Tuesday 21 May 2019

Kau dan Alter Ego



Lagi aku cerita pasal ego.

Kalau dulu  selalu meletakkan perspektif bahawasanya bila kau breakoff then move on je la. Kalau ada yang ikhlas suka pada kau terima jela. Itu.. itu dulu sebelum episode kau mati sekejap tu.

Tapi bila sendiri yang rasa, yang lalu semua tu, baru aku faham betapa susahnya nak buka hati semula setelah sekian lama tertutup. Katalah sebaik mana seikhlas mana orang tu yang cuba nak menang hati kau. Kau tetap macam tu. Jadi manusia yang ego, yang pentingkan diri. Kau tak peduli pun perasaan orang effort orang tu.

Tak bukan kau tak kisah atau kau tak peduli. Kau Cuma hanya mahu melindungi. Sebab apa, sebab kau pernah berada di satu tempat yang mana kau tak nak lagi dah jejak tempat tu. Sebab tu kau jadi selfish.

Related image


“miss you”

Kau pandang pesanan tu macam tak da perasaan. Walau kau tahu dia tetap tak putus asa nak menang hati kau. Kau hanya mampu mengeluh. Hati perasaan tak boleh dipaksa. Hakikatnya bukan kau tak cuba untuk jatuh hati semula. Kau dah cuba tapi Alter Ego kau menang segala dan memandang rasa cinta tu sekadar picisan yang tak mampu memberi apa hanya sekadar palitan rasa kecewa sudahnya.

Episod hitam tu yang dah ubah siapa kau sekarang.

“awak ego”

Pada pandangan kau dia tak ada kurang apa. Tapi kau tu yang keras kepala.
Bukan kau tak pernah bergaduh dengan dia

“Kau benci sangat block je la”

Bukan mudah untuk membuka semula tembok hati Sebenarnya.

Ather ego said: Girls, they build a wall not to let anyone in because they are afraid of uncertainly, When you manage to destroy the wall, you know you are one special guy