Saturday 9 January 2016

SURAT SELIT CELAH DOMPET

Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,

Hari ni cinta masih kuat, rindu masih terpahat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Masa semakin mencemburui kita,
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.
Awak pernah selit surat dalam dompet saya, 
2 bulan selapas itu baru saya sedar..saya ingat.

Awak,

Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Entah saya juga takut kalau-kalau perasaan itu kurang,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.

Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.

Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,

saya kena biasakan diri tanpa awak,
Ya awak tetap ada,
Tak mungkin lagi seperti selalu,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,

mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.

Deep kan ayat tadi?

Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.

Awak,

Jika hubungan ini benar akan berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
mungkin sebab saya ni perempuan macho,
Apa orang lain pikir, saya tak peduli,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,

Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,

maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.

Tiba-tiba, saya rasa melankolik,

rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.

Jika tanpa saya atau adanya saya,

benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.


Sebab apa, sebab saya tahu saya akan tunggu awak,

walau awak tak nak saya berharap pada yang tak pasti,
Saya tak berharap pada awak tapi saya berharap pada yang kat atas sana.

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,

semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang teramat sayang untuk awak yang kacak tapi kadang kadang mengada.

Senyum sahaja demi satu kebahagian yang diperlukan dalam hidup ini.


p/s : Kasih sayang dan cinta adalah macam kau tunggu kat stesen kereta api. Kadang-kadang kereta api tu sampai tapi bukan ke destinasi yang kau mahu. Kadang-kadang kereta api akan terlepas walau kau dah lama menunggu. Kadang-kadang tersalah tiket, menunggu terlalu lama, tapi kereta api tak juga kunjung tiba. Bila terlalu lama menunggu, akan mula putus asa, dan akhirnya kereta api tiba jugak. Adakah kita manusia yang akan terus menunggu?

Manusia yang sembunyikan perasaan dan terus menunggu?
Atau pun manusia yang enggan menahan lagi perasaan dan berdiri meluahkan perasaan yang terbuku?

Hidup kita. Kita yang tentukan.


Menunggu sepanjang hari bukanlah tindakan yang bodoh. Sebab apa? sebab dekat situlah apa yang kita masu sedang diuji. Apakah kita mampu menunggu seseorang sepanjang hayat??


kekniss: kisah mocha tu ada tapi nanti guwa upload. kakak guwa dah panggil dua tiga kali dah suruh bekpes. 


No comments:

Post a Comment