Saturday 5 July 2014

Langkah Srikandi

Dia..
Hanya srikandi semalam
Menunggang jasad di alam kelam
Menjejak tujuh lembah dalaman
kadang terbit derita dalam diam

Dilembah gelita
Tergelincir srikandi
bersama lupa dan alpa
Menunggang bangga kembara di rimba
Hanya kerana dia srikandi muda
Lalu dirantai pemburu durjana
kerana dendam semalam mahu dilaksana

Masa tiada lagi ditunda
tersentak srikandi membuka langkah berbeza
bangkit lalu berdiri dan mara
menjejak memburu di tujuh lembah merata
Tiada sedar disinggahi derita sengsara
kerana tiada gentar
sudah berbekas dijiwa
Tatkala pedang digenggam dihunus mara

Bergelut kini tiadalah henti
Selagi pemburu melangkah mencari
Selagi itu srikandi kejap memeggengam pedang sakti
Agar langkah berpencak mantap di tujuh lembah yang diharungi
Hingga tersungkur pemburu tiada berkubur
Dek dikepung kilauan sakti cahaya tiada mundur
gambar hiasan

No comments:

Post a Comment