Friday 1 May 2015

LARI

Ada satu ketika yang aku terfikir mengenai perasaan. Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasakan. Antara nafsu, suka, cinta dan rindu, bagaimana entah manusia klasifikasikan. Sepanjang dua tiga minggu yang sebelum tarikh itu, aku rasakan yang aku hampir-hampir hilang pedoman. Masalah hati ini berat, tahu. Apatah lagi untuk aku yang seakan hilang separuh.

Akhirnya aku dah jumpa jawapan, setelah aku mencari dari Kuala Lumpur hingga ke kota kinabalu,Sabah. Ye aku larikan diri. Masih teringat sehari sebelum flight ke kk. Air mata tak mampu lagi ditahan, mungkin keadaan aku keseorangan menambahkan lagi perasaan yang semakin pecah. Masih mahu sembunyi rasa.

Sepanjang perjalanan, Aku cuma senyum, dan lebih banyak diam. awkward itu yang lahir dari mulut dia. Sekuat-kuat hati aku menahan rasa hati. dan hampir-hampir air mata pecah dari kolam hati. Yang cuma bermain di kepala. apa yang aku buat ni betul ke? apa yang akan jadi dikemudian hari? kuatkah aku nak menapak lagi? entah, Dan dia tak putus-putus ajak aku bersuara. Tapi aku sendiri buntu dengan hati

Sampai di KLIA 2, terlalu berat rasa hati..terlalu... tapi masih mahu selindung dibalik senyum palsu. "maaf"
Semakin aku hilang arah.lemah segala..tapi masih menipu diri sendiri.Cuba mengelak.

"Dah tahu kan"?
"Tahu apa"?

Ye aku tahu lebih awal lagi. Dah aku cari kepastian tanpa bertanya..dan ternyata itu pasti. 

Diam... "tahu"..... "maaf" dan ketika itu aku dapat rasa hati betul-btul terasa pecah. aku mahu menangis.. Tapi masih mahu menahan lagi"

Ucapan selamat tinggal cukup hiba bagi aku. aku menapak, Mahu saja berhenti dan menoleh. tapi aku takut aku tak kuat hadapinya..langkah terus ke hadapan..Aku tekad.

"IM FINE"

dan jawapan yang aku temui itu ternyata ada di depan mata.

Aku cuba kuat. semakin kuat..namun akhirnya rebah jua.

No comments:

Post a Comment