Saturday 16 July 2016

Mocha 3


Alhamdulillah.
dkurniakan manusia yang memahami kehendak dan naluri. Manusia yang buat manusia macam kenal dan mengerti hakikat bahawa matahari akan muncul selepas hujan lebat dan mengeringkan segala sisa yang bisa buat kaki tergelincir jika hujan berterusan. Terima kasih atas kurnia. Terima kasih atas satu kesempatan yang pastinya tidak akan dipersiakan.

Usai solat nampak satu ayat yang mampu merenggut kesabaran jika masih lagi tertinggal di belakang. Tetapi kali ini, anehnya, tiada lagi detakan di hati - tiada lagi debaran di jantung saat lihat benda yang tidak sepatutnya. Tiada lagi gigi menggigit bibir menahan amarah, tiada lagi paluang gendang syaitan merasuk marah setiap kali perlu menyucikan segala onar yang terlintas depan diri.




"Ai maafkan you"


Now I know why you fade away just like bubbles from my life.
Thanks heart. U become stronger & never beat for useless brat anymore.

Sekarang tahu kenapa boleh buat keputusan paling berat dalam hidup. Kenapa boleh bergerak menjauhi segala kesakitan dan memburu kebahagiaan dan kegembiraan sendiri - bukan untuk sesiapa bahkan untuk diri sendiri dan mereka yang sayangi. Terima kasih hati, yang paling penting sekali, terima kasih Allah.



"Kau minum kopi lagi?"
"Minum. Kenapa?"

"Still minum kopi?"
"Aku rasa aku memang hidup dengan kafein"

"Jadi, hidup macam mana sejak kebelakangan ini?"
"Baik, macam aku beritahu kau, manusia kadangkala perlu berbeza"

"Oh, sama konsep dengan kopi?"


"Kadangkala Kopi O boleh juga duduk sama meja dengan Frappucino"

"Macam mana dengan mocha?"

Dia tetap ada. like guardian angle. I keep you inside pada lapisan terdalam. Duduklah situ diam-diam. Mocha.

Kopi O.
Itu mungkin lebih baik untuk digandingkan dengan Frappucino.
InsyaALLAH.

"Sebab Frapu bukan hadiah, tapi anugerah. Dan anugerah itu adalah amanah


Kekniss :Kadangkala keputusan yang sukar itu dipermudahkan dengan realiti yang kita boleh hadam depan mata sendiri. Sakit mungkin, tetapi kekal tenang dan teruskan hidup macam biasa.

No comments:

Post a Comment