Untuk rasa bahagia.
Bukan semata-mata duka.



http://farm6.static.flickr.com/5302/5622378363_01c1bdbee7.jpg
[Sumber gambar


Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Kebahagiaan dalam erti kata mereka gembira dengan apa yang mereka mahu lakukan dalam hidup. Menikmati segala apa yang diperlukan dalam dunia dengan kemahuan sendiri. Buka menurut apa yang orang lain mahukan serta tentukan.

Nota Kaki :
Ada sesuatu yang kita impikan adalah lebih baik daripada langsung tidak memiliki apa-apa impian.

Cabaran paling besar adalah untuk menjadi diri sendiri di mana semua orang di dalam dunia ini mahukan kita menjadi apa yang mereka mahukan

Friday, 1 December 2017

Bayang

Diam.
Dia sendiri tidak mengerti apa yang dia sedang pendam.
Dia sendiri tidak memahami apa perasaan yang cuba dipadam.
Dia sendiri tidak merasai apa yang harus dirasai
Dia hanya mahu segalanya tenggelam.

Perasaan itu kosong dan sepi.
Sepi bila dia sendiri tidak dapat melunaskan kehendak hati.
Pergerakan minda tidak seiring dengan kemahuan diri.
Dan dia hanya mahu berhenti.
Merenung infiniti.
Lalu menutupnya kembali




Ada sesuatu yang menyebabkan dia berpaling kembali.
Meletakkan segalanya ke tempat azali.
Memulakan sesuatu yang dia sendiri tidak begitu pasti.
Bukan kerana mahu mencabar diri.
Tetapi lebih kepada cuba memahami hati sendiri.
Apakah dia sudah tidak dapat merasai sesuatu yang sangat halus dan seni?
Tidak dia hanya mahu ia hilang
Bukan untuk selamanya
Hanya seketika. 

Dia nampak suatu kekuatan yang buatkan dia senyum setiap hari.
Dan izinkan dia berlalu pergi.
Hilang sekali lagi.

Kekniss:
Every single story in tulisan jalan, doesn't mean saya masih bersedih hati Hanya pernah melalui, Ditikam dikhianati oleh mereka yang dipercayai  kalau saya mampu mengubah hati 360 puluh darjah upside down mana mungkin kalau hanya secebis perasaan keraguan yang mampu melukakan lagi itu tak mampu saya lempar sejauh mungkin?

Jadi tahu ramai lagi di luar sana yang perlukan sesuatu yang luar biasa.

Kekuatan,
Dan tangan untuk heret mereka tatih kedepan. Ya kadang kala kehilang segala-gala itu sangat pedih. Tinggalkan apa yg kita suka itu sangat parah. Bersabar sehingga satu masa tepat untuk kembali.

Sunday, 22 October 2017

The beginning

Ada orang bila gagal dalam hubungan, terus sahaja merasakan itu adalah pengakhiran hidup bagi mereka. Percintaan yang gagal dipertahankan, perkahwinan yang tidak mampu diteruskan, persahabatan yang tiada lagi jalan penyelesaian, maka mereka anggap segalanya sudah berakhir. Sudah tidak mampu diselamatkan.

Pernah atau tidak kita terfikir, di sebalik kita menumpukan kepada kegagalan, benda yang kononnya buruk itu, mengapa kita tidak mahu melihat akan kebaikan yang tersembunyi? Ya, dari kita terlampau fokus pada benda yang buruk, bukankah lebih baik kita bersyukur atas segala kebaikan dan nikmat yang kita perolehi? Jangan pernah biarkan manusia yang buat sesuatu yang sangat sedikit untuk kita (dalam perkara sebegini - mungkin mengecewakan, menyakiti dan sebagainya) - mengawal dengan sewenangnya hati, perasaan dan emosi kita. Perlukah?

[Sumber gambar]


Kawan: Rasa bersalah
Aku : kenapa nak rasa macam tu
Kawan : yela dua-dua dah okay tapi..
Aku : Macam ni la, tak semua benda yamg kite gengam tu tandanya milik kita. Kita dah gengam tapi bila dah tertulis benda tu bukan milik kita. Terpaksa jugak kite lepaskan.
Aku: kalau dia berfikiran matang Insyaallah dia boleh menerima. Ai tahu, susah even though ai sendiri pun makan masa bertahun baru sembuh sepenuhnya.

Satu benda yang kita sering terlupa. Kita sebenarnya lebih kuat, lebih bijak, lebih tabah dan lebih segalanya apabila kita pernah melalui banyak benda dalam hidup. Kita mungkin disakiti, dikhianati, dibenci, dibohongi, tetapi kita masih hidup bukan?

Kenapa kita masih hidup?
Sebab kita kuat untuk hadapi segalanya.

Dan mengapa hanya memikirkan suatu pengakhiran?
Bukankah di setiap pengakhiran, pastinya akan ada satu lagi permulaan?
Mulakan hidup yang baru.
Yang lebih baik dan penuh impian.

Kekniss : Tidak kira betapa sukarnya sesuatu benda itu, pastinya akan ada sesuatu yang baik pada penghujungnya. Sekurang-kurangnya aku fikir begitu. 

Wednesday, 6 September 2017

REMINISCENCE


4917_1615..

Ini kisah hantu, ini kisah masa lalu..

Sambil pandang tingkap yang tembusnya kelangit biru, dia terfikir yang sebenarnya dia statik. tersenyum sumbing. kisah lalu.

sejujurnya tentang kisah lalu, dia pernah membayangkan untuk membalas bagi setiap masalah yang ditimbulkan by other, sikit-sikit lagi nak tersungkur. serius dia pernah terfikir. faham-faham lah, perbuatan mesti dibalas dengan perbuatan. korang  ingat rasa yang dapat ni boleh sembuh dalam masa seminit dua. sebab kadang-kadang ada sesuatu yang tak sempat kita cakap atau jelaskan. 

mujur. mujur dia cepat sedar. in between of living, in between of going, in between of climbing and in between of everything, ada satu benda yang kita selalu lupa. it is reckoning. but not pretty sure whether it is similar with the word karma or not, but she dont want to use 'karma' as it looks so coarse pada ayatnya maybe. because she bet everything happens for a reason. and everyone should know about that, right? sama ada benda jahat, atau benda baik.

she want to live happily, she want to live with a good faith to everyone. so she wish for a sweet heart, physical, mind, up and down, left and right, inner and surface and she wish that can we;re can live in peace, for the sake of everybody.

sembuh yang susah nak hilang dalam seminit dua tu sbenarnya tak setanding dengan masalah orang lain dan sakit orang lain. Betul la perbuatan tak semestinya kita balas dengan perbuatan. untuk segala kesilapan makhluk bernama manusia, she iapologize for that. dan semoga kita kuat untuk memaafkan orang-orang yang dah buat salah ke kita. aminn.

Betul once you dah jumpa lorong untuk keluar, once you comeback. try looking back percaya la terasa kebodohan diri, tapi itulah pengajaran yang paling berguna.

Kali terakhir dia kesat air mata kerana kisah itu bila mata pena dah tak mampu menulis kisah tu lagi. dan penamatnya juga di situ.



"Hari ini aku tutup cerita ini dengan kesedihan, agar cerita wanita lain mendapat kebahagian, kerana bagi aku kebahagiaan adalah bila kita membuat orang lain bahagia."

Untuk apa sayang tapi merana?
Untuk apa kasih tapi derita?
Untuk apa cinta tapi tersiksa?

Maka rasa itu hanya menjadi ilusi minda mereka yang terperangkap, dan bayangan igauan mereka yang terleka

Cinta manusia memang berpenghujung
Tapi cinta DIA adalah yang paling agung.

Dan percayalah disetiap pintu yang tertutup tetap akan ada pintu yang masih luas terbuka. dan dia masih menanti terbukanya pintu tu.Dan pastinya ada doa yang kan bertemu dilangit sana. 


"Right now I'm writing such a new happy story.. but it is all just a wish...still"

KE.6917_2348