Monday 18 August 2014

Hari Ini Esok dan Seterusnya

Hidup ni kan berputar. Sama macam bumi yang tak pernah berhenti berputar satu arah pada paksinya. Hidup ni tak nampak bentuk bulat nya, tapi cara bergerak tu tak ubah macam roda. Cuma kelajuan putaran untuk setiap orang itu mungkin berbeza. Tapi masa tu tetap akan tiba. Harini kau di atas dilambung setinggi langit, ditatang penuh kasih, ditimang penuh sayang. Esok lusa dihayun ke bawah, dicampak ke tepi, di tolak sampai terduduk dekat ceruk.

Hari-hari nak bahagia pun tak boleh jugak ye dak. Cuba kalau panas semedang, katanya cuaca ni elok buat sidai kain, cepat keringnya. Tapi entah kenapa tiba-tiba rasa nak merungut sebab dah lama tak hujan. Air tadahan dah makin kurang. Semua nak kena jimat cermat guna air. Menyusahkan pulak rasa. Tuhan itu sifatnya Maha Mengetahui, diturunkan hujan seeloknya buat kita. Ingat diturunkan secukupnya, rupanya berlebihan yang membawa ke musibah. Berdoa pulak ingin hari yang sedang sedang sahaja cuacanya. Tidak panas dan tidak lah terlalu sejuk. Ah, hari yang macam ni memang boleh bikin kita malas. Satu keje pun tak jalan kang. Tak boleh.

Manusia, mana pernah bersyukur. Puas apatah lagi.

Kekadang bila kita terlalu yakin dengan apa yang kita ada selaras dengan apa yang kita mahu hari ini buat kita lupa, dekat atas sana punya Satu yang sedang memerhati. Dilihat dalam diam. Dikira dalam senyap. Yakinnya kita sehingga lupa yang kita patut yakin dengan Dia melebihi yakinnya kita dengan apa yang kita punya. Sebab yang kita ada pun datangnya dari Dia. Hanyut dalam leka dia dah tetapkan setiap satu daripadanya.

Sebab tu hari ini kau jumpa satu orang, esok kau mungkin hilang satu orang.
Harini kau ketawa, esok kau menangis.
Harini kau sayang, esok kau benci.
Harini kau kat atas, esok kau kat bawah.
Normal nya kitaran hidup manusia aturan Tuhan.

Tak ada yang kekal atas muka bumi ini. Sama ada sesuatu yang nampak secara fizikal, mahupun tak dilihat tapi dapat dirasa.

Bila sesuatu yang kau tahu tapi tak pernah berharap untuk jadi tapi dah pun terjadi, jangan berharap pada hukum karma sangat. Sama macam apa yang dah berlaku, karma ni jugak tak datang dalam bentuk dan ketika yang kau mahu. Tak semua yang baik tu dibayar secara terang, dan tak semua yang jahat itu dibayar dengan tunai. Kadang kita yang melihat tak tahu, tapi yang melalui tu yang tahu.

Cukup kau percaya Tuhan tu ada. Dia tahu apa dia buat. Dia dah atur jalan untuk setiap ciptaan Dia. Tak perlu bersusah payah tambah dosa untuk berharap orang lain ditimpa musibah, berdoalah agar kau dilimpah rahmat. Bawak bawak sedekah Al-fatihah ke diri sendiri semoga terus bahagia hidup aman sejahtera. Nak berdoa untuk diri sendiri pun kekadang terlupa, ini kan pulak nak berdoa untuk orang lain. Kita ni pun belum tentu boleh sayang orang sampai kita mati. Jadi tak perlu untuk kita benci orang sampai dia mati.

Kalau sesuatu terjadi, sama ada baik atau buruk, anggap apa kita buat dah terbayar. Tak perlu rasa yang orang lain itu perlu jugak dibayar. Tuhan tahu keje dia. Kalau kita tak boleh nak doakan kebahagiaan orang, jangan pulak kita doakan kesengsaraan dia. Sebab bukan ke doa untuk kebahagiaan diri sendiri jauh lebih baik dari doa untuk sengsara orang lain?

Keep calm. Meet your fate. Entertain your faith. Find your will to carry on because whatever it is, the show must go on. Let’s rock the world!

No comments:

Post a Comment