Salam.
Mungkin
terlalu lama aku tinggalkan ruangan ini sehingga ia menjadi medan yang
sunyi sepi. Diam seribu bahasa. Kini aku kembali, memerlukan khidmat
ruangan ini untuk mendengar suara hati.
Yang tak pernah dan tak mungkin bisa dilepaskan. Cukup sekadar ia
membaca apa yang aku coretkan. Cukup sekadar mendengar.
Bilamana berhadapan dengan keadaan sebegini buat aku tertanya, apa yang
sedang berlaku nanti? Lebih tepat apa yang sedang berlaku antara kita? Atau
mungkin hanya terhadap aku. Entah. Aku sendiri tak mengerti. Aku tak
punya jawapan untuk semua soalan itu. Mungkin aku sendiri tak cukup
pasti tentang soalan yang timbul. Soalan yang masih kabur.
Adakala keterasaan hati itu datang. hanya perlu pendam dan diam. Bilamana rasa cemburu. Pada aku ianya perlu kerana aku punya hati yang memandang. berkali aku diingatkan. Belajar menerima yang dia juga Belajar bertahan. Dan sejauh mana aku hanya berserah kepada pencatur hidup aku.
Dia
miliki sedikit sebanyak ciri yang aku ingini. DIa tak pernah
sembunyi siapa dirinya sama ada status mahupun kerjaya. Itu paling
penting. Dan kejujuran itu yang membawa aku terfaktab hingga ke tahap
ini.Dan rasa itu bukan hanya kerana ada rasa sayang dan cinta semata tapi ada sesuatu yang aku inginkan. Legasi darah ini.Legasi penyambung jiwa serikandi dan juga panglima.
Terlalu banyak untuk aku ceritakan. Cukup sekadar itu aku kongsikan. Biar cerita itu menjadi milik aku, rahsia aku.
Aku
tak tahu mana khilafnya. Sama ada mengenali engkau itu adalah satu
kesilapan. Atau yang berlaku sekarang ini yang satu kesalahan.
Hampir
setiap hari aku tanya diri aku sendiri, apa ini yang aku mahu? Bodoh.
Tidak ada siapa didunia yang mahu ada perasaan sebegini. Tidak. Aku
sendiri tak pasti apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa? Terlalu banyak
perasaan. Terlalu sukar untuk aku rungkaikan.
Setelah
sekian lama, saat ini aku tertanya. Mana letaknya diri aku pada dia?
Soalan yang tak mungkin pernah dan bisa aku tanyakan kepada dia
Pernah
dia bertanya mengapa aku terlalu mempercayai dia. Dan aku hanya tahu ia sesuatu yang sangat susah untuk diterjemahkan.
Pernah aku cuba lari dari dia, dari situasi. Tapi jauh mana aku lari, akhirnya tetap dengan dia. Hingga
saat ini, aku masih menanti pengakhirannya bagaiamana. .
Yang nyata, aku jatuh sayang pada orang yang betul tapi pada masa yang salah. Itu benar.
Kekniss : bila nak kurusnnih...hahahah
Monday, 7 September 2015
Monday, 20 July 2015
MOCHA
20 July 2015
p : "Saya baru dapat kopi. Jadi perasaan lebih baik"
L : "Baguslah. Sebab awak suka kopi"
P : "Saya emosi sebab kopi. Boleh?"
L : "Jadi, bila dah dapat kopi, maka awak dah baik? Ah, kenapa emosi sebab kopi?"
p : "Saya minum kopi sebab awak. Sebab untuk mengingati awak"
p.s Adakala perbagai perkara perlu disembunyi, bukan sebab dia sengaja tapi dia tak mahu diketahui bahawa ianya terlalu menyakitkan.
keknis: lapar!!! malas mahu keluar...~
p.s Adakala perbagai perkara perlu disembunyi, bukan sebab dia sengaja tapi dia tak mahu diketahui bahawa ianya terlalu menyakitkan.
keknis: lapar!!! malas mahu keluar...~
Sunday, 21 June 2015
KOPI
Kalau ada kopi, ada awak, yang mana satu saya perlu pilih ya?"
Pilihlah yang menenangkan mungkin,
"Saya pilih kopi" :)
tunggu sebelah. Lepas minum, saya datang pada awak.
"Eh, mungkin saya datang dulu. Sebab kopi merangsang adrenalin"
Tak. Kopi buatkan tenang. Saya yang buatkan adrenalin awak bergerak laju kan?
Ada yang menyatakan bahawa mereka pasti akan menangis kalau kopi menang berbanding mereka. Kopi menjadi pilihan hati berbanding mereka yang merupakan seorang manusia. Tapi, tahukah anda bahawa kopi tidak akan tersedia sendiri? Mungkinkah anda yang akan diminta untuk menyediakannya? Secara tidak langsung, anda sebenarnya yang dipilih. Kiasan dalam kehidupan kadangkala aneh untuk difahami.
kekniss Eberdeen : Terima kasih jadi manusia paling sabar bila melayan kepala yang cepat rajuk hati sejak kebelakang ini. Ya, kadangkala saya suka meletakkan perasaan yang pertama berbanding rasional diri. Terima kasih sekali lagi.
Monday, 11 May 2015
Kisah payung hitam dan baju hujan
Datang dan pergi
Macam payung rabak dan baju hujan,,
Perlu bila perlu..
Tak semua payung hitam
Kehidupan juga tak selamanya kelam
mungkin kelam ketika mendung mahu hujan
Sedikit sebanyak kita juga rasa seram..
Menanti cerah silih mengganti hilang
Payung dan baju hujan
berbeza rasa dan juga rupa
Manusia juga datang dengan pakej yang sadis
Walaupun senyum bahagia dan dan ayat manis
Terselindung aneh peristiwa tragis
Perasaan bagai kabut membalut
Sepertinya menghadap hujan lebat
angin kuat
payung terlepas lalu baju hujan di hulur
Payung tak lagi dipandang..
Hanya dibiar tersadai
sepi.
Tapi hujan sekejap berhenti
Macam bahagia yang muncul hanya sekali
Seperti derita yang kekal di sisi
Pemusnah senyum yang di ikat separuh mati
Hujan dah berhenti..
matahari dah berganti
Tapi pa;payung masih kekal disitu lagi
Setia menanti
setia menyimpan harapan pasti.
Sepertinya apa yang terluah tak disedari
Mungkin bahagia bila kita lihat kembali
Tapi kesannya tetap membunuh dalam hati
Benda yang kita sangka jenaka manusiawi
Rupanya mampu menjadikan manusia mayat berdiri
hidup, tapi separuh mati.
Menahan tangis air mata dipipi
dan kau termangu sepi
Semuanya datang dan pergi
Kadang kala ia kekal lama di sisi
kadang kala ia tidak mahu singgah lama dan sunyi
kita saja yang kenal jalan hidup dan jalan mati
Contengan Picisan Jalanan: jangan biarkan manusia menjadikan kita sebagai satu pilihan dimana mereka boleh mencari bila perlu dan tinggalkan bila mereka rasa tidak mahu. Tapi biarlah kita adalah pilihan tepat yang mereka tidak mahu hilang selamanya...[serimewangi_11.12]
~ada orang cakap john potong bawang kat sebelah..hahaha berpasir mata~~syahdu katanya takpa tu tandanya apa yang aku lihat,aku rasa apa yang kamu rasa.. :P
Macam payung rabak dan baju hujan,,
Perlu bila perlu..
Tak semua payung hitam
Kehidupan juga tak selamanya kelam
mungkin kelam ketika mendung mahu hujan
Sedikit sebanyak kita juga rasa seram..
Menanti cerah silih mengganti hilang
Payung dan baju hujan
berbeza rasa dan juga rupa
Manusia juga datang dengan pakej yang sadis
Walaupun senyum bahagia dan dan ayat manis
Terselindung aneh peristiwa tragis
Perasaan bagai kabut membalut
Sepertinya menghadap hujan lebat
angin kuat
payung terlepas lalu baju hujan di hulur
Payung tak lagi dipandang..
Hanya dibiar tersadai
sepi.
Tapi hujan sekejap berhenti
Macam bahagia yang muncul hanya sekali
Seperti derita yang kekal di sisi
Pemusnah senyum yang di ikat separuh mati
Hujan dah berhenti..
matahari dah berganti
Tapi pa;payung masih kekal disitu lagi
Setia menanti
setia menyimpan harapan pasti.
Sepertinya apa yang terluah tak disedari
Mungkin bahagia bila kita lihat kembali
Tapi kesannya tetap membunuh dalam hati
Benda yang kita sangka jenaka manusiawi
Rupanya mampu menjadikan manusia mayat berdiri
hidup, tapi separuh mati.
Menahan tangis air mata dipipi
dan kau termangu sepi
Semuanya datang dan pergi
Kadang kala ia kekal lama di sisi
kadang kala ia tidak mahu singgah lama dan sunyi
kita saja yang kenal jalan hidup dan jalan mati
cinta...bukan hanya harapan
cinta..tapi kepastian
cinta..bukan menyakiti hati..
[lagu cinta/lagu payung]
~ada orang cakap john potong bawang kat sebelah..hahaha berpasir mata~~syahdu katanya takpa tu tandanya apa yang aku lihat,aku rasa apa yang kamu rasa.. :P
Saturday, 2 May 2015
Untold Loging
4.4.15/2315
im in lost.with all the hectic life,and all the others emotionally problems dont go well.sampai bila nak berlari,lari dari masalah...sampai bila nak sembunyikan diri.i dont know.i just dont have the confidence to face all the problems yet.i wanna try to face it,but im just scared that it'll hurt me so bad till the point that i cant be able to stand up.until i can barely breathing.i might look strong,but who knows how much i cry in my sleep.
I need to protect myself,my heart first.im sorry if the fact that im running away make you feel guilty,i just dont mean it.n i know you all the pain,you dont mean it.even if you dont mean it,it hurts me a lot..im also sorry for all the pain i gave you.
in front of me,i have two different choices that i dont really like both of it;running away till all this crazy stuff end,and only after that i face our problem,or face the problem now,n i might tear apart,fall onto the ground,not being able to do any work,living my life like a living corpse.
because i need to protect myself,ive choose the first choice.but im afraid,by that time.
as im too afraid of losing him...
''Does it hurt because of loving you?
Is it the punishment for loving you so much?
Even though you say that I will not lose everything
It's okay if I just have you to be with me
Even if my heart is broken when loving you
Even if my heart is separated when waiting for you
It's okay because I love you
It's okay even if I get hurt''
dan perlukah aku lari lagi bila sampai masa waktu dan ketikanya???
dan perlukah aku lari lagi bila sampai masa waktu dan ketikanya???
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi..
Sampai harusku pergi....[potret]
Friday, 1 May 2015
LARI
Ada satu ketika yang aku terfikir mengenai perasaan. Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasakan. Antara nafsu, suka, cinta dan rindu, bagaimana entah manusia klasifikasikan. Sepanjang dua tiga minggu yang sebelum tarikh itu, aku rasakan yang aku hampir-hampir hilang pedoman. Masalah hati ini berat, tahu. Apatah lagi untuk aku yang seakan hilang separuh.
Akhirnya aku dah jumpa jawapan, setelah aku mencari dari Kuala Lumpur hingga ke kota kinabalu,Sabah. Ye aku larikan diri. Masih teringat sehari sebelum flight ke kk. Air mata tak mampu lagi ditahan, mungkin keadaan aku keseorangan menambahkan lagi perasaan yang semakin pecah. Masih mahu sembunyi rasa.
Sepanjang perjalanan, Aku cuma senyum, dan lebih banyak diam. awkward itu yang lahir dari mulut dia. Sekuat-kuat hati aku menahan rasa hati. dan hampir-hampir air mata pecah dari kolam hati. Yang cuma bermain di kepala. apa yang aku buat ni betul ke? apa yang akan jadi dikemudian hari? kuatkah aku nak menapak lagi? entah, Dan dia tak putus-putus ajak aku bersuara. Tapi aku sendiri buntu dengan hati
Sampai di KLIA 2, terlalu berat rasa hati..terlalu... tapi masih mahu selindung dibalik senyum palsu. "maaf"
Semakin aku hilang arah.lemah segala..tapi masih menipu diri sendiri.Cuba mengelak.
"Dah tahu kan"?
"Tahu apa"?
Ye aku tahu lebih awal lagi. Dah aku cari kepastian tanpa bertanya..dan ternyata itu pasti.
Ye aku tahu lebih awal lagi. Dah aku cari kepastian tanpa bertanya..dan ternyata itu pasti.
Diam... "tahu"..... "maaf" dan ketika itu aku dapat rasa hati betul-btul terasa pecah. aku mahu menangis.. Tapi masih mahu menahan lagi"
Ucapan selamat tinggal cukup hiba bagi aku. aku menapak, Mahu saja berhenti dan menoleh. tapi aku takut aku tak kuat hadapinya..langkah terus ke hadapan..Aku tekad.
"IM FINE"
dan jawapan yang aku temui itu ternyata ada di depan mata.
dan jawapan yang aku temui itu ternyata ada di depan mata.
Aku cuba kuat. semakin kuat..namun akhirnya rebah jua.
Thursday, 13 November 2014
Rasa dan DIrasa
Hidup ni kan berputar. Sama macam bumi yang tak pernah berhenti berputar satu arah pada paksinya. Hidup ni tak nampak bentuk bulat nya, tapi cara bergerak tu tak ubah macam roda. Cuma kelajuan putaran untuk setiap orang itu mungkin berbeza. Tapi masa tu tetap akan tiba. Harini kau di atas dilambung setinggi langit, ditatang penuh kasih, ditimang penuh sayang. Esok lusa dihayun ke bawah, dicampak ke tepi, di tolak sampai terduduk dekat ceruk.
Hari-hari nak bahagia pun tak boleh jugak ye dak. Cuba kalau panas semedang, katanya cuaca ni elok buat sidai kain, cepat keringnya. Tapi entah kenapa tiba-tiba rasa nak merungut sebab dah lama tak hujan. Air tadahan dah makin kurang. Semua nak kena jimat cermat guna air. Menyusahkan pulak rasa. Tuhan itu sifatnya Maha Mengetahui, diturunkan hujan seeloknya buat kita. Ingat diturunkan secukupnya, rupanya berlebihan yang membawa ke musibah. Berdoa pulak ingin hari yang sedang sedang sahaja cuacanya. Tidak panas dan tidak lah terlalu sejuk. Ah, hari yang macam ni memang boleh bikin kita malas. Satu keje pun tak jalan kang. Tak boleh.
Manusia, mana pernah bersyukur. Puas apatah lagi.
Kekadang bila kita terlalu yakin dengan apa yang kita ada selaras dengan apa yang kita mahu hari ini buat kita lupa, dekat atas sana punya Satu yang sedang memerhati. Dilihat dalam diam. Dikira dalam senyap. Yakinnya kita sehingga lupa yang kita patut yakin dengan Dia melebihi yakinnya kita dengan apa yang kita punya. Sebab yang kita ada pun datangnya dari Dia. Hanyut dalam leka dia dah tetapkan setiap satu daripadanya.
Sebab tu hari ini kau jumpa satu orang, esok kau mungkin hilang satu orang.
Harini kau ketawa, esok kau menangis.
Harini kau sayang, esok kau benci.
Harini kau kat atas, esok kau kat bawah.
Normal nya kitaran hidup manusia aturan Tuhan.
Tak ada yang kekal atas muka bumi ini. Sama ada sesuatu yang nampak secara fizikal, mahupun tak dilihat tapi dapat dirasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)

