Macam payung rabak dan baju hujan,,
Perlu bila perlu..
Tak semua payung hitam
Kehidupan juga tak selamanya kelam
mungkin kelam ketika mendung mahu hujan
Sedikit sebanyak kita juga rasa seram..
Menanti cerah silih mengganti hilang
Payung dan baju hujan
berbeza rasa dan juga rupa
Manusia juga datang dengan pakej yang sadis
Walaupun senyum bahagia dan dan ayat manis
Terselindung aneh peristiwa tragis
Perasaan bagai kabut membalut
Sepertinya menghadap hujan lebat
angin kuat
payung terlepas lalu baju hujan di hulur
Payung tak lagi dipandang..
Hanya dibiar tersadai
sepi.
Tapi hujan sekejap berhenti
Macam bahagia yang muncul hanya sekali
Seperti derita yang kekal di sisi
Pemusnah senyum yang di ikat separuh mati
Hujan dah berhenti..
matahari dah berganti
Tapi pa;payung masih kekal disitu lagi
Setia menanti
setia menyimpan harapan pasti.
Sepertinya apa yang terluah tak disedari
Mungkin bahagia bila kita lihat kembali
Tapi kesannya tetap membunuh dalam hati
Benda yang kita sangka jenaka manusiawi
Rupanya mampu menjadikan manusia mayat berdiri
hidup, tapi separuh mati.
Menahan tangis air mata dipipi
dan kau termangu sepi
Semuanya datang dan pergi
Kadang kala ia kekal lama di sisi
kadang kala ia tidak mahu singgah lama dan sunyi
kita saja yang kenal jalan hidup dan jalan mati
cinta...bukan hanya harapan
cinta..tapi kepastian
cinta..bukan menyakiti hati..
[lagu cinta/lagu payung]
~ada orang cakap john potong bawang kat sebelah..hahaha berpasir mata~~syahdu katanya takpa tu tandanya apa yang aku lihat,aku rasa apa yang kamu rasa.. :P