Tuesday, 29 April 2014

Original

Love...hate....hate..and .love....Poisonous honey...

we cling to music,to poem, to quotes, to writing, to art because we desperately do not want to be alone.We want to know we aren't going crazy and someone else out there know exactly how you're feeling. We want someone to explain the things we can't

Throughout life, people will make you mad, disrespect you. and treat you bad. Let Allah deal with the things they do, because hate in your heart will consume you too.When people cut you down...or talk behind your back..remember they took time out of their pathetic lives, to think about you

Moving on doesn't mean forgetting, it just means you choose to be happy instead of hurt.Life is too short to wake up in the morning with regrets. So, love the people who threat you right and hate forget the ones that don't and believe that everything happens for reason.if you get a chance, take it, if it changes your life, let it.Nobody said that it'd be easy, they just promise it would be worth it...

you were born an original...Don't die a copy....

Saturday, 26 April 2014

jiwa bangsat

Mungkin adakala rasa bangsat jiwa ni menebal
Sampai langsung tak kira perasaan diri yang merasa
Sampai tak peduli kata hati yang melarang
Sampai tak kisah hati terasa pedih
Adakala hilang dalam dunia sendiri
Apa..siapa keliling rasa tak sedar apa jadi
Beku...

Kehilangan?....ada
Kosong?.....terasa
sakit?.....

Hati mengiakan.



sweet pain kadang-kadang tu datang tak bagi salam...puiih..

Monday, 21 April 2014

Yang Datang

terima saja.
nak lari, hendak ke mana?

kadang2 dunia seperti sengaja mahu kita menyungkur dan terkambus ke kerak tanah yang paling dalam. seolahnya, lagi kita kata kita mahu untuk tetap cuba, lagi dia ketawa besar mahu kita tersembam.macam aku selalu katakan...masuk selam bawah tanah..apa yang tak membunuh kita, akan bikin kita lebih kukuh.

benar.
tapi kalau menderu2 serangan menubi kita yang tak langsung berpayung pun ini, ada masa, mahu juga kita hulur anggota untuk terus dikelar lehernya.
kill me, and get it over and done with.

tapi kalau mati, rugi.
sebab selagi kita mahu menanam sabar, selagi itu harapan tetap ada.
ribut datang sebelum pelangi.
rebah datang sebelum bangkit.
remuk datang sebelum pulih.
pecah datang  sebelum bercantum semula.
malam datang sebelum matahari pagi.
gunung meletus sebelum disuburkan bukit.
kita kena sabar.

kena.


#ringkasnyaseorangaku

Sunday, 20 April 2014

Bohong

Cerita demi cerita
heh senyum tanpa rasa

kebohongan satu perkara biasa mungkin
apatah lagi pada diri sendiri

mungkin...
dalam diri punya rasa rindu
dan sayang....
Tapi...
Tidak lagi cinta

Wednesday, 9 April 2014

Puisi Hantu

Atas alasan dah terbiasa

Dia marah dalam diam
Dia telan hadam sampai dalam
Dia nangis pelan-pelan

Hai lah jiwa
gagah manalah kau sebenarnya kan??

Hai lah hati
Kuat manakah kau sebenarnya kan??

Hantu mana yang usik entah
Hantu masa lalu mungkin
Kasi tampar
Moga sedar balik



~kita semua punya rahsia...dan puisi adalah peti besi aku...--diam..tapi aku sekadar pencerita_mahu cari kisah kamu dalam cerita aku..

.maka carilah...

Sunday, 6 April 2014

Penat

Buat kesekian kali
Ada yang bertanya

Kadang terasa letih 
Kadang terasa pelik

Apabila diasak soalan yang sama
Dah semacam tak tahu mahu jawab apa
Senyum~~

Aku tinggal aku..
Dia hanya dia
Tiada kami
Tiada kita

Cukup katakan
Hanya setakat itu
Dan tinggal cerita itu disitu

Perlukah dihebahkan pada benci dunia?
Tak bolehkah kalau kita sekadar pejam mata?
Biar jiwa yang bercerita...

Penat~
Itu yang dirasa~~


Saturday, 5 April 2014

Nama aku manusia

Kalau ikut marah
mungkin berbisa barangkali

Terperosok dalam
Tertikam dalam
Terhenyak mungkin

Jangan terlalu cepat konklusi sesuatu
Sesuatu yang kau cuma teka-teka..
Teka begitu teka begini..

Meletakkan sebagai sesuatu yang besar
Sedangkan itu masa silam
Masa yang kau tak mampu nak undur
Sendiri tahu mungkin?
atau lupa...

Terfikir
Saat dicampak ketepi
Saat dibunuh rasa hati
Ada tangan memaut
supaya kukuh kembali

Setapak lagi  melangkah
Biar orang nak kata apa
Hidup dalam cerita
Biar tak punya hati untuk itu
Tak apa...asal rasa ada bahagia
cukup... dari kecewa dengan namanya janji manusia

Yang ada rasa..
cuma beza fikiran menerka
bimbang juga
takut kau lupa aku juga manusia
yang tak kurang juga gilanya

~~senyum

Thursday, 3 April 2014

Kotak kosong

Kotak hati
Muntah segala rasa
Kalau kamu di tempat aku
rasakan...
ya rasakan

berkata mudah..
ya cuma kata...
kata yang mudah
mudah begitu

hah
aku semak pada cerita
Cerita yang penuh melodrama

apatahlagi cerita cinta
kalau tak tahu
jangan cuba mencuba

kalau dalam hati kata cuba
jangan cuba mencuba
aku kata jangan
jangan dan jangan

Persoalkan dan persoalkan
Pertanyaan dan pertanyaan
salah dan menyalah
kau betul aku salah

tapi,,,


Siapa peduli? biarkan


kotak kosong
Biarkan kosong
kalau diisi dan kemudian dibiarkan kosong

sama...
tak ada beza.

cerita tentang rasa