Monday, 11 May 2015

Kisah payung hitam dan baju hujan

Datang dan pergi
Macam payung rabak dan baju hujan,,
Perlu bila perlu..

Tak semua payung hitam
Kehidupan juga tak selamanya kelam
mungkin kelam ketika mendung mahu hujan
Sedikit sebanyak kita juga rasa seram..
Menanti cerah silih mengganti hilang

Payung dan baju hujan
berbeza rasa dan juga rupa
Manusia juga datang dengan pakej yang sadis
Walaupun senyum bahagia dan dan ayat manis
Terselindung aneh peristiwa tragis
Perasaan bagai kabut membalut

Sepertinya menghadap hujan lebat
angin kuat
payung terlepas lalu baju hujan di hulur
Payung tak lagi dipandang..
Hanya dibiar tersadai
sepi.

Tapi hujan sekejap berhenti
Macam bahagia yang muncul hanya sekali
Seperti derita yang kekal di sisi
Pemusnah senyum yang di ikat separuh mati

Hujan dah berhenti..
matahari dah berganti
Tapi pa;payung masih kekal disitu lagi
Setia menanti
setia menyimpan harapan pasti.

Sepertinya apa yang terluah tak disedari
Mungkin bahagia bila kita lihat kembali
Tapi kesannya tetap membunuh dalam hati
Benda yang kita sangka jenaka manusiawi
Rupanya mampu menjadikan manusia mayat berdiri
hidup, tapi separuh mati.
Menahan tangis air mata dipipi
dan kau termangu sepi

Semuanya datang dan pergi
Kadang kala ia kekal lama di sisi
kadang kala ia tidak mahu singgah lama dan sunyi
kita saja yang kenal jalan hidup dan jalan mati

cinta...bukan hanya harapan
cinta..tapi kepastian
cinta..bukan menyakiti hati..
[lagu cinta/lagu payung]


Contengan Picisan Jalanan: jangan biarkan manusia menjadikan kita sebagai  satu pilihan dimana mereka boleh mencari bila perlu dan tinggalkan bila mereka rasa tidak mahu. Tapi biarlah kita adalah pilihan tepat yang mereka tidak mahu hilang selamanya...[serimewangi_11.12]

~ada orang cakap john potong bawang kat sebelah..hahaha berpasir mata~~syahdu katanya takpa tu tandanya apa yang aku lihat,aku rasa apa yang kamu rasa.. :P




Saturday, 2 May 2015

Untold Loging

4.4.15/2315

im in lost.with all the hectic life,and all the others emotionally problems dont go well.sampai bila nak berlari,lari dari masalah...sampai bila nak sembunyikan diri.i dont know.i just dont have the confidence to face all the problems yet.i wanna try to face it,but im just scared that it'll hurt me so bad till the point that i cant be able to stand up.until i can barely breathing.i might look strong,but who knows how much i cry in my sleep.

I need to protect myself,my heart first.im sorry if the fact that im running away make you feel guilty,i just dont mean it.n i know you all the pain,you dont mean it.even if you dont mean it,it hurts me a lot..im also sorry for all the pain i gave you.

in front of me,i have two different choices that i dont really like both of it;running away till all this crazy stuff end,and only after that i face our problem,or face the problem now,n i might tear apart,fall onto the ground,not being able to do any work,living my life like a living corpse.

because i need to protect myself,ive choose the first choice.but im afraid,by that time.

as im too afraid of losing him...





''Does it hurt because of loving you?
Is it the punishment for loving you so much?
Even though you say that I will not lose everything
It's okay if I just have you to be with me

Even if my heart is broken when loving you
Even if my heart is separated when waiting for you
It's okay because I love you
It's okay even if I get hurt''
dan perlukah aku lari lagi bila sampai masa waktu dan ketikanya???


Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi..
Sampai harusku pergi....[potret]

Friday, 1 May 2015

LARI

Ada satu ketika yang aku terfikir mengenai perasaan. Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasakan. Antara nafsu, suka, cinta dan rindu, bagaimana entah manusia klasifikasikan. Sepanjang dua tiga minggu yang sebelum tarikh itu, aku rasakan yang aku hampir-hampir hilang pedoman. Masalah hati ini berat, tahu. Apatah lagi untuk aku yang seakan hilang separuh.

Akhirnya aku dah jumpa jawapan, setelah aku mencari dari Kuala Lumpur hingga ke kota kinabalu,Sabah. Ye aku larikan diri. Masih teringat sehari sebelum flight ke kk. Air mata tak mampu lagi ditahan, mungkin keadaan aku keseorangan menambahkan lagi perasaan yang semakin pecah. Masih mahu sembunyi rasa.

Sepanjang perjalanan, Aku cuma senyum, dan lebih banyak diam. awkward itu yang lahir dari mulut dia. Sekuat-kuat hati aku menahan rasa hati. dan hampir-hampir air mata pecah dari kolam hati. Yang cuma bermain di kepala. apa yang aku buat ni betul ke? apa yang akan jadi dikemudian hari? kuatkah aku nak menapak lagi? entah, Dan dia tak putus-putus ajak aku bersuara. Tapi aku sendiri buntu dengan hati

Sampai di KLIA 2, terlalu berat rasa hati..terlalu... tapi masih mahu selindung dibalik senyum palsu. "maaf"
Semakin aku hilang arah.lemah segala..tapi masih menipu diri sendiri.Cuba mengelak.

"Dah tahu kan"?
"Tahu apa"?

Ye aku tahu lebih awal lagi. Dah aku cari kepastian tanpa bertanya..dan ternyata itu pasti. 

Diam... "tahu"..... "maaf" dan ketika itu aku dapat rasa hati betul-btul terasa pecah. aku mahu menangis.. Tapi masih mahu menahan lagi"

Ucapan selamat tinggal cukup hiba bagi aku. aku menapak, Mahu saja berhenti dan menoleh. tapi aku takut aku tak kuat hadapinya..langkah terus ke hadapan..Aku tekad.

"IM FINE"

dan jawapan yang aku temui itu ternyata ada di depan mata.

Aku cuba kuat. semakin kuat..namun akhirnya rebah jua.

Thursday, 13 November 2014

Rasa dan DIrasa


Hidup ni kan berputar. Sama macam bumi yang tak pernah berhenti berputar satu arah pada paksinya. Hidup ni tak nampak bentuk bulat nya, tapi cara bergerak tu tak ubah macam roda. Cuma kelajuan putaran untuk setiap orang itu mungkin berbeza. Tapi masa tu tetap akan tiba. Harini kau di atas dilambung setinggi langit, ditatang penuh kasih, ditimang penuh sayang. Esok lusa dihayun ke bawah, dicampak ke tepi, di tolak sampai terduduk dekat ceruk.


Hari-hari nak bahagia pun tak boleh jugak ye dak. Cuba kalau panas semedang, katanya cuaca ni elok buat sidai kain, cepat keringnya. Tapi entah kenapa tiba-tiba rasa nak merungut sebab dah lama tak hujan. Air tadahan dah makin kurang. Semua nak kena jimat cermat guna air. Menyusahkan pulak rasa. Tuhan itu sifatnya Maha Mengetahui, diturunkan hujan seeloknya buat kita. Ingat diturunkan secukupnya, rupanya berlebihan yang membawa ke musibah. Berdoa pulak ingin hari yang sedang sedang sahaja cuacanya. Tidak panas dan tidak lah terlalu sejuk. Ah, hari yang macam ni memang boleh bikin kita malas. Satu keje pun tak jalan kang. Tak boleh.


Manusia, mana pernah bersyukur. Puas apatah lagi.

Kekadang bila kita terlalu yakin dengan apa yang kita ada selaras dengan apa yang kita mahu hari ini buat kita lupa, dekat atas sana punya Satu yang sedang memerhati. Dilihat dalam diam. Dikira dalam senyap. Yakinnya kita sehingga lupa yang kita patut yakin dengan Dia melebihi yakinnya kita dengan apa yang kita punya. Sebab yang kita ada pun datangnya dari Dia. Hanyut dalam leka dia dah tetapkan setiap satu daripadanya.


Sebab tu hari ini kau jumpa satu orang, esok kau mungkin hilang satu orang.

Harini kau ketawa, esok kau menangis.

Harini kau sayang, esok kau benci.

Harini kau kat atas, esok kau kat bawah.

Normal nya kitaran hidup manusia aturan Tuhan.


Tak ada yang kekal atas muka bumi ini. Sama ada sesuatu yang nampak secara fizikal, mahupun tak dilihat tapi dapat dirasa.

Saturday, 11 October 2014

Insecure?


keletak keletup jari gua.. bila berada di posisi kebosanan teringat terasa nak keletak keletup sikit..hmm pemerhatian yang ringkas, yang paling kecil skopnya

Tahu tak binatang apa paling insecure dalam dunia? Anjing dan angsa. Tak percaya cuba try lalu sebelah binatang dari dua spesies ni, mesti kena usha semacam. Kalau nasib malang, kena kejar.gua pernah kena kejar dengan angsa pasal gua geram lalu baling selipar, akhirnya gua menangis sebab selipar putus dek lari lintang pukang. Adik-adik jangan tiru aksi sebegini. Tu masa gua budak berhigus lagi. sikarang bila teringat boleh dah nak tutup muka guna tin kosong. Malu. okok sambung balik s ebenarnya banyak je lagi binatang yang insecure tapi oleh sebab gua malas, gua nak fokus pada anjing dan angsa je. Ahh, ikut suka gua la ye dak? Tak suka engko jangan baca entri ni, engko klik pangkah sekarang, engko klik pangkah sekarang!

Anjing dan angsa mungkin binatang yang memang dijadikan dengan perasaan tidak sedap hati bila rasa diaorang terancam. Padahal apa sangat la yang buat diaorang rasa terancam tu, nak masuk spesies haiwan terancam pun tak lepas. Lainlah panda, tapi panda pun tak insecure macam anjing dan angsa. Cool kan panda?

Tapi cuba pikir apa yang buat menatang dua spesies ni rasa insecure sebenarnya? Ya, rasa sayang. Sayang pada diri atau pada tuan. Ramai dah tau kot, anjing dan angsa antara binatang kegemaran dibela untuk menjaga rumah. Nampak je stranger, terus diaorang kejar. Punyalah sayang dan dedikasinya diabinatang pada tuan masing masing.

Tapi apahal anjing liar takde tuan pun usha kita semacam bila kita lalu sebelah dia? Yang ni gua tak tau, gua bukan anjing liar. Tapi ada satu yang kita kadang-kadang tak perasan, manusia punya insecure lagi tinggi dia punya level dari anjing dan angsa.

Tak percaya try stalk sesiapa yang engko sayang kat twitter atau fesbuk. Haaa, insecure tak? Kalau sikit perasaan insecure tu pun takde, ada dua sebab je. Engko tak sayang atau engko terlampau sporting. Insecure la sikit, bukan luak pun. Tapi kalau insecure serupa setan, jangan stalk. Kalau stalk jugak, mampos engko la. Kakaka. Tegas betei gua.


Haaa, tu je la kot entri kali ni. Nak habiskan secara bergaya pun gua tak reti sangat. Okay la, dah.

Monday, 18 August 2014

Hari Ini Esok dan Seterusnya

Hidup ni kan berputar. Sama macam bumi yang tak pernah berhenti berputar satu arah pada paksinya. Hidup ni tak nampak bentuk bulat nya, tapi cara bergerak tu tak ubah macam roda. Cuma kelajuan putaran untuk setiap orang itu mungkin berbeza. Tapi masa tu tetap akan tiba. Harini kau di atas dilambung setinggi langit, ditatang penuh kasih, ditimang penuh sayang. Esok lusa dihayun ke bawah, dicampak ke tepi, di tolak sampai terduduk dekat ceruk.

Hari-hari nak bahagia pun tak boleh jugak ye dak. Cuba kalau panas semedang, katanya cuaca ni elok buat sidai kain, cepat keringnya. Tapi entah kenapa tiba-tiba rasa nak merungut sebab dah lama tak hujan. Air tadahan dah makin kurang. Semua nak kena jimat cermat guna air. Menyusahkan pulak rasa. Tuhan itu sifatnya Maha Mengetahui, diturunkan hujan seeloknya buat kita. Ingat diturunkan secukupnya, rupanya berlebihan yang membawa ke musibah. Berdoa pulak ingin hari yang sedang sedang sahaja cuacanya. Tidak panas dan tidak lah terlalu sejuk. Ah, hari yang macam ni memang boleh bikin kita malas. Satu keje pun tak jalan kang. Tak boleh.

Manusia, mana pernah bersyukur. Puas apatah lagi.

Kekadang bila kita terlalu yakin dengan apa yang kita ada selaras dengan apa yang kita mahu hari ini buat kita lupa, dekat atas sana punya Satu yang sedang memerhati. Dilihat dalam diam. Dikira dalam senyap. Yakinnya kita sehingga lupa yang kita patut yakin dengan Dia melebihi yakinnya kita dengan apa yang kita punya. Sebab yang kita ada pun datangnya dari Dia. Hanyut dalam leka dia dah tetapkan setiap satu daripadanya.

Sebab tu hari ini kau jumpa satu orang, esok kau mungkin hilang satu orang.
Harini kau ketawa, esok kau menangis.
Harini kau sayang, esok kau benci.
Harini kau kat atas, esok kau kat bawah.
Normal nya kitaran hidup manusia aturan Tuhan.

Tak ada yang kekal atas muka bumi ini. Sama ada sesuatu yang nampak secara fizikal, mahupun tak dilihat tapi dapat dirasa.

Bila sesuatu yang kau tahu tapi tak pernah berharap untuk jadi tapi dah pun terjadi, jangan berharap pada hukum karma sangat. Sama macam apa yang dah berlaku, karma ni jugak tak datang dalam bentuk dan ketika yang kau mahu. Tak semua yang baik tu dibayar secara terang, dan tak semua yang jahat itu dibayar dengan tunai. Kadang kita yang melihat tak tahu, tapi yang melalui tu yang tahu.

Cukup kau percaya Tuhan tu ada. Dia tahu apa dia buat. Dia dah atur jalan untuk setiap ciptaan Dia. Tak perlu bersusah payah tambah dosa untuk berharap orang lain ditimpa musibah, berdoalah agar kau dilimpah rahmat. Bawak bawak sedekah Al-fatihah ke diri sendiri semoga terus bahagia hidup aman sejahtera. Nak berdoa untuk diri sendiri pun kekadang terlupa, ini kan pulak nak berdoa untuk orang lain. Kita ni pun belum tentu boleh sayang orang sampai kita mati. Jadi tak perlu untuk kita benci orang sampai dia mati.

Kalau sesuatu terjadi, sama ada baik atau buruk, anggap apa kita buat dah terbayar. Tak perlu rasa yang orang lain itu perlu jugak dibayar. Tuhan tahu keje dia. Kalau kita tak boleh nak doakan kebahagiaan orang, jangan pulak kita doakan kesengsaraan dia. Sebab bukan ke doa untuk kebahagiaan diri sendiri jauh lebih baik dari doa untuk sengsara orang lain?

Keep calm. Meet your fate. Entertain your faith. Find your will to carry on because whatever it is, the show must go on. Let’s rock the world!

Friday, 1 August 2014

Hadap

Saban hari asal masuk sosial network pasti aku jumpa status rabak. banyak sangat pun trust me..ada manusia yang tak tahan dan menganggap ianya annoying. sikit-sikit sudah. ada bagus carila seseorang ke, lebih afdal orang kata takpe kalau hati kau tu bekecai. cantum dengan gam gajah bawak la pada pencipta hati tu sendiri.. Insyallah baik lah nanti

Tapi kalau kau rasa dengan dapat lupakan orang dengan cara larikan diri dari orang yang buat kau sakit tu satu kejayaan, kau silap. Sebab berjaya berhadapan dengan orang yang buat kau rabak tu jauh lagi besar tahap menang dia.

Kau ingat senang nak hadap muka yang buat reaksi macam takde apa-apa sedangkan dia buat kau sakit hati tu tak tahu nak cakap macam mana. Nak nak yang jenis kejam serupa nazi. Semalam baru lepas buat kau rabak harini dia datang dekat kau sengih sengih macam baru jumpa harta karun. Rasa macam nak terajang muka dia pun ada time tu. Kalau kau tak betul betul kuat, mau meleleh dah kau kat depan dia. Tapi sebab kau kena berlagak steady dan cool, so kau pun buat macam takde apa.

Sebenarnya tu lagi baik dari kau lari tak nak jumpa dia. Tak nak cakap dengan dia. Tak nak contact dengan dia. Atas alasan kau tak boleh tengok muka dia. Kalau dengan cara tu kau cakap kau dah berjaya bangkit dari kekalahan, kau silap. Terang terang kau masih tertakluk bawah bayang bayang dia.


Eh, ye lah. Kalau kau betul betul dah move on, jadah apa kau still tak boleh tengok muka dia? Nampak sangat kau tergugat takut jatuh hati balik. Pesen senang kalah. Haritu sikit punya meroyan, tapi still tak boleh jumpa dia, sakit hati tak hilang lagi katanya. Sakit hati ke sebab kau ada hati lagi kat dia. Mulut cakap dah move on, tapi hati duk terkenang kisah silam. Sudah lah. Dia elok tegak depan kau buat muka bahagia, kau tak habis dengan muka taik. Tak rasa malu ke bila tunjuk sisi lemah kau ke dia.


Memang tak mudah nak berhadapan dengan dia. Nak nak baru lagi kan. Kalau hati tu boleh nampak, luka pun tak kering lagi. Tak payah tengok muka, dengar suara pun dah sakit hati. Marah tapi nak nangis. Kan? Macam bodoh.  Tapi sampai bila pun kau nak macam tu. Kau pernah dengar ayat,



Lagi jauh aku lari, lagi cuba aku lupakan dia, lagi dekat dia datang, lagi asyik aku teringat dekat dia. 


Aku bukan angkuh, tapi aku tak pernah larikan diri dari orang yang buat aku rabak. Bukan lah tak pernah langsung. Maksud aku paling teruk pun aku berselisih bahu dan aku tunduk. Kalau dia tegur, aku balas, kalau dia lalu buat bodoh, aku pun jalan buat bodoh. Settle. Tapi aku rasa tu tahap boleh dibanggakan lah sebab ada sesetengah orang langsung tak boleh. Dengar bunyi tapak kaki, bau dia sekali lalu pun boleh boleh mengundang air mata. Parah.

                                                 baju dia lawa boleh tukar kaler lagi....


Bagi aku bila kau face up dengan manusia yang buat kau melalui fasa sakit dalaman ni menunjukkan kau memang super power. Of course lah sebab tak semua orang boleh  buat kot. Kau tak rasa ke macam best bila dia buat atau cakap sesuatu yang menyakitkan hati kau semalam. harini kau jumpa dia kau boleh senyum dan gelak ketawa dengan orang lain serupa takde apa. Bravo. Silap haribulan, dia balik yang rasa tergugat sebab tengok kau tak terjejas dek angkara dia.


Jangan tunjuk yang kau lemah depan dia. Macam mana sakit pun kau hadam sengsorang. Kalau perlu, cerita dengan someone, go ahead. Cerita. Tapi bila sampai depan dia, hadap. Control diri kau sebaik mungkin. Selagi kau boleh sorok rabak kau tu, kau sorok. Kalau nak melalak pun tunggu sampai rumah, masuk bilik, cari bantal, tekup muka. Jangan meroyan campak campak barang pulak. Mengamuk pulak mak kau nanti.


Cara ni bagi aku one of the best cure lah. Harini kau tengok muka dia sakit level sembilan puluh lima. Esok tengok muka dia sakit tu dah turun level tujuk puluh. Lusa turun lagi level lima puluh lima. Everyday kau akan get used and slowly kau jadi okay. Bukan lah aku pergi suruh kau jumpa dia hari hari. Itu contoh. Jangan jadi bebal kau pergi cari dia tak tentu pasal. In case kalau terjumpa atau memang kau perlu deal dengan dia hari-hari. Tak perlu nak larikan diri kalau terserempak. Kalau kena kat aku tu memang aku gelak je. Perangai serupa budak kecik 5 tahun


Kau boleh meroyan, lepastu cari jalan. Kau boleh sepuas hati menjerit, tapi terus bangkit. Kau boleh sakit hati, cuma mohon cepat berhenti. Apa kau perlu buat, tarik nafas, dan dia kau lepas.

Kekadang, kita memang kena telan dan hadap benda yang buat kita sakit. Bukan sebab takde pilihan, tapi sebab dari pahit tu lah kita akan lepas dari perit dan kuat untuk bangkit. Orang kata, alah bisa tegal biasa.


Jadila perempuan macho.Jadilah lelaki kacak Baru la cool. :) 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...:)