Wednesday 25 November 2015

JALAN PILIH




Cinta tu kan buta. Perasaan itu memang diturunkan satu dari sembilan puluh sembilan bahagian atas muka bumi tu dengan sifat tak realistic. Hanya perasaan tu sahaja yang real.

Beritahu aku berapa banyak manusia jadi bodoh atas dunia dek kerana cinta. Aku salah satunya. Dan kau tak terkecuali. Kita sama-sama pernah rasa duduk di tempat masing-masing. Jadi jangan cakap aku buta kalau kau jugak pernah tuli. Berhenti tanya kenapa nak jadi bodoh kalau kau sendiri pernah ada sikap bodoh. Setiap sebab yang aku beri tak jauh lari dengan alasan yang kau pernah bagi. Sayang. 

Panggil aku indenial, sikit tak bergerak. Sepanjang hidup kau merasa cinta, apa tak pernah sekali kau duduk dalam situasi cuba menafi yang sesuatu yang pasti? Berharap juga pada yang tak pasti?

Cinta tu tak cuma datang dalam bentuk yang membahagiakan. Dah dijanjikan Tuhan yang baik itu pasti punya sisi buruk. Sama ada kau, aku, mahupun perasaan yang tak dilihat itu. Kita semua pernah memperjudi hati demi rasa yang tak pasti sejauh mana akan kekal. Bermain cinta yang tak tahu sekuat mana. Membina sejuta harapan yang entah lama mana akan bertahan. Masih kita mahu berjalan atas takdir ciptaan kita yang entah membawa ke arah mana.

Setiap kali kita mempertaruh janji yang tak pasti, setiap kali jugak risiko menanti. Risiko yang kita tahu setiap satu daripadanya bakal membunuh. Aku telan setiap madu yang aku terima, aku hadam setiap racun yang aku dapat. Biasalah, pepatah omputih ada kat
if you can’t handle me at my worst, you don’t deserve me at my best’. Dengan rela hati kita terima apa ada nya.

"Kalau berlopak jalan kau pilih..dan sanggup ke redah... Kau kena terima kesudahan jalan yang berlopak tu Tapi jika kau mampu tampal atau baiki lopak tu sebelum penghabisan.. cerita nya jadi laen..tetapi jika kau paksa menerima benda yang da lopak , tak dapat dibetulkan dan masih kau langgar lopak tu....tu tanda kau bodoh.sebab ia akan buat kau lagi teruk dan rosak.."

"Aku malas nak terus terang..jadi harap kau faham sinisan aku"

Macam mana kita mencuba untuk pasak kaki atas dasar perasaan yang kita cuba jaga, macam tu jugak kuatnya kita diuji. Dan aku masih bertahan ditempat asal. Dan kau masih terus menecuba.


Entah, mungkin ini yang orang kata cinta pelarian.

"Perasaan kau dan dia still sama kan, tak ada beza, I mean maintain macam tu? Diam
"If yes percaya pada takdir. Insyaallah" 

Orang kata masa dan ruang itu mampu mengubah segala. Kadang bila kau terlalu cinta, kau lupa untuk memberi sedikit jarak antara kau dan dia.Entah kau yang silap langkah, atau dia yang salah langkah. Ah, setiap haluan ada hitam dan putihnya. Takpe, berilah ruang dan masa untuk dia kalau itu yang dia minta. Mungkin yang buruk boleh jadi baik. Siapa tahu?

Kalau lah semudah meniup angin lalu membiar segala macam rasa hilang, aku rela hidup seribu tahun lagi. Sebab sakitnya hari ini tak ubah seperti di se
ksa seribu tahun.

Kekniss: Hujan turun lagi...lebat.

No comments:

Post a Comment