Monday 29 February 2016

Langkah Serikandi

ssalamualaikum....


28 December 2011-29 Febuari 2014
-Warmup mood bertahun-tahun dia punya warmup
-Dah berkali bertanya bila lagi..guwa punya tahap kompiden dia.. Klaka sikit
-Mohon la aku ni jenis bertabah sikit jangan nak separuh jalan aje.
-acuannya dalam ni mungkin ada sedikit berbeza dari yang asal since 2011(mangikut peredaran masa la katakan)
- im not the writter but im a storyteller
-thanks for reading(even aku tatau la ade ke orang nak baca) giggles sorang-sorang
-im still newbie even dah start menulis since 2008..please la terima daku seadanya..hahaha chills steady chumelss okeh

Langkah Serikandi (Yunz)

BAB 1

1…2…3…click
“Hah korang kalau dapat bergambar tak ingat dah orang keliling”lengan baju ditarik keparas siku.Senyum melihat gelagat mereka yang gilakan bergambar.

Addi ,Megat, Teja, Iskandar masing-masing tak mau mengalah.Mengalahkan hantu gambar diorang ni semua.Walaupun cuaca pagi tu sejuk,tapi demi nak tengok sunrise pagi tu apa pun boleh redah.

Cantik!

“Ai,common la..bak sini camera tu biar aku pulak yang snap”Addi dah buat muka sebab aku mengelamun je dari tadi. 'Aainaa!!'diorang pun bising bila nak click nye penat je berposing sakan macam-macam gaya dah tu..

"kesian kawan lah...hahahaha"camera bertukar tangan senyum bertukar rentak

okay.gaya sikit pendekar sekalian

1…2…3 nice!

Bukit Tabur jadi saksi.

********

Monday 22 February 2016

Awan Mendung


Kadang aku ada sedikit rasa kepelikan pada sifat perempuan. Ada masa, entah apa yang tidak kena dan secara tiba-tiba sahaja emosi membelenggu diri. Seumpama ada satu kelompok awam hitam yang besar memayungi diri dan mengekori ke setiap penjuru. Okay, itu boleh dikatakan ketidakstabilan hormon. Tapi kenapa ya, hormon itu tidak dapat dikawal?  Okay, mungkin dah cukup bulan, Cik Teman Baik datang melawat dan hormon mereka sedang bergendang-gendung dalam proses perubahan. Jadinya akan melibatkan emosi juga. Tapi ada juga bukan disebabkan kehadiran Cik Teman Baik. Awan mendung muncul secara tidak semena-mena. Puas difikir apa puncanya, kosong. Cuba diselongkar apa salahnya, negatif. Difikir-fikir dari pagi membawa ke malam, hampa. Tiada jawapan untuk kelompok awan mendung yang datang secara mengejut itu. Dan itu yang aku selalu dan sedang alami. Samada ego atau kau memang tidak mahu mengaku, sebenarnya kau tahu apa punca kau jadi begitu. Sebab dia kan? Mengakulah. Sedikit sebanyak sebab dia kan? Hei perempuan, mengakulah.

Kau bukan insan pertama dalam hatinya dan mungkin insan kedua atau entah yang ke berapa. Itu hanya satu kemungkinan. Sebab siapa kau di hati dia tidak pernah dipersoalkan. Kenapa? Sebab kau tak mahu tahu. Sebab kau tak cukup kuat untuk mendengar hakikat. Sebab kau terlalu keras dan angkuh untuk menerima. Sebab kau terlalu lemah untuk mengetahui yang sebenarnya pada dia. Yang kau mahu tahu dan akur akan situasi kamu, kau menyayangi dia dan dia menyayangi kau. Cukup itu sahaja. Dan kau tidak perlu tahu pada yang lain. Bagaimana dengan degree sayang kau pula? Hanya dia yang tahu, hanya dia yang melihatnya. orang boleh kata kau bodoh. orang boleh hina kau sebagai bangang dalam menabur sayang. Tapi sayang kau pada dia bukan satu benda bodoh. Sayang kau pada dia bukan satu benda bangang. Takpe tak perlu dipanjangkan cerita.Kau Dia saja yang tahu.atau mungkin biar kau seorang saja yang tahu. Biar kau seorang saja yang pendam. Dan jika itu yang akan menjadi awan mendung setiap masa dan saban hari untuk kau, biarkan. Dan jika awan mendung itu yang akan sentiasa mengocak kehidupan biasa-biasa kau ini, biarkan. Dan jika awan mendung itu yang akan membentuk emosi berkecamuk yang membuatkan kau gila, biarkan.Mungkin kehadiran awan mendung itu sahaja tempias sebahagian diri kau untuk dia. Dan itu sudah cukup menjadi tanda siapa kau pada dia. Terpulang untuk dikata betapa celakanya rasa ini sebab mereka takkan pernah tahu bagaimana rasanya. Rasa luka diam dan pendam itu hanya kau seorang yang tanggung. Setiap kali disebut perihal nama itu setiap kali dibawa bersua muka. Kau rabak diam lagi. Dan akan cuba untuk bangun berdiri lagi. 

awan mendung yang berarak 

bawa tangis bawa resah 

rebah rindu yang terkumpul 

Kau tak buta akan perihal takdir yang telah ditentukan itu. kau tak bodoh untuk menilai setiap perilaku itu yang bakal memusnah kau dari dalam. Jangan dicaci. Jangan dimaki. Sebab kau akan tetap begini. kau akan tetap memesongkan kiblat rasa itu menghala ke dia. Andai suatu hari dia pergi, kau tahu yang akan tertinggal nanti hanya awan mendung itu. Awan mendung itu yang akan sentiasa mengiringi kau sepanjang zaman. Dan itulah sumpahan yang akan kau terima terhadap kedegilan kau yang sekarang ini.



"Nah mocha,"
" senyum."

Kekniss : esok kerja, Badan sakit lagi. *Sigh

Sunday 14 February 2016

Rasa Tepi

Ahh, Kau. Dalam keadaan macam ni pun masih lagi nak pertahankan rasa ego. Cakap kau masih sayang dia. dan perasan itu benar belaka. Bukan satu penipuan. Tapi aku tanya mampukah kau? Atau itu hanya akan bakal mengundang jawapan sepi yang mampu meruntuhkan  lagi rasa yang sudah sedia ada? Hanya mampu serah pada masa, serah pada situasi yang bakal berulang saban hayat.

“riak tak punya perasaan. Sembunyi lagi”

Dan itu adalah situasi kali ini. Keadaan kembali sunyi seperti selalunya. Hilang lagi. Sepi lagi. Sendiri lagi. Untuk yang entah ke berapa kalinya. Dan Kau? Masih di sini. Setia menunggu pada sesuatu yang kau tak tahu untuk masa hadapan bagaimana.

Tapi bila difikir semula, bukan ego yang kau pertaruhkan untuk merebut sayang itu. Sebab kau nampak takdir depan mata. Yang mana takdir hidup kau bukan ditentukan sesiapapun tapi DIA. Iya, kau mahu kata takdir itu ditentukan Tuhan. Iya, kau tidak punya kuasa untuk menentukan apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Tapi kau percaya, kau yakin dan kau akur. Banyak benda yang tidak dapat kau ramal tapi dia? Dan kau nampak itu. Dan kenapa kau masih bersama walhal kau tahu hakikat sebenar? Sebab kau mahu kecap bahagia yang seketika bersama dia dalam hayat yang mungkin tak berapa panjang. Cukuplah itu sahaja. Biar hidup ini kau jalani dalam keadaan puas kau penuhi setiap apa keinginan kau.

Kenapa sayang yang diberi dibalas dengan sepi? Kenapa rindu yang menghantui dihadiahkan dengan kehilangan? Dan kenapa kau masih kuat menunggu hanya pada yang satu? Sudah butakah mata ini? Sudah jelikkah hati ini pada yang lain? Jawapannya hanya ada pada dia. Dan dia tak punya jawapan. Dan kau? Rasa rindu ini tak akan pernah pudar. Walau dihambat masa. Walau dihambat usia. Mungkin dia perdagang kata sayang seluruh dunia. Tapi kau tahu menilainya. Dan biar kau sendiri yang ketahuinya.

“pandangan itu kau faham maksudnya”

“Kau mungkin pernah merasa remuk kerana cinta. Kau mungkin pernah merasa hancur kerana cinta. Tapi cuba kau rasa pula pada rindu yang tak pernah mahu lekang dalam hati. Dan baru kau tahu betapa seksa punya hati yang sebegitu.”


Kekniss: Esok cuti apa? hahaha genite alls....

Friday 12 February 2016

Tak Tahu

Dia : Aku dah rasa cukup. org carik tikam rabak hati aku 
Kawan : take ur time.. sebanyak mana pun
Kawan : Aku tahu kau kuat, Sangat kuat
Kawan : But...jangan give up!
Kawan : Aku pun, tak tahu mampu tak buat semua tu.




Dari tenang menjadi resah. Dialihkan pandangan. Otak sudah ligat. shelter kau makin merapuh


Ini lah masa yang dia tunggu selama ni. 


Istighfar. Ah, still tak jalan. Tarik nafas. Hembus. Dia masih sabar. Masih waras. Masih teguh. Sekurangnya saat itu.


Mungkin dia fikir dia cukup kuat nak hadap adegan keramat tu. Tapi dia lupa yang hati dia rapuh. Sekuat mana dia tahan, kuat lagi hati dia terganggu. Besar mana ego dia, besar lagi perasaan rabak dia dek hal tersebut.

Tahan. Tahan. Tahan.

Tak jangan Menangis.

Jangan. Teruskan seperti biasa


"Ada benda yang kau patut tahu, dan ada benda yang kau tak patut tahu. Selagi kau belum bersedia untuk hadapi kebenaran yang menyakitkan, ambik lah peluang nikmati semuanya."


Dan hati, tetaplah kau disitu dan terus teguh.

Kita tak tahu.
Selagi tak sampai waktu. Kita takkan tahu.




Kekniss : Dua tiga hari ni aku banyak membisu. mendiamkan diri. Entah.Lagu Pilihan malam ni. Potret Akim N Majistret


Tuesday 9 February 2016

Alasan




Reality bites.
Betul. 
Saat hanya kebenaran yg terbentang di depan mata.
Pedih, dan sakit. 
Adakah seorang dia harus menerima semua?

Mungkinkah? Mampukah secebis hati Hawa itu?
Apakah itu yang awak mahu?
Sejujurnya dia tidak mahu ini jadi begini.
Sungguh dan sesungguhnya hati.

Rasa yakin itu
Rasa percaya itu
Masihkah ada..
Masihkah berpaut?

Dia serahkan kepada Allah S.WT.
Seandainya telah tertulis antara dia dan awak.

Tetapi...

Seandainya awak dan dia bukan, bukan dan bukan,
bukan jodoh satu sama lain dan bukan juga pelengkap hidup sesama sendiri,
dia akan tetap berdoa pada Allah agar awak dan dia tidak saling menyakiti.
Hati, perasaan, emosi, dan segala yang bisa disakiti.

Jauh di sudut sanubari,
dia masih lagi mahu yakin dan mahu terus tetap sabar,
tentang awak
Tentang masa depan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
peliharalah hati mereka ya Allah.
Ampuni hamba-Mu yang leka melayan kecewa 
Bukan kecewa kerana tidak menjadi hamba terbaik-Mu
tetapi kecewa sesama insan
kecewanya wanita kepada lelaki.
Sungguh dia belum sempurna.



Yang benar, 
dia.

kekniss:
Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kekuatan di yang dah hilang
Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan hati,
kadangkala kita perlu menyepi untuk kebaikan diri sendiri.

Sedang bermain di kepala Alasan untuk bahagia,asfan :) mood esok dah kena kerja hurrmm

Wednesday 3 February 2016

Sleeping Typing ker?

Dia jenis manusia yang selalu cakap "benda kecik je", "tadehal", "ok je", "boleh je", "aku tak kisah", "ikutlah" –tapi salah satu yang lain adalah kau cuba untuk tidak mudah melatah, tidak cepat down dan sentiasa kuat. Dia selalu tunjuk kat orang yang Dia nampak kuat, sebab Dia tahu Dia akan kuat bila Dia terus cabar diri sendiri biarpun pedih sebagai bayarannya. Kalau Dia lemah, Dia akan dua kali ganda akan lemah berbanding sebelumnya. Kalau Dia nak nangis bab kehidupan atau ujian, Dia selalu nangis sorok-sorok, sebab Dia taknak orang akan rasa bersalah disebabkan dia. cuma kadang-kadang airmata yang keluar ni airmata yang kau rasa gigih untuk terus bangun - kecewa atau bahagia.


We may have things in common. Luar keras; dalam hancur. Jadi aku tanya lagi sekali apa sebenarnya Dia nak dalam hidup.Dia yakin, Dia pasti, Dia janji. Kejar dan buktikan.Kadang-kadang kita dah ada apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup.Kadang kadang kita dah sentuh, dah pegang, dah rasa, tapi malangnya leka.Kadang-kadang kita tamak, kita boros, kita lupa diri,Dan kadang-kadang kita yang memang celaka.

Berkenaan pula 'just go with the flow' pula. Dulu aku setuju dengan ayat itu. Namun, sebenarnya iavalid untuk sesetengah orang yang ada kehidupan baik. Yang mempunyai kehidupan kurang baik seperti kena buang universiti atau bercinta dengan perompak pam minyak misalnya, takkanlah nak terus ikut flow? Mestilah kena berubah. Kena keluar dari flow dan usaha yang terbaik untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

Dan akhir sekali berkenaan 'Ada jodoh, ada lah. Takda jodoh, jangan jadi bodoh' pula, aku setuju untuk katakan ia selaras dengan konsep kun fa ya kun. Kalau Tuhan kata jadi, maka jadilah. Cuma, bercinta bukan sekadar kun fa ya kun, bercinta perlu mengejar sesuatu yang lebih baik dari kun fa ya kun..

Cuma satu aku nak pesan. Mohon kau pandang sikit hati dia yang rabak tu.yang pernah kau sentuh tu Jangan main taram saja. Kau tengok dia dah mula gelak-gelak tu bukan tanda dia dah sepenuhnya sembuh. Tak. dia cuma tak nak kau rasa bersalah atau mungkin tak nak kau fikirkan dia risaukan dia. Tapi sesekali hormat apa yang dia rasa. Dia tak selalunya kebal. sebab dia pun manusia. manusia yang sangat biasa. Fikirlah elok-elok ada benda kau boleh cakap. Ada benda kau kena fikir apa dia rasa.Dia mungkin tak pernah soalkan. Tapi seharusnya faham dan peka.

Kalau dulu kau boleh je jaga hati dia. Kenapa sekarang tak??


Dia pandang aku lama.
"senyum. thumb up"
 geleng kepala jari di tunjuk ke dada
"Dengan orang lain kau boleh tipu, tapi tak dengan aku"
Dia senyum dan mengalihkan pandangan.


kekniss : tido lahh lewat dah.aku typing sambil mata pejam ke.