Tuesday 9 February 2016

Alasan




Reality bites.
Betul. 
Saat hanya kebenaran yg terbentang di depan mata.
Pedih, dan sakit. 
Adakah seorang dia harus menerima semua?

Mungkinkah? Mampukah secebis hati Hawa itu?
Apakah itu yang awak mahu?
Sejujurnya dia tidak mahu ini jadi begini.
Sungguh dan sesungguhnya hati.

Rasa yakin itu
Rasa percaya itu
Masihkah ada..
Masihkah berpaut?

Dia serahkan kepada Allah S.WT.
Seandainya telah tertulis antara dia dan awak.

Tetapi...

Seandainya awak dan dia bukan, bukan dan bukan,
bukan jodoh satu sama lain dan bukan juga pelengkap hidup sesama sendiri,
dia akan tetap berdoa pada Allah agar awak dan dia tidak saling menyakiti.
Hati, perasaan, emosi, dan segala yang bisa disakiti.

Jauh di sudut sanubari,
dia masih lagi mahu yakin dan mahu terus tetap sabar,
tentang awak
Tentang masa depan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
peliharalah hati mereka ya Allah.
Ampuni hamba-Mu yang leka melayan kecewa 
Bukan kecewa kerana tidak menjadi hamba terbaik-Mu
tetapi kecewa sesama insan
kecewanya wanita kepada lelaki.
Sungguh dia belum sempurna.



Yang benar, 
dia.

kekniss:
Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kekuatan di yang dah hilang
Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan hati,
kadangkala kita perlu menyepi untuk kebaikan diri sendiri.

Sedang bermain di kepala Alasan untuk bahagia,asfan :) mood esok dah kena kerja hurrmm

No comments:

Post a Comment