Wednesday 18 November 2015

Balik Cuti

Teringat pebualan antara kakak kakak beserta puan emak mengenai kahwin. Ya Kahwin. Kata puan emak bukan tak pernah bercakap dengan encik abah yang sekarang ni berhobi baru. Adeyh

“Abahnye kotye sesimpan la duit tu buat kenduri anak nak kahwin nanti”
“Hah sape nak kahwin?”
“Ai anak abah ade 2 orang lagi tu tak kahwin lagi”
“aduh, dapur tak siap lagi”

Hanya mampu bergelak sahaja. Begitulah sekiranya semua adik beradik berkumpul.

“Adik, ade siapa-siapa dah ker?”

Mahu tersembur nasi dalam mulut. Kot nye nak bertanya sabar la dulu. Aku hanya mampu senyum.. mengiakan pun tidak menidakkan pun tidak.

“Alaa Dik nanti kahwin suh abah buat kat dewan senang ambik je catering semua.”Along bersuara

Diaorang ni bercakap macam aku je yang nak kahwin dah. Ade tande ke kat dahi ni. Adeyh laa

“Abah tak nak la Long majlis kat dewan”” kompom abah tak nak? Pujuk la bah”
“Mak ko nak kahwin nanti ke nak bertunang nanti ker takpayah nak berglamor-glamor berpelamin bagai, cukup cincin, quran dgn sirih junjung dah tak payah nak hantaran banyak-banyak, Duit hantaran pun terserah pada lelaki nak bagi berapa. Bukan hak kita nak letak berapa-berapa.” Bayak ngomel pulak puan emak harini.

Memang pada aku, aku bukan jenis yang nak glamor-glamor cukup semua sekadar ada pun dah cukup selebihnya boleh je nak bawak berjalan. Sebab aku kaki jalan. Pernah aku cakap pada kak long.

“ Long aku kahwin nanti aku tak nak la sanding-sanding bagai.. letak meja makan je cukup. Bertuang pun tak payah nak pelamin jemput org ramai-ramai..senyap-senyap sudah” sambil gelak-gelak masa tu sebab sibuk ade orang nak datang merisik si kakak nih.
“ ish ko ni ade ke tanak sanding-sanding” tak nak la aku membazir.
“Ko kawin nanti dik aku jangan lupa, sebentuk pun jadi la” hahaah si kakak menambah
“jangan la mahal-mahal tak kawin aku” seloroh adik beradik memang macam tuh

Cume entah la.. Soal jodoh memang susah nak diterjemahkan dalam situasi aku yang sememangnya realiti yang susah nak dijelaskan

ni soal jodoh. Kalau dia bukan jodoh awak, macam mana awak cuba ambik hati dia  pun, awak tak kan kahwin dengan dia. Tapi kalau dia memang jodoh awak, awak kawan biasa dengan dia pun dia tetap akan kahwin dengan awak. Soal jodoh ni bukan isu jatuh cinta atau tak. Orang yang tak pernah bercinta pun boleh kahwin. Jadi awak jangan cakap  yang dia tak kan suka awak dan awak tak kan kahwin dengan dia. Nampak tak kuasa Tuhan dekat jodoh tu? Masa depan kita tak tahu. Lagi-lagi soal hati dan perasaan ni.


~Mohon jangan diletakkan terlalu tinggi harapan takut nanti ada luka disetiap bait senyuman. Aku cuma senyum dan diam. Entah lah.

No comments:

Post a Comment