Monday 11 May 2015

Kisah payung hitam dan baju hujan

Datang dan pergi
Macam payung rabak dan baju hujan,,
Perlu bila perlu..

Tak semua payung hitam
Kehidupan juga tak selamanya kelam
mungkin kelam ketika mendung mahu hujan
Sedikit sebanyak kita juga rasa seram..
Menanti cerah silih mengganti hilang

Payung dan baju hujan
berbeza rasa dan juga rupa
Manusia juga datang dengan pakej yang sadis
Walaupun senyum bahagia dan dan ayat manis
Terselindung aneh peristiwa tragis
Perasaan bagai kabut membalut

Sepertinya menghadap hujan lebat
angin kuat
payung terlepas lalu baju hujan di hulur
Payung tak lagi dipandang..
Hanya dibiar tersadai
sepi.

Tapi hujan sekejap berhenti
Macam bahagia yang muncul hanya sekali
Seperti derita yang kekal di sisi
Pemusnah senyum yang di ikat separuh mati

Hujan dah berhenti..
matahari dah berganti
Tapi pa;payung masih kekal disitu lagi
Setia menanti
setia menyimpan harapan pasti.

Sepertinya apa yang terluah tak disedari
Mungkin bahagia bila kita lihat kembali
Tapi kesannya tetap membunuh dalam hati
Benda yang kita sangka jenaka manusiawi
Rupanya mampu menjadikan manusia mayat berdiri
hidup, tapi separuh mati.
Menahan tangis air mata dipipi
dan kau termangu sepi

Semuanya datang dan pergi
Kadang kala ia kekal lama di sisi
kadang kala ia tidak mahu singgah lama dan sunyi
kita saja yang kenal jalan hidup dan jalan mati

cinta...bukan hanya harapan
cinta..tapi kepastian
cinta..bukan menyakiti hati..
[lagu cinta/lagu payung]


Contengan Picisan Jalanan: jangan biarkan manusia menjadikan kita sebagai  satu pilihan dimana mereka boleh mencari bila perlu dan tinggalkan bila mereka rasa tidak mahu. Tapi biarlah kita adalah pilihan tepat yang mereka tidak mahu hilang selamanya...[serimewangi_11.12]

~ada orang cakap john potong bawang kat sebelah..hahaha berpasir mata~~syahdu katanya takpa tu tandanya apa yang aku lihat,aku rasa apa yang kamu rasa.. :P




No comments:

Post a Comment