Thursday, 28 July 2016

SEPERTI NOVEL CINTA

Hidup.
Bila kita pertaruhkan hidup kita yang kita sayang pada tempat yang salah, kesakitan yang kita terima sungguhlah memeritkan. Hidup hanya sekali, itu yang selalu kita bisikkan pada diri sendiri. Apakah meletakkannya di tempat yang salah, melakukan kesilapan dan kita tidak mahu kembali bangkit dan bernyawa?

Kadangkala, kita buka hati kita pada orang yang salah. Kita berikan yang terbaik pada manusia yang kita sangka ditakdirkan untuk kita walaupun akhirnya benda yang diharapkan langsung tidak terjadi. Tetapi, itu bukan satu masalah sebenarnya. Bila kita yang bertanggungjawab untuk membuka hati kita, maka, kita harus mengambil usaha untuk menutupnya kembali. Kuasa di tangan kita.
Benar bukan?

Terima baik dan buruk.
Pernahkah sebelum kita membuka hati dan menyerahkannya kepada seseorang demi memulakan hubungan, kita telah mengkaji kesan baik dan buruknya yang datang secara pakej apabila kita menerimanya dalam hidup kita? Selalunya manusia akan terlepas pandang perkara sebegini dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat apabila benda yang istimewa telah bertukar menjadi duka.


Kita boleh lihat dengan jelas yang manusia akan berubah. Ya, dalam masa kurang seminit pun manusia boleh berubah, apatah lagi dalam masa 24 jam, seminggu, sebulan, setahun, dan sebagainya. Kau, dia, aku dan sesiapa sahaja - sama ada kita memilihnya, atau kita terpilih.


Cinta.
Satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya.
Dalam kuantiti yang kecil, ia tidak memberikan sebarang erti.
Dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan, ia memberikan kebaikan dan kesenangan seperti mana ubat.
Tetapi, bila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan, ia bakal memudaratkan.
Itu yang aku rasa, pandangan peribadi aku sendiri.
Ketagihan?
Itu pasti.
A: kau pasti?
B: maksud kau?
A: tentang dia?
B: Pada  mulanya memang aku Cuba untuk menerima. Aku mahu membukanya semula tapi..secara tibanya aku tersentak. Perkara sebegini tak boleh dipaksa.Dan aku sedar aku tak boleh memaksa hati..Dan aku tak boleh menipu diri
A: Diam..
B: senyum..Aku mahu tinggalkan semua.Dan bila tiba masa dan ketikanya sehingga aku benar-benar bersedia.
A: Harap ini yang terbaik buat kau.

Banyak hubungan berakhir walaupun sebenarnya, itu tidak perlu berlaku.
Manusia memang suka membiarkan emosi dan sifat ego menguasai sehingga hilang pertimbangan. Dalam satu ketika, nafsu marah memuncak, ego mencanak, emosi merajai hingga sendiri akan lupa diri. Natijahnya? Bila tersedar dan tersentak, baru akan menyesal sendiri. Kenapa membiarkan sesuatu yang indah itu hilang begitu sahaja akibat kelalaian sendiri.
Ah, kata manusia.




Seharusnya kita... berdua selamanya
Ingat janjimu yang kau kata dulu
Jadikan aku seperti tertulis dalam novel cinta

Tapi sebaliknya .... Masa dah berubah
Hati engkau tak seperti dulu
Melihat hatinya.. aku fahami kemauanmu

Andai waktu... dapat kembalikan masa
Waktu dulu.. semasa kita bersama
Jangan datang... segala derita dalam hidup kita
Mungkin itu hanya impian dariku....yang mengalah demi kebahgiaanmu
Agar engkau berdua bersama...  ku mampu tersenyum....
Menerima...

Kekniss: Bila sebuah hati sudah rosak, ia akan menjadi keras, tertutup dan dingin. Sekarang, ia memerlukan usaha yang kuat untuk dibuka kembali dan menjadi panas semula. Ah, tapi kalau sekali peluang pernah diberi dan dikhianati, mungkinkah ia akan tertutup selamanya selepas ini?
MUNGKINKAH?

Saturday, 16 July 2016

Mocha 3


Alhamdulillah.
dkurniakan manusia yang memahami kehendak dan naluri. Manusia yang buat manusia macam kenal dan mengerti hakikat bahawa matahari akan muncul selepas hujan lebat dan mengeringkan segala sisa yang bisa buat kaki tergelincir jika hujan berterusan. Terima kasih atas kurnia. Terima kasih atas satu kesempatan yang pastinya tidak akan dipersiakan.

Usai solat nampak satu ayat yang mampu merenggut kesabaran jika masih lagi tertinggal di belakang. Tetapi kali ini, anehnya, tiada lagi detakan di hati - tiada lagi debaran di jantung saat lihat benda yang tidak sepatutnya. Tiada lagi gigi menggigit bibir menahan amarah, tiada lagi paluang gendang syaitan merasuk marah setiap kali perlu menyucikan segala onar yang terlintas depan diri.




"Ai maafkan you"


Now I know why you fade away just like bubbles from my life.
Thanks heart. U become stronger & never beat for useless brat anymore.

Sekarang tahu kenapa boleh buat keputusan paling berat dalam hidup. Kenapa boleh bergerak menjauhi segala kesakitan dan memburu kebahagiaan dan kegembiraan sendiri - bukan untuk sesiapa bahkan untuk diri sendiri dan mereka yang sayangi. Terima kasih hati, yang paling penting sekali, terima kasih Allah.



"Kau minum kopi lagi?"
"Minum. Kenapa?"

"Still minum kopi?"
"Aku rasa aku memang hidup dengan kafein"

"Jadi, hidup macam mana sejak kebelakangan ini?"
"Baik, macam aku beritahu kau, manusia kadangkala perlu berbeza"

"Oh, sama konsep dengan kopi?"


"Kadangkala Kopi O boleh juga duduk sama meja dengan Frappucino"

"Macam mana dengan mocha?"

Dia tetap ada. like guardian angle. I keep you inside pada lapisan terdalam. Duduklah situ diam-diam. Mocha.

Kopi O.
Itu mungkin lebih baik untuk digandingkan dengan Frappucino.
InsyaALLAH.

"Sebab Frapu bukan hadiah, tapi anugerah. Dan anugerah itu adalah amanah


Kekniss :Kadangkala keputusan yang sukar itu dipermudahkan dengan realiti yang kita boleh hadam depan mata sendiri. Sakit mungkin, tetapi kekal tenang dan teruskan hidup macam biasa.

Alhamdulillah.
dkurniakan manusia yang memahami kehendak dan naluri aku. Manusia yang buat manusia macam aku kenal dan mengerti hakikat bahawa matahari akan muncul selepas hujan lebat dan mengeringkan segala sisa yang bisa buat kaki tergelincir jika hujan berterusan. Terima kasih atas kurnia. Terima kasih atas satu kesempatan yang pastinya tidak akan dipersiakan.

Usai solat tadi aku nampak satu ayat yang mampu merenggut kesabaran jika aku masih lagi tertinggal di belakang. Tetapi kali ini, anehnya, tiada lagi detakan di hati - tiada lagi debaran di jantung saat lihat benda yang tidak sepatutnya. Tiada lagi gigi menggigit bibir menahan amarah, tiada lagi paluang gendang syaitan merasuk marah setiap kali perlu menyucikan segala onar yang terlintas depan diri.



"Ai maafkan you"


Now I know why you fade away just like bubbles from my life.
Thanks heart. U become stronger & never beat for useless brat anymore.

Sekarang aku tahu kenapa aku boleh buat keputusan paling berat dalam hidup aku. Kenapa aku boleh bergerak menjauhi segala kesakitan dan memburu kebahagiaan dan kegembiraan aku sendiri - bukan untuk sesiapa bahkan untuk diri sendiri yang aku sayangi. Terima kasih hati, yang paling penting sekali, terima kasih Allah.

"Kau minum kopi lagi?"
"Minum. Kenapa?"

"Still minum kopi?"
"Aku rasa aku memang hidup dengan kafein"

"Jadi, hidup macam mana sejak kebelakangan ini?"
"Baik, macam aku beritahu kau, manusia kadangkala perlu berbeza"

"Oh, sama konsep dengan kopi?"
"Kadangkala Kopi O boleh juga duduk sama meja dengan Frappucino"

Dia tetap ada. like guardian angle. I keep you inside pada lapisan terdalam. Duduklah situ diam-diam. Mocha.

Kopi O.
Itu mungkin lebih baik untuk digandingkan dengan Frappucino.
InsyaALLAH.

"Sebab Frapu bukan hadiah, tapi anugerah. Dan anugerah itu adalah amanah
[Mocha,170716]

Tuesday, 17 May 2016

Statik oii

Hye seyh..lama kan..lama kan..tak merepek..haha klise sangat nak kate busy amat. Malas je..perihal manusia ni memang tak berpenghujuñg..okay la sebab malam ni rajin sikit kan okay laaa

Dalam banyak-banyak line klise dalam movie aku paling suka line bumi ni takkan pernah berhenti berputar. Sebab banyak indirect meaning yang boleh ada dalam line sesimple tu.



Bumi ni takkan berhenti berputar, masa akan tetap berjalan unless bateri jam kau mati tapi jam aku masuh air terus..ermm takpelah okay bateri jam kau mati pun masa orang lain tak terhenti still berjalan tik tok macam biasa, manusia pun takkan berhenti berubah aku yang 2, 3 tahun dulu lain daripada aku yang sekarang even aku yang semalam lain daripada harini, semalam ada jerawat harini takde. Stail pemakaian dah lain, muzik yang aku selalu dengar dah lain, bahasa pasar yang aku guna pun lain daripada dulu, sayangnya tinggi je tak lain asyik berat je lain-lain.

Tapi, kalau aku cakap rasa aku statik camne? Kenapa dalam banyak-banyak benda yang berubah, berjalan, berputar  tapi yang ni je statik? Bila aku dengar lagu Christina Perri A Thousand Years kat wedding pergh rasa cam nak tepuk meja bangkang woi tipu belaka lagu ni macam mana boleh suka orang sampai ribu riban tahun.Tapi kalau aku duduk sorang-sorang dalam bilik bajet introvert bukak Youtube malam buta fefeeling dengar lagu tu boleh je rasanya suka orang sama ribu riban tahun tu. Akulah orang tu, statik, tak bergerak. Bak kata The Script; The Man Who Can’t Be Moved.

Aku tau kau mesti bergerak, berputar, berubah jauh berbatu-batu dari aku; aku faham kau yang sekarang bukan orang yang sama dengan yang dulu lagi tak mungkin akan sama..tapi aku statik. Macam mana nak hilangkan ni, kalau tatu permanent pun boleh hilang guna laser treatment sekarang tapi kalau perasaan permanent kalah marker Artline ni macam mana nak hilang?

Tapi, tulah, bumi ni takkan berhenti berputar. Takde laser treatment untuk permanent feeling pun bumi ni takkan berhenti berputar. Tapi Satu hari nanti rasanya adalah orang yang boleh bawa aku yang statik ni terbang.

Kekniss: Fiksyen belaka sebab tu takde xoxo. Kalau nak feel lagi sila tonton 5 Centimeters Per Second. Bolehlah berjejeh airmata sama-sama.kay choaw

Thursday, 5 May 2016

Trust

Kawan : awoook..ooo awookk bz dok?
Aku : awat?
Kawan : nak tanya ni...
Aku : aku dah agok mung nak tanye ape
Kawan : tau mana
Aku : Im perfect stalker jeng. But you know me.. I know but acting like dont know.

........

Trust exist only when doubt and secret come to an extintction"

Tergantung pada orang. Percaya tu bukan hal yang susah tapi untuk diri percaya lagi tu benda yang harus difikir berkali-kali. Bilamana percaya pertama tu hilang, Itu benda yang sangat susah utk diri sendiri dan mungkin orang lain jugak untuk dipercaya. Dan salahnya bukan siapa siapa tapi sebabnya asal kau tahu

"Once trust broken, it takes double, probably triple or more layers after one trust another person/things again"

Kekniss: aku punya research kali. Ni berjaya.. Don't get me wrong ooo men. *senyum 7 megawatt.


Saturday, 30 April 2016

Pujuk




Semua orang cakap tak reti pujuk dengan perkataan, kalau sentuhan bolehlah, tapi dengan sentuhan pun tak terpujuk jugak. Macamana?

Bukan masalah pujukan dengan perkataan atau perbuatan pun sebenarnya, tapi masalah apa kau buat tu tak kena gaya dengan dia.


Untuk memujuk seseorang, kau perlu cari kelemahan dia (apa dia suka). Contohnya kelemahan dia; tak boleh terus merajuk jika dibawa ke zoo. So pandai-pandailah kau bawak dia pergi zoo.



Orang selalu fikir nak pujuk orang ni kena guna wang ringgit baru boleh terpujuk. Tak pun sebenarnya. Yang penting tahu apa dia suka.





Aku adalah seorang kaki rajuk dan mudah dipujuk. Dan aku paling tak suka dipujuk guna wang. Makin kau guna duit untuk pujuk, makin merajuk. Tapi kalau Mocha mungkin aku tak menolak eh.


So, yeah. Different people different cara pujuk. Jangan ingat cara pujuk semua orang adalah sama.

"Macamana entah kau nak hidup dengan aku selamanya kalau baru merajuk sekali dah give up taknak pujuk? Padan muka kena tinggal dengan aku sebab kau tak reti memujuk dan aku pun tak hadap nak tengok kau comel sebab tak reti pujuk."

Logiknya macam tu la. So, kalau ada orang dalam hidup kau merajuk, if kau rasa dia penting, pujuklah sebelum rajuk lebih lama.


Kerana manusia yang tak terpujuk, akan terbiak dalam hatinya rasa tersisih. Walaupun kau tak sisih dia pun sebenarnya. Rasa tetap wujud.


So, kalau dia penting dalam hidup kau, belajarlah fahami dia. Cari apa dia suka, gunakan perkara tu untuk memujuknya.


Kalau betul kau dah takda idea nak pujuk dia, cakaplah yang kau dah cuba, cerita habis apa kau usaha untuk dia, then you give em time.


Dan sentiasalah ingat untuk tanya orang tu apa nak buat kalau dia merajuk, sebelum dia merajuk. It won't hurt you.


Dan kalau tak sempat tanya dia dah merajuk tu, tanya jugaklah. Cakap pada dia, "This is my first time seeing you merajuk. How to pujuk?"


If orang tu taknak beritahu cara pujuk, biasanya orang tu akan bagi hint-hint cara dipujuk.


So sentiasa aware dengan apa dia cakap, apa dia buat untuk tahu apa yang boleh kau buat untuk memujuk.

Tips paling penting: Sentiasa bersabar.


And apa aku cakap ni bukan semestinya untuk orang bercinta pun. Ada orang, mak dia merajuk. Ada orang, kawan dia merajuk.


So, pujuklah.




Sekian maceh.




Saturday, 9 April 2016

Outloud

Aku: Benda macam ni kadang tak duga. Orang bersalah pun boleh jadi mangsa
Kawan: maksud kau?
Aku : takde la.. Dia tak bersalah pun sebenarnya dalam hal ni. Dia tak pernah tahu pun kewujudan siapa aku. Tapi entah setiap kali aku jumpa pandang dia. Setiap kali org tu bawak dia jumpa aku..atau terjumpa. Aku rasa rabak. Aku rasa lain. Aku rasa nak marah. macam macam perasaan
Kawan : aku faham.
Aku: kalau boleh aku tak nak jumpa dia. Aku hipokrit aku senyum tapi hati aku.. Dan lepas tu aku akan rasa bersalah entah. Aku tak nak jumpa dia. Itu je.
Kawan: Lepaskan lah.
Aku : aku tengah usaha la ni. gimme time..gimme space. Kay
Kawan : your caffaine?
Aku : senyum. Thanks.



Bukan semua orang berani untuk cakap;
"Aku sayang kau."

Bukan semua orang ada kekuatan untuk beritahu;
"Kau dah guris hati aku tadi. Kau sedar tak?"

dan bukan semua orang boleh tolak ego dia ke bawah dan kate;
"Aku salah tadi. Aku minta maaf"

Hidup dengan menyimpan perasaan sendiri adalah tidak kena bagi aku. Kita suka, tapi kita tak berani untuk cakap. Kita takut berdepan dengan penolakan. Rela lah disimpan perasaan sendiri, membuang masa menanti yang tak pasti. 

Hidup dengan menelan perasaan sendiri adalah menyakitkan untuk aku. Disakiti lagi dan lagi. Kadang kadang, orang tak sedar bahawa dia telah menyakitkan hati kita. Kadang kadang orang ingat perbuatan dia biasa saja, tidak akan memberi kesan. Itu apa yang orang ingat, bukan apa yang kita rasa. Kalau kita tak beritahu pada orang apa yang kita rasa, macam mana orang nak tahu? Kau ingat semua orang ada kuasa telepati? Boleh baca isi hati dengan mudah mudah? Kalau sakit hati, kau cakap ! Moga moga di hari yang akan datang tidak diulang. 

Hidup dalam rasa bersalah adalah terpaling tak best serasa aku. Kita tahu kita bersalah, kemudian kita buat tak peduli dengan salah kita. Tidak ambil pusing akan sakit hati dia. Manusia, kalau berulang ulang merasa luka di tempat yang serupa, terpaksa memujuk hati sendiri pula, lama lama dia akan penat. Bila dia penat, dia akan pergi.

Jadi..

Belajarlah dari kesilapan.
Kutip pengalaman dari sebuah kehilangan.

Orang lain mungkin tak sama dengan aku. Aku berbicara dari perspektif aku, seorang manusia, seorang kekasih, juga seorang sahabat. Barangkali berguna untuk kalian.

Kekniss :Hidup kita macam roda. Sekejap di jalan rata, sekejap di atas kerikil. No matter what, we have to move on. Kalau pun lecak, kau langgar saja. Nanti akan terjumpa juga air di depan buat mencuci kotor.