Saturday 30 January 2016

Mocha#2

Dia duduk disisi tepi katil sambil membelek handphone yang hampir kehabisan bateri.
" hmm,"
"Kau dah kenapa?"sapa orang disebelah

Cermin mata ditanggalkan.Berkerut dahi memandang wajah kosong itu.
" hows ur life?"
"Kinda good" senyum sumbing tu lagi
"Kau tipu"
"Nak kopi?"
"Mocha satu?"
"Beli sendiri," hahaha kau suka tukar topik
"Hidup hanya beri erti pada yang bahagia.Lupakan semuanya, kalau ia tak beerti sama sekali" kaki berlalu dan kunci kereta dicapai.
Mocha fred diburu.tenang nanti.
*****

"Nah...." Dark mocha dihulur. Senyum
"Thank yaw"
"Thanks but not thanks. Macam biasa la today mine..esok lusa. hahaha kann.."
"So hows story?" kening doublejerk
"story what"?
"kau suka main hide and seek kan. bahu ditepuk 
Kalau diikutkan apa yang berlaku, Aku manusia yang parah tinggal guna mesin bantuan pernafasan je. Luka yang dalam tu belum lagi sembuh malah masih rabak dengan benang-benang yang ada sebab setiap masa cuba dicantum semula luka-luka tu. Malah kini ditambah lagi dengan garam dan cuka. Kalau aku tak kuat yang kat dalam mahu rebah tersungkur tak mampu lihat atas lagi.

"Dah dapat keputusan"? dia merenung keras sisi wajah kosong tak berasa itu
"kau rasa? hahah
" kau penah rasa kena hempok dengan kerusi"
"serius la sikit" sudah dia bagi hint lampu merah pulak dah
"ok lah. Kau pun tahu aku manusia yang sukar dijangka, Kalau ucapan itu datang dari aku, Aku harap perasaan tu akan mati. Mati bersama janji" Dia bangun dan terus berlalu tanpa sepatah kata.. Tidak menoleh sekali pun.

"weh, lepas tu yg tu macam mana?"jari dihala ke dada
langkah terhenti.
"Ini?" senyum
Ini takkan pernah sembuh, kalau pun cuba dirawat semahunya. Hati ni dah rosak semahunya kalaubelok sekalipun takkan sama dengan yang dulu. moga-moga tuhan hapuskan semua angkara mereka. Bertalu-talu aku menerima.. Ditinggalkan. turut dibuang oleh mereka yang aku percaya. Aku penat. Aku letih dengan rasa kecewa. seksa yang aku tanggung tak mampu nak diluahkan dan aku rasa cukup dengan sandiwara manusia. Mungkin tiba masa untuk aku tutup semua. kesemuanya. Biar semuanya disimpan. Sampai tiba masa untuk aku menerima semula.Sampai masa nanti.

"Kejap" berlari anak
"aku belanja kau cappocino nak? lupakan mocha?"
Dua rasa berbeza, namun dari satu nama.
"Aku setia dengan mocha"
:"tak apelah. pelan-pelan" bahu ditaut beriringan.

"Hari ini aku mahu mengatur hidup aku bebas dari masalah dan kesakitan. Aku mahu hidup demi diri aku dan demi senyuman aku dan bukan lagi demi orang yang tak tahu menghargai kewujudan aku.

kekniss: Rindukan hujan - minum kopi panas- sambil kira rintik hujan.

Saturday 16 January 2016

Surat Ke 2 Untuk Saudara

Sepanjang malam saya merenung skrin laptop dan saya membuat keputusan untuk menulis surat maya secara ringkas buat saudara yang selalu lekat di hati sekurang kurangnya untuk hari ini. Ketika saya menulis surat ini, dinding sedang berbunyi dan tivi kehilangan fungsi.

Saudara,

Bagaimana angin 16 Jan bertiup? Saya pasti ia memberi kesan yang menyelesakan dan juga membahagiakan. Bagaimana awan 16 Jan berarak? Saya yakin ia masih menjadi hari yang cerah walau hujan turun sekalipun. Dan bagaimana senyuman 16 Jan? Saya tahu ia merupakan senyuman paling bahagia dalam hari seorang lelaki

Maaf saya ucapkan kerana tidak dapat hadir pada hari itu. Kadang kala saya fikirkan yang saya sudah cukup bersedia tapi seperti yang orang lain mengenali saya, saya seorang yang cukup sukar diduga. Boleh jadi saya hadir dengan karekter wanita paling riang atau boleh jadi saya datang dengan watak yang paling garang. Lebih bagus tidak mengambil sebarang risiko dalam situasi seperti ini. Jika ini satu perang, saya sedang kalah teruk. Dan saya tidak fikir seorang wanita yang kalah dalam peperangan mampu makan nasi minyak dengan bahagianya. Hahaha.

Saudara,

Ajal, rezeki dan jodoh ialah kerja Tuhan. Dan betapa kita fikir kita mampu mengawalnya, kita akan sedar yang kita hanyalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa(atau sedikit terer) saya terima apa jua adanya. Tuhan arif dengan kerjaNya. Saya tidak akan pernah menghalang jodoh.

Semoga berbahagia, semoga sentiasa susah senang bersama, semoga selalu ketawa walau apa jua musibah melanda, semoga sentiasa dalam lindungan Tuhan. Saya di sini akan okay okay sahaja. Dan percaya atau tidak, saya sedang menulis surat ini sambil senyum, mungkin mahu melindungi sesuatu atau juga mahu memujuk. Jangan risau seperti kebiasaannya bab pujuk memujuk ni saya sangat terror.

Saudara,

Ini permulaan yang baru dalam hidup saudara. Maka hadapinya dengan tenang. 
Selamat pengantin baru.

Kekniss: walau hidup sememangnya takdir yang menentukan tapi kita berhak membuat keputusan.

Saturday 9 January 2016

SURAT SELIT CELAH DOMPET

Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,

Hari ni cinta masih kuat, rindu masih terpahat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Masa semakin mencemburui kita,
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.
Awak pernah selit surat dalam dompet saya, 
2 bulan selapas itu baru saya sedar..saya ingat.

Awak,

Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Entah saya juga takut kalau-kalau perasaan itu kurang,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.

Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.

Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,

saya kena biasakan diri tanpa awak,
Ya awak tetap ada,
Tak mungkin lagi seperti selalu,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,

mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.

Deep kan ayat tadi?

Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.

Awak,

Jika hubungan ini benar akan berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
mungkin sebab saya ni perempuan macho,
Apa orang lain pikir, saya tak peduli,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,

Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,

maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.

Tiba-tiba, saya rasa melankolik,

rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.

Jika tanpa saya atau adanya saya,

benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.


Sebab apa, sebab saya tahu saya akan tunggu awak,

walau awak tak nak saya berharap pada yang tak pasti,
Saya tak berharap pada awak tapi saya berharap pada yang kat atas sana.

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,

semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang teramat sayang untuk awak yang kacak tapi kadang kadang mengada.

Senyum sahaja demi satu kebahagian yang diperlukan dalam hidup ini.


p/s : Kasih sayang dan cinta adalah macam kau tunggu kat stesen kereta api. Kadang-kadang kereta api tu sampai tapi bukan ke destinasi yang kau mahu. Kadang-kadang kereta api akan terlepas walau kau dah lama menunggu. Kadang-kadang tersalah tiket, menunggu terlalu lama, tapi kereta api tak juga kunjung tiba. Bila terlalu lama menunggu, akan mula putus asa, dan akhirnya kereta api tiba jugak. Adakah kita manusia yang akan terus menunggu?

Manusia yang sembunyikan perasaan dan terus menunggu?
Atau pun manusia yang enggan menahan lagi perasaan dan berdiri meluahkan perasaan yang terbuku?

Hidup kita. Kita yang tentukan.


Menunggu sepanjang hari bukanlah tindakan yang bodoh. Sebab apa? sebab dekat situlah apa yang kita masu sedang diuji. Apakah kita mampu menunggu seseorang sepanjang hayat??


kekniss: kisah mocha tu ada tapi nanti guwa upload. kakak guwa dah panggil dua tiga kali dah suruh bekpes. 


Monday 4 January 2016

Takkan Pergi

Untuk minggu terakhir...

Dia masih lagi ada di situ. Semalam ditelan bulat-bulat depan mata. dihulurkan senyum dan tawa agar lupus segala resah didada. mulut selalu tak seiring dengan hati. berapa lama lagi nak menipu entah..maaf untuk setiap penipuan.

takkan pergi hyperact


"majlis nikah datang?"
diam. geleng
"Majlis kenduri?"
angguk

Mana mungkin dapat disuakan muka dimajlis ijab kabul orang yang dah lama hidup dalam hati kita. macam sengaja hulur dada supaya kena tikam.Saja cari sakit kalau da tau hati tu memang dah sakit

Dari awal lagi mungkin...

"akak nanti lekatkan gambar tu dalam sticky book tu en, adik tak sempat nak buat"

Dengan menggigil tangan dibuka satu persatu kepingan gambar. Majlis Pertunangan. Digigit bibir satu bersatu disusun ya, Tangan tu yang menyusun ada bening tapi cepat dihapuskan. Dipendam lagi rasa. biar tak siapa tahu.

Bila orang keliling memeperkatakan tentang majlis kau tu dia pekakkan telinga dia buat muka ta ada rasa tapi jauh dasar hati kalau letak plastik transparent mau terkejut alam.

"okay tak ni:
"Okay" menipu lagi

Hampir tiba harinya. Entah kegilaan apa.Dia sendiri yang ikut kau pergi hantar kad jemputan walau dia sendiri tak tengok sikit pun kad tu apatah lagi pegang.Manusia spesis apakah ini? Entah manusia lain mana mungkin boleh  buat macam mana dia buat.Tahu kenapa dia sanggup ikut? Dia punya sebab sendiri. Dan percaya atau tidak dia berjaya lakukannya.

Tapi kadang-kadang kalau rasa celaka tu datang. sakit jugak.sampai satu saat ada rasa penat.penat sangat. Sampi satu saat terasa nak laung pada dunia betapa penat apa yang dirasa.

kehilangan..ada..
kosong..terasa..
sakit?? hati mengiakan

tapi peduli ke dunia pada rasa tu?

harini mungkin kau biarkan dia...esok lusa kau mana tahu mungkin kau buang terus dia..bila dah ada permaisuri sebelah kau..pada dia hilang kau maka lenyap dia dari tempat tu. Kau dah berjanji dengan dia, tempat tu titik pertemuan kau dan dia dan tak ada orang yang boleh menggugat. Dia pegang dengan janji kau tu sampai mati.

Kalau dia nak benci kau boleh dengan beberapa minit je. tapi dia tak nak sebab ape? sebab ada rasa sayang lagi dalam hati dia. kau nak ke dia lupuskan semua rasa-rasa yang ada termasuk rasa sahabat yang bersisa?Dia pun tak sanggup sebenarnya

Kau buat macam mana pun dia tetap terima kau, kau carik hati dia macam mana pun dia maafkan kau sekelip mata. Dia tak mintak banyak cuma buat dia rasa dia ada. buat setiap pengorbanan dia untuk kau dihargai. Jangan biarkan airmata dia jatuh lagi disebabkan kau. Jangan biar hati dia luka lagi.

lepas ni entah bila dia kan jumpa kau mungkin sekali seminggu..sebulan sekali atau setahun kemudian atau pun entah. Masa depan bukan boleh diramal.Mungkin kau tak pernah rasa bakal kehilangan separuh jiwa tu macam mana..mungkin kau tak rasa separuh mati tu macam mana. mungkin kau tak rasa hilang tempat berpaut  tu bagaimana mana. sebab dia tak pasti apa yang kau rasa sekarang.

Cuma aku nak pesan.kau percaya tak yang dia akan tunggu kau.. Dia akan terus tunggu.kau Dia takkan pergi. Hati dia tak boleh diubah melainkan kehendak diatas sana. Masih menanti pengakhiranya bagaimana. Yang nyata dia jatuh sayang pada orang yang betul namun pada masa yang salah. Itu benar.



Hari ku yang pergi, hilang ku mencari
Gelora cinta kau bawa datang kembali
Rindu ku tak sudah, kelam dalam sedar
Mungkin ku menanti sepi hangat yang hadir
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Mungkin sebenarnya ruang tu tiada
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Terima cinta ku merindu kecewa
Bisikan indah maya itu seketika
Airmata ini mengalir tersendiri
Moga kelam resah ku kan berlalu pergi
p/s:
Orang yang berjanji untuk tidak akan melukai sesiapa yang mereka cintai,itu mungkin janji palsu. Janji yang betul adalah masa yang dihabiskan bersama tanpa disedari, sesuatu yang berbaloi untuk dikenang serta mengurangkan kesakitan bila dilukai. 

Terima kasih untuk memori semalam. Simpan kekal dalam hati sampai mati.

Kekniss:: pv entry (entry x semua org boleh baca..hahah) nak habiskan satu entry macam gigit jari sampai putus. sakit ooo... penutup tin tu jahat.. sakit tangan aku,.