Thursday 28 July 2016

SEPERTI NOVEL CINTA

Hidup.
Bila kita pertaruhkan hidup kita yang kita sayang pada tempat yang salah, kesakitan yang kita terima sungguhlah memeritkan. Hidup hanya sekali, itu yang selalu kita bisikkan pada diri sendiri. Apakah meletakkannya di tempat yang salah, melakukan kesilapan dan kita tidak mahu kembali bangkit dan bernyawa?

Kadangkala, kita buka hati kita pada orang yang salah. Kita berikan yang terbaik pada manusia yang kita sangka ditakdirkan untuk kita walaupun akhirnya benda yang diharapkan langsung tidak terjadi. Tetapi, itu bukan satu masalah sebenarnya. Bila kita yang bertanggungjawab untuk membuka hati kita, maka, kita harus mengambil usaha untuk menutupnya kembali. Kuasa di tangan kita.
Benar bukan?

Terima baik dan buruk.
Pernahkah sebelum kita membuka hati dan menyerahkannya kepada seseorang demi memulakan hubungan, kita telah mengkaji kesan baik dan buruknya yang datang secara pakej apabila kita menerimanya dalam hidup kita? Selalunya manusia akan terlepas pandang perkara sebegini dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat apabila benda yang istimewa telah bertukar menjadi duka.


Kita boleh lihat dengan jelas yang manusia akan berubah. Ya, dalam masa kurang seminit pun manusia boleh berubah, apatah lagi dalam masa 24 jam, seminggu, sebulan, setahun, dan sebagainya. Kau, dia, aku dan sesiapa sahaja - sama ada kita memilihnya, atau kita terpilih.


Cinta.
Satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya.
Dalam kuantiti yang kecil, ia tidak memberikan sebarang erti.
Dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan, ia memberikan kebaikan dan kesenangan seperti mana ubat.
Tetapi, bila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan, ia bakal memudaratkan.
Itu yang aku rasa, pandangan peribadi aku sendiri.
Ketagihan?
Itu pasti.
A: kau pasti?
B: maksud kau?
A: tentang dia?
B: Pada  mulanya memang aku Cuba untuk menerima. Aku mahu membukanya semula tapi..secara tibanya aku tersentak. Perkara sebegini tak boleh dipaksa.Dan aku sedar aku tak boleh memaksa hati..Dan aku tak boleh menipu diri
A: Diam..
B: senyum..Aku mahu tinggalkan semua.Dan bila tiba masa dan ketikanya sehingga aku benar-benar bersedia.
A: Harap ini yang terbaik buat kau.

Banyak hubungan berakhir walaupun sebenarnya, itu tidak perlu berlaku.
Manusia memang suka membiarkan emosi dan sifat ego menguasai sehingga hilang pertimbangan. Dalam satu ketika, nafsu marah memuncak, ego mencanak, emosi merajai hingga sendiri akan lupa diri. Natijahnya? Bila tersedar dan tersentak, baru akan menyesal sendiri. Kenapa membiarkan sesuatu yang indah itu hilang begitu sahaja akibat kelalaian sendiri.
Ah, kata manusia.




Seharusnya kita... berdua selamanya
Ingat janjimu yang kau kata dulu
Jadikan aku seperti tertulis dalam novel cinta

Tapi sebaliknya .... Masa dah berubah
Hati engkau tak seperti dulu
Melihat hatinya.. aku fahami kemauanmu

Andai waktu... dapat kembalikan masa
Waktu dulu.. semasa kita bersama
Jangan datang... segala derita dalam hidup kita
Mungkin itu hanya impian dariku....yang mengalah demi kebahgiaanmu
Agar engkau berdua bersama...  ku mampu tersenyum....
Menerima...

Kekniss: Bila sebuah hati sudah rosak, ia akan menjadi keras, tertutup dan dingin. Sekarang, ia memerlukan usaha yang kuat untuk dibuka kembali dan menjadi panas semula. Ah, tapi kalau sekali peluang pernah diberi dan dikhianati, mungkinkah ia akan tertutup selamanya selepas ini?
MUNGKINKAH?

Saturday 16 July 2016

Mocha 3


Alhamdulillah.
dkurniakan manusia yang memahami kehendak dan naluri. Manusia yang buat manusia macam kenal dan mengerti hakikat bahawa matahari akan muncul selepas hujan lebat dan mengeringkan segala sisa yang bisa buat kaki tergelincir jika hujan berterusan. Terima kasih atas kurnia. Terima kasih atas satu kesempatan yang pastinya tidak akan dipersiakan.

Usai solat nampak satu ayat yang mampu merenggut kesabaran jika masih lagi tertinggal di belakang. Tetapi kali ini, anehnya, tiada lagi detakan di hati - tiada lagi debaran di jantung saat lihat benda yang tidak sepatutnya. Tiada lagi gigi menggigit bibir menahan amarah, tiada lagi paluang gendang syaitan merasuk marah setiap kali perlu menyucikan segala onar yang terlintas depan diri.




"Ai maafkan you"


Now I know why you fade away just like bubbles from my life.
Thanks heart. U become stronger & never beat for useless brat anymore.

Sekarang tahu kenapa boleh buat keputusan paling berat dalam hidup. Kenapa boleh bergerak menjauhi segala kesakitan dan memburu kebahagiaan dan kegembiraan sendiri - bukan untuk sesiapa bahkan untuk diri sendiri dan mereka yang sayangi. Terima kasih hati, yang paling penting sekali, terima kasih Allah.



"Kau minum kopi lagi?"
"Minum. Kenapa?"

"Still minum kopi?"
"Aku rasa aku memang hidup dengan kafein"

"Jadi, hidup macam mana sejak kebelakangan ini?"
"Baik, macam aku beritahu kau, manusia kadangkala perlu berbeza"

"Oh, sama konsep dengan kopi?"


"Kadangkala Kopi O boleh juga duduk sama meja dengan Frappucino"

"Macam mana dengan mocha?"

Dia tetap ada. like guardian angle. I keep you inside pada lapisan terdalam. Duduklah situ diam-diam. Mocha.

Kopi O.
Itu mungkin lebih baik untuk digandingkan dengan Frappucino.
InsyaALLAH.

"Sebab Frapu bukan hadiah, tapi anugerah. Dan anugerah itu adalah amanah


Kekniss :Kadangkala keputusan yang sukar itu dipermudahkan dengan realiti yang kita boleh hadam depan mata sendiri. Sakit mungkin, tetapi kekal tenang dan teruskan hidup macam biasa.

Alhamdulillah.
dkurniakan manusia yang memahami kehendak dan naluri aku. Manusia yang buat manusia macam aku kenal dan mengerti hakikat bahawa matahari akan muncul selepas hujan lebat dan mengeringkan segala sisa yang bisa buat kaki tergelincir jika hujan berterusan. Terima kasih atas kurnia. Terima kasih atas satu kesempatan yang pastinya tidak akan dipersiakan.

Usai solat tadi aku nampak satu ayat yang mampu merenggut kesabaran jika aku masih lagi tertinggal di belakang. Tetapi kali ini, anehnya, tiada lagi detakan di hati - tiada lagi debaran di jantung saat lihat benda yang tidak sepatutnya. Tiada lagi gigi menggigit bibir menahan amarah, tiada lagi paluang gendang syaitan merasuk marah setiap kali perlu menyucikan segala onar yang terlintas depan diri.



"Ai maafkan you"


Now I know why you fade away just like bubbles from my life.
Thanks heart. U become stronger & never beat for useless brat anymore.

Sekarang aku tahu kenapa aku boleh buat keputusan paling berat dalam hidup aku. Kenapa aku boleh bergerak menjauhi segala kesakitan dan memburu kebahagiaan dan kegembiraan aku sendiri - bukan untuk sesiapa bahkan untuk diri sendiri yang aku sayangi. Terima kasih hati, yang paling penting sekali, terima kasih Allah.

"Kau minum kopi lagi?"
"Minum. Kenapa?"

"Still minum kopi?"
"Aku rasa aku memang hidup dengan kafein"

"Jadi, hidup macam mana sejak kebelakangan ini?"
"Baik, macam aku beritahu kau, manusia kadangkala perlu berbeza"

"Oh, sama konsep dengan kopi?"
"Kadangkala Kopi O boleh juga duduk sama meja dengan Frappucino"

Dia tetap ada. like guardian angle. I keep you inside pada lapisan terdalam. Duduklah situ diam-diam. Mocha.

Kopi O.
Itu mungkin lebih baik untuk digandingkan dengan Frappucino.
InsyaALLAH.

"Sebab Frapu bukan hadiah, tapi anugerah. Dan anugerah itu adalah amanah
[Mocha,170716]