Wednesday 25 November 2015

Hadap





terima saja.
nak lari, hendak ke mana?

kadang2 dunia seperti sengaja mahu kita menyungkur dan terkambus ke kerak tanah yang paling dalam. seolahnya, lagi kita kata kita mahu untuk tetap cuba, lagi dia ketawa besar mahu kita tersembam.macam aku selalu katakan...masuk selam bawah tanah..apa yang tak membunuh kita, akan bikin kita lebih kukuh.

benar.
tapi kalau menderu2 serangan menubi kita yang tak langsung berpayung pun ini, ada masa, mahu juga kita hulur anggota untuk terus dikelar lehernya.
kill me, and get it over and done with.

tapi kalau mati, rugi.
sebab selagi kita mahu menanam sabar, selagi itu harapan tetap ada.
ribut datang sebelum pelangi.
rebah datang sebelum bangkit.
remuk datang sebelum pulih.
pecah datang  sebelum bercantum semula.
malam datang sebelum matahari pagi.
gunung meletus sebelum disuburkan bukit.
kita kena sabar.

kena.


#ringkasnyaseorangaku


No comments:

Post a Comment