Sunday, 9 March 2014

Sang Garuda

Cengkaman manakah yang tidak berbisa
Bagi aku terbangnya kamu membawa sejuta harapan
Sejuta rasa yang makin menyesak
Andai masih bernafas
Mengharap pulangnya engkau membawa ceria
Andai takdirmu bersama DIA sang pencipta
Maka tunjukkanlah
Biar semua reda
Biar semua redha
Jangan putus pengharapan
Jangan putus tali doa
Jangan putus pergantungan
Hanya DIA..

Punya segala jawapan....

They love you,We love you

#prayforMH370

Monday, 17 February 2014

PERGI


Tiap tangisan berderu
Macam angin laju
Tersentuh aku mendengar apatah lagi melihat
Kaku aku dibalik pintu
Ratapan teman-teman
Bakal mengelilingimu...
Jagan gusar kau bakal bidadari syurga
Syahidmu demi anak tercinta

Takdir Tuhan
Siapa kita menidakkannya
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Yang pasti...
Setiap yang hidup pasti merasai mati


~Salam takziah....FOB unisel telah kehilangan sebutir permata yang tak jemu mendidik anak bangsa..  dia kini telah pergi menghadap Illahi.....moga ditempatkan bersama orang yang beriman...aminn


Sunday, 16 February 2014

BERBEZA

Berapa kali aku kata
Jangan diuji sabarnya hati
Kau tampak bahagia;;;
Tapi satu sisi kau menangis

Kenapa?


~kisah tentang hidup seseorang yang tak pernah mengalah

REMUK

Hei hati
Jawab dulu soalan aku..
Perlu nafikan atau bertahan?
Memilih sakit dari sebaliknya?
Sedangkan dia?
Bodoh tak bertapis


~Kisah mereka yang keliru

LUMPUH

Dulu…
Masa senang bersama
Kau agung-agungkan dia
Kini..
Hanya kerana secalit khilaf
Kau pulau dia…
Sampai dia tak mampu nak bangun..
Lumpuh.

 Jangan sangka semua putih

Adakala hitamnya..lebih hitam sampai infiniti..

TAK TERKESAN

Semalam aku lihat wajah=wajah yang mendongak
Tiada secalit senyuman
Pelik…
Memandang umpama aku sampah jalanan..
Tapi lupa..
Si Sampah jalanan ini lah yang pernah hulurkan tangan..
Tuhan tu maha adil..hidup jatuh bangun…itu takdir..
Jangan nanti tangan-tangan yang kau anggap sampah ini juga
Yang hulur buat sekian kali..

Manusia memang suka lupa

Apatah lagi nak buka mata..

TERSUNGKUR

Kesian…
Hari ini aku bertanya..
Hari ini aku lihat sedih
Sakitkah?? Dan aku senyum…
Adakala sedih itu perlu..
Kalau tak masakan orang kata hidup ini umapama pelangi
Indah bila muncul
Tapi hilang tidak dipedulikan
Kesian



~Kisah jauh hati