Sunday 14 February 2016

Rasa Tepi

Ahh, Kau. Dalam keadaan macam ni pun masih lagi nak pertahankan rasa ego. Cakap kau masih sayang dia. dan perasan itu benar belaka. Bukan satu penipuan. Tapi aku tanya mampukah kau? Atau itu hanya akan bakal mengundang jawapan sepi yang mampu meruntuhkan  lagi rasa yang sudah sedia ada? Hanya mampu serah pada masa, serah pada situasi yang bakal berulang saban hayat.

“riak tak punya perasaan. Sembunyi lagi”

Dan itu adalah situasi kali ini. Keadaan kembali sunyi seperti selalunya. Hilang lagi. Sepi lagi. Sendiri lagi. Untuk yang entah ke berapa kalinya. Dan Kau? Masih di sini. Setia menunggu pada sesuatu yang kau tak tahu untuk masa hadapan bagaimana.

Tapi bila difikir semula, bukan ego yang kau pertaruhkan untuk merebut sayang itu. Sebab kau nampak takdir depan mata. Yang mana takdir hidup kau bukan ditentukan sesiapapun tapi DIA. Iya, kau mahu kata takdir itu ditentukan Tuhan. Iya, kau tidak punya kuasa untuk menentukan apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Tapi kau percaya, kau yakin dan kau akur. Banyak benda yang tidak dapat kau ramal tapi dia? Dan kau nampak itu. Dan kenapa kau masih bersama walhal kau tahu hakikat sebenar? Sebab kau mahu kecap bahagia yang seketika bersama dia dalam hayat yang mungkin tak berapa panjang. Cukuplah itu sahaja. Biar hidup ini kau jalani dalam keadaan puas kau penuhi setiap apa keinginan kau.

Kenapa sayang yang diberi dibalas dengan sepi? Kenapa rindu yang menghantui dihadiahkan dengan kehilangan? Dan kenapa kau masih kuat menunggu hanya pada yang satu? Sudah butakah mata ini? Sudah jelikkah hati ini pada yang lain? Jawapannya hanya ada pada dia. Dan dia tak punya jawapan. Dan kau? Rasa rindu ini tak akan pernah pudar. Walau dihambat masa. Walau dihambat usia. Mungkin dia perdagang kata sayang seluruh dunia. Tapi kau tahu menilainya. Dan biar kau sendiri yang ketahuinya.

“pandangan itu kau faham maksudnya”

“Kau mungkin pernah merasa remuk kerana cinta. Kau mungkin pernah merasa hancur kerana cinta. Tapi cuba kau rasa pula pada rindu yang tak pernah mahu lekang dalam hati. Dan baru kau tahu betapa seksa punya hati yang sebegitu.”


Kekniss: Esok cuti apa? hahaha genite alls....

No comments:

Post a Comment