Friday 1 April 2016

Tulisan tepi tepi

Sengaja. Itu sahaja, tidak ada benda lain dan mingkin aku adalah manusia yang mempersetankan segala tohmahan dan kejian orang lain disebabkan akhirnya, aku mampu berdiri seorang diri tanpa penyangga yang selama ini membantu aku. Teruja?
Sudah tentu.

[Gambar : Bila nak dapat paha kecil macam ni agaknya? Eh. Ketawa]

Bajingan yang menyatakan kalau sedih kita harus menangis.
Kalau begitu, dunia sudah dipenuhi dengan lambakan air masin yang bercampur dengan sumber air tidak dikenali. Apa harus kalau sedih mesti menangis, perempuan menangis.
Skeptikal.

Ada benda yang buat aku kadangkala takut.
Takut dengan manusia yang sungguh pandai merasa siapa aku.
Dengan manusia begini, aku sumpah jadi telus.
Satu demi satu helaian aku biarkan mereka baca dengan sendiri tanpa perlu aku bercerita.

Emosi kau macam mana?
Stabil?
Berapa lama kau sakit?
Berapa lama kau jatuh?
Apa pengajaran yang kau dapat?

Sebahagian dari diri aku hilang lagi. Itu yang sahabat baik aku nyatakan semalam. Mungkin benar apa yang dia beritahu, kalau itu yang dia nampak dalam diri aku. Sebahagian daripada diri aku yang bangkit semula selepas peristiwa dulu, meneruskan pelajaran, kehidupan dan kerjaya direnggut pergi dengan satu ucapan yang menikam ke dalam. Benda yang bila kita terlampau bersedia dan musnah begitu sahaja, ada sesiapa yang tidak tahu terluka?

Walaupun sekadar lima minit cuma.
Itu tetap masa jatuh dan kecewa.
Sakit dan sengsara.
Kau buka dan pejam mata, buka semula.
Ketawa.
Nah, hilang sudah duka.

Mungkin benar.
Tapi kehilangan bukan semuanya benda yang berbentuk negatif. Ada benda baik yang tersirat dan berbentuk positif serta mematangkan diri. Tidak semestinya sakit untuk sekian kali bermakna kesakitan hingga patut terbaring dan langsung tidak mampu bernyawa.


Bila kau puji aku kuat, itu bukan bermakna aku mendabik dada dan ketawa.
Tidak.
Sebab aku tahu, aku hidup untuk kekal bernyawa.
Sebak.
Kewujudan aku hanya aku sendiri yang sedar dan hargai sepenuh jiwa.
Sepak.
Ketawa penuh gembira.

Jadi, buat yang membuat panggilan telefon sewaktu aku sedang memecut di selekoh pagi tadi, aku cuma mahu beritahu sekali lagi (bahkan dan beberapa kali), hidup kita, kita yang tentukan. Kalau kau letak sepenuh kepercayaan kepada orang yang mungkin salah, itu bukan bermakna kau bodoh dan perlu mati sendirian, kau cuma perlu berubah. Itu sahaja sebenarnya.

Kawan : Aku kecewa gila.
Aku : Apa benda yang kau kecewa?
Kawan : Aku tak dapat balik diri aku yang asal. Aku terbayang-bayang kewujudan dia lagi.
Aku : Kau nak balik pada dia semula?
Kawan : Itu mustahil.
Aku : Jadi?
Kawan : Aku nak lupakan dia.
Aku : (ketawa) Kau tidak akan berjaya lupakan dia.
Kawan : Kenapa kau cakap begitu?
Aku : Sebab manusia yang pernah ada nilai dalam hidup kita, mustahil untuk kita lupakan.
Kawan : Tapi dia buat aku kecewa.
Aku : Kecewa itu satu bentuk nilai. Kalau dia pergi dan kau tak rasa apa-apa, maksudnya dia bukan sesiapa.
Kawan : Macam mana kau boleh ketawa riang walaupun kau kecewa?
Aku : (ketawa) Ini bukan kecewa, ini satu benda yang nyata.
Kawan : Maksud kau?
Aku : Menghadapi kenyataan dan tidak melarikan diri supaya kau tak mati sendiri. Itu yang aku pegang dari kisah hidup aku sebelum ini.
Kawan : Kau boleh hidup macam biasa?
Aku : Kenapa tak boleh?
Kawan : Macam mana kau boleh?
Aku : Masa aku jatuh, aku beritahu diri aku sendiri yang aku keseorangan. Tiada siapa yang boleh aku minta tolong. Tiada siapa. Jadi, aku beritahu diri sendiri yang aku kena kuat, maka, aku bangun.
Kawan : Benda lama, kau tak ingat?
Aku : Ada guna aku ingat balik? Ada kebaikan untuk aku? Itu soalan yang aku tanya diri aku sendiri. Kau patut tanya diri kau benda yang sama.
Kawan : Kau baik sahaja kan?
Aku : (ketawa) Selagi aku dapat menyibukkan diri dengan kerja aku, dengan hidup aku dan jadikan ego aku lebih tinggi dari kedudukan hati aku, aku percaya aku boleh selamat dan hidup macam biasa.
Kawan : Kau gila.
Aku : Ya, aku tahu aku gila.
Kawan : Kau gila sebab kau boleh tabah.
Aku : (ketawa) Kerja aku adalah pengubat aku.
Kawan : Taknada masa untuk duduk sendirian?
Aku : Tak ada

[Gambar : Kalau kau masih bangun malam dan mencari dia dalam mimpi dan realiti, aku tidak mampu kurangkan hati kau yang bergelumang konspirasi]

Aku mungkin tidak dapat tenangkan kau.
Maaf, aku bukan pemujuk yang baik.
Kau yang perlu buka mata kau sendiri dan hadam realiti.
Walaupun pahit dan membuatkan kerongkong kau terasa pedih, itu tanda kau masih manusia.
Percayalah.

Celaka.
Dunia memang penuh dengan suka dan duka.
Tapi kalau kau tak pernah teruja untuk gembira, kau patut duduk dan senyap je.
Bukan untuk ukir sakit dan merana.
Untuk kau belajar senyum dan hadapi dunia.
Dengan diri kau yang penuh semangat waja.
Bukan kesateria yang hilang pawana.
Sudah.

Kegembiraan yang datang secara tiba-tiba, akan pergi secara tiba-tiba juga. Kebahagiaan yang dibajai dengan perlahan, menempuhi segala kepayahan, insyaALLAH akan berkekalan. Ah, tidak mustahil juga kegembiraan yang dibajai lama akan musnah begitu sahaja. Segala yang berlaku dan akan berlaku adalah urusan Maha Pencipta. Kita sebagai manusia biasa, hanya mampu berusaha dan berdoa bukan?
Senyum.

Sekejap.
Tulisan ini mungkin agak celaru.
Tapi aku tak nak kau pramg keliru.
Kalau tersilap tafsir, jangan malu.
Aku tidak akan buat tuduhan melulu.
Ah, lidah kelu.

Kekniss : Antara maaf dan melupakan adalah dua perkata yang amat berbeza.

No comments:

Post a Comment