Sunday 29 June 2014

Tak Pernah Tahu

"case closed"
kau sure?

angguk. diam. tak berperasaan.

dan setiap kali aku nampak rabak kau datang. kau diam tak bercakap. kau senyap. tapi mata kau tak menipu semua tu. kejadian hari-hari semalam masih berlegar diruang mata. aku makin kesian dengan kau. kau pura-pura senyum begelak bila berdepan dengan mereka-mereka umpama tak ada apa yang terjadi dalam diri kau.tapi hakikatnyanya rabak kau semakin rabak selari dengan masa yang tajam.

Kali ni dalam sejuk angin malam kau pejam mata rapat-rapat ada bening kat hujung..kau seka jangan sampai jatuh rebah sekali lagi. kau dah janji tak rebah lagi. tapi kudrat tak mampu nak tampung  rasa hati. rasa jauh hati.

kau cuba bersuara tapi kau tak pandai macam manusia luar sana yang senang keluar air mata meluah hati. meraung simpati. sampai satu tahap kau hanya berdiam diri simpan sedalamnya. biar masa yang jadi pemujuk biar hati jadi teman simpati. 

dan aku cuba faham apa yang kau rasa, sebab mana mungkin kita sanggup hilang benda yang kita sayang. selagi sayang. selagi mampu. selagi tak mampus menahan sakit makan hati. sampai tu la kot.dan sebab itulah kau berdiam diri. tak mahu renggang hati. kemudian hari.

Tapi sebenarnya apa yang kau rasa tu. hanya sipian perasaan. sebab at one point in your life. orang yang rapat dengan kau tu la yang selalu buat kau happy, yang boleh buat kau ketawa sampai keluar air mata, yang pernah sanggup cari makan yang kau nak. Yang jadi mangsa punching bag kau bila kau semak. walaupun itu ada ketika..dan sekarang kau rasa kau kena buat sendiri. bila status brotherhood kau tu macam kena terbang dek angin

bila aku sebut macam tu. kau senyum sinis kau seka mata basah....sampai bila?

kau renung mata aku dalam. aku tahu kau nak cakap kat sini kau tak ada sesiapa selain mereka. yang kau tumpahkan kasih macam keluarga sendiri. dan kau bukan pengalir airmata sesuka hati tanpa sebab yang kuat. tapi wey, berapa kali aku ingatkan yang kau tak pernah keseorangan pun. 

Aku pelik kau senyum. tapi kau senyum macam tu..... sigh
Apalagi yang boleh aku buat supaya kau jadi macam dulu.
cakap pada aku sekarang.
Bagitahu satu persatu...
Biar aku tahu.


[AS_JUN14]



No comments:

Post a Comment