Wednesday 21 November 2018

Bulan dan Matahari


"Ada dua sebab mengapa manusia berubah. Satu, disebabkan mereka telah belajar terlampau banyak. Kedua, mereka telah dikecewakan berkali-kali. "


ini saat untuk berubah.
Ini saat untuk bangkit dan tidak lemah.
Ini waktunya untuk jadi gagah.
Ya, awak perlu tabah.

Hentikan perasaan yang membuak.
Sudahlah merasakan diri tidak layak.
Akhirnya akan muak.

Dia.
Lepaskan dia dari hati ya?
Sejauh mana awak suka dia, dia langsung tidak menoleh ke arah sama.
Sudahlah menunggu dia.
Seolah seperti matahari yang hadir dipagi
Hilang kala senja berganti
Seperti bulan yang hidup pada malam
Tapi pudar bila fajar menjengah tiba

Hanya menanti janji semalam
Yang entah pasti dikota tidak.

Maka hentikan dan berhenti

Awak manusia.
Dia manusia.
Dan ketahuilah setiap manusia itu istimewa.
Setiap daripada kita tidak sama.
Awak dan dia juga berbeza.
Keinginan dan perasaan yang aneh dan tidak sekata.

Inilah dunia.
Kebahagiaan itu mungkin sementara.
Ya, sekejap sebelum kita berhijrah ke alam sana.

Tetapi, awak masih layak untuk gembira.
Untuk rasa suka.
Untuk rasa bahagia.
Bukan semata-mata duka.



http://farm6.static.flickr.com/5302/5622378363_01c1bdbee7.jpg
[Sumber gambar


Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Kebahagiaan dalam erti kata mereka gembira dengan apa yang mereka mahu lakukan dalam hidup. Menikmati segala apa yang diperlukan dalam dunia dengan kemahuan sendiri. Buka menurut apa yang orang lain mahukan serta tentukan.

Nota Kaki :
Ada sesuatu yang kita impikan adalah lebih baik daripada langsung tidak memiliki apa-apa impian.

Cabaran paling besar adalah untuk menjadi diri sendiri di mana semua orang di dalam dunia ini mahukan kita menjadi apa yang mereka mahukan

No comments:

Post a Comment