Sunday, 22 November 2015

PEREMPUAN MACHO 2

Beberapa hari yang lepas, Aku berborak dengan seorang hati perempuan macho macam aku baru dipatah-patahkan, Mungkin ada segelintir manusia di atas bumi yang menyangka kalau mematahkan hati perempuan yang macho, it's okay. Takpe, dia kan kuat. Dia boleh get through this. Perempuan tu nanti lambat laun boleh bangkit berdiri semula, no problem. Kalau ada yang kedua, yang lebih manja dan tak macho sangat, itu tak boleh ditinggalkan, nanti meroyan sampai mampus, susah. Jadi lebih baik perempuan yang macho itu ditinggalkan. Sebab dia mungkin dah biasa, hati dia dah kental.Dan Terkeluar dari mulut dia sendiri "Lelaki semua sama, tau nak sedap je.. bila dah bermasalah kau lepas macam tak ada apa-apa berlaku"

Shit.

Secara tiba-tiba aku setuju dan mengiakan kenyataan tersebut.Mahu gelak rasanya bila bercerita mengenai tanggungjawab. jangan persoalkan tanggungjawab kalau diri sendiri tak faham apa itu bertanggungjawab! Oh lelaki tak guna tak guna tak guna.. tu Yuna kata aku tak kata.. 

Mungkin segelintir manusia itu terlupa bahawa perempuan macho itu adalah perempuan juga, dan kondisi hati itu tetap sama, tak kira dia macho atau tidak. Hati mentah berdarah kalau dipatah-patahkan, buat cicah sambal kicap dan dimakan dengan nasi, pasti rasanya kurang enak sekali. Rasa sakit yang terasa tetap sama. Tetap bisa.Bukan senang perempuan ni nak tutup kisah hitam dia macam tu je dan sampai mati dia akan dihantui dengan sejarah hitam tersebut dan tak lagi rasa diri berharga dah rasa tak ada nilai lagi penuh dengan noda dan coreng-coreng hitam.Mahu menerima yang lain? Jangan bermimpi. Tapi bagi dia dikunci mulut dan hati tanpa mempersoalkan tentang itu. Wah berbahagianya seorang lelaki seperti tu.. Katanya "Biarlah demi menjaga maruah nama status dan pangkat biarlah dirahsiakan saja perkara itu" Ditenung mata berkaca manusia yang mengajar erti kesengsaraan hidup dan manusia juga yang mengajar erti cinta sejati yang harus dibayar dengan air mata derita. Dari hati turunnya kemata yang tak akan pernah pandai menipu walaupun sehabis baik pandangan ditutup dengan semanis-manis senyuman. 

Hidup harus juga diteruskan seperti biasa. untuk orang yang bakal tengok dunia tak lama lagi.. dan dia sentiasa berhubung dengan lelaki tu dan lelaki tu pun tak pernah tinggalkan dia dalam keadaan macam tu. Tapi pada dia aku tahu masih ada harapan walaupun senipis tali benang. tak jauh beza pun macam aku jugak..celaka. stupid finger

Mungkin kalau perempuan yang biasa, jika hati dia berdarah dan patah, masih boleh menangis dan meraung. Tapi kau tunggu la nanti empat lima bulan lepas tu, mungkin dia sudah move on. Mungkin setengah tahun selepas itu, dia dah boleh tersenyum. Tapi hati perempuan macho ini kebanyakannya sudah sedia keras, sudah pernah dipatah-patahkan oleh bajingan bajingan terdahulu. Jadi bila dah keras, bila jatuh terhempas, kepingan yang patah bukan setakat dua, mungkin tiga puluh tiga.

Kami mungkin sedikit aggressive, mungkin sedikit angkuh, dan ada ego yang sangat tinggi. But we know what we want, and we pursue it, fast and furious. Because our eyes are selective and picky, and we do not let wild hearts come into our territory. We see those who we want, only those who we want, because we want them. We put efforts, we go beyond the distance, kami berikan masa dan ruang, walau tiada komitmen ataupun declaration. Kenapa? Sebab kami percaya akan konsep memberi tanpa  menerima. 

And the least you could do is to not break our hearts. Or atleast break it nicely.

And this actually apply to everybody, bukan setakat perempuan macho je. If you think that you can hurt someone and treat them like a complete jerk just because they seems to be strong enough to handle it, no, you are wrong. Because a person that truly love you for who you are will embrace your bullshits, treat you nicely even when you stabbed them in the face, and will always be stupid enough to crawl back to you.

And maybe when it's gone, you finally realize that their feelings are real, and you've lost the love.

kekeniss:Berdoa sahaja untuk yang terbaik Kisah manusia sudah disusun secantik-cantiknya dan kebahagiaan itu datang darinya...Cuma tinggal masa untuk dilepaskan perlahan-lahan.. Syahdu pulak rasa tetiba.. tak sabar ni nak beli baju baby.. :D

Lets fate fares us better.

Assalamualaikum all...

Today saya terasa nak kongsi sesuatu..mungkin berguna dan bermanfaat untuk semua...korang pernah tak rasa terluka..tak kisah la...kecewa dengan sesiapa pun dan rasa torn apart inside and out..rasa macam dah tak mampu nak bangun...dan tak terkecuali jugak dengan Conflict of interests... Literally and figuratively...dan perkataan Torn apart inside and out.. Memang sakit. because..the hardest battle is when you’re against yourself...Tapi kena ingat jugak something yang kita suka tak semestinya baik untuk kita, dan something yang kita tak suka, mungkin sebenarnya baik untuk kita...A versus through and through...By all the senses and meanings of the word.....
"Sooth you anytime"

Dan bila macam tu percaya atau tidak...All verses in the Quran are like personal love letters from God to us. Tak percaya??..sila la tengok dia punya translation...If you want to find solace and calm for the sore, the words will heal it straight away..macam ayat memujuk dalam al-Insyirah and ad-Dhuha. Sooth you anytime. Sweet!..trust me..i feel it..
Al Ankabut(29:2):
"Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji??"

Ayat yang selau dipegang bila hati luka diuji..When faith is put at test..Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar..itu janjiNya...Walau apa pun jadi ingat apa yag selalu Dia selalu pesan..Allah tak akan membebankan HambaNya dengan apa yang dia tak mampu...Dan bila kita rasa sungguh-sunguh tak mampu lagi dah sampai nak wishing for penamat hayat..pun Allah dah bagi cara-cara nak hadapinya

Narrated from Anas:Rasulullah bersabda:'None of u should long for death because of a calamity that had befalled him; and if he cannot,but long for death,then berdoalah
"Ya Allah,let me live as long as life is better for me and take my life if death is better for me,"
(Sahih Buukhari 8/6351-o.p.362)

tapi korang jangan la sampai doa dipercepatkan mati pulak..ini pun kalau thing're too much to bearMintak la dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan,Allah tu dekat..

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku,maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar meraka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah:186)

No matter what,no matter when,no matter when it doesn't make sense.DO NOT leave u Love Letter's Compilation (i.e kita punya Ultimate Life Manual,The Al-Quran).It is last thread to sanity even if everything else failed..okei..:)

Betul maybe life breaks us all,but in the end we are stronger in the broken places....Dalam Islam tiada kebetulan,Everything is fated..Only changed by God's will,effort and Doa.....

___________________________________________
Nota Contengan:Segala yang berlaku adalah kehendak Allah..jadi dengan Dia jugak la kita mintak...:)

Sharing is Caring...
May Allah Bless,
Saya,kekniss

Friday, 20 November 2015

Kisah Kita

Terdiam kamu tanpa bicara
Tak mengulas apa kan terjadi

Membisu aku kerana buntu
Tak dapat ku memutuskan kisah kita

Cinta telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta kau dan aku

Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya sebenar benar cinta

Kisah kita ternyata cuma sebentar




kekniss: "Awak telah mengajar saya erti kesengsaraan hidup..dan Awak jugak  telah mengajar saya erti cinta sejati yang terpaksa saya bayar dengan air mata dan derita"~ekekeke woii drama je pilot cafe script hahhahaah acah-acah jadi sharmila :P

Wednesday, 18 November 2015

Balik Cuti

Teringat pebualan antara kakak kakak beserta puan emak mengenai kahwin. Ya Kahwin. Kata puan emak bukan tak pernah bercakap dengan encik abah yang sekarang ni berhobi baru. Adeyh

“Abahnye kotye sesimpan la duit tu buat kenduri anak nak kahwin nanti”
“Hah sape nak kahwin?”
“Ai anak abah ade 2 orang lagi tu tak kahwin lagi”
“aduh, dapur tak siap lagi”

Hanya mampu bergelak sahaja. Begitulah sekiranya semua adik beradik berkumpul.

“Adik, ade siapa-siapa dah ker?”

Mahu tersembur nasi dalam mulut. Kot nye nak bertanya sabar la dulu. Aku hanya mampu senyum.. mengiakan pun tidak menidakkan pun tidak.

“Alaa Dik nanti kahwin suh abah buat kat dewan senang ambik je catering semua.”Along bersuara

Diaorang ni bercakap macam aku je yang nak kahwin dah. Ade tande ke kat dahi ni. Adeyh laa

“Abah tak nak la Long majlis kat dewan”” kompom abah tak nak? Pujuk la bah”
“Mak ko nak kahwin nanti ke nak bertunang nanti ker takpayah nak berglamor-glamor berpelamin bagai, cukup cincin, quran dgn sirih junjung dah tak payah nak hantaran banyak-banyak, Duit hantaran pun terserah pada lelaki nak bagi berapa. Bukan hak kita nak letak berapa-berapa.” Bayak ngomel pulak puan emak harini.

Memang pada aku, aku bukan jenis yang nak glamor-glamor cukup semua sekadar ada pun dah cukup selebihnya boleh je nak bawak berjalan. Sebab aku kaki jalan. Pernah aku cakap pada kak long.

“ Long aku kahwin nanti aku tak nak la sanding-sanding bagai.. letak meja makan je cukup. Bertuang pun tak payah nak pelamin jemput org ramai-ramai..senyap-senyap sudah” sambil gelak-gelak masa tu sebab sibuk ade orang nak datang merisik si kakak nih.
“ ish ko ni ade ke tanak sanding-sanding” tak nak la aku membazir.
“Ko kawin nanti dik aku jangan lupa, sebentuk pun jadi la” hahaah si kakak menambah
“jangan la mahal-mahal tak kawin aku” seloroh adik beradik memang macam tuh

Cume entah la.. Soal jodoh memang susah nak diterjemahkan dalam situasi aku yang sememangnya realiti yang susah nak dijelaskan

ni soal jodoh. Kalau dia bukan jodoh awak, macam mana awak cuba ambik hati dia  pun, awak tak kan kahwin dengan dia. Tapi kalau dia memang jodoh awak, awak kawan biasa dengan dia pun dia tetap akan kahwin dengan awak. Soal jodoh ni bukan isu jatuh cinta atau tak. Orang yang tak pernah bercinta pun boleh kahwin. Jadi awak jangan cakap  yang dia tak kan suka awak dan awak tak kan kahwin dengan dia. Nampak tak kuasa Tuhan dekat jodoh tu? Masa depan kita tak tahu. Lagi-lagi soal hati dan perasaan ni.


~Mohon jangan diletakkan terlalu tinggi harapan takut nanti ada luka disetiap bait senyuman. Aku cuma senyum dan diam. Entah lah.

Thursday, 29 October 2015

Setiap Orang bermimpi....

Dalam Inception, Cobb ada kata “you never really remember the beginning of a dream, do you? You always wind up right in the middle of what's going on.” 

Kau tak pernah ingat permulaan sebuah mimpi kan? Macam nilah kot cara aku jumpa kau, macam mimpi. Aku tak ingat clearly pun macam mana, rasanya masa tu kita terlepak sama, tengok borak sama. Aku tengok muka kau masa tu, rasa macam familiar, macam pernah dengar kawan-kawan aku cakap pasal kau, dengar cerita kau ni lejen apa semua. Cream of the croplah orang putih kata.

Ntah macam mana, lepas tu kita boleh get along, sembang late night dekat tempat biasa kita lepak. Daripada situ heh timbul satu ‘rasa’. Sumpah jujur kau bukan type aku, dan aku pun tak pernah sangka aku boleh terjatuh sampai macam ni, kawan-kawan aku pun dah start rasa pelik sebab sumpah jujur aku tak pernah rasa camni. Dulu aku takdenya nak reply text orang, tapi sebab kau tetiba rajin text. Dulu topup kalau boleh memang taknak topup, tapi sebab kau balance kat CIMB Clicks tu makin susut. Kira dah memang jadi kebiasa kau jaga aku..aku jaga kau.. Maybe tu kot meaning sayang, entahlah aku pun mana reti sangat benda-benda camni tapi serius betul, ya aku sayang. 

Kau ni pun kalau merajuk bukan main, sampai aku tak reti nak pujuk. Tapi kalau lama tak call or text nanti kau call aku , kata ‘I miss you.’ Haih mana tak cair bro, sekuat mana pun hati perempuan kalau lelaki yang dia suka cakap camtu mesti jantung tiba-tiba bergerak lagi laju.

Masa tu, aku rasa macam nak spin totem macam Cobb ada dalam Inception. Nak tengok totem terus berputar atau terhenti sebab dalam Inception kalau totem tu terus berputar maknanya aku sedang bermimpi.

Aku harap totem aku terus berputar.

Wednesday, 16 September 2015

Tak Dijangka

Langit tengah menangis dekat luar sana. Apa lah yang duka sangat agaknya. Mata aku dah kering air mata. Hati pun dah penat meronta. Yang tinggal cuma sisa duka. Tapi sampai bila.

Teringat perbualan whatsapp antara aku dengan kawan aku yang tak berapa nak serupa perempuan. Tapi dia punya cakap bikin hati perempuan aku sayu. Tersentuh. Sebak datang tanpa diundang. Bayangkan mata melilau dengan kaki berjalan nak cari barang, nafsu terhadap barang obsesi hilang sebentar, nafas aku tahan, phone aku genggam, air mata yang bergenang aku buat tak perasan.

Kawan : Kawan baik kau lelaki?
Aku : Lelaki ada perempuan ada.
Kawan : Oh.
Aku : Kenapa?
Kawan : Sebab lelaki dengan perempuan kan tak boleh berkawan baik. Salah seorang kecundang.
Aku : Tapi kalau dua dua kecundang?

Soalan tiba-tiba, dengan cara tak sengaja, pada masa tak diduga tu membawa ke satu perbualan lain. Perbualan berkisar tentang sisi aku yang lain. Yang jarang aku tunjukkan di hadapan orang. Benci betul aku ke minah ni bila dia berjaya bukak sisi aku yang aku simpan kemas tu.
Ada benar apa yang dia cakap, tapi aku masih mempersoalkan kebenaran tu. Sebab aku jugak benar. Keadaan yang salah.

Aku rasa nak celaka kan apa yang dia cakap, persetankan semua tu. Tapi satu saat aku sedar, apa yang dia bagitahu tu betul. Aku kena rasional. 

Bak kata kawan, 

"Kau percaya jodoh kan? One fine day, kau akan jumpa jodoh kau."


Ayat yang tak pernah seorang pun cakap ke aku selama ni. Dan aku tak pernah terfikir ada orang akan cakap ke aku serupa tu.

Dan aku pulak nak cakap ke kawan aku tu,

Terima kasih sebab tanya. Tapi aku benci kau sebab buat aku hampir menangis. Kau faham tak?

Betul orang kata, nak jumpa kawan yang boleh nampak kita punya duka masa kita tengah ketawa bukan senang. 

Belum pun reda rasa lega, tiba-tiba ada satu notification Whatsapp masuk.

Aku renung whatapps tu. Tak tahu nak rasa teruja atau rasa celaka.

#Confession1

Bertenang. Dan terus bertenang. 

Bila bercakap itu orang kata akan cipta banyak masalah. Aku lupa, diam pun akan wujudkan masalah. Masalah yang entah datang dari kau, atau orang luar.


'Kau ni pesen orang tanya baru nak cakap. Itu pun kalau nak cakap lah. Kalau tak selagi tu kau diam, simpan. Aku perati je. Seronok makan hati?'

Kalau dah semua orang bercakap, siapa yang nak dengar. Makin lama, makin tak tahu macam mana nak bercakap bila selalu sangat jadi yang mendengar. Kemampuan bercakap dengan kata-kata secara tajam tu bukan dah tumpul, tapi dah lama tak diasah. Mulut dibiar sepi tanpa bicara. Entah apa yang merasuk. Yang menjadi mangsa adalah hati. Berbunyi dalam sunyi. Berdetak dalam sesak. Makin sebu hilang rasa. Menangis tak berbunyi. Yang sudahnya lebih memilih untuk diam dan mengalah. 

Mengalah. Kadang-kadang aku sendiri tak pasti apa definisi mengalah dalam hidup aku ni. Terutama dalam soal macam ni. Ada yang klasifikasi mengalah aku sebagai selfish. Ada yang kata mengalah aku sebab ego. Atau boleh jadi sebab takde effort. Nak teruk sikit membawa kepada bodoh.

Untuk semua pertuduhan, terima kasih. Tapi kau, kau, dan jugak kau. Salah.

Sedar tak mengalah ni bukan satu benda yang mudah? Dalam mengalah nak kena sabar. Dalam sabar nak kena tahan sakit. Dalam sakit nak kena kuat. Tapi dalam kuat kadang-kadang kau kalah. Tewas dengan mainan perasaan sendiri. Hendak bertahan tapi hati tak cukup tahan. Emosi tak cukup kuat. Setiap benda yang kau hadap kau akan cuma mampu senyum dan kata 'biarlah. Aku okay'.  

Tipu lagi. Mohon Tuhan ampunkan aku untuk kesilapan berturut aku yang satu ini. 


'Dari dulu kau asyik nak mengalah. Dari satu orang ke satu orang. Bila orang nak mengalah dengan kau pulak? Asyik kau bagi pinjam bahagia kau ke orang. Kau bila nak dapat bahagia kau?'

'Aku tak suka nak paksa orang benda benda macam ni'

'Ini bukan paksa. Fight for your right'

'Hak apa yang aku ada? Hak apa yang aku punya? Hak apa yang kau cuba cakap ni. Tell me.'

'Hak atas diri kau'

People will get what they deserve in life. Remember? Jadi Tuhan mungkin rasa aku belum layak untuk rasa bahagia. Kalau satu saat nanti bahagia tu datang mungkin akulah orang yang paling berbahagia.Simple. 

Orang ada sepuluh sebab untuk tuduh aku bila aku diam. Bayangkan kalau aku bersuara untuk apa yang aku mahu. Mungkin berpuluh lagi sebab sedang menunggu. Bukan aku tak sayang, bukan aku takde usaha. Biarlah  dia tenang fikir apa yang dia mahu, apa yang dia perlu. Kalau dia rasa dia lebih deserve perempuan yang akan fight untuk dia tanpa henti, perlukan dia setengah mati, biarlah aku undur diri.


'Macam mana dengan kau? Yang kau jugak tahu apa kau mahu. Sibuk nak satisfied orang, sendiri punya hati?'

Dalam keadaan sukar, aku sentiasa cuba untuk jadi orang yang mudah. Tolerate dengan semua benda selagi boleh untuk biar orang terus rasa mudah. Tak tersepit, tak rasa bersalah. Selagi boleh jugak aku taknak orang kesiankan aku. Benda yang sangat aku elakkan. 

I'll stay if someone want me to stay and I'll leave if they want me to leave. Macam mana aku mampu bertahan dalam diam, macam tu jugak aku mampu pergi dengan diam. Sakit tak sakit usah dikira. Macam aku selalu cakap dulu, aku bahagia kalau orang yang aku sayang bahagia walau bahagia dia bukan bersama aku. Sebab bahagia aku adalah dia sendiri.


'Sampai bila kau nak terus sacrifice kebahagiaan yang kau patut dapat macam ni? Berapa banyak kali lagi kau nak biar orang bersilih ganti lukakan kau?'

Maaf. Aku tak punya jawapan.