Setiap orang pasti
akan lalui hari-hari yang sukar tak terkecuali aku juga. Itu dikatakan norma
kehidupan. Penghujung 2015 Yang sangat rabak koyak dan permulaan 2016 yang
sangat menguji kekuatan luar dan dalaman. Mencabar hidup ni sebenarnya. Penuh
dengan drama air mata tawa dan derita.
Pernah je aku hampir hilang pedoman. Hidup tak selalunya
lawa tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya
tetap ada kadang bilamana malapetaka tu datang terasa macam kene gelek kebumi
dengan ahli sumo, rasa macam tak mampu nak bangkit sampai tak mampu menghela
nafas. Tapi setiap rintihan ditujukan dilontarkan entah kemana dah akhirnya
memilih sang pencipta. Kau cakap saja apa kau mahu lontar dia tak pernah
menolak apatah lagi menidakkan. Dan setiap persoalan itu dijawab satu persatu..Terasa
seakan berdialog dengan Dia.Sungguh aku tak tipu
Pernah aku mempersoalkan mengapa setiap ujian yang perih itu
ditujukan kepada aku lantas dijawab dengan kata-kata
“Allah faham hati kamu lebih dari diri kamu sendiri, Dia
tahu kita mampu atau tak atas semua ujian yang Dia beri.Bersabar”
Dan pernah aku mengeluh menangis “Ya tuhan aku dah putus
asa, aku dah hamper putus asa”, dan dijawabnya dengan lapang hati
“Boleh jadi saat kau nak berputus asa tapi bila kau tadah
tangan doa pada dia, Dia kabulkan doa kau, Dia tahu masa sempurna”
Diam.Kembali dongak ke atas bersama-sama harapan yang
bersisa
Pernah juga aku mengeluh Penat, penat yang amat sangat bila
nak harung jalan-jalan yang penuh dengan jerat mati.
Dengan lembut dia memberi jawapan
“Allah tahu kamu letih, Allah tahu kamu susah, Tapi Allah
tak akan menguji kamu dengan sesuatu di luar kemampuan… Sabar”
Allah sebak. Apabila setiap persoalan deep dalam hati kau dijawab
satu persatu.. Ya terasa sesuatu seolah kau diberi oxygen tank untuk bernafas
balik
Dan bila bersorangan automatic tangki air bocor dan pada
masa tu didetikkan hati
“Bila kau sedih sorang-sorang siapa datang? Kau sendiri tahu
kan. So kuatkan hati kuatkan diri, terus berdiri, jangan mengalah. Nak rehat?
Rehat dekat syurga nanti bukan bumi”
*tarik nafas hembus
Mungkin ambil masa bertahun.. Mungkin berbulan tapi apa pun
yang kau kejarkan satu hari kau akan capai. Kau hanya perlu terukan apa yang
kau buat untuk dapat apa yang kau nak. Setiap impian akan tercapai. Bersabar.
Dia tak tengok hasil tapi dia tengok natijahnya. Believe me..
Kekuatan itu lahir dengan pinjaman dari Dia. Rabak bagaimana
pun terus berdiri lagi. Lagi dan lagi. Sehinggakan kau mampu tersenyum ketawa
dibalik rabak koyak merata.Kau boleh senyum lagi bergurau dengan orang yang
buat kau rabak, manusia spesis apa kau nih? Katang namanya. Jadi perempuan
macho ni biasa. Tapi istilah perempuan itu tetap perempuan tak pernah terpisah
dengan air mata. Sebanyak mana air mata yang mengalir sebanyak itu kekuatan itu
hadir. Tapi kalau menangis dah tak keluar air mata macama mana?
Aku harap moga-moga permulaan tahun 2016 lebih mengajar aku
jadi perempuan yang lebih macho lagi. Berhadapan dengan sesuatu yang kau rasa
perasaan yang paling celaka itu bukan mudah. Mental kau tak kuat kau rebah
tersungkur tak mampu nak hela nafas panjang. Tahniah untuk aku yang hampir melepasi
level rasa neraka. Walaupun masih bersisa walau pun hari-hari kena pujuk jiwa
sendiri. Yakin kan diri. Hahaha..
“Aku dah tempah baju, import dari serawak” gelak
“Nak datang” angguk
“ kalau aku memang tak la… buat lara ja”
“tabik lu sis? Hati kau kental” senyum kau tak tahu apa
aku rasa
Jangan persoalan kenapa. Aku nak kau tahu. Perempuan macho
macam aku 1 dalam sejuta. Kalau rasa tak mampu jangan gatal-gatal terjebak
macam aku.
Satu je pesan aku,
Bila kau tak faham apa yang berlaku dalam hidup kau,
tutuplah mata, tarik nafas dalam-dalam bersuaralah “Ya Allah aku tahu ini semua
perancangan engkau, Bantulah aku untuk melaluinya.”
Kekniss: Pernah tak kita banyak terkecil hati terguris rasa
terluka jiwa untuk banyak perkara, tapi kita pilih untuk tak ambil kisah, kita
tak pilih untuk benci dan berdendam, walau banyak kali ia terjadi. Ketahuilah,
Hati kau cukup kuat untuk sabar dan sabar. Bukan untuk hari ini saja tapi untuk
hari-hari yang mendatang. Aku masih terus mencuba.Live hell or live well you choose.
No comments:
Post a Comment