Monday 17 December 2018

Nilai Harga ego

Setiap manusia ada sifat ego.
Ego mungkin boleh dikatakan sebagai satu naluri manusia yang terselit keangkuhan dalam sesuatu perkara. Angkuh dan ego setiap manusia tak sama, tak serupa dan mungkin berbeza tahapnya. Manusia kan pelbagai, unik sementelahan dengan harga diri masing-masing berbeza. Perbezaan yang ketara membawa kepada keangkuhan yang berbeza tentunya.

Ada yang menyatakan manusia ego bila tiba soal hati dan perasaan
Suka pada seseorang, pendam perasaan disebabkan perasaan ego.
Jatuh hati dengan seseorang, enggan membuat pengakuan kerana ego.
Perempuan suka pada lelaki, kunci mulut, diamkan diri bersandarkan ego.
Lelaki suka pada perempuan, tidak mahu mengaku berpunca dari sifat ego.
Dan macam - macam lagi yang menjadikan sifat itu sebagai suatu punca dan alasan - Ego.



Tapi, adakah semua itu boleh dikatakan sebagai ego, angkuh itu sebagai punca?
Tiada keberanian, maka gunakan alasan itu sebagai satu cara.
Sengaja mahu pendam, agar tiada siapa yang terluka - maka perkataan itu dijadikan alasan semata.
Bermain dengan perkataan tersebut kerana takut kehilangan bahagia.
Tak ada lagi rasa gembira.
Hilang segala suka.
Yang tinggal hanya duka.
Begitukah apa yang kau rasa?

Lelaki dan perempuan masing-masing ada perasaan begini.
Ya, benda tu memang ada sejak azali.
Cuma masing-masing mungkin tidak mengerti.

Kadangkala sifat itu boleh dikatakan sebagai menjaga harga diri.
Sebagai benteng pertahanan sejati.
Mengawal segala serangan berani mati.

Tetapi, selalu la juga benda ni dikaitkan dengan sifat yang dibenci.
Sikap aneh yang boleh bawa diri dikeji.
Manusia jelak dan memaki.

Sebab itu apabila ada yang melaungkan nak mengatasi sesuatu yang dipanggil keegoan manusia atau kelompok lain, apa benar dan pasti bahawa kumpulan tu ada punya sifat keji ini? Aneh. Pelik. Manusia memang suka buat tafsiran sendiri. Entah-entah yang nak dihentam adalah manusia yang sedang diuji. Manusia yang dizalimi.

Tapi, ada manusia yang takut dengan puak dengan puak macam ni?
Ada yang nak ambil tindakan  hapuskan suara haluan kiri?
Tikam dari tepi.
Baling barang tepat di dahi.
Tak sama sekali.

Harga ego mungkin sama dengan harga telur kat pasar
Kadang kala murah sampai rasa nak curi dari reban.
Kadangkala mahal sampai timbul rasa baran.
Apa yang penting, nilai kesabaran.


KE171218

No comments:

Post a Comment