Saturday 16 July 2016


Alhamdulillah.
dkurniakan manusia yang memahami kehendak dan naluri aku. Manusia yang buat manusia macam aku kenal dan mengerti hakikat bahawa matahari akan muncul selepas hujan lebat dan mengeringkan segala sisa yang bisa buat kaki tergelincir jika hujan berterusan. Terima kasih atas kurnia. Terima kasih atas satu kesempatan yang pastinya tidak akan dipersiakan.

Usai solat tadi aku nampak satu ayat yang mampu merenggut kesabaran jika aku masih lagi tertinggal di belakang. Tetapi kali ini, anehnya, tiada lagi detakan di hati - tiada lagi debaran di jantung saat lihat benda yang tidak sepatutnya. Tiada lagi gigi menggigit bibir menahan amarah, tiada lagi paluang gendang syaitan merasuk marah setiap kali perlu menyucikan segala onar yang terlintas depan diri.



"Ai maafkan you"


Now I know why you fade away just like bubbles from my life.
Thanks heart. U become stronger & never beat for useless brat anymore.

Sekarang aku tahu kenapa aku boleh buat keputusan paling berat dalam hidup aku. Kenapa aku boleh bergerak menjauhi segala kesakitan dan memburu kebahagiaan dan kegembiraan aku sendiri - bukan untuk sesiapa bahkan untuk diri sendiri yang aku sayangi. Terima kasih hati, yang paling penting sekali, terima kasih Allah.

"Kau minum kopi lagi?"
"Minum. Kenapa?"

"Still minum kopi?"
"Aku rasa aku memang hidup dengan kafein"

"Jadi, hidup macam mana sejak kebelakangan ini?"
"Baik, macam aku beritahu kau, manusia kadangkala perlu berbeza"

"Oh, sama konsep dengan kopi?"
"Kadangkala Kopi O boleh juga duduk sama meja dengan Frappucino"

Dia tetap ada. like guardian angle. I keep you inside pada lapisan terdalam. Duduklah situ diam-diam. Mocha.

Kopi O.
Itu mungkin lebih baik untuk digandingkan dengan Frappucino.
InsyaALLAH.

"Sebab Frapu bukan hadiah, tapi anugerah. Dan anugerah itu adalah amanah
[Mocha,170716]

No comments:

Post a Comment