Friday 27 November 2015

Girl On Fire

To become the Mockinjay.... Could any good I do possibly outweigh the damage?

Kalau kau betul nak jadi Mockingjay kau kena pandai untuk buat keputusan. Kau mungkin dianggap selfish bilamana kau hanya mahu capai target tanpa melihat keliling. kau hanya mahu membunuh yang satu itu je. Orang cakap apa saja yang boleh mencapat target kau terima biarpun mati gantinya. Cuba kau fikir betul-betul kanan kau penuh duri dan kiri kau penuh racun mana kau nak pilih? Dan berapa kali kau kena berhadapan dengan damage yang sangat teruk. put out your emotional then fight even kau dah rabak sangat. Fight for inner conflict really hard you know.

Sama jugak demi keamanan demi kesejahteraan demi kebahagian kau kena fikir kesudahan bagaimana. Kena pandai untuk buat pilihan demi semua orang. macam mockingjay sama ada nak bunuh Snow atau pun Coin sebab dua- dua tu pembunuh sebenarnya, penuh dengan agenda maka dia pilih untuk melepaskan panah pada Coin yang pada mulanya diajukan pada snow. dan snow mati ditangan capitol. dan akhirnya Keamanan dapat dicapai.

Dan penghujung cerita sedih bilamana rasa kehilangan itu sangat pedih. Rasa kekosongan yang amat sangat. Tapi bilaman ada seseorang yang sanggup bersama untuk hilangkan rasa itu. Itulah penyudah kisah


"Peeta : Do you love me for real or not real?"
"Katniss : Real ."

Mungkin pada awalnya Gale itu aku ingat yang akan dengan katniss sebab peeta pun dah macam tak waras. tapi dikatakan takdir the end katniss endup jugak dengan peeta. walau macam-macam perkara dia lalu sampai satu ketika dia fedup. tapi katniss percaya dengna peeta yang dia mampu normal seperti sediakala.

Macam tu juga la. Kalau nak build up balik bila dah jatuh nak taknak kau kena sambut jugak tangan yang ada depan mata tak kisah la sesiapa pun even orang yang ranapkan kau pun. Demi kelangsungan hidup. Takdir tuhan siapa kita mahu menidakkannya.

Jangan terus telan pil nightlock. mati sia-sia

So be someone yang brave strong and get up like there is no one can hurt you darling. survive. there is hope there. Even senipis urat benang.

"Mockingjay, May your aim be as true as your heart pure"


here,
Ketniss Eberdeen

Wednesday 25 November 2015

HIDUP DALAM MATI








Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati


Somebody send me this pepagi tadi... hahah ape maksudnye woii... sebelum ni aku just dengar by radio je tak depun nak check video clip dye.. then this morning aku checkup pasal makhluk ijau ni beria suruh aku buka. celake.


okay baru aku faham apebenda. ade rasa jugak la video ni bila this lady put the gun on the head. gila nak bunuh diri sebab cinta. Aku nampak macam bodoh?


Ikut hati mati
Ikut rasa binasa

Tapi aku tak ikut hati, tapi aku dah pun mati. Aku tak ikut rasa, tapi tetap jugak binasa.

Orang kata jangan mudah percaya dan beri sayang tu sewenangnya. Jangan terlalu murah dengan sayang sebab kelak makan diri. Habis kau fikir aku tabur sayang aku mengikut angin lalu? Biar terbang rawak. Bertebaran lah sejauh mana dia mampu. Rebahlah pada yang dia mahu. Sayang itu aku jaga, aku bendung biar tak pergi ke orang yang tak selayaknya. Aku tahu. Tapi mungkin aku silap sebab aku tak jaga hati aku sebetulnya. Hati yang timbulkan rasa sayang. Sayang aku ikat tahan, tapi hati aku lepas bebas.

Jangan bagi ruang untuk hati disakiti. Tapi mana kau tahu hati kau akan sakit kalau kau sedang kecap bahagia. Sayang baru berputik, semua nampak indah. Yang buruk pun dikata elok. Kau kata itu buta tuli, pergi mati sana sebab kau mungkin tak pernah rasa nikmat cinta sampai kau jadi bodoh. Akal boleh realistik tapi hati tak kan pernah boleh waras. Dalam berjaga kau tergelincir. Tenggelam dalam nikmat perasaan sampai lupa kemungkinan yang menanti dihadapan.

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Sakit. Memang sakit. Sakit yang tak boleh nak diungkap.

Menangis selagi kau boleh. Benam hati kau sedalam yang kau mahu. Layan remuk redam selagi kau mampu

Aku mahu kau tahu, ini bukan salah kau sayang. Kau tak bodoh. Menyerahkan hati pada yang dia yang masih kelabu tu bukan satu kesalahan. Lumrah manusia.  Biarkan. Beri dia peluang. Lepaskan dia melangkah sejauh mana dia mahu. Tengok destinasi mana mahu dia berhenti. Sebab kau perlu tahu mana letak duduknya kau dan dia.

Dan kau cuma perlu kuat. Sekuat batu kerikil. Berhenti tanya apa salah kau. Dan alihkan jari kau dari terus menuding pada dia. Tak perlu terlalu mencari di mana silap. Abaikan mahkluk keliling dan pelbagai cakap kerana mereka tak tahu apa sebenarnya yang wujud antara kau dan dia. Dan rahsia itu biar terus kekal disitu. Simpan. Kerana banyak mana pun yang kau ungkap, setulus mana kau luah, ia masih tak sama apa yang di dalam.

Hakikat sebenar yamg kau perlu sedar, hati tu bukan sekadar untuk bahagia. Derita sentiasa menanti untuk mengambil tempat. Ada sisi lain selain putih. 


Sudah, kesat air mata. Lalui hari kau seperti masih punya pelangi. Bertenang. Teruskan hidup dan bersedia. Lihat ke mana takdir akan membawa kau.

Tapi aku kesian pada perempuan tu.. Apehal rasacm bercakap dengan.video neh hahah pagi lagi dah melayan... kerja oii

Hadap





terima saja.
nak lari, hendak ke mana?

kadang2 dunia seperti sengaja mahu kita menyungkur dan terkambus ke kerak tanah yang paling dalam. seolahnya, lagi kita kata kita mahu untuk tetap cuba, lagi dia ketawa besar mahu kita tersembam.macam aku selalu katakan...masuk selam bawah tanah..apa yang tak membunuh kita, akan bikin kita lebih kukuh.

benar.
tapi kalau menderu2 serangan menubi kita yang tak langsung berpayung pun ini, ada masa, mahu juga kita hulur anggota untuk terus dikelar lehernya.
kill me, and get it over and done with.

tapi kalau mati, rugi.
sebab selagi kita mahu menanam sabar, selagi itu harapan tetap ada.
ribut datang sebelum pelangi.
rebah datang sebelum bangkit.
remuk datang sebelum pulih.
pecah datang  sebelum bercantum semula.
malam datang sebelum matahari pagi.
gunung meletus sebelum disuburkan bukit.
kita kena sabar.

kena.


#ringkasnyaseorangaku


JALAN PILIH




Cinta tu kan buta. Perasaan itu memang diturunkan satu dari sembilan puluh sembilan bahagian atas muka bumi tu dengan sifat tak realistic. Hanya perasaan tu sahaja yang real.

Beritahu aku berapa banyak manusia jadi bodoh atas dunia dek kerana cinta. Aku salah satunya. Dan kau tak terkecuali. Kita sama-sama pernah rasa duduk di tempat masing-masing. Jadi jangan cakap aku buta kalau kau jugak pernah tuli. Berhenti tanya kenapa nak jadi bodoh kalau kau sendiri pernah ada sikap bodoh. Setiap sebab yang aku beri tak jauh lari dengan alasan yang kau pernah bagi. Sayang. 

Panggil aku indenial, sikit tak bergerak. Sepanjang hidup kau merasa cinta, apa tak pernah sekali kau duduk dalam situasi cuba menafi yang sesuatu yang pasti? Berharap juga pada yang tak pasti?

Cinta tu tak cuma datang dalam bentuk yang membahagiakan. Dah dijanjikan Tuhan yang baik itu pasti punya sisi buruk. Sama ada kau, aku, mahupun perasaan yang tak dilihat itu. Kita semua pernah memperjudi hati demi rasa yang tak pasti sejauh mana akan kekal. Bermain cinta yang tak tahu sekuat mana. Membina sejuta harapan yang entah lama mana akan bertahan. Masih kita mahu berjalan atas takdir ciptaan kita yang entah membawa ke arah mana.

Setiap kali kita mempertaruh janji yang tak pasti, setiap kali jugak risiko menanti. Risiko yang kita tahu setiap satu daripadanya bakal membunuh. Aku telan setiap madu yang aku terima, aku hadam setiap racun yang aku dapat. Biasalah, pepatah omputih ada kat
if you can’t handle me at my worst, you don’t deserve me at my best’. Dengan rela hati kita terima apa ada nya.

"Kalau berlopak jalan kau pilih..dan sanggup ke redah... Kau kena terima kesudahan jalan yang berlopak tu Tapi jika kau mampu tampal atau baiki lopak tu sebelum penghabisan.. cerita nya jadi laen..tetapi jika kau paksa menerima benda yang da lopak , tak dapat dibetulkan dan masih kau langgar lopak tu....tu tanda kau bodoh.sebab ia akan buat kau lagi teruk dan rosak.."

"Aku malas nak terus terang..jadi harap kau faham sinisan aku"

Macam mana kita mencuba untuk pasak kaki atas dasar perasaan yang kita cuba jaga, macam tu jugak kuatnya kita diuji. Dan aku masih bertahan ditempat asal. Dan kau masih terus menecuba.


Entah, mungkin ini yang orang kata cinta pelarian.

"Perasaan kau dan dia still sama kan, tak ada beza, I mean maintain macam tu? Diam
"If yes percaya pada takdir. Insyaallah" 

Orang kata masa dan ruang itu mampu mengubah segala. Kadang bila kau terlalu cinta, kau lupa untuk memberi sedikit jarak antara kau dan dia.Entah kau yang silap langkah, atau dia yang salah langkah. Ah, setiap haluan ada hitam dan putihnya. Takpe, berilah ruang dan masa untuk dia kalau itu yang dia minta. Mungkin yang buruk boleh jadi baik. Siapa tahu?

Kalau lah semudah meniup angin lalu membiar segala macam rasa hilang, aku rela hidup seribu tahun lagi. Sebab sakitnya hari ini tak ubah seperti di se
ksa seribu tahun.

Kekniss: Hujan turun lagi...lebat.

Monday 23 November 2015

Untold Logging

Sometimes, I put my hand on my chest,and said,

"Hey heart...are you ok today?How you holding up?do you really exist here?..or have you broken into pieces,and scattered by the cruel life's wind?'......

when i feel their beat,I know it's still there.....mybe still loging for you...but

Too late...everything has changed now....

kay.E




even I love you,
you'll never see it,
___________________________________________________________________







Silent Thought







"I try to talk , but i don't know what to say. Im afraid of something. So I don't.But inside of me there are words waiting to come out.And tell you how i feel. But those words may forever stay in my heart-locked inside.Sometimes i wonder if there are words locked inside u too....but i'll never know"





keknis: nothing to say


Sunday 22 November 2015

PEREMPUAN MACHO 2

Beberapa hari yang lepas, Aku berborak dengan seorang hati perempuan macho macam aku baru dipatah-patahkan, Mungkin ada segelintir manusia di atas bumi yang menyangka kalau mematahkan hati perempuan yang macho, it's okay. Takpe, dia kan kuat. Dia boleh get through this. Perempuan tu nanti lambat laun boleh bangkit berdiri semula, no problem. Kalau ada yang kedua, yang lebih manja dan tak macho sangat, itu tak boleh ditinggalkan, nanti meroyan sampai mampus, susah. Jadi lebih baik perempuan yang macho itu ditinggalkan. Sebab dia mungkin dah biasa, hati dia dah kental.Dan Terkeluar dari mulut dia sendiri "Lelaki semua sama, tau nak sedap je.. bila dah bermasalah kau lepas macam tak ada apa-apa berlaku"

Shit.

Secara tiba-tiba aku setuju dan mengiakan kenyataan tersebut.Mahu gelak rasanya bila bercerita mengenai tanggungjawab. jangan persoalkan tanggungjawab kalau diri sendiri tak faham apa itu bertanggungjawab! Oh lelaki tak guna tak guna tak guna.. tu Yuna kata aku tak kata.. 

Mungkin segelintir manusia itu terlupa bahawa perempuan macho itu adalah perempuan juga, dan kondisi hati itu tetap sama, tak kira dia macho atau tidak. Hati mentah berdarah kalau dipatah-patahkan, buat cicah sambal kicap dan dimakan dengan nasi, pasti rasanya kurang enak sekali. Rasa sakit yang terasa tetap sama. Tetap bisa.Bukan senang perempuan ni nak tutup kisah hitam dia macam tu je dan sampai mati dia akan dihantui dengan sejarah hitam tersebut dan tak lagi rasa diri berharga dah rasa tak ada nilai lagi penuh dengan noda dan coreng-coreng hitam.Mahu menerima yang lain? Jangan bermimpi. Tapi bagi dia dikunci mulut dan hati tanpa mempersoalkan tentang itu. Wah berbahagianya seorang lelaki seperti tu.. Katanya "Biarlah demi menjaga maruah nama status dan pangkat biarlah dirahsiakan saja perkara itu" Ditenung mata berkaca manusia yang mengajar erti kesengsaraan hidup dan manusia juga yang mengajar erti cinta sejati yang harus dibayar dengan air mata derita. Dari hati turunnya kemata yang tak akan pernah pandai menipu walaupun sehabis baik pandangan ditutup dengan semanis-manis senyuman. 

Hidup harus juga diteruskan seperti biasa. untuk orang yang bakal tengok dunia tak lama lagi.. dan dia sentiasa berhubung dengan lelaki tu dan lelaki tu pun tak pernah tinggalkan dia dalam keadaan macam tu. Tapi pada dia aku tahu masih ada harapan walaupun senipis tali benang. tak jauh beza pun macam aku jugak..celaka. stupid finger

Mungkin kalau perempuan yang biasa, jika hati dia berdarah dan patah, masih boleh menangis dan meraung. Tapi kau tunggu la nanti empat lima bulan lepas tu, mungkin dia sudah move on. Mungkin setengah tahun selepas itu, dia dah boleh tersenyum. Tapi hati perempuan macho ini kebanyakannya sudah sedia keras, sudah pernah dipatah-patahkan oleh bajingan bajingan terdahulu. Jadi bila dah keras, bila jatuh terhempas, kepingan yang patah bukan setakat dua, mungkin tiga puluh tiga.

Kami mungkin sedikit aggressive, mungkin sedikit angkuh, dan ada ego yang sangat tinggi. But we know what we want, and we pursue it, fast and furious. Because our eyes are selective and picky, and we do not let wild hearts come into our territory. We see those who we want, only those who we want, because we want them. We put efforts, we go beyond the distance, kami berikan masa dan ruang, walau tiada komitmen ataupun declaration. Kenapa? Sebab kami percaya akan konsep memberi tanpa  menerima. 

And the least you could do is to not break our hearts. Or atleast break it nicely.

And this actually apply to everybody, bukan setakat perempuan macho je. If you think that you can hurt someone and treat them like a complete jerk just because they seems to be strong enough to handle it, no, you are wrong. Because a person that truly love you for who you are will embrace your bullshits, treat you nicely even when you stabbed them in the face, and will always be stupid enough to crawl back to you.

And maybe when it's gone, you finally realize that their feelings are real, and you've lost the love.

kekeniss:Berdoa sahaja untuk yang terbaik Kisah manusia sudah disusun secantik-cantiknya dan kebahagiaan itu datang darinya...Cuma tinggal masa untuk dilepaskan perlahan-lahan.. Syahdu pulak rasa tetiba.. tak sabar ni nak beli baju baby.. :D

Lets fate fares us better.

Assalamualaikum all...

Today saya terasa nak kongsi sesuatu..mungkin berguna dan bermanfaat untuk semua...korang pernah tak rasa terluka..tak kisah la...kecewa dengan sesiapa pun dan rasa torn apart inside and out..rasa macam dah tak mampu nak bangun...dan tak terkecuali jugak dengan Conflict of interests... Literally and figuratively...dan perkataan Torn apart inside and out.. Memang sakit. because..the hardest battle is when you’re against yourself...Tapi kena ingat jugak something yang kita suka tak semestinya baik untuk kita, dan something yang kita tak suka, mungkin sebenarnya baik untuk kita...A versus through and through...By all the senses and meanings of the word.....
"Sooth you anytime"

Dan bila macam tu percaya atau tidak...All verses in the Quran are like personal love letters from God to us. Tak percaya??..sila la tengok dia punya translation...If you want to find solace and calm for the sore, the words will heal it straight away..macam ayat memujuk dalam al-Insyirah and ad-Dhuha. Sooth you anytime. Sweet!..trust me..i feel it..
Al Ankabut(29:2):
"Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji??"

Ayat yang selau dipegang bila hati luka diuji..When faith is put at test..Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar..itu janjiNya...Walau apa pun jadi ingat apa yag selalu Dia selalu pesan..Allah tak akan membebankan HambaNya dengan apa yang dia tak mampu...Dan bila kita rasa sungguh-sunguh tak mampu lagi dah sampai nak wishing for penamat hayat..pun Allah dah bagi cara-cara nak hadapinya

Narrated from Anas:Rasulullah bersabda:'None of u should long for death because of a calamity that had befalled him; and if he cannot,but long for death,then berdoalah
"Ya Allah,let me live as long as life is better for me and take my life if death is better for me,"
(Sahih Buukhari 8/6351-o.p.362)

tapi korang jangan la sampai doa dipercepatkan mati pulak..ini pun kalau thing're too much to bearMintak la dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan,Allah tu dekat..

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku,maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar meraka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah:186)

No matter what,no matter when,no matter when it doesn't make sense.DO NOT leave u Love Letter's Compilation (i.e kita punya Ultimate Life Manual,The Al-Quran).It is last thread to sanity even if everything else failed..okei..:)

Betul maybe life breaks us all,but in the end we are stronger in the broken places....Dalam Islam tiada kebetulan,Everything is fated..Only changed by God's will,effort and Doa.....

___________________________________________
Nota Contengan:Segala yang berlaku adalah kehendak Allah..jadi dengan Dia jugak la kita mintak...:)

Sharing is Caring...
May Allah Bless,
Saya,kekniss

Friday 20 November 2015

Kisah Kita

Terdiam kamu tanpa bicara
Tak mengulas apa kan terjadi

Membisu aku kerana buntu
Tak dapat ku memutuskan kisah kita

Cinta telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta kau dan aku

Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya sebenar benar cinta

Kisah kita ternyata cuma sebentar




kekniss: "Awak telah mengajar saya erti kesengsaraan hidup..dan Awak jugak  telah mengajar saya erti cinta sejati yang terpaksa saya bayar dengan air mata dan derita"~ekekeke woii drama je pilot cafe script hahhahaah acah-acah jadi sharmila :P

Wednesday 18 November 2015

Balik Cuti

Teringat pebualan antara kakak kakak beserta puan emak mengenai kahwin. Ya Kahwin. Kata puan emak bukan tak pernah bercakap dengan encik abah yang sekarang ni berhobi baru. Adeyh

“Abahnye kotye sesimpan la duit tu buat kenduri anak nak kahwin nanti”
“Hah sape nak kahwin?”
“Ai anak abah ade 2 orang lagi tu tak kahwin lagi”
“aduh, dapur tak siap lagi”

Hanya mampu bergelak sahaja. Begitulah sekiranya semua adik beradik berkumpul.

“Adik, ade siapa-siapa dah ker?”

Mahu tersembur nasi dalam mulut. Kot nye nak bertanya sabar la dulu. Aku hanya mampu senyum.. mengiakan pun tidak menidakkan pun tidak.

“Alaa Dik nanti kahwin suh abah buat kat dewan senang ambik je catering semua.”Along bersuara

Diaorang ni bercakap macam aku je yang nak kahwin dah. Ade tande ke kat dahi ni. Adeyh laa

“Abah tak nak la Long majlis kat dewan”” kompom abah tak nak? Pujuk la bah”
“Mak ko nak kahwin nanti ke nak bertunang nanti ker takpayah nak berglamor-glamor berpelamin bagai, cukup cincin, quran dgn sirih junjung dah tak payah nak hantaran banyak-banyak, Duit hantaran pun terserah pada lelaki nak bagi berapa. Bukan hak kita nak letak berapa-berapa.” Bayak ngomel pulak puan emak harini.

Memang pada aku, aku bukan jenis yang nak glamor-glamor cukup semua sekadar ada pun dah cukup selebihnya boleh je nak bawak berjalan. Sebab aku kaki jalan. Pernah aku cakap pada kak long.

“ Long aku kahwin nanti aku tak nak la sanding-sanding bagai.. letak meja makan je cukup. Bertuang pun tak payah nak pelamin jemput org ramai-ramai..senyap-senyap sudah” sambil gelak-gelak masa tu sebab sibuk ade orang nak datang merisik si kakak nih.
“ ish ko ni ade ke tanak sanding-sanding” tak nak la aku membazir.
“Ko kawin nanti dik aku jangan lupa, sebentuk pun jadi la” hahaah si kakak menambah
“jangan la mahal-mahal tak kawin aku” seloroh adik beradik memang macam tuh

Cume entah la.. Soal jodoh memang susah nak diterjemahkan dalam situasi aku yang sememangnya realiti yang susah nak dijelaskan

ni soal jodoh. Kalau dia bukan jodoh awak, macam mana awak cuba ambik hati dia  pun, awak tak kan kahwin dengan dia. Tapi kalau dia memang jodoh awak, awak kawan biasa dengan dia pun dia tetap akan kahwin dengan awak. Soal jodoh ni bukan isu jatuh cinta atau tak. Orang yang tak pernah bercinta pun boleh kahwin. Jadi awak jangan cakap  yang dia tak kan suka awak dan awak tak kan kahwin dengan dia. Nampak tak kuasa Tuhan dekat jodoh tu? Masa depan kita tak tahu. Lagi-lagi soal hati dan perasaan ni.


~Mohon jangan diletakkan terlalu tinggi harapan takut nanti ada luka disetiap bait senyuman. Aku cuma senyum dan diam. Entah lah.