Monday 17 December 2018

Nilai Harga ego

Setiap manusia ada sifat ego.
Ego mungkin boleh dikatakan sebagai satu naluri manusia yang terselit keangkuhan dalam sesuatu perkara. Angkuh dan ego setiap manusia tak sama, tak serupa dan mungkin berbeza tahapnya. Manusia kan pelbagai, unik sementelahan dengan harga diri masing-masing berbeza. Perbezaan yang ketara membawa kepada keangkuhan yang berbeza tentunya.

Ada yang menyatakan manusia ego bila tiba soal hati dan perasaan
Suka pada seseorang, pendam perasaan disebabkan perasaan ego.
Jatuh hati dengan seseorang, enggan membuat pengakuan kerana ego.
Perempuan suka pada lelaki, kunci mulut, diamkan diri bersandarkan ego.
Lelaki suka pada perempuan, tidak mahu mengaku berpunca dari sifat ego.
Dan macam - macam lagi yang menjadikan sifat itu sebagai suatu punca dan alasan - Ego.



Tapi, adakah semua itu boleh dikatakan sebagai ego, angkuh itu sebagai punca?
Tiada keberanian, maka gunakan alasan itu sebagai satu cara.
Sengaja mahu pendam, agar tiada siapa yang terluka - maka perkataan itu dijadikan alasan semata.
Bermain dengan perkataan tersebut kerana takut kehilangan bahagia.
Tak ada lagi rasa gembira.
Hilang segala suka.
Yang tinggal hanya duka.
Begitukah apa yang kau rasa?

Lelaki dan perempuan masing-masing ada perasaan begini.
Ya, benda tu memang ada sejak azali.
Cuma masing-masing mungkin tidak mengerti.

Kadangkala sifat itu boleh dikatakan sebagai menjaga harga diri.
Sebagai benteng pertahanan sejati.
Mengawal segala serangan berani mati.

Tetapi, selalu la juga benda ni dikaitkan dengan sifat yang dibenci.
Sikap aneh yang boleh bawa diri dikeji.
Manusia jelak dan memaki.

Sebab itu apabila ada yang melaungkan nak mengatasi sesuatu yang dipanggil keegoan manusia atau kelompok lain, apa benar dan pasti bahawa kumpulan tu ada punya sifat keji ini? Aneh. Pelik. Manusia memang suka buat tafsiran sendiri. Entah-entah yang nak dihentam adalah manusia yang sedang diuji. Manusia yang dizalimi.

Tapi, ada manusia yang takut dengan puak dengan puak macam ni?
Ada yang nak ambil tindakan  hapuskan suara haluan kiri?
Tikam dari tepi.
Baling barang tepat di dahi.
Tak sama sekali.

Harga ego mungkin sama dengan harga telur kat pasar
Kadang kala murah sampai rasa nak curi dari reban.
Kadangkala mahal sampai timbul rasa baran.
Apa yang penting, nilai kesabaran.


KE171218

Sunday 16 December 2018

Langkah

Dulu...
Kau selalu dulukan perasaan orang lain dari diri sendiri. Peluang dan ruang yang sepatutnya kau ambil kau biarkan demi hati mereka. Sehingga kau cetus sejarah luka.

Adakala kau lah orang yang rela hati hulurkan tangan tanpa berfikir.

"tak best la kalau kau tak ada"
"ala sedih la gini"

Dan kerana itu kau stay.
Bila kau terpaksa tinggalkan
Kau tetap cari jalan untuk pulang.

Namun....

Kini.
Kau sedar
Kau kena realistik
Orang datang dan pergi.

Dimana mereka saat kau rasa diri di hujung nyawa.
Dimana meraka saat aku perlukan seseorang
Dimana mereka saat aku jatuh tak tersambutkan.
Dimana?

Dah Akhirnya
Siapa yang sambut kau?
Siapa yang bantu ubat hati kau?
Hanya kau yang tahu siapa.

Maka kau kene sedar.
Dihujung cerita kau adalah kau
Mereka adalah mereka.

Sedarlah yang kau tak penting pun pada mereka.
Sebagaimana mereka penting pada kau.

Dan disaat ini juga.
Bila musibah datang menerpa bertimpa.
Hati kau hanya mahu disokong. Segaris
Tapi hakikatnya.
Tiada sesiapa.
Cuma kau dan diri kau
Dan tulang belakang kau.

Benarlah
Jalan cerita tak sama.
Maka noktahlah hujungnya
Bergaris lapan.

Kali ni. Takkan lagi kembali.
Cerita kau disini ditamatkan
Buat sekian kali.

Melangkahlah tanpa menoleh lagi.
Dan jangan pulang lagi.



K.E : Kadangkala keputusan yang sukar itu dipermudahkan dengan realiti yang boleh kita hadam didepan mata sendiri.

K.E161218


Wednesday 21 November 2018

Bulan dan Matahari


"Ada dua sebab mengapa manusia berubah. Satu, disebabkan mereka telah belajar terlampau banyak. Kedua, mereka telah dikecewakan berkali-kali. "


ini saat untuk berubah.
Ini saat untuk bangkit dan tidak lemah.
Ini waktunya untuk jadi gagah.
Ya, awak perlu tabah.

Hentikan perasaan yang membuak.
Sudahlah merasakan diri tidak layak.
Akhirnya akan muak.

Dia.
Lepaskan dia dari hati ya?
Sejauh mana awak suka dia, dia langsung tidak menoleh ke arah sama.
Sudahlah menunggu dia.
Seolah seperti matahari yang hadir dipagi
Hilang kala senja berganti
Seperti bulan yang hidup pada malam
Tapi pudar bila fajar menjengah tiba

Hanya menanti janji semalam
Yang entah pasti dikota tidak.

Maka hentikan dan berhenti

Awak manusia.
Dia manusia.
Dan ketahuilah setiap manusia itu istimewa.
Setiap daripada kita tidak sama.
Awak dan dia juga berbeza.
Keinginan dan perasaan yang aneh dan tidak sekata.

Inilah dunia.
Kebahagiaan itu mungkin sementara.
Ya, sekejap sebelum kita berhijrah ke alam sana.

Tetapi, awak masih layak untuk gembira.
Untuk rasa suka.
Untuk rasa bahagia.
Bukan semata-mata duka.



http://farm6.static.flickr.com/5302/5622378363_01c1bdbee7.jpg
[Sumber gambar


Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Kebahagiaan dalam erti kata mereka gembira dengan apa yang mereka mahu lakukan dalam hidup. Menikmati segala apa yang diperlukan dalam dunia dengan kemahuan sendiri. Buka menurut apa yang orang lain mahukan serta tentukan.

Nota Kaki :
Ada sesuatu yang kita impikan adalah lebih baik daripada langsung tidak memiliki apa-apa impian.

Cabaran paling besar adalah untuk menjadi diri sendiri di mana semua orang di dalam dunia ini mahukan kita menjadi apa yang mereka mahukan