Cinta tu kan buta. Perasaan itu memang diturunkan satu dari
sembilan puluh sembilan bahagian atas muka bumi tu dengan sifat tak realistic.
Hanya perasaan tu sahaja yang real.
Beritahu aku berapa
banyak manusia jadi bodoh atas dunia dek kerana cinta. Aku salah satunya. Dan
kau tak terkecuali. Kita sama-sama pernah rasa duduk di tempat masing-masing.
Jadi jangan cakap aku buta kalau kau jugak pernah tuli. Berhenti tanya kenapa nak
jadi bodoh kalau kau sendiri pernah ada sikap bodoh. Setiap sebab yang aku beri
tak jauh lari dengan alasan yang kau pernah bagi. Sayang.
Panggil aku indenial,
sikit tak bergerak. Sepanjang hidup kau merasa cinta, apa tak pernah sekali kau
duduk dalam situasi cuba menafi yang sesuatu yang pasti? Berharap juga pada
yang tak pasti?
Cinta tu tak cuma datang
dalam bentuk yang membahagiakan. Dah dijanjikan Tuhan yang baik itu pasti punya
sisi buruk. Sama ada kau, aku, mahupun perasaan yang tak dilihat itu. Kita
semua pernah memperjudi hati demi rasa yang tak pasti sejauh mana akan kekal.
Bermain cinta yang tak tahu sekuat mana. Membina sejuta harapan yang entah lama
mana akan bertahan. Masih kita mahu berjalan atas takdir ciptaan kita yang
entah membawa ke arah mana.
Setiap kali kita
mempertaruh janji yang tak pasti, setiap kali jugak risiko menanti. Risiko yang
kita tahu setiap satu daripadanya bakal membunuh. Aku telan setiap madu yang
aku terima, aku hadam setiap racun yang aku dapat. Biasalah, pepatah omputih
ada kata if you can’t handle me at my worst, you don’t deserve me at
my best’. Dengan rela hati kita terima apa ada
nya.
"Kalau berlopak jalan kau pilih..dan sanggup ke redah... Kau kena terima
kesudahan jalan yang berlopak tu Tapi jika kau mampu tampal atau baiki lopak tu
sebelum penghabisan.. cerita nya jadi laen..tetapi jika kau paksa menerima
benda yang da lopak , tak dapat dibetulkan dan masih kau langgar lopak tu....tu
tanda kau bodoh.sebab ia akan buat kau lagi teruk dan rosak.."
"Aku malas nak terus terang..jadi harap kau faham sinisan aku"
Macam mana kita mencuba
untuk pasak kaki atas dasar perasaan yang kita cuba jaga, macam tu jugak
kuatnya kita diuji. Dan aku masih bertahan ditempat asal. Dan kau masih terus menecuba.
Entah, mungkin ini yang orang kata cinta pelarian.
"Perasaan kau dan dia still sama kan, tak ada beza, I mean maintain macam
tu? Diam
"If yes percaya pada takdir.
Insyaallah"
Orang kata masa dan
ruang itu mampu mengubah segala. Kadang bila kau terlalu cinta, kau lupa untuk
memberi sedikit jarak antara kau dan dia.Entah
kau yang silap langkah, atau dia yang salah langkah. Ah, setiap haluan ada
hitam dan putihnya. Takpe, berilah ruang dan masa untuk dia kalau itu yang dia
minta. Mungkin yang buruk boleh jadi baik. Siapa tahu?
Kalau lah semudah meniup angin lalu membiar segala macam rasa hilang, aku rela
hidup seribu tahun lagi. Sebab sakitnya hari ini tak ubah seperti di seksa seribu tahun.
Kekniss: Hujan turun lagi...lebat.