Sunday 22 October 2017

The beginning

Ada orang bila gagal dalam hubungan, terus sahaja merasakan itu adalah pengakhiran hidup bagi mereka. Percintaan yang gagal dipertahankan, perkahwinan yang tidak mampu diteruskan, persahabatan yang tiada lagi jalan penyelesaian, maka mereka anggap segalanya sudah berakhir. Sudah tidak mampu diselamatkan.

Pernah atau tidak kita terfikir, di sebalik kita menumpukan kepada kegagalan, benda yang kononnya buruk itu, mengapa kita tidak mahu melihat akan kebaikan yang tersembunyi? Ya, dari kita terlampau fokus pada benda yang buruk, bukankah lebih baik kita bersyukur atas segala kebaikan dan nikmat yang kita perolehi? Jangan pernah biarkan manusia yang buat sesuatu yang sangat sedikit untuk kita (dalam perkara sebegini - mungkin mengecewakan, menyakiti dan sebagainya) - mengawal dengan sewenangnya hati, perasaan dan emosi kita. Perlukah?

[Sumber gambar]


Kawan: Rasa bersalah
Aku : kenapa nak rasa macam tu
Kawan : yela dua-dua dah okay tapi..
Aku : Macam ni la, tak semua benda yamg kite gengam tu tandanya milik kita. Kita dah gengam tapi bila dah tertulis benda tu bukan milik kita. Terpaksa jugak kite lepaskan.
Aku: kalau dia berfikiran matang Insyaallah dia boleh menerima. Ai tahu, susah even though ai sendiri pun makan masa bertahun baru sembuh sepenuhnya.

Satu benda yang kita sering terlupa. Kita sebenarnya lebih kuat, lebih bijak, lebih tabah dan lebih segalanya apabila kita pernah melalui banyak benda dalam hidup. Kita mungkin disakiti, dikhianati, dibenci, dibohongi, tetapi kita masih hidup bukan?

Kenapa kita masih hidup?
Sebab kita kuat untuk hadapi segalanya.

Dan mengapa hanya memikirkan suatu pengakhiran?
Bukankah di setiap pengakhiran, pastinya akan ada satu lagi permulaan?
Mulakan hidup yang baru.
Yang lebih baik dan penuh impian.

Kekniss : Tidak kira betapa sukarnya sesuatu benda itu, pastinya akan ada sesuatu yang baik pada penghujungnya. Sekurang-kurangnya aku fikir begitu.