Wednesday 3 February 2016

Sleeping Typing ker?

Dia jenis manusia yang selalu cakap "benda kecik je", "tadehal", "ok je", "boleh je", "aku tak kisah", "ikutlah" –tapi salah satu yang lain adalah kau cuba untuk tidak mudah melatah, tidak cepat down dan sentiasa kuat. Dia selalu tunjuk kat orang yang Dia nampak kuat, sebab Dia tahu Dia akan kuat bila Dia terus cabar diri sendiri biarpun pedih sebagai bayarannya. Kalau Dia lemah, Dia akan dua kali ganda akan lemah berbanding sebelumnya. Kalau Dia nak nangis bab kehidupan atau ujian, Dia selalu nangis sorok-sorok, sebab Dia taknak orang akan rasa bersalah disebabkan dia. cuma kadang-kadang airmata yang keluar ni airmata yang kau rasa gigih untuk terus bangun - kecewa atau bahagia.


We may have things in common. Luar keras; dalam hancur. Jadi aku tanya lagi sekali apa sebenarnya Dia nak dalam hidup.Dia yakin, Dia pasti, Dia janji. Kejar dan buktikan.Kadang-kadang kita dah ada apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup.Kadang kadang kita dah sentuh, dah pegang, dah rasa, tapi malangnya leka.Kadang-kadang kita tamak, kita boros, kita lupa diri,Dan kadang-kadang kita yang memang celaka.

Berkenaan pula 'just go with the flow' pula. Dulu aku setuju dengan ayat itu. Namun, sebenarnya iavalid untuk sesetengah orang yang ada kehidupan baik. Yang mempunyai kehidupan kurang baik seperti kena buang universiti atau bercinta dengan perompak pam minyak misalnya, takkanlah nak terus ikut flow? Mestilah kena berubah. Kena keluar dari flow dan usaha yang terbaik untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

Dan akhir sekali berkenaan 'Ada jodoh, ada lah. Takda jodoh, jangan jadi bodoh' pula, aku setuju untuk katakan ia selaras dengan konsep kun fa ya kun. Kalau Tuhan kata jadi, maka jadilah. Cuma, bercinta bukan sekadar kun fa ya kun, bercinta perlu mengejar sesuatu yang lebih baik dari kun fa ya kun..

Cuma satu aku nak pesan. Mohon kau pandang sikit hati dia yang rabak tu.yang pernah kau sentuh tu Jangan main taram saja. Kau tengok dia dah mula gelak-gelak tu bukan tanda dia dah sepenuhnya sembuh. Tak. dia cuma tak nak kau rasa bersalah atau mungkin tak nak kau fikirkan dia risaukan dia. Tapi sesekali hormat apa yang dia rasa. Dia tak selalunya kebal. sebab dia pun manusia. manusia yang sangat biasa. Fikirlah elok-elok ada benda kau boleh cakap. Ada benda kau kena fikir apa dia rasa.Dia mungkin tak pernah soalkan. Tapi seharusnya faham dan peka.

Kalau dulu kau boleh je jaga hati dia. Kenapa sekarang tak??


Dia pandang aku lama.
"senyum. thumb up"
 geleng kepala jari di tunjuk ke dada
"Dengan orang lain kau boleh tipu, tapi tak dengan aku"
Dia senyum dan mengalihkan pandangan.


kekniss : tido lahh lewat dah.aku typing sambil mata pejam ke.

No comments:

Post a Comment