Monday 7 September 2015

Jatuh Sayang

Salam.

Mungkin terlalu lama aku tinggalkan ruangan ini sehingga ia menjadi medan yang sunyi sepi. Diam seribu bahasa. Kini aku kembali, memerlukan khidmat ruangan ini untuk mendengar suara hati. Yang tak pernah dan tak mungkin bisa dilepaskan. Cukup sekadar ia membaca apa yang aku coretkan. Cukup sekadar mendengar.

Bilamana berhadapan dengan keadaan sebegini buat aku tertanya, apa yang sedang berlaku nanti? Lebih tepat apa yang sedang berlaku antara kita? Atau mungkin hanya terhadap aku. Entah. Aku sendiri tak mengerti. Aku tak punya jawapan untuk semua soalan itu. Mungkin aku sendiri tak cukup pasti tentang soalan yang timbul. Soalan yang masih kabur.


Adakala keterasaan hati itu datang. hanya perlu pendam dan diam. Bilamana rasa cemburu. Pada aku ianya perlu kerana aku punya hati yang memandang. berkali aku diingatkan. Belajar menerima yang dia juga Belajar bertahan. Dan sejauh mana aku hanya berserah kepada pencatur hidup aku. 

Dia miliki sedikit sebanyak ciri yang aku ingini. DIa tak pernah sembunyi siapa dirinya sama ada status mahupun kerjaya. Itu paling penting. Dan kejujuran itu yang membawa aku terfaktab hingga ke tahap ini.Dan rasa itu bukan hanya kerana ada rasa sayang dan cinta semata tapi ada sesuatu yang aku inginkan. Legasi darah ini.Legasi penyambung jiwa serikandi dan juga panglima.

Terlalu banyak untuk aku ceritakan. Cukup sekadar itu aku kongsikan. Biar cerita itu menjadi milik aku, rahsia aku. 

Aku tak tahu mana khilafnya. Sama ada mengenali engkau itu adalah satu kesilapan. Atau yang berlaku sekarang ini yang satu kesalahan. 

Hampir setiap hari aku tanya diri aku sendiri, apa ini yang aku mahu? Bodoh. Tidak ada siapa didunia yang mahu ada perasaan sebegini. Tidak. Aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa? Terlalu banyak perasaan. Terlalu sukar untuk aku rungkaikan.

Setelah sekian lama, saat ini aku tertanya. Mana letaknya diri aku pada dia? Soalan yang tak mungkin pernah dan bisa aku tanyakan kepada dia 

Pernah dia bertanya mengapa aku terlalu mempercayai dia. Dan aku hanya tahu ia sesuatu yang sangat susah untuk diterjemahkan. 

Pernah aku cuba lari dari dia, dari situasi. Tapi jauh mana aku lari, akhirnya tetap dengan dia. Hingga saat ini, aku masih menanti pengakhirannya bagaiamana. .

Yang nyata, aku jatuh sayang pada orang yang betul tapi pada masa yang salah. Itu benar.

Kekniss : bila nak kurusnnih...hahahah

No comments:

Post a Comment