Thursday 26 June 2014

Patah Sayap Semalam


Dah macam sorang traveler sendirian yang perlu kuat bangun sendiri buat apa benda sendiri termasuk tahan emosi sendiri.yang dulu segala macam kau buat.segala macam kau yang ambil peduli. Segala macam kau yang jaga. Tapi sekarang dipandang sepi. Kadang-kadang apa kau buat semua kena atas kaki sendiri. Macam family kau juga apa keinginan kau semua kau buat dengan sendiri. Macam dengan orang keliling kau jugak. Orang-orang yang kau sayang. Tapi sampai masa mungkin terdetik rasa tatkala air mata kau jatuh. Tak ada yang perasan. Tak ada yang tahu.tak ada yang nampak kau ketuk pintu kuat kuat sambil nangis terduduk. Seminit masa tu kau cuba senyum. Akui. cuba simpan dalam-dalam.. paling kuat pun kau up status. Tapi takat itu je. Sampai situ je. Tiap kata yang menguji akhir cuba jugak kau sudahi. Dan akui juga pengakhiran hidup tu tetap sendiri.

Mungkin sifat kau yang nampak keras, orang dengan secara tak sengajanya terlupa yang kau ni
manusia. Katanya kau ni serupa kerikil. Cukup kuat nak berdiri atas kaki sendiri. Teguh
menampung bahu mendongak ke langit.

Tapi dalam diam orang lupa yang kau ni jugak manusia, masih punya sisi lemah. Yang perlukan
bahu orang lain untuk dijadikan sandaran. Yang mahu orang untuk duduk dihadapan dan
pandang muka saat keresahan. Yang pinjamkan telinga untuk dengar setiap keluhan. Yang
jugak berharap ada tangan untuk digenggam

Bila kau cakap sendiri. Ada yang tegur. “kau tak pernah sendiri weh! ”kau kata itu mereka yang cakap. Cuba ganti watak duduk dalam diri kau yang merasa. Tahan? Aku diam. Macam tengah malam tadi orang semua dah pejam mata. Aku nampak  kau menangis. Walau dalam gelap tak nampak tapi boleh rasa. Kau nak mengadu bercerita kau gengam phone kat tangan.tapi ada siapa masa tu. Ada kau sorang je. Hujung-hujung cerita siapa yang pujuk.? Hati…..hati kau sendiri yang pujuk diri kau.dan akhirnya kau tertidur sendiri.dengan muka yang basah

Sedar tak sedar mungkin sebab kau sendiri. Apa kau buat mana kau pergi. sendiri. Tipu kalau kau kata tak terasa hati tengok orang keliling bergelak tawa. Tengok yang berpasang. Tengok yang berbff Tapi hakikat kau simpan lagi dalam-dalam pedih tak pedih. Paling kuat pun akan ada orang Tanya kau okay tak ni. Macam tak okay je.. lastly senyum. geleng. itu cuma perasaan kau saja.

Tapi at the end of the day okay ke tidak ke tetap kena okay. Survive untuk hidup. Kalau duri depan mata angkat bawak tepi pegang je walau sakit.. tahan je walau berdarah. Untuk terus jalan.. jalan yang panjang yang tak tahu mana hujugnya yang kadang kena ada korban air mata.hati dan perasaaan.
Pagi ni kau lambat pg kerja.dengan mata sembab. Orang lain tak nampak tapi aku nampak. Kau senyum. berkaca. Tp penuh makna. 

Bila orang lupa, takpe. Pandanglah depan. Lepaslah nafas perlahan-lahan. Biar takde seorang pun dengar hembusan nafas yang tersekat walau sedikit. Genggamlah tangan sekuat keringat.Tunduk sebentar, hapuslah air mata. Usah dilihat orang..dan sekali lagi aku tekankan itu cuma perasaan kau sahaja. Mereka ada.

 Ya mereka tetap ada.


No comments:

Post a Comment