another branch on year gone from the tree of life,another year
closer to the earth and Him The Almighty.Sekali lagi kita mengaplikasikan teori
maths,moga amal berkadarlangsung dengan usia =).be it a year wiser,richer with
experience and good deeds.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani selamatkan hari dan urusan kami ya Salaam[memberi keselamatan],dijauhkan dari musibah dan kesusahan,ya Muhaimin[pelindung] lepaskan belenggu kami ya Baari-u[melepaskan] ampunkan dosa2 kami yang lalu dan akan datang ya Ghaffar[pengampun] murahkan rezeki kami dengan barakah ya Razzaaq[pemberi rezeki],ya Fattaah[pembuka pintu rahmat].limpahkan rahmah dan kasih sayangMu ke atas kami,ya Wahhab[pemberi kurnia] tinggikan darjat kami dengan iman ya Mudzillu[memuliakan] tetapkan hati kami di jalanMu ya Hafiidhu[memelihara] tambah indahkan peribadi dan akhlak kami ya Lathiiru[penyantun],ya Haliimu[penyabar] permudahkan segala urusan kami ya Allah ~amin~
I sit and wonder
Is it true? it has come....
A year passed by never felt..like
the waves of the Ocean the days lingered away
Dalam sedar atau tidak..now me grow
how a naughty kiddo a young lady has grown
But different in this year..
No more beautiful cakes...no more singing.. and beautiful presents..and no more
surprising like last year...hah look sadly right.. but there is no more
beautiful soul yang lebih indah di rasa bila the blast full of the doa.. yes..
This years my birthday jatuh pada hari buat solat hajat dan doa selamat.
Alhamdulillah...Rezeki.
As I sat infront of the window and
wondered away, how thankful i'm Puan Emak you give me birth..Oh I'm your little
girl, the girl you gave birth on a July month...I'm surely proud of what I have
become a young lady on her own...You are the best for no one understand your
pure love, I cant express how much love I have for you, and no feelings or
words can fill the space.
I stared at the window and rekindled
the memories of how i grew and fought the years...
If only I wish is no the beautiful
cake or another thing but, protection from Allah,good family and the good friend who are
really wanna stay by myside..accept buruk baik kekurangan yang ada.. yang ada
bila diperlukan..dalam senang dalam susah..yang selalu kasi semangat untuk
terus melangkah... to be a loyalty friends is really hurt.. I know..cause I'm
one of them.. you still stay whereaver you hurt. Never give up to share what
you have..always wanna be the one bila diperlukan...bersanggupan susah demi
mereka..you never think bout yourself..your feelings.. If they terlupa bout
you.. Its okay sekurang-kurangnya.. all the kindest of them still with
you... :')
Life has made me strong and challenged me alot.. I
thank ALLAH for 1 passed and make mestronger
and different person..hope n pray..next year will be a good one for me Reality
has really hit me today and I wonder what a strong battle I fought and I wish I
stay n make my dream come true... INSYAALLAH..
Mohon maaf andai ada silap dan salah terkasar,ada
tutur bicara atau perilaku yang mencalar perasaan sesiapa pun..Salam
Ramadhan..Salam bulan penuh berkat.
May the new day be another fresh start
May the new day bring all hopes and dreams to be accomplished
May the new day be another cherished memories for tomorrow
Mohon bertenang dan senyum baca ini karangan, wahai zombi cinta sekalian.
cadbury kan bercinta ni?
Dulu, kalau masa single mingle lagi, rilek je hati yang nak kena jaga cuma hati sendiri. Atau kalau kau ni manusia sosialit, beberapa hati yang lain. Itupun, kalau ikut satah pandangan aku, cuma beberapa kerat je yang layak dijaga. Yang jumlahnya boleh dibilang dengan jari sebelah tangan saja. Yang lain? Boleh cari leprechaun dan pergi meninggal.
Itupun, di dalam mod single mingle ni, banyak kali jugaklah hati koyak, rabak dan berdarah sebab kena rodok dengan manusia lain. Yang tahap tuuuuttttnya memang sudah sampai nampak hitam putih je. At the end of kau diamkan dan biarkan. Tapi yang bagusnya, sebab kena rodok tu adalah sebab eksternal, takde kaitan dengan hal-hal internal pun. Jadi, kesannya tak berapa nak deep, bak kata indie boys and girls.
Misalannya, kawan serumah yang jadi parasit. kita yang takde kena mengena pun terpalit sama, bila sesi hati ke hati, time tu jugaklah dia dengan alasan sepanjang Tembok Besar China terbentang dengan tema : Aku tak tahu...blaaablaablaaa. Lepas tu tarik muka. Lepas tu mengamuk, duk kabor kat orang lain, aku ni pulak yang parasit, lepas tu hijack dari belakang sampai nama kau jadi daging yang membusuk.
Bodoh tak beralas, sial tak berlipat.
Nasib baiklah dia cuma satu lagi manusia dari sekalian 6 biliona manusia dalam dunia ni, yang tak ada signifikasi dalam hidup kita. Cuma habuk yang menempel pada pipi, tinggal kita jentik ke hembusan angin, supaya dia hilang jauh dari hidup kita.
Atau,
Kalau seorang kawan surface, buat taik dengan menghijack dari belakang, mengata mengumpat pumpangpumpang pasal diri kita yang tak betul pun faktanya. Dan dia lakukan semua itu, atas sebab yang kita tak pasti asal usulnya. Mungkin kita pernah terjentik dia sikit, Maka atas sebab marah tak berpenghujung dia ceritalah semua pasal kita yang tak ada fakta itu. Atau mungkin ada sebab lain. Entah, karanglah sebab dia sendiri. Jadikan karangan ni milik semua. Cewah. Cumanya, slack dia, dia tak berani berdepan.
Kawan surface begini, memang konfem bikin rabak hati jugak. Sudahlah hubungan antara kita-kita cuma ditahap surface je. Yakni tidak rapat dan tidak juga renggang. Cuma bila bersua di tengah jalan, berhentilah kejap borak sikit-sikit lepas tu chalo buat hal masing-masing. Tapi sebab tak puas hati, atau sebab apa pun tak tau, dia canang hal kita yang tak berfakta ittew ( demmit, aku dah bosan ulang hal ni, dah tiga kali kot kena sebut)
Kawan macam ni pun, sebab sekadar di surface saja, boleh saja jadi habuk macam parasit tadi tu. Kita kasi rilek.
Rabak tu boleh jadi perca-perca yang takde bekas lagi dah. Dah terabur atas lantai. Nak pungut satu-satu dan tampal balik supaya jadi seperti semula, akan jadi usaha yang memenatkan dan menjerihkan. Dan bila penat dan jerih kuasai jiwa, segala usaha akan jadi tidak relevan, segala fikiran jadi tidak rasional. Dan masa itulah, yang kita nampak cuma ratapan, dan putus asa.
Kita cuma mampu jadi robot. Yakni tetap jalani hidup seperti biasa – ketawa, gembira, senyum, marah, tak puas hati, join Bersih, tumbuk Adam Adli, kutuk bini Bik Mama, layan Ustaz Don dekat YouTube, atau stalk Facebook Ustaz Aj-har, tapi hakikatnya, dalam hati kita ada lohong hitam. Suram, kelam, dan menyedihkan. Kita nak jadi seperti semula, seperti masa kita bercinta sakan dulu, nak rasakan kembali perasaan semasa dia ambil berat pasal kita, bagi mesej yang jadikan kita rasa kitalah pemilik dunia, jadi pengharap masa tak akan berhenti dan segala yang cliche tapi hakikatnya kita suka. Kita nak yang itu. Atau setidaknya perasaan sebelum dia wujud dalam hidup kita sebagai pasangan. Kita nak sangat rasa balik perasaan tu semua, bak kata Bobby Singer, you want it so badly you will kill for it. Masalahnya, kita dah kena bunuh dulu.
Oleh perangai demm pasangan kita.
Dia sudah tiup helium cinta baik punya dalam hati, tapi bila dah sampai Marikh, dia jugaklah jadi asteroid yang hentam hati tu, dan sekaligus bikin helium-helium cinta tu lari jauh dari kita. And god know how painful gravity is.
Kemudian, macam aku sebut tadi, kita jadi rabak. Hati jadi perca – terabur tak terpungutkan. Lalu jadilah kita, manusia bertopeng yang hatinya sudah jadi lohong hitam. Yang orang lain nampak cumalah sesuatu (bukan seseorang) yang kita ingin mereka percaya adalah kita. Andai saja mereka tahu, ada hati masih lagi terasa luka.
Mudahnya janji bertaburan Jiwa dan cinta direjamnya Di mata semua ada kita Nyatanya dah tiada
P/s: Bantuan Aman Palestin
Aman Palestin Berhad
Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 Cimb: 8600460353 Bank Muamalat: 12070005133717 Rhb Bank: 21245760004907 Bank Rakyat: 220806195922
Dia..
Hanya srikandi semalam
Menunggang jasad di alam kelam
Menjejak tujuh lembah dalaman
kadang terbit derita dalam diam
Dilembah gelita
Tergelincir srikandi
bersama lupa dan alpa
Menunggang bangga kembara di rimba
Hanya kerana dia srikandi muda
Lalu dirantai pemburu durjana
kerana dendam semalam mahu dilaksana
Masa tiada lagi ditunda
tersentak srikandi membuka langkah berbeza
bangkit lalu berdiri dan mara
menjejak memburu di tujuh lembah merata
Tiada sedar disinggahi derita sengsara
kerana tiada gentar
sudah berbekas dijiwa
Tatkala pedang digenggam dihunus mara
Bergelut kini tiadalah henti
Selagi pemburu melangkah mencari
Selagi itu srikandi kejap memeggengam pedang sakti
Agar langkah berpencak mantap di tujuh lembah yang diharungi
Hingga tersungkur pemburu tiada berkubur
Dek dikepung kilauan sakti cahaya tiada mundur
dan setiap kali aku nampak rabak kau datang. kau diam tak bercakap. kau senyap. tapi mata kau tak menipu semua tu. kejadian hari-hari semalam masih berlegar diruang mata. aku makin kesian dengan kau. kau pura-pura senyum begelak bila berdepan dengan mereka-mereka umpama tak ada apa yang terjadi dalam diri kau.tapi hakikatnyanya rabak kau semakin rabak selari dengan masa yang tajam.
Kali ni dalam sejuk angin malam kau pejam mata rapat-rapat ada bening kat hujung..kau seka jangan sampai jatuh rebah sekali lagi. kau dah janji tak rebah lagi. tapi kudrat tak mampu nak tampung rasa hati. rasa jauh hati.
kau cuba bersuara tapi kau tak pandai macam manusia luar sana yang senang keluar air mata meluah hati. meraung simpati. sampai satu tahap kau hanya berdiam diri simpan sedalamnya. biar masa yang jadi pemujuk biar hati jadi teman simpati.
dan aku cuba faham apa yang kau rasa, sebab mana mungkin kita sanggup hilang benda yang kita sayang. selagi sayang. selagi mampu. selagi tak mampus menahan sakit makan hati. sampai tu la kot.dan sebab itulah kau berdiam diri. tak mahu renggang hati. kemudian hari.
Tapi sebenarnya apa yang kau rasa tu. hanya sipian perasaan. sebab at one point in your life. orang yang rapat dengan kau tu la yang selalu buat kau happy, yang boleh buat kau ketawa sampai keluar air mata, yang pernah sanggup cari makan yang kau nak. Yang jadi mangsa punching bag kau bila kau semak. walaupun itu ada ketika..dan sekarang kau rasa kau kena buat sendiri. bila status brotherhood kau tu macam kena terbang dek angin
bila aku sebut macam tu. kau senyum sinis kau seka mata basah....sampai bila?
kau renung mata aku dalam. aku tahu kau nak cakap kat sini kau tak ada sesiapa selain mereka. yang kau tumpahkan kasih macam keluarga sendiri. dan kau bukan pengalir airmata sesuka hati tanpa sebab yang kuat. tapi wey, berapa kali aku ingatkan yang kau tak pernah keseorangan pun.
Aku pelik kau senyum. tapi kau senyum macam tu..... sigh
Apalagi yang boleh aku buat supaya kau jadi macam dulu.
Dah macam sorang traveler sendirian yang perlu kuat bangun sendiri buat apa benda sendiri termasuk tahan
emosi sendiri.yang dulu segala macam kau buat.segala macam kau yang ambil
peduli. Segala macam kau yang jaga. Tapi sekarang dipandang sepi. Kadang-kadang
apa kau buat semua kena atas kaki sendiri. Macam family kau juga apa keinginan
kau semua kau buat dengan sendiri. Macam dengan orang keliling kau jugak. Orang-orang
yang kau sayang. Tapi sampai masa mungkin terdetik rasa tatkala air mata kau
jatuh. Tak ada yang perasan. Tak ada yang tahu.tak ada yang nampak kau ketuk pintu
kuat kuat sambil nangis terduduk. Seminit masa tu kau cuba senyum. Akui. cuba
simpan dalam-dalam.. paling kuat pun kau up status. Tapi takat itu je. Sampai situ
je. Tiap kata yang menguji akhir cuba jugak kau sudahi. Dan akui juga
pengakhiran hidup tu tetap sendiri.
Mungkin sifat kau yang
nampak keras, orang dengan secara tak sengajanya terlupa yang kau ni manusia.
Katanya kau ni serupa kerikil. Cukup kuat nak berdiri atas kaki sendiri. Teguh menampung
bahu mendongak ke langit.
Tapi
dalam diam orang lupa yang kau ni jugak manusia, masih punya sisi lemah. Yang
perlukan bahu
orang lain untuk dijadikan sandaran. Yang mahu orang untuk duduk dihadapan dan pandang
muka saat keresahan. Yang pinjamkan telinga untuk dengar setiap keluhan. Yang jugak
berharap ada tangan untuk digenggam
Bila kau cakap sendiri. Ada yang tegur. “kau tak pernah
sendiri weh! ”kau kata itu mereka yang cakap. Cuba ganti watak duduk dalam diri
kau yang merasa. Tahan? Aku diam. Macam tengah malam tadi orang semua dah pejam
mata. Aku nampak kau menangis. Walau dalam
gelap tak nampak tapi boleh rasa. Kau nak mengadu bercerita kau gengam phone
kat tangan.tapi ada siapa masa tu. Ada kau sorang je. Hujung-hujung cerita siapa
yang pujuk.? Hati…..hati kau sendiri yang pujuk diri kau.dan akhirnya kau
tertidur sendiri.dengan muka yang basah
Sedar tak sedar mungkin sebab kau sendiri. Apa kau
buat mana kau pergi. sendiri. Tipu kalau kau kata tak terasa hati tengok orang
keliling bergelak tawa. Tengok yang berpasang. Tengok yang berbff Tapi hakikat
kau simpan lagi dalam-dalam pedih tak pedih. Paling kuat pun akan ada orang Tanya
kau okay tak ni. Macam tak okay je.. lastly senyum. geleng. itu cuma perasaan kau saja.
Tapi at the end of the day okay ke tidak ke tetap
kena okay. Survive untuk hidup. Kalau duri depan mata angkat bawak tepi pegang
je walau sakit.. tahan je walau berdarah. Untuk terus jalan.. jalan yang
panjang yang tak tahu mana hujugnya yang kadang kena ada korban air mata.hati
dan perasaaan.
Pagi ni kau lambat pg kerja.dengan mata sembab. Orang
lain tak nampak tapi aku nampak. Kau senyum. berkaca. Tp penuh makna.
Bila orang lupa, takpe. Pandanglah depan.
Lepaslah nafas perlahan-lahan. Biar takde seorang pun dengar hembusan nafas
yang tersekat walau sedikit. Genggamlah tangan sekuat keringat.Tunduk
sebentar, hapuslah air mata. Usah dilihat orang..dan sekali lagi aku tekankan itu cuma perasaan kau sahaja. Mereka ada. Ya mereka tetap ada.